Bab 32

64 4 5
                                    

Di bilik klinik...

Gugup Amar bila dia melihat perkakasan hospital bersusun dihadapannya. Mahu saja dia lari keluar dari bilik itu, namun dia tidak dapat melakukannya, kerana sudah di jaga oleh anak buah Syed Azlan.

Lalu datang seorang lelaki yang berpakaian uniform dokter. Melihat wajah pesakit nya, membuatkan dia terasa ingin ketawa saja.

" Asal pucat sangat muka kau tu Rilek lah... Yang kau tegang sangat ni dah aku tengok kau ni. " Uji seorang lelaki berpakaian uniform doktor.

" Rilek pala otak kau. tak nampak ke benda yang kau susun depan aku ni. Kau saja kan " Marah Amar dengan muka yang cuak. bila doktor itu seakan sengaja mengejeknya.

" Ala setakat jarum dengan gunting je pun. Takkan. kau dah takut dah. Kata hero tinju... Baru tunjuk jarum gunting dah ketar lutut. " Usik doktor muda itu lagi.

" Kau kan Husin, memang sengaja nak kenakan aku kan. Dah tau aku takut dengan benda tu, kau boleh letak depan aku juga. Bawa lah jauh sikit." Marah Amar bila dokter Husin tersengih kecil padanya.

" Hairan aku dengan kau ni, bertumbuk boleh, baru tengok jarum dah gelabah. Ingat masuk bela diri ni, kau dah tak takut dengan benda ni dah. " Usik Husin lagi

" Kau kan....tak reti beza ke. Bela diri dengan jarum gunting kau tu. Bawa lah benda tu pi jauh-jauh. " Uji Amar sambil menolak troli yang berisi perkakasan perubatan dengan hujung kakinya.

" Ala kau tak payah kisah lah...biarkan ja benda tu dekat situ. Yang kau duk jauh tu, macam mana aku nak rawat kau, Mai sini, aku nak tengok luka kau. " Uji Husin sambil berjalan menghala ke arah Amar duduk.

" Tak payah...aku tak nak kau rawat aku. Bukannya teruk mana pun luka aku ni. Kau saja nak kenakan aku. " Kata Amar dengan geram dengan kelakuan Husin.

Sakit perut Husin bila dia menahan rasa ketawanya. Seronok dia rasakan bila dapat mengusik Amar tika ni. Dalam keadaan takut sempat juga dia marah.

" Adoi....Penat aku dengan kau ni. Kau tak payah nak takut, aku buat pelan-pelan ja. Sakit macam semut gigit ja. " Pujuk Husin yang berdiri tepi katil pesakit.

" Otak kau semut gigit. Aku tak nak..."

" Jangan nak mengada... sini cepat, kang Lan marah aku pulak. "

" Aku tak nak!!!!...." Bentak Amar yang cuba larikan dirinya untuk di rawat.

Sedang Amar dan Husin bergaduh mulut. Pintu bilik rawatan di buka dari luar. Berkerut dahi Syed Azlan melihat pertelingkahan Amar dan Husin itu.

" Apa dah berlaku ni?....sampai dekat luar aku dengar suara korang dua. " Tegur Syed Azlan yang baru masuk dalam bilik rawatan itu.

" Abang!!!!...." Menjerit kelegaan Amar melihat Syed Azlan yang ada disitu. Terus dia berlari dan bersembunyi di belakang Syed Azlan.

" Kenapa ni?..."

" Tu...." Tuding jari Amar pada Husin.

Menggaru perlahan di kening Husin bila Syed Azlan berada di bilik itu. Baru saja dia berasa seronok mengusik Amar. Mahu kacau lebih-lebih takut si abang marah pulak bila adiknya di ganggu.

" Kau buat apa ni?...lain aku suruh lain kau buat. " Uji Syed Azlan sambil memandang pada Husin dengan hujung matanya.

" Usik sikit je pun...itu pun nak mengadu bagai..." Uji Husin dengan menyerah bila Syed Azlan masuk campur.

Mengeleng kecil kepala Syed Azlan. Lalu dia memandang ke arah Amar. Berkerut dahi nya bila melihat luka-luka Amar masih belum di rawat oleh Husin.

" Kau tak cuci luka Zack lagi ke. " Soal Syed Azlan bila melihat wajah Amar yang masih lagi berdarah.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now