CHAPTER 5

634 35 24
                                    

VOTE PLEASE

"tak makan berape lama kau ni?" Darren pandang Ean pelik. Kebulur betul gaya makannya.

"aku busy lately ni. Banyak customer sampai aku takde mase nak keluar rehat" ujar Ean sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"meh lah sini aku jadi PA kau, comfirm hari-hari time makan kau akan on time" Mikael menawar diri.

"aku lebih prefer tak makan tengahari"

"eh kira okaylah ni aku nak offer jadi personal assistant kau. Kau ingat ade ke orang nak jadi PA kau, dahla garang" sindir Mikael.

"amboi sedap betul bercakapnya. Aku ni boss paling baik tau" ujar Ean mempertahankan dirinya. Suka hati cakap aku garang. Aku ni baik pemurah pulak tu.

"baik apa ke bendanya. Aku tengok staff kau semua takut ngan kau"

"tu sebab diorang hormat aku bukan takut"

"dah diam. Makan" celah Darren serius.

Diam menikus mereka berdua. Tahu takut. Darren ni kalau dah marah, pokok pon boleh bergoyang, cehh.

Setelah mereka selesai makan, mereka duduk berborak dahulu. Yerla kalau nak jumpa pon entah bila boleh jumpa kerana mereka semua akan sibuk dengan kerja masing-masing.

"weh, aku dengar cerita kau ade ambik PA. Betul ke?" tanya Ean.

"haah, baru je lagi aku ambik dia" jawab Mikael.

"mimpi apa kau tiba ambik personal assistant. Bukan selama ni kau tak minat ke nak berPA-PA ni?" tanya Ean lagi. Hairan jugak dia apabila Darren memberitahu bahawa Mikael ada ambik PA baharu.

"saje"

"saje?. Ke kau ni suka dia sebenarnya. Kau suka dia kan" ejek Ean. Gedik pulak dah si Mikael ni. Kalau suka cakap jela.

"nonsense. Aku ada PA pon kecoh kau ni. Belum aku ada bini, terus buat kenduri agaknya" Jeling Mikael. Dia ada PA baru pon boleh jadi heran si Ean ni.

"dia tinggal mana?" tanya Darren. Gadis itu sudahlah sehelai sepinggang. Tiada keluarga, tiada duit dan tiada apa-apa. Ada keluarga tetapi lebih mementingkan duit.

"aku bagi dia tinggal dekat apartment aku" jawab Mikael lalu menyedut air. Penat jugak jawab soalan diorang ni.

"nama dia apa?" tanya Ean menunjukkan minat. Mesti perempuan ni hebat sebab mampu buat Mikael berubah.

"Mawar. Mawar Areysa"

"makk aii, gila cun nama" puji Ean. Mikael memutarkan biji mata tanda menyampah. Kau jangan nak try, Mawar dia punya. Eh?.

"Jaga dia betul-betul" pesan Darren.

Mikael hanya angguk faham. Kalau Darren tidak cakap pon pasti dia akan jaga Mawar, gadis kecil itu.

"dahla, jom balik. Aku ada kerja lagi lepas ni" ajak Ean.

Mereka pon membawa haluan masing-masing untuk pulang ke pejabat. Banyak kerja yang harus dilakukan. Sebelum pulang ke pejabat sempat Darren singgah ni café maksunya untuk membeli coffee favouritenya.

"order"

"yes, encik nak order air apa ye" tanya Wana dengan senyuman yang manis. Jumpa customer haruslah bermanis muka, nak-nak kalau yang hensem. Eh takdelah.

"give me one cup of americano"

"okay, by card or cash" tanya Wana.

"card" jawab Darren lalu menghulurkan black card miliknya.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now