CHAPTER 4

656 40 2
                                    


VOTE PLEASE ✓

Hari ini Aurora pulang lewat sedikit daripada kebiasaannya. Biasa dia habis kerja pukul 6 tetapi harini dia harus mengemas seluruh cafe seorang diri kerana Wana bercuti. Si Aina tu awal awal dah cabut.

Sesekali Aurora mengeluh penat. Ada pengurus tapi macam takda pengurus. Segala hal pasti Aurora lah yang menguruskan segala hal. Aina akan masuk bekerja apabila Puan Lily datang melawat.

Kalau setakat datang sekali sekala tapi kerja still jalan takpelah jugak, ini segala kerja dia Aurora dan Wana yang buat. Dahla datang kerja malas, kerja tak buat. Ada aku humban dalam sungai bagi buaya makan kang.

Jam menunjukkan pukul 8.37 malam. Dia hanya berjalan kaki balik ke rumah sewanya yang mengambil masa hanya 10 minit sahaja.

Malam itu dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sesekali kaki menapak ke hadapan pasti ada satu tapak yang menyambung di belakang. Apabila dia sampai di hadapan sebuah kedai, dia menoleh ke cermin kedai itu. Dia melihat seorang lelaki berpakaian hitam yang tidak kurang jauh darinya.

Dia melajukan langkah untuk segera pulang ke rumah. ' aduh time ni jugaklah takde orang nak lalu,haish'

"ARGHHH" jerit Aurora sekuat hati apabila merasakan ada satu tangan yang memegang lengannya.

"diam sayang. Jangan jerit" pujuk Daniel dengan nada lembut sambil memeluk tubuh Aurora daripada belakang.

"a...apa awak buat ni"

"nothing. Saya cuma rindukan awak je" tutur Daniel.

"lepas lah awak. Saya tak selesa" pinta Aurora tidak selesa. Suka hati betul lah nak peluk orang.

"awak tak rindukan saya ke, sayang"

"SAYA KATA LEPAS, LEPASLAH" marah Aurora. Aku ni dahla penat lepastu datang peluk peluk pulak. Aku siku karang.

"okay okay. Saya lepaskan awak" kata Daniel lalu merungkai pelukannya. "awak dah makan?"tanya Daniel

"dah" tipu Aurora. Seriously, Aurora. Bukan kau lapar ke.

"jom pergi minum-minum air dulu, saya dah lama tak jumpa dengan awak"

"sorry, saya busy dan saya mengantuk jadi bye" balas Aurora malas lalu menyambung perjalanan untuk pulang ke rumahnya.

Daniel hanya mampu tersenyum. Yer dia tahu kenapa Aurora sering kali menggelak daripadanya. Ini semua berpunca daripada mamanya, Datin Rahimah yang tidak suka akan Aurora.

Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia tidak berani melawan insan yang sudah membawanya ke dunia ini.

Datin Rahimah tidak suka kepada Aurora hanya kerana tidak setaraf. Sudah penat dia memujuk tetapi Datin Rahimah tetap dengan pendiriannya.

Sesekali Daniel mengeluh, dia tidak mahu dijodohkan dengan pilihan mamanya iaitu Puteri Qaliesya. Seorang yang cantik, kaya atau boleh kata cukuplah segala pakej tetapi satu je iaitu perangai. Perangai yang buat Daniel rasa nak sorok si Puteri ni dalam stor. Malu kalau nak memperkenalkan isterinya kepada khalayak ramai.

........................................................................

Tokk! tokk !...

"haih sape pulak yang datang rumah aku tengah malam ni, takkan Delisha pulak" omel Aurora seorang diri.

"WOII BUKAK CEPAT SIKIT BOLEH TAK" jerit si pemanggil sambil mengetuk pintu berulang kali.

"yerr sekejap" Aurora berlari anak menuju ke pintu. Dahla pintu aku ni nak roboh dah, yang pergi ketuk kuat-kuat tu buat apa. Hish.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now