CHAPTER 27

486 17 0
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"Sedapnya bau. Sampai ke atas abang bau" Darren melingkarkan tangannya di pinggang Aurora.

"Aurora masak nasi goreng. Abang pergilah depan dulu. Nanti kita makan sama-sama ye" Ujar Aurora sambil menggaul nasi goreng buatannya.

"takpelah, abang nak teman isteri abang memasak" balas Darren.

Aurora hanya membiarkan Darren menemaninya. Padahal dah nak siap dah kerjanya di dapur tetapi suaminya masih berdegil mahu menemaninya.

Setelah selesai memasak, Aurora menghidangkan sarapan pagi di ruang makan. Darren mengikut langkahnya sambil membawa pinggan.

Sudah puas ditegahnya supaya tidak mengangkat pinggan tetapi itu kan Darren. Dia bukannya nak dengar cakap orang.

Aurora mengisi nasi goreng di pinggan Darren. Terpejam mata Darren apabila menghidu aroma nasi goreng yang sedap itu.

"sedapnya nasi goreng sayang" puji Darren apabila menerima suapan pertama.

"thankyouu. Nasi goreng Aurora biasa-biasa je" Aurora merendah diri tetapi padahal dalam hati sudah berlagu riang kerana mendapat pujian daripada suami.

"abang suka nasi goreng sayang. Sedap sangat" jujur Darren. Tidak henti-henti dia memuji nasi goreng buatan isterinya. Haish, tak tidur malam nampak gayanya.

"terima kasih sebab puji masakan Aurora" ucap Aurora ikhlas.

"most welcome, sayang"

Darren dan Aurora mengambil keputusan untuk menghabiskan masa dengan menonton movie di rumah. Darren masih lagi dalam cutinya. Well, dia kan CEO jadi ikut suka hati dia bila dia mahu masuk kerja.

Lagi pun dia mahu memastikan Aurora sihat sepenuhnya. Buat masa sekarang dia hanya akan buat kerja dari rumah.

Setiap hari pasti Raykal akan datang untuk menghantar laporan kerja.

"abang tak nak masuk kerja lagi ke?" soal Aurora.

"abang nak tunggu sayang sihat sepenuhnya baru abang masuk kerja" balas Darren sambil bermain dengan rambut Aurora.

"tapi Aurora kesian tengok Raykal. Asyik ulang-alik je dari office ke rumah kita" Ujar Aurora kesian. Jarak rumah mereka dengan office boleh tahan jauh.

"no it's okay. You don't have to worry about it. Mabye next week abang start kerja balik"

"abanggg....." Aurora meleretkan suaranya dengan nada manja. Jari telunjuknya dibawa ke dada Darren.

"Yes, Cinta. Why?" soal Darren hairan.

"boleh tak Aurora nak ikut abang pergi kerja?" soal Aurora sambil jarinya mengukir bentuk hati di dada Darren.

"sayang nak ikut abang?" soal Darren inginkan kepastian. Aurora angguk kepalanya.

"Kalau dah sayang nak ikut abang okay je" Aurora tersenyum lebar.

"but ada satu syarat" sambungnya lagi.

"apa?"

"cium abang dulu" Darren menghalakan pipinya ke arah Aurora. Aurora garu kepala. Sudahlah dia tidak pernah mencium pipi Darren

Dia bukannya apa cuma dia masih malu. Selama ini pun hanya cium tangan kalau mahu bersalam. Tidak pernah pula dia cium pipi suaminya.

Darren menyuakan lagi pipinya. Menunggu Aurora untuk melaksanakan syarat seperti yang dijanjikan tadi.

"I'm still waiting" kata Darren.

"ye sekejap. Aurora nak cium lah ni" Aurora menarik nafas panjang dan dihembuskan perlahan-lahan.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now