CHAPTER 8

550 36 0
                                    

VOTE PLEASE ✓

"mummy ooo mummy" panggil Aurora. Lepas sahaja makan tadi dia sudah tidak nampak kelibat mummy.

Tadi dia duduk di dalam bilik kerana mahu mengemas barang-barang. Tahu-tahu dah petang.

Nek Kemboja masuk ke dalam rumah menggunakan pintu dapur sambil membawa bakul berisi sayur-sayuran.

"cari mummy ke, baby?" soal Nek Kemboja lalu meletakkan bakul itu di atas meja.

"haah nenek. Dari tadi Rora tak nampak mummy"

"ada tu kat belakang rumah tengah petik sayur. Pergilah tengok" kata wanita tua itu.

Aurora pun pergi ke belakang rumah. Dia melihat mummynya ralit memetik sayur sehingga tidak perasan dia yang sudah lama disitu.

"BAHH" sergah Aurora.

"OII MAK KAU CILI PINK" latah Datin Orkid kerana terkejut. "ish apa Rora ni. Terkejut mummy tahu tak. Kalau mummy kene heart attack tadi macam mana?" marah Datin Orkid sambil mengurut dada.

"hehe sorry mummy ku yang cantik. Rora ada kat sini lama dah. Tengok mummy ralit sangat tu yang Rora buat surprise sikit" sengih Aurora.

"banyakla Rora punya suprise. Dah bawak masuk sayur ni" arah Datin Orkid sambil menghulurkan satu bakul kepada Aurora.

Banyak jugak nenek tanam sayur sampai penuh belakang rumahnya dengan pelbagai jenis sayur-sayuran. Bagus, jimat duit. Barang sekarang pun bukan main melambung tinggi.

"Baby, tak nak pusing-pusing kampung ke? Dah petang ni" tanya Nek Kemboja. Mana lah tahu Aurora mahu merasai suasana petang ni kampung.

Suasana petang ni kampung ni lain sikit. Lebih meriah dengan pelbagai aktiviti.

"boleh ke nek?"

"apa pulak yang tak bolehnya. Pergi lah. Kalau nak naik basikal, basikal ada kat bawah rumah tu" Aurora angguk lalu pergi mengambil basikal di bawah rumah.

Aurora mula mengayuh basikal dengan perlahan-lahan. Sampai sahaja di satu bukit tinggi dia memberhentikan basikalnya.

Dia mahu melihat permandangan kampung itu dari atas. Sungguh cantik ciptaan Allah SWT. Tersenyum sendirian dia apabila melihat gelagat orang kampung di situ. Ada yang main bola, kanak-kanak berkejaran di taman dan bermacam lagi.

Tiba-tiba dia terasa sebak. Kalaulah kehidupan dia seperti orang lain pasti hidup dia tidak begini. Di manakah ibu dan ayahnya?. Bukan dia tidak mahu mencari tetapi dia langsung tidak mempunyai sebarang petunjuk.

Dia selalu berdoa kepada Allah SWT agar dipertemukan kembali keluarganya. Jauh di sudut hati kecilnya dia yakin bahawa ibu dan ayahnya masih hidup. Mungkim belum masanya lagi.

Jam dikerling dan Aurora mahu pulang ke rumah kerana sudah lewat. Risau pulak nanti Nek Kemboja dan mummynya. Lagi risau kalau kene bebel. Perh, perit jugakla telinga.

........................................................................

"Rora pergi mana je tadi?" tanya Datin Orkid semasa mereka duduk di ruang tamu pada malam itu.

"Rora pusing dekat-dekat sini je. Rora pergi dekat bukit mana entah tapi yang pasti bukit tu boleh nampak pemandangan kampung ni" ujar Aurora.

"Bila laki kamu nak balik, Manja?" sampuk Nek Kemboja lalu mengambil tempat di sebelah Aurora.

"esok rasanya. Kenapa mak?"

"takdelah. Ingat mak nak ajak pergi beli barang kenduri tu nanti" terang Nek Kemboja.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now