CHAPTER 34

382 12 1
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"AYAHH!?"

Jatuh Hariyati ke lantai apabila menerima tamparan kuat daripada suaminya.

Huh, suami? Bukan suami namanya tu tapi setan.

Rahimi mencengkam rambut Hariyati dengan kuat. "Hey perempuan. Dengar sini ye. Kau jangan nak rosakkan plan aku. Kau jangan buat perkara yang boleh menaikkan darah aku" Rahimi memberi amaran keras.

"ibu..." Mawar memegang kuat tubuh Hariyati. Dia mengusap perlahan kepala ibunya bagi menghilangkan kesakitan di bahagian rambut.

"ibu sekejap ye. Mawar pergi minta bantuan sekejap" Baru Mawar mahu memulas tombol pintu, tangannya direntap kasar dari arah belakang.

"kau nak pergi mana?" tanya Rahimi dengan riak muka yang menakutkan Mawar.

Mawar tidak menjawab sebaliknya dia cuba untuk membuka pintu. Berkali-kali dia pulas tombol pintu tetapi dia tidak berjaya untuk membukanya.

"kau tak boleh lari lagi Mawar. Dah terlambat" gelak Rahimi.

Rahimi mula mendekati Mawar. Dia menarik rambut Mawar sama sepertimana dia menarik rambut Hariyati tadi. Pipi Mawar ditampar apabila Mawar cuba melepaskan diri.

"Kau jangan sentuh anak aku!" Hariyati cuba untuk bangun.

"Hahaha baru sekarang nak mengaku anak? Selama ni kau tak nak mengaku pun" Rahimi gelak lagi.

"Hariyati menarik tangan Rahimi supaya melepaskan rambut Mawar. Terlepas cengkaman tangan Rahimi apabila Hariyati menggigit kuat lengan Rahimi.

"ARGHH KAU MEMANG TAK GUNA YATI!?" jerit Rahimi kesakitan.

Tanpa amaran dia terus menyepak tubuh Hariyati. Tidak dihiraukan jeritan Mawar yang menyuruhnya supaya berhenti.

"Ayah sudah lah tu. Jangan pukul ibu lagi" Air mata Mawar mengalir tanpa henti.

Terseksa dirinya apabila melihat wajah ibunya menahan kesakitan.

"Jangan kacau aku. Aku nak ajar dia sikit supaya tahu cara hormatkan suami" Rahimi terus memukul Hariyati tanpa belas kasihan.

"Now, it's my turn to 'ajarkan' kau macam mana nak jadi suami baik pulak" sampuk Mikael.

Terhenti pergerakan Rahimi apabila mendengar suara keras Mikael.

"awak..." Mikael menoleh apabila mendengar suara sayu Mawar.

"shh...aku ada. Kau bawak ibu kau dekat tiang tu dulu " arah Mikael. Makin geram apabila melihat sedikit darah di tepi bibir Mawar. Memang nak kena Rahimi ni.

Setelah itu, dia terus meluru ke arah Rahimi. Lelaki tak guna yang telah menyakiti gadis kesayangannya.

"apa kau dah buat pada Mawar?" tanya Mikael senada.

"ak...aku tak buat apa-apa pun lagi" tipu Rahimi.

"kau lupa ke perjanjian yang kau buat dulu?" tanya Mikael cuba menahan sabar.

"ak..aku..aku..."

Mikael terus menumbuk Rahimi dengan kuat. Dia langsung tidak memberi peluang kepada Rahimi untuk bercakap.

"ak..aku mintak maaf. Aku janji aku takkan sakiti Mawar lagi" Ujar Rahimi dalam kesakitan. Boleh tahan kuat juga Mikael membelasahnya.

"berambus kalau kau tak nak sakit lagi"

Rahimi terus melarikan diri apabila mendapat peluang itu. Mujur Mikael melepaskannya kalau tidak memang jadi arwah Rahimi lah dia.

"ibuu..." Mawar mengusap lembut pipi Hariyati.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now