An attack

152 6 0
                                    

p/s : Babak ini terjadi sebelum bab Hospital.
Pertembungan antara Venus dan anak buhnya, Lute sebelum mereka dimasukkan ke hospital untuk menerima lawatan lanjut akibat kecederaan yang parah.

Imbas kembali

"Kau ingat kau hebat sangat ke ha?"

Dia mengetap bibir geram seraya membalas serangan dengan menumbuk perut Venus bertubi-tubi. Dia bagaikan hilang kewarasan akal.

"Kill me indeed."

Venus melompat ke tepi. Lagaknya tenang sahaja membuatnya lelaki bertubuh kurus itu bertambah geram.

"Kau memang cari nahas!" Jeritnya lantang.

BOOOM!

Satu letupan kedengaran. Venus melambung terperosok ke dalam serpihan bangunan yang telah musnah dibedil robot tempur musuh.

"Kau ingat aku akan mati dengan serangan kau ni?"

Venus bangun perlahan seraya mengukir senyuman sinis. Calar dan luka di seluruh tubuh dan mukanya tidak diendahkan. Hatinya semakin sakit menenangkan anak buah yang paling dipercayai sanggup menikam belakangnya dan berkomplot dengan pihak musuh!

"Hahaha. Jangan jadi naif. Kau ingat aku masih lemah macam dulu?"

"Well then, shall we continue?" Dia menjerit garang!

"Why nott?"

Venus menarik nafas perlahan sebelum menenangkan diri. Kuasa yang satu ini perlukan konsentrasi yang tinggi. Suatu cahaya kuning keemasan keluar dari tapak tangan Pluto dan...

BAMM!

Pandangan menjadi kabur dek letupan dasyat itu. Debu tebal menghiasi pandangan mata mampu memeritkan mata sesiapa sahaja yang berada di situ. Sekelip mata kawasan itu menjadi seperti padang jarak padang tekukur.

Satu tepukan kedengaran. Lelaki tadi memicingkan mata. Tangannya mengenyeh mata yang pedih. Siapa pulak bertepuk bagai ni?

"Kau makin bagus Lute. I'm so proud of you."

Hanya mendengar suara sahaja matanya yang memicing tadi menjadi bulat serta merta.

Aura itu bukan biasa-biasa.

Aura tubuh kekar dihadapannya itu menghasilkan satu aura yang menakutkan.

"M-macamana tuan boleh berada di sini? Bukankah tuan -"

"Apa tujuan aku datang ke sini itu bukan urusan kau. Kau telah gagal dalam misi ini. Jadi aku patut hapuskan kau." Tegas suara parau itu.

"Tapi saya belum-"

Pluto membulatkan mata. Dia sudah melutut di hadapan lelaki bengis itu. Wajahnya memaparkan riak ketakutan yang amat.

Makhluk bengis itu merengus. Juraian keras di kepalanya terbuai ke kiri dan kanan. Sekali pandang macam mop lantai pun ada!

"Please, Giant, don't kill me!"

Gdebangg!

Tubuh kurus itu terperusuk ke tanah. Beberapa kepulan asap menyelubungi seluruh tempat.

"Kau ingat misi ini main-main? Rasakan!"

Wajah bengis itu tersenyum sinis sebelum melangkah berlalu dari situ.

"Nanti dulu!"

Tahan satu suara. Wajah bengis itu berpaling. Jahanam mana pulak berani tahan-tahan dia sesuka hati ni? Ingat dia ni teksi ke?

"Apa kau nak budak!"

Venus merenung tajam wajah bengis itu. Boleh tahan juga kuasa pakcik ni. Kuasa gugusan bintang bukan calang-calang orang boleh keluarkan.

"Kau siapa orang tua?"

Giant meludah geram. Berani budak tak guna ni panggil aku pakcik!

"Aku Giant. Orang kedua paling berkuasa selepas Kenkove."

"Oh..i see. Apa tujuan kau datang menyerang planet aku?"

"Hahahahaha. Banyak. Antaranya nak menyedut kuasa solar di planet kau. Generator solar planet aku sudah rosak teruk. jadi tak salah aku datang untuk sedut semua bekalan kuasa planet ni curi bekalan generator kan? hahahaha."

Giant ketawa terbahak-bahak.

"Hoi Pemalas! Pergilah baiki generator solar dekat Pusat Solar Angkasa! Apa yang susah sangat ha!"

Venus menempik geram. Alien jenis apalah pemalas tahap gaban ni. Sudah lah rambut macam mop lantai! Berjurai-jurai!

"Kau tahu apa budak! Nak baiki generator solar memerlukan berlian angkasa yang banyak! Kami bangsa yang alah dengan berlian!"

Venus mencebik. Alasan seribu alasan.

"Apa kau dah buat dengan kawan aku ha!"

Makhluk pelik itu tersengih. Giginya amat mengerikan. Tirus, tajam dan banyak seperti gigi ikan jerung.

"Manalah aku tahu. Kau tengoklah sendiri dalam tanah tu."

"Kau nak pergi mana jahanam! Kau kena bayar balik nyawa kawan aku!"

Venus mengeluarkan aura berwarna ungu. Suara tempikannya kedengaran nyaring.

Makhluk aneh itu mula menggelabah. Siapa budak ni sebenarnya? Macamana dia boleh keluar kuasa ultra ungu?

"Sabar aku- "

"Tidaaaaak!"

BLAMMM

Tubuhnya berubah menjadi merah menyala. Giant semakin cemas. Dia tahu yang lelaki muda dihadapannya ini bukan sembarangan orang.

"S-siapa kau sebenarnya?"

Venus tersenyum sinis sebelum menjawab perlahan.

"Venus."

"P-panassss! p-panasss! Aku min-ta m-maaf." Ternyata penyesalan makhluk asing itu tidak berguna. Tubuhnya menggeletar menahan kepanasan kuasa ultra-violet. Kuasa ini antara kuasa yang menggunakan direct sunlight - serpihan bara cahaya matahari iaitu bintang paling panas di seluruh galaksi.

Suara jeritannya lenyap apabila tubuhnya perlahan menjadi kehitaman dan hancur menjadi abu.

Venus terjelupuk ke tanah. Dadanya berombak kencang.

"P-pluto.."

Pandangan matanya kabur dan kemudia bertukar gelap.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now