CHAPTER 29

443 16 0
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"Cik Mawar bukan balik kampung tapi dia pergi berjumpa dengan Rahimi dan Haryati, Tuan"

Terngiang-ngiang apa yang disampaikan oleh Harraz tempoh hari. Kenapa gadis itu pergi berjumpa dengan orang yang telah menjualnya itu? Naik kusut kepala Mikael memikirkannya.

Mujurlah sekarang ini, Mawar sudah kembali kerja seperti biasa. Kalau dia tanya belum tentu Mawar mahu menceritakan perkara sebenar. Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Mawar.

Ketukan pintu mematikan lamunan Mikael.

"masuk"

"Ini laporan yang Tuan nak tadi. Segala laporan airport saya dah sertakan sekali" Ujar Harraz.

"okay, kau boleh keluar" Harraz angguk dan berlalu pergi.

Mikael bermain-main dengan kertas kerjanya. Tidak boleh fokus selagi dia tidak tahu kenapa Mawar pergi berjumpa dengan Rahimi keparat itu.

"Hish, tak boleh jadi ni. Aku kene tahu harini jugak" Mikael merengus kasar. Dia kemudiannya menekan interkom.

"Raz, panggil Mawar masuk bilik aku"

"baik, Tuan" Mikael menutup semula interkomnya.

Tidak lama kemudian, terdapat bunyi ketukan pintu. "masuk" arah Mikael seperti biasa.

"awak panggil saya ke tadi"

"duduk"

"ada apa awak nak jumpa dengan saya" soal Mawar sambil menarik kerusi.

"kau pergi mane cuti baru ni?" soal Mikael serius.

"saya cuti berehat je sebab saya dah lama tak cuti. Kenapa?"

"kau duduk rumah je ke?" soal Mikael lagi.

"yela. Saya malas nak keluar rumah lagi pun takde keperluan pun kalau saya keluar" tipu Mawar. Kenapa Mikael tiba-tiba tanya? Takkan Mikael tahu yang dia pergi berjumpa dengan ayah dan ibunya.

"Aku tak suka orang tipu aku tau" Mikael pandang tepat ke wajah Mawar.

"saya tipu apa? Saya tak tipu awaklah. Saya duduk kat rum..."

Pap!!

Mikael melemparkan satu sampul surat di hadapan Mawar. Terhenjut bahu Mawar akibat terkejut.

"tu kembar kau ke?" tanya Mikael sambil melonggarkan tali lehernya.

Mawar mengambil sampul surat lalu dibuka. Terketar-ketar tangannya melihat gambar dirinya sedang memberi duit kepada ayah dan ibunya.

"awak, saya...sa"

"SAYA APA!!" jerit Mikael yang mula hilang sabar.

"KAU TIPU AKU. KAU KATA KAU DUDUK RUMAH TAPI NI APA?"

"saya boleh jelaskan"

"aku tak nak dengar. Kau keluar sekarang" Ujar Mikael tanpa memandang wajah gadis itu.

Sakit hati apabila orang yang dia sudah mula sayang menipu dirinya. Ye benar, dia akui dia sudah mula menyayangi Mawar tetapi dia masih ragu-ragu dengan perasaannya itu.

"awak..."

"keluar" cantas Mikael laju. Dia perlukan masa untuk bertenang. Api kemarahan kalau sudah naik memang susah untuk turun.

"saya mintak maaf" ucap Mawar rasa serba salah.

"aku suruh keluar kan so KELUAR LAH!!!" marah Mikael.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now