bab 28

112 7 4
                                    

Tangan yang dipenuhi oleh minyak hitam itu sudah di bersihkan dengan air bersih. Lalu di lap pada kain yang bersih. Itu pekerjaan sambilan Anas sekarang ni, dia baru saja selesaikan melayan pelanggan kedai motor. Terus Anas duduk sudut penjuru dan merehatkan diri nya seketika lama bekerja. Muram saja muka Anas tika ini kerana memikirka hal itu.

Mengimbas beberapa hari yang lepas

" Hang memang tadak dengar apa-apa ka pasal dia. Takkan dia langsung tak balik. " Terdengar suara seseorang di handphone

" Memang tadak.....dah puas aku pi cari dia. Budak-budak lain pun tak tau dia pi mana. aku ada juga cuba korek dari kak Yana. Macam hang kata, Ayah Yah pi jaga Ayah Man. Tapi tak ramai yang tau pasal hal ni. Hanya orang tertentu saja yang tau hal ni. " Kata Anas sambil duduk rehat di palking di rumah nya.

" Kalau betul sekali pun, takkan dia tak boleh jawab call aku, mesej aku pun dia tak balas. Hang tak rasa pelik sangat ka tu. " Kata Amar yang sukar hendak percayakan hal itu.

" aku pun rasa macam tu juga. Tak pernah lagi Ayah nak pi mana tak bagitau hang. "

" Tapi hang tanya dak, kat budak-budak Ayah Man. Kot-kot depa tau, Ayah Man sakit apa sampai aku nak call Ayah pun tak boleh. " Tanya Amar.

" Ada juga aku tanya depa....depa kata Ayah Man memang sakit, sebab tu Ayah Yah kena jaga Ayah Man. Tapi kan, aku rasa pelik sangat lah wey. " Kata Anas dengan keraguan.

" Pelik?.... Pelik pasai apa?. "Hairan saja Amar.

" Ye lah....depa kata Ayah Man sakit. Tapi aku pernah terserempak Ayah Man dua hari lepas dekat mall seberang. Elok punya dok layan ayam muda dia tu. Aku tengok pun rasa macam nak muntah. Aku rasa kita dah kena game lah ni. " Terang Anas sambil teringatkan hal itu.

Mendengar cerita Anas itu membuatkan hati Amar tak begitu tenang. Lalu Anas dengan keluhan berat dari corong telefon bimbit nya. Biarpun mereka berjauhan tetapi dia tetap rasa risau dengan keadaan Amar. Kerana takut akan Amar melakukan hal yang bukan-bukan. Dia sanggup mengambil risiko mencari maklumat mengenai Ayah Man walaupun ianya berbahaya.

" Aku tak tau nak lah sapa game sapa lah ni. Ayah Man game Ayah Yah Ka. Ka Ayah Yah tengah game dengan aku la ni. " Kata Amar dengan nada kesal.

" Aku tak rasa Ayah Man tengah game Ayah Yah la ni. Kalau betul sekali pun. Mesti aku dah dengar Jan pi mengamuk kat dia dah. " kata Anas dengan buah fikiran nya.

" Pelik juga kalau Ayah Yah tengah game hang sekarang ni. Atas sebab apa? Ka hang ada gaduh dengan Ayah ni, Zack. Sampai hang pun tak tau Ayah pi mana. " Soal Anas yang hairan dengan kehilangan Tan Sri Yahya.

" Sumpah aku tak pernah gaduh apa pun dengan Ayah. Cuma aku jarang sangat nak hubungi dia je. Dan Aku tak sangka, yang dia akan hilang macam ni. Kalau aku tahu jadi macam ni, sumpah aku takkan abaikan dia. " Terang Amar dengan nada keliru.

" Takkan Ayah kecil hati dengan hang kot?.."

"...."

" Zack ... Zack....hang ada lagi Ka. Hello?..... " terus Anas melihat pada telefon. Kalau-kalau panggilan mereka terputus.

" Ha...ada ni...sorry. "

" Hang ok Ka. Hang tak payah lah risau, Ayah tadak apa tu. Nanti dia balik lah, aku tengok Jan macam relax je Ayah pi mana. Mungkin Ayah tak apa-apa kot. " Pujuk Anas agar Amar tidak terlalu risau.

" Macam mana aku tak risau, kalau satu berita apa pun aku tak tahu. Mana lagi aku nak cari dia ni. Pasal Jan tu, aku tak tahu apa yang dia pikir, macam tak takut apa nak jadi dekat ayah ja " Resah gelisah saja Amar bila dia tidak tahu di mana Tan Sri Yahya berada.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now