Bab 37

41 5 4
                                    

Sebulan sudah berlalu

Sepi saja Datuk Farid melakukan kerjanya. Sudah masuk waktu tengahari sengaja Datuk Farid tidak keluar kerana dia sedang menunggu seseorang. Sedang dia menunggu, terdengar bunyi ketukan di pintu dengan serta merta dia menyuruh masuk.

" Masuk...." Arah Datuk Farid sambil dia berhenti melakukan kerjanya.

"Assalamualaikum...." Salam diberikan sebaik saja pintu bilik dibuka. Masuk Seseorang lelaki ke dalam pejabat tu

" Waalaikumussalam...masuk lah..." Terus Datuk Farid meninggalkan kerja nya. Lalu dia menyambut kedatangan sepupunya itu.

" Lama kau tunggu aku... sorrylah jalan jem sangat tadi.  Ni borang pendaftaran Amar. " Serah Encik Nasir sebaik saja di duduk di sofa yang ada di dalam pejabat itu.

" Biasa lah waktu macam ni. Bila tarikh pendaftaran dia nanti. " Soal Datuk Farid sebaik saja dia duduk bersama dengan Encik Nasir.

" Dua minggu lagi...sempat lagi kalau kita nak cari baju sekolah dia. "  Kata Encik Nasir.

" Aku ingat Sabtu ni nak bawa dia pergi cari. Sebelum tu. Kau ada cara nak beritahu dia pasal sekolah dia nanti. "

" Kau dah kenapa macam takut nak beritahu Amar pasal hal ni. Amar memang tak nak belajar dah ka. "

Terdengar keluhan berat di bibir Datuk Farid. Sukar untuk dia katakan bila melibatkan hal Amar. Bukan hal yang mudah untuk dia mendekati Amar. Kerana amar masih lagi kurang mesra bila bersamanya.

" Haiii...kau ingat Amar macam kau kenal ke Nasir. Kau nampak je dia tu manja tapi bila dengan aku, jauh panggang dari api. Senyum pun tak muka tu. Macam aku ni musuh dia saja. " Rungut Datuk Farid sambil bercerita mengenai Amar.

" Kau tak cuba ambil hati dia ke, Red. Tak salah kalau kau rendah kan diri kau sebagai ayah. Jangan disebabkan ego, kau makin jauh dia nanti. " Pujuk Encik Nasir agar Datuk Farid tak terlalu berkeras anak angkatnya itu.

" Aku rasa Amar masih tak maafkan aku lagi. Tak salahkan dia juga, aku ni ayah tak guna, abaikan dia masa kecil. Biarkan dia hidup bersendirian tanpa duit dan susahkan hidup umi aku untuk jaga dia. Mungkin sebab semua tu, Amar masih tak nak terima aku lagi. " Ujar Datuk Farid dengan nada amat kesal dengan kekilahfan diri nya.

" Kau tak cuba cakap dengan dia pasal hal tu. "

" Dah banyak kali aku cuba tapi dia mengelak saja malah aku jarang nak bersama dengan dia. Tambah pulak dia kerja, balik pun lewat malam. Hujung minggu ke rumah kau pulak. Memang susuh nak nampak muka dia. " Uji Datuk Farid dengan nada kesal.

" Susah juga macam tu Red...bila kau nak berbaik dengan dia tapi Tak apa lah....nanti aku cuba pujuk dia, apapun tak patut dia buat macam tu dekat kau. esok aku datang villa kau. Biar aku sendiri yang beritahu Amar mengenai hal ni. Mungkin juga kalau Ana ada, dia takkan bantah sangat. Kau cakap dengan Dila nanti untuk cuba pujuk Amar juga. " Pesan Encik Nasir.

" Nanti aku beritahu Dila pasal hal ni. Dah pukul berapa...jom teman aku makan.

" Jom....."

****************************************

Sibuk saja Datin Adila yang berada di dapur untuk menyediakan pelbagai hidangan untuk dijamu pada tetamunya. Begitu juga dengan Amar yang turut membantu Datin Adila menyediakan juadah makanan. Malah dia juga turut menyediakan pencuci mulut seri muka buatan air tangannya.

" Adik cuba rasa...sedap tak. " Pinta Datin Adila sambil dia meniup pada sudu di tangannya.

Perlahan-lahan Amar merasakan masakan Datin Adila itu. Tersenyum kecil Amar bila rasa itu kena dengan dirinya.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now