BAB 31

83 7 4
                                    

" Adik betul pasti?. Sungguh adik nak masuk perlawanan tu. " Soal Syed Azlan sebaik saja dia selesai latihan nya di gelanggang tinju. Lalu dia turun kebawah dan menghampiri pada Amar

" Betul....lagipun adik dah bagi kata putus dah. Adik akan masuk. " Mengangguk perlahan Amar. Yang duduk tak jauh dari Syed Azlan.

" Tak takut dengan abang Jai ke. Adik tahu kan yang dia tak suka adik masuk pertandingan macam ni. Kalau dia tahu macam mana....." Uji Syed Azlan dengan nada bimbang

" Kalau dia tahu...tapi bila dia nak tahu tu. Dah dekat setahun setengah dia tak pernah nak balik. Call adik pun tak. Kalau dia tahu sekalipun, mungkin benda tu dah settle. " Uji Amar seakan. Terasa hati bila abang angkat mengabaikan dirinya saja.

" Jadi apa yang adik buat ni, adik rasa betul lah ye. "

" Cuma ni ja cara nak selesaikan masalah kita dengan White Tiger. Adik tak nak diorang ganggu budak-budak kita lagi dah. Cukup dengan apa yang berlaku pada abang Jai dulu. Adik tak nak berlaku nya lagi. " Ujar Amar yang mahukan perkara itu selesai dengan cepat.

Terutamanya abang dan Anas, adik tak boleh terima kalau itu yang jadi lagi. Adik mesti buat sesuatu. " Sedia hati Amar. Sungguh dia takut kalah hal itu terjadi.

" adik tak perlu nak susah hati. Hal White Tiger biar Helang Merah urus kan nya. lagipun diorang jarang nak ganggu kita lagi dah. " Kata Syed Azlan yang cuba menyakinkan Amar. Agar Amar tidak terima cabaran itu.

" Mana abang tahu. Sedangkan sudah dua tiga kali, budak-budak kita asyik kena ganggu. Malah diorang sikit pun tak takut dengan Heleng Merah siap diorang ugut nak rampas lagi kawasan kita. Boleh lagi ke adik nak duduk diam. " Uji Amar dengan geram. Seakan Syed Azlan tak peduli dengan apa berlaku.

" Hal itu abang akan uruskan. "

" Abang tak perlu uruskan hal tu. Bang long dah uruskan semua nya. " Uji Amar yang sebulat hati dengan keputusan nya.

" Dengan adik masuk pelawaan tu. Tak mungkin abang tak izinkan adik buat semua tu. Bahaya adik tau tak. " Marah Syed Azlan dengan sikap Amar yang degil itu.

" Tapi tu ja cara nya....."

Terdiam seketika Syed Azlan. Dia tahu cadangan itu dari White Tiger dan sebab itulah, mengapa dia menghalang Amar dari masuk campur. Walaupun cara itu saja yang dapat selesaikan masalah mereka tika ini.

Perlukah dia melibatkan Amar dalam hal ini. sedangkan dia sangat tahu, hal ini pasti akan mengundang kemarahan Jai nanti.

" Jadi adik yakin boleh menang ke. Setakat tahu pertahanan diri lebih baik tak payah. Abang tak nak jadi apa-apa dekat adik. Abang tak nak menyesal nanti kalau sesuatu berlaku. " Uji Syed Azlan yang sukar hendak mengizinkan Amar menyertai perlawanan itu.

" Boleh abang  jadi teman adik berlatih tak. Abang man ada ajar adik teknik baru. Boleh adik latih. " Pujuk Amar sambil mengharap Syed Azlan ingin berlatih dengannya.

" Degil....mari lah. 3 round kita lawan ok. " Uji Syed Azlan lalu dia masuk gelanggang tinju.

********************************

Hembusan asap rokok daun berterbangan di ruang pangkin kayu. Risau hati tuanya memikirkan berita yang didengari oleh anak buahnya.

Sedang haji Suhaimi menikmati keindahan pada waktu malam. Terdengar geseran tayar yang memasuki kawasan rumahnya. tak menunggu lama, seseorang keluar dari pintu belakang kereta.

" Assalamualaikum...." Salam diberikan sebaik saja seseorang keluar dari kereta itu.

" Waalaikumussalam....Hang ka, aku ingat sapa yang dok mai. susah sungguh na, aku nak nampak hang. Dari mana ni?. " Uji Haji Suhaimi sebaik saja Tan Sri Yahya sudah tiba di pangkin lalu duduk berhadapan dengan Haji Suhaimi.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now