CHAPTER 15

541 26 0
                                    

VOTE PLEASE ✓

"Ayan rasa Ayan dah jumpa adik"

"Ayan cakap apa ni?" tanya Puan Sri Sofia yang masih lagi keliru.

"Ayan rasa Ayan dah jumpa adik" Aryann ulang semula ayatnya tadi.

"be...betul ke. Ayan dah jumpa dengan adik?" tanya Puan Sri Sofia yang mula sebak.

"Ayan rasa tu memang adik sebab dia ada rantai yang sama dengan ibu. Ayan nak tanya dia masa tu tapi tak sempat"

Air mata Puan Sri Sofia sudah pun mengalir. Adakah ini benar? Penantian dia selama ini sudah berakhir.

"bawak ibu jumpa dengan adik. Ibu nak jumpa dengan dia" pinta Puan Sri Sofia. Dia mesti berjumpa dengan anaknya. Dia rindu dengan anak perempuannya.

"nanti Ayan bawak ye ibu. Ayan tak boleh lah bawak ibu sekarang ni. Nanti mesti dia terkejut. Tunggu Ayan siasat dulu ye. Nanti Ayan bawak dia jumpa dengan ibu. Ayan janji" Aryann memeluk erat tubuh ibunya. Dia tidak mahu ibunya bersedih lagi. Cukuplah selama ini ibunya menderita akibat kehilangan adik perempuannya.

"ibu rindu adik"

"ye ibu. Ayan tahu. Kita semua rindukan adik tapi bagi lah Ayan siasat dulu. Nanti lepas dah comfirm baru Ayan bawak ibu jumpa dengan dia okay?" pujuk Aryann lagi.

Puan Sri Sofia mengusap gambar mereka sekeluarga. Hanya itu sahaja kenangan bersama anak perempuannya.

"Cinta Aurora, anak ibu" senyum Puan Sri Sofia. Aryann mencium tangan ibunya. Dia tidak akan sesekali membenarkan sesiapa melukakan hati ibunya.

"kenapa ni?" tanya Tan Sri Arqann yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Terkejut dia apabila melihat pintu bilik yang sudah lama tidak dihuni itu terbuka. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya. Dia melihat masih berbekas air mata di pipi isterinya.

"abang. Ayan jumpa anak kita bang" sayu suara Puan Sri Sofia menahan sebak.

"ha? Fia cakap apa ni. Abang tak faham"

"Ayan dah jumpa adik" senyum Aryann. Jelas terpancar riak terkejut pada wajah Tan Sri Arqann.

"Ci...cinta?"

Puan Sri Sofia mengangguk seraya tersenyum. "yer abang. Anak kita yang selama ni kita cari dah jumpa"

"Alhamdulillah. Ayan jumpa adik dekat mana?" soal Tan Sri Arqann dengan nada yang gembira.

"masa tu Ayan teman Ayla dekat event mama. Lepas tu Delisha datang dengan sorang kawan dia ni. Mula tu Ayan pelik lah kenapa Ayan rasa yang Ayan ni dekat sangat dengan dia. Masa makan pulak Ayan ada tanya Ayla pasal kawan dia tu and guess what. Cerita dia lebih kurang adik" cerita Aryann bersungguh-sungguh.

"Ayan nak tanya tapi segan. Lepas tu masa makan pulak, Ayan ada nampak dia pakai rantai sama macam ibu. Waktu tu lah Ayan baru teringat yang rantai tu hanya ada dua utas je dalam dunia ni"

Tan Sri Arqann dan Puan Sri Sofia saling berpandangan. Mungkin dia lah orang yang mereka cari selama ini. Syukur padamu Ya Allah.

"ibu nak tahu something tak?" tanya Aryann tersenyum.

"apa"

"adik kan sama macam ibu. Tak makan sayur"

"seriously but no wonder lah" Tan Sri Arqann menjeling ke arah isterinya. Puan Sri Sofia menepuk perlahan lengan suaminya. Saje lah tu nak kenakan dia.

"adik cantik tau abah, ibu. Adik sebijik macam ibu. Ayan tak sabar nak perkenalkan adik dekat ibu abah"

"nanti kalau Ayan dah betul sah kan tu adik, baru Ayan bawak kami jumpa dengan adik ye" Aryann angguk. Semestinya dia akan kenalkan Aurora kepada orang tuanya. Dia tidak sabar mahu menunggu saat itu.

CARL DARREN : HIS AURORA Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon