bab 21

111 5 8
                                    

" Nek Wan datang ke tadi..." Tegur seseorang yang menghampiri pada kolam berenang itu.

Amar yang sedang berenang berhenti lalu dia memandang pada orang menegur nya. Ternyata itu Amirul yang baru balik dari kerja. Segan saja Amirul biarpun sudah sedikit serabut dengan lengan baju di lipat serta tali leher di buang.

" Ha... Nek Wan datang tadi. Rasa dah balik kot, mama tak ada dekat rumah. " Kata Amar lalu dia berenang ke tepi agar berhampiran dengan Amirul.

" Nek Wan ada cakap apa-apa tak. "

" Tak dak pun.." tipu Amar yang mahu merahsiakan hal tadi.

" Tak apa lah kalau macam tu. " Kata Amirul dengan Lega. Dan berura-ura mahu pergi.

" Mirul kau marah kan aku lagi ke. " Soal Amar bila amirul seakan mahu pergi.

" Kau rasa...."

Bengang saja Amar dengan ayat itu. Seakan mahu menghempuk saja abang sulungnya itu. Namun dia harus bersabar untuk memujuk nya.

" Sudah-sudahlah tu tak payah nak menganjing aku. Aku tau lah kau marah kan aku sebab aku cari kerja kan. " Bentak Amar dengan geram.

" Owh...kau tahu rupanya. " Tersenyum sinis Amirul melihat Amar tengah marah padanya.

" Mama pun tak macam kau lah.... setidaknya dia bagi juga peluang dekat aku untuk pilih. Kau tak habis-habis nak desak aku. Benci aku dengan kau ni" Dek kerana geram. Amar terus membaling air kolam kepada Amirul.

" Woii..." Nasib sempat Amirul mengelak dari terkena percikan air kolam itu.

" Mama?.... Kau nak sembang dengan mama pun susah. Mana kau tahu mama bagi kau pilih dengan apa kau nak buat. " Kata Amirul yang tak percaya.

" Apa...kau ingat aku teruk sangat ke sampai tak boleh dengan mama. "

" Bila kau sembang dengan mama?..." Terkejut juga Amirul bila Amar boleh berbaik dengan mamanya.

" Pagi tadi...aku sarapan dengan mama. Salah ke kalau aku boleh sembang dengan mama. " Uji Amar bila Amirul bertanya begitu rasa seakan pelik saja.

" Tak salah cuma Along rasa....bagus lah kalau macam tu. Asalkan kau ikhlas buat semua tu. " Ujar Amirul

" Nampak sangat yang aku ni teruk. Sampai kau boleh anggap aku macam tu. " Masa seakan Amar terasa hati saja bila Amirul.

" Sorry...Along tak maksudkan pun...dah lah tu mandi, naik lah...ni dah berapa lama kau mandi ni. "

" Entah aku pun tak ingat. Biar lah aku lama lagi. Bukan aku ada apa nak buat pun....bosan..." Uji Amar lalu di berenang secara terlentang.

" Jom lah...kita keluar..." Ajak Amirul

" Yeke...kita keluar...mana." teruja Amar bila dia dapat keluar dari rumah...

" Jom je...cepat siap. " Terus Amirul meninggalkan Amar bersendirian.

Pagi itu....

Pagi itu, Datin Adila menyiapkan sarapan pagi sambil di bantu oleh pembantu rumah. Sejak hubungan dia dengan Amar mula baik, rajin sekali Datin Adila masak. Malah dengan Aliya sudah dia beri amaran untuk tak menolong nya kerana mahu Amar rasa masakannya.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now