Bab 27

68 6 5
                                    

Amar masih lagi berfikir mengenai apa yang di katakan oleh abang-abangnya dua hari lepas. Sukar untuk Amar menerima cadangan itu, Kerana dia tahu Puan Sri Zubaidah tak akan suka, malah akan menimbulkan permasalahan pada nya nanti.

Melihat Amar kelihatan muram, membuatkan Datin Adila tertanya permasalahan yang berlaku pada Amar. Jarang sekali dia hendak melihat Amar didalam terdiam sebegitu. sejak dia bawa Amar tinggal bersama.

" Adik....muram je muka tu. Ada masalah ke ?. " Soal Datin Adila sambil dia duduk di hadapan Amar.

" Tak ada apa lah...mama tak makan sekali. " Ajak Amar sambil cuba menghabiskan nasi goreng nya.

" Mama dah makan tadi. Adik kenapa ? Rasa tak sesuai ke nak kerja dekat situ. Kalau tak suka, nanti mama beritahu dekat ibu ye. Kita cari kerja lain. " pujuk Datin Adila yang duduk menemani Amar makan.

" Kerja ok ma, cuma adik....." Berkira-kira Amar hendak memberitahu.

" Cuma adik apa?...

Cuma adik....." Berkira-kira Amar mahu katakan apa yang terbuku di hatinya.

" Cakap saja lah, mama dengar ni..."

" Cuma adik tak tahu nak pergi tu dengan apa. " Uji amar

" Ingatkan nak ambik motor dekat kampung. Tapi Call ayah, asyik tak dapat je. Mesej pun dah lama tak balas. Jadi adik ingat naik bas dulu lah buat masa ni, tapi Mirul dengan Amir tak bagi, siap kena ugut tak bagi kerja kalau adik berkeras nak naik bas juga. Entah lah, tak tahu nak pergi kerja dengan apa nanti." Luah Amar dengan perasaan serabut.

" Kalau mama pun mama tak bagi adik naik bas. Kenapa adik nak susahkan diri, tu dekat garaj tu banyak koleksi motor Along ada. Ambil je " cadang Datin Adila.

" Tak nak lah, ma. Dah lah motor mahal, kalau rosak nanti, mana adik ada duit nak ganti. " Terus amar menolak cadangan Datin Adila.

" Jadi adik nak pergi tu naik bas lah. " Laju saja Amar mengangguk.

" Kenapa lah adik suka nak susahkan diri ni. Tahu kan, jauh nak sampai dekat bas stop tu. Memang patut pun Along dengan angah tak bagi. "

" Adik tahu tu....takkan nak menyusahkan orang. "

" Susahkan siapa.... abang-abang adik? . Tak patut adik rasa macam tu tahu tak. Kalau bukan ahli keluarga kita sendiri yang tolong siapa lagi. Ada baik ye kalau adik ikut cakap Along tu. Mama sokong dengan apa yang Along suruh. " Kata Datin Adila

" Kalau Nek Wan tahu macam mana?. mesti dia tak suka nanti. "

Mengeluh kecil Datin Adila bila dia tahu masalah sebenarnya Amar takutkan. Sukar Datin Adila ingin jelaskan hal itu. Timbul rasa kasihan terhadap anak bongsu nya itu.

" Mama minta maaf pasal Nek Wan tu. Tapi Nek Wan tak ada sebab nak marah adik. Diorang tu abang-abang adik, mama rasa itu tak salah, dia tak ada hak nak marah adik. "

" Kalau adik tak nak, apa kata kalau mama beli kan motor baru. Motor adik tu, bagi saja pada Anas. Rasanya Anas lebih memerlukan motor tu. " Pujuk Datin Adila.

" Motor baru?....nanti lah mama, adik ingat nak sampai duit gaji dulu. " Menolak Amar.

" Dah agak dah. Mesti adik tak nak, jadi ikut apa yang Along suruh. Untuk kesenangan adik juga. "

" Ye lah...." Akur saja Amar dengan lemah.

" Dah makan, nanti perut tu masuk angin pulak. "

Perlahan-lahan Amar menyelesaikan makanan nya. Lemah saja Amar rasa bila dia memikirkan tentang hal itu. Bukan senang Amar hendak menerima keputusan itu. Dia mesti cari jalan agak tak menyusahkan abang-abangnya.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now