Bab 30

95 7 3
                                    

Terjaga Tan Sri Yahya dari lena nya. Entah mengapa, begitu sukar untuknya tidur pada malam ni. Tanpa berlengah, Tan Sri Yahya bangun dari katil dan keluar dari bilik tidur lalu dia menuju ke bilik yang duduki oleh Amar.

Dengan perlahan Tan Sri Yahya membuka pintu bilik itu. Pelik dia melihat, bila tiada kelibat Amar berada di atas katil. Dapat dia mengagak bahawa Amar berada di situ.

Seperti yang dia duga. Amar memang ada di luar balkoni. Namun apa yang dia risaukan adalah tentang hal yang mengganggu di fikiran Amar tika ini.

" Jauh adik termenung. Fikirkan pasal pagi tadi ke. " Tegur Tan Sri Yahya yang berada di belakang Amar.

" Eh Ayah..." Tersentak Amar dari lamunan. Apabila terdengar suara menegurnya.

" tak adalah, Kenapa ayah tak tidur lagi ni. Dah lewat malam kan. tak baik untuk kesihatan ayah bila ayah berjaga waktu macam ni. " Risau di hati Amar melihat kelibat ayah nya berada di belakang. Sempat juga dia memberi nasihat.

" Ayah terjaga tadi. Dah terjaga ni, ingatkan nak buat lah solat tahajjud, tu nak ajak adik sekali. Yang adik tak tidur lagi ni... kenapa?. " Kata Tan Sri Yahya sambil berdiri bersebelahan dengan Amar.

" Adik masih fikirkan apa yang Uncle Ikram katakan pagi tadi ke. " Soal Tan Sri Yahya lagi bila Amar hanya berdiam diri.

" Tak adalah...."

" Tak payahlah nak tipu ayah. Bukan ayah tak kenal anak ayah ni. Kalau adik masih ragu-ragu nak terima wasiat Jai.....adik tak perlu paksa diri. Ayah tak nak adik paksa diri adik buat sesuatu yang adik tak suka. " Ujar Tan Sri Yahya dengan nada kerisauan.

" Entah lah ayah, Zack tak rasa yang Zack ni layak terima pemberian dia, setelah apa dah berlaku, Layak ke Zack ni ayah..." Persoalan Amar terhadap dirinya.

" Adik....apa yang berlaku, semuanya salah ayah. Ayah punca adik langgar cakap Jai, Ayah puncanya. ayah biarkan saja apa yang Jan buat dekat adik. Boleh saja ayah halang Jan tapi....." Penyesalan yang tak mampu Tan Sri Yahya hilangkan di hatinya.

" Ayah....Zack bukan nak salahkan ayah. Zack sendiri yang tak dengar cakap dia. Tak ada Kena mengena dengan ayah pun. " Bentak Amar.

" Ada adik...sebab ayah sendiri tahu apa yang Jan dah buat dekat adik. Ayah tahu, tapi ayah butakan mata hati ayah sebab marah ayah pada adik. " Cerita Tan Sri Yahya

" Kalau lah ayah halang apa yang Jan buat. Sudah tentu jai takkan marah adik sampai macam tu sekali. Disebabkan ayah juga lah, Jai pukul adik. sampai kan adik rasa kemana saja adik pergi, adik tetap kena pukul. Semuanya salah Ayah, Ayah tak jalan amanah Opah kamu seperti yang ayah janji kan.." Uji Tan Sri Yahya dengan rasa bersalah.

Mengeluh perlahan Amar bila dia mengingati tentang masa silam nya itu. Tidak dia nafikan tentang perkara yang dikatakan oleh Tan Sri Yahya tadi.

Mengimbas....

Penat tak terkata dirasai oleh Amar. Teruk dia muntah kan air tadi bila Jan menjolok kerongkong dengan jari dan memaksanya untuk muntah. Sukar untuk Amar melawan dengan Jan tika itu ni.

Kerana tangannya sudah ikat ke atas lalu di gantung pada cangkuk besi konkrit dan tidak hanya itu saja. Tubuh Amar juga, turut di gantung agar kaki tidak memijak pada lantai.

" Sakit bang long....tolong tak nak dah..." Berkerut muka Amar menahan kepedihan pada hulu hati nya akibat terlalu banyak kali muntah. Entah kali keberapa dia muntah kesemua air yang dia telan tadi.

Tersengih Bang long Jan mendengar rayuan dari Amar. Sudah lama dia menunggu untuk mendengar  kata rayuan dari Amar. Terus saja Abang Long Jan menghampiri pada Amar lalu tangan kanannya mencengkam pipi Amar lalu mengangkat wajah Amar untuk melihat.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now