Bab 33

56 6 2
                                    

Sejam berlalu....

Bergetar tubuh Amar rasakan, apabila dia terkena pukulan dari lawan nya tanpa sempat dia menampan serangan tadi. hampir pitam Amar bila dia terasa darah mula mengalir ke mata nya. Kepedihan mula mencucuk pada hujung kening tika ni. Tubuh Amar di papah lalu dibawa ke penjuru untuk di rawat.

" Adik tahan sikit. " Cemas saja Syed Azlan melihat hujung mata Amar mula bercurah curah darah mengalir. Laju saja tangan Syed Azlan melakukan rawatan kecemasan pada darah yang mengalir di kening Amar.

" Adik ok abang....sikit saja. " Pujuk Amar melihat wajah cemas abangnya.

" Kita berhenti ye. " Pujuk Syed Azlan yang tak sanggup melihat Amar sudah pucat itu.

Geram betul dia rasakan. Melihat lawan Amar yang dua kali ganda lagi besar dari adik nya. Seakan mereka ditipu saja oleh pihak lawan mereka itu. Ikutkan hatinya mahu saja menghalang Amar dari terus pertandingan ini.

Namun Amar menentang kehendak nya dari membatalkan perlawanan itu. Dan itu menyebabkan Amar terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan lawannya.

" Boleh teruskan pelawaan ini atau membatalkannya. " Soal pengadil perlawanan itu. Bila dia melihat Syed Azlan selesai melakukan rawatan kecemasan pada Amar.

" Saya boleh lawan lagi. " Putus Amar tidak mahu menyerah.

" Bagi kami bincangkan dulu. "  Pinta Syed Azlan seakan ingin memujuk Amar saja.

" 5 min masa kecederaan. Tolong cepat sikit. " Kata pengadil perlawanan itu.

" Adik....dah lah, kita mengaku kalah saja. Tak sanggup abang tengok adik macam ni. " Uji Syed Azlan dengan nada kerisauan. Melihat kecederaan di wajah Amar membuat dia tak sanggup meneruskan pelawaan itu.

" Tak apa... abang nampak kan, macam mana adik kalahkan dia tadi. Adik pasti adik boleh kalahkan dia. " Pujuk Amar agar dia boleh teruskan lagi pertandingan itu.

" Adik....dia sengaja biarkan diri dia kalah. Sebab nak bermain lebih lama lagi. Dia sengaja buat-buat terkena setiap pukulan adik tu. Dan serangan tadi, dia memang sengaja lakukan nya. Percaya cakap abang.  Kita berhenti ye. " Pujuk Syed Azlan lagi nada risau.

Terdiam Amar seketika. Sememangnya apa yang di katakan oleh Syed Azlan tadi betul. Amar perasan dengan tindak tanduk lawannya tadi. Harus bagaimana nanti hendak melawan musuhnya itu.

" Kalau adik tarik diri....macam mana dengan budak-budak kita? Macam mana dengan Helang Merah?. " Ragu Amar hendak menarik diri bila memikirkan tentang kumpulan nya.

" Biar kami sendiri uruskan nya. Belum masa adik lagi libatkan diri dalam hal ni. Biar saja kami selesaikan. " Pujuk Syed Azlan bila melihat Amar seakan ragu dengan keputusannya.

" Sebolehnya adik nak cuba lagi. Adik nak lawan sebaya upaya adik, kita cuba lagi ye abang...." pujuk Amar agar Syed Azlan membenarkannya meneruskan pelawaan itu lagi.

"Adikkkk..." Geram Syed Azlan rasa bila Amar masih lagi berdegil untuk teruskan lagi pertandingan itu.

" Percaya dengan adik...adik boleh berlawan lagi. Kalau teruk sangat adik kena, abang terus hentikan pelawaan ni, adik terima kalau adik tak mampu. " Pujuk Amar lagi yang tak mahu menyerah kalah.

Lama Syed Azlan memikirkan nya. Sehingga pengadil perlawanan itu mula menghampiri mereka.

" Boleh kita teruskan..." Tanya pengadil sebaik saja dia menghampiri pada Amar dan Syed Azlan.

" Kami teruskan...." Uji Syed Azlan sambil memberi kata putus. Terus dia duduk Serendah dengan Amar dan menarik agar dapat berlaga dengan kepala Amar.

" Sumpah abang cakap, ini pertama dan terakhir adik libatkan diri adik, lepas ni jangan harap abang takkan izin adik masuk dalam pelawaan macam ni lagi dah. " Uji Syed Azlan nada sayu.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now