CHAPTER 24

463 14 12
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"Arren dengan Aurora jadi kan teman mummy balik kampung minggu ni?"

"sorry, mummy. Arren outstation Sabah minggu ni but Arren dah suruh Aurora teman mummy"

"ouh yeke. Takpelah kalau macam tu. Mummy balik kampung dengan Aurora je" Ujar Datin Orkid. Dia terpaksa pulang ke kampung minggu ni kerana Nek Kemboja tidak berapa sihat.

"Arren tak lama pun dekat Sabah tu. Dalam tiga hari je. Nanti Arren terus balik kampung je"

"iyelah"

Mereka bertiga sekarang sedang minum petang di taman kecil milik Datin Orkid. Suaminya tiada dalam seminggu ini kerana menghadiri kursus di Johor. Jadi dia terpaksa menyuruh mereka berdua untuk menemaninya pulang ke kampung.

"Arren bertolak ke Sabah tu bila?"

"esok, mummy"

"Aurora tidur dengan mummy ye esok"

"boleh je mummy. Lagi pun esok Aurora tidur sorang-sorang je" Aurora buat-buat sedih. Saje je nak mengusik suaminya.

"sekejap je abang pergi Sabah. Nanti hari Sabtu jumpa balik. Abang tinggal sekejap je pun" Darren mencubit pipi Aurora.

"sakitlah, abang" Aurora memuncungkan mulutnya.

"amboi, bahagia betul ye. Mentang-mentang suami mummy takde, boleh pulak dia buat sweet depan mummy" Datin Orkid memutarkan biji matanya ke atas.

"jangan jealous, mummy"

"tak pun"

Darren terus mencium kedua-dua belah pipi Aurora. Merah wajah Aurora kerana malu dengan tindakan Darren itu tadi.

"CARL DARREN" jerit Datin Orkid. Saje betul nak bagi dia cemburu.

........................................................................

"Assalamualaikum, mak" Datin Orkid dan Aurora memberi salam ketika masuk ke dalam rumah.

Mungkin Nek Kemboja sedang berehat di dalam bilik kerana keadaan rumah itu yang sunyi sepi.

Nek Kemboja yang berada dalam bilik terus memanggil anaknya. Dia sedang tidur tadi tetapi dia tersedar kerana mendengar suara anaknya memberi salam.

"manja" panggil Nek Kemboja dengan suara yang lemah.

Datin Orkid dan Aurora berjalan menuju ke bilik tidur Nek Kemboja. Mereka melihat Nek Kemboja yang sedang terbaring lemah senyum apabila melihat mereka.

"ye, mak. Manja datang ni" Datin Orkid memegang tangan Nek Kemboja.

"Baby pun ada?"

"ye, nenek. Aurora datang dengan mummy" senyum Aurora.

"dah makan?" soal Nek Kemboja kepada Aurora.

"dah. Nenek?" Nek Kemboja mengangguk lemah. Dia hanya menjamah sedikit sahaja makanan tadi kerana dia tidak larat mahu mengunyah. Rasa nak muntah sahaja apabila dia menelan makanan.

"mak berehat lah dulu. Manja dengan baby keluar dulu. Nanti nak apa-apa panggil je" Kata Datin Orkid.

Mereka berdua keluar dari bilik Nek Kemboja bagi memberi ruang kepadanya untuk berehat.

"mummy, macam mana nenek boleh demam?" soal Aurora ketika mereka sedang memasak makanan malam.

"nenek Aurora tu degil. Berbuih mulut mummy cakap jangan buat kerja-kerja yang berat tapi dia buat jugak. Badan nenek tu pun bukannya gagah perkasa macam dulu dah. Penat mummy nak nasihat" geleng Datin Orkid.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now