Bab 38

39 5 1
                                    

Berita Amar mengamuk di depan Encik Nasir dan Puan Anzalna sudah didengari oleh Azwan. Azwan kebetulan yang mahu balik ke rumah mula mencari di sekitar perumahan itu.

Entah mengapa,  tergerak hati nya mencari Amar taman permainan setelah dia mula mencari. Lalu dia memberhentikan kereta di sisi jalan dan keluar mencari Amar.

Seperti yang dia mendugakannya, memang Amar berada di situ, dan sedang bermain buaian. Agak Laju Amar menghayun kan buaian itu sambil dia berdiri. Risau akan Amar jatuh terus Azwan memanggil Amar untuk hentikan perbuatan Amar itu.

" Zack.... Zack... pelahan kan buaian tu, laju sangat kau hayun. " Panggil Azwan sambil cuba mendekati pada Amar.

Terus saja Amar memusing sedikit kepalanya dan. melihat gerangan siapa yang memanggil nya tadi. Berkerut dahi Amar bila Azwan berada di hadapannya tika ni.

" Bila kau sampai...bukan ke kau kata ada dekat luar KL. Cepat betul kau balik, mama report dekat kau ke yang aku lari. " Soal Amar dengan hairan bila dia melihat Azwan berada di hadapannya. Sambil itu dia memperlahan buaian itu lalu turun.

" Mama tak report pun...Dah habis aku balik lah, ingat nak cuti lama sikit dekat sana tapi ada orang tu pancing aku suruh balik awal. " Rungut Azwan bila dia teringat kuih kegemaran nya itu. Lalu di duduk dekat buaian yang kosong bersebelahan dengan Amar.

" Ye lah tu mama tak report. Kalau tak, macam mana kau tahu aku ada dekat sini. " Rasa tak puas hati Amar dengan jawapan Azwan itu.

" Aku terbau sesuatu tu aku cari, tak sangka pulak kau pun ada sini. " Usik Azwan dengan loyar buruk.

" Ha ha ha ha...lawak ye. " Makin tak puas hati Amar rasakan tika ni. Lalu Amar duduk di buaiannya sambil Amar melepaskan rasa tak puas hati nya itu.

Melihat keadaan Amar yang tengah marah itu membuatkan Azwan tertanya-tanya kenapa yang berlaku pada Amar. Malah Amar membuat kelakuan buruk di hadapan Encik Nasir dan Puan Anzalna.

" Cuba lah cerita dekat aku, apa dah berlaku. Sampai  kau tunjuk taring kau depan Pak ngah dan mak ngah. " Soal Azwan yang tertanya-tanya tingkah laku Amar itu.

" Kau tahu, Datuk Farid gunakan ibu abah aku pujuk aku supaya aku sambung belajar. Malah diorang dah siap daftar dah pun tanpa pengetahuan aku. Kau rasa aku boleh sabar lagi ke....memang tak lah. " Ujar Amar dengan nada marah dan perasaan membara. Terus Amar bangah

" Sebab tu kau lepas laku kau depan Mak ngah. Tentu dia terkejut tengok kau macam tu. "

" Tapi apa salah nya kalau kau sambung ?. Aku rasa benda tu tak salah kan. " Soal Azwan bila Amar terus menerus menolak untuk sambung belajar.

" Benda tu tak salah...yang salah tu aku. Sebab aku tak nak belajar. Aku cuma nak cari duit je sekarang ni. Tapi korang langsung tak nak faham aku. " Kata Amar dengan marah.

" Kalau kau tak kerja hidup kau akan susah ke bro. Habis kitorang apa patung ke?... Kau rasa kitorang nak biar je kau hidup tak ada duit. " Terasa Azwan dengan cara Amar berkata tadi

" Sampai bila aku nak harap pada orang? sampai bila aku nak makan budi. Cukup lah Az....selama aku hidup aku asyik makan budi orang saja. Aku pun dah penat lah nak makan budi ni. " Kata Amar dengan marah seakan maruah nya tercalar.

Mengangguk Azwan tanda dia mengerti apa yang Amar katakan. Tah kala ni dia berasa kecewa dengan sikap Amar itu.

" Tak sangka aku, kami ni kau masih anggap macam orang luar lagi. Kau rasa kami akan biarkan saja ke kau hidup macam ni. Tak zack, cukup dosa kami dulu Takkan kami nak abaikan kau lagi, tak mungkin Zack.  Sampai bila kau nak anggap kami ni orang luar. Jangan disebabkan ego kau, kau musnahkan masa depan kau. " Marah Azwan yang hampir hilang sabar. Lalu dia bangun dari buaian itu dan berdiri dihadapan Amar.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now