CHAPTER 6

575 34 0
                                    

VOTE PLEASE ✓

"Kalau Darren tak nak mummy membebel bende yang sama then get married. Takkan nak tunggu rambut tu putih baru nak kahwin. Alamatnya memang mummy takkan merasa nak ada cucu lah kalau camtu" leter Datin Orkid.

Nak cakap tak hensem kadang tu sampai terteleng kepala anak dara melihat anak terunanya, nak kata tak kaya tak jugak. Apa lagi lah yang tak cukup sampai tak jumpa jodoh sampai sekarang.

"mummy, please. Mummy ajak Darren makan ni just want to talk about this issue ke?" soal Darren tidak puas hati.

"selagi Darren tak kahwin selagi tu mummy akan leter benda yang sama je"

"belum ada jodoh mummy" kata Darren mudah.

"mana nak ada jodoh kalau kamu tu busy memanjang" jeling Datin Orkid.

"yela yela mummy. Nanti Darren bawak balik menantu untuk mummy ye. Dah sekarang kita makan, Darren lapar ni"

Datin Orkid memberi jelingan tajam kepada anak terunanya. Ada sahaja alasan nak lari daripada masalah.

........................................................................

"Rora ooo Rora. Aku dah balik ni" jerit Delisha memanggil sahabatnya.

"yerrr, terjerit-jerit dari tadi kenapa kau ni" geleng Aurora.

"hehehe, saje btw kau dah masak?" tanya Delisha lalu membuka tudung saji.

"belum lah dah kau cakap tak payah masak, aku pon tak masaklah" jawab Aurora.

"okay, cun. Jom keluar"

"keluar pergi mana?"

shopping apa yang patut lagi pun aku tengah bosan ni so why not kan" sengih Delisha.

"erm boleh jugak. Aku pon bosan ni" setuju Aurora. Sudah hampir seminggu dia tidak keluar kerana dia tiada mood untuk keluar dek kerana kes di cafe.

Delisha hanya tersenyum. Dia saja je mahu membawa Aurora keluar bagi menghilangkan stressnya. Dia tahu setiap malam pasti Aurora akan menangis. Cuma kali ini dia tidak dapat memastikan sama ada Aurora menangis kerana difitnah atau rindukan ibu bapanya.

Semenjak dari kecil lagi Aurora tidak berjumpa dengan ibu bapanya malah kewujudan mereka masih menjadi tanda tanya buat mereka. Banyak ujian yang terpaksa dilalui oleh Aurora. Kalau dia jadi Aurora mahunya berputus asa dia tetapi Aurora tetap memilih untuk laluinya.

Di mall.........

"kau ada apa-apa yang nak beli ke?" tanya Delisha.

"takde dah, cukup lah dah ni. Terima kasih tau nanti aku bayar balik duit kau" ujar Aurora.

"tak payahlah, ni pon duit papa bagi kau suruh buat belanja"

"sorry susahkan korang sekeluarga"

"dahla benda biasa je. Kita ni dah macam adik beradik dah. Lagi pon kau ade aku je kan" senyum Delisha menenangkan Aurora.

Delisha faham perasaan Aurora yang rasa dirinya membebankan mereka sekeluarga tetapi sikit pon mereka tidak rasa begitu. Malah, mama dan papanya lebih suka akan kehadiran Aurora.

"weh kau ada lagi kan kupon Watsons tu?" tanya Delisha sambil membelek-belek walletnya.

"jap rasanya ada je lagi" Aurora mencari kupon yang mereka terima sewaktu shopping di sini 2 minggu lalu.

"jumpa, nah" Aurora menghulurkan kupon itu kepada Delisha.

"okay cun. Jom shopping situ pulak" Mereka berdua berjalan menuju ke destinasi pilihan Delisha.

CARL DARREN : HIS AURORA Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz