CHAPTER 11

564 31 0
                                    

VOTE PLEASE✓

Nek Kemboja, Datin Orkid, Dato Danish dan Darren masuk ke dalam rumah apabila mendengar suara Puan Mawar daripada luar rumah.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Aurora sedang menangis di atas lantai.

"apa kau buat dengan anak aku ni, angah" Datin Orkid segera berlari ke arah anaknya yang sedang menangis itu.

"kau tanyalah anak kesayangan kau ni. Dia buat apa dengan anak aku" jeling Puan Mawar tajam.

"ss..sakit, mummy" adu Aurora sambil menunjuk ke arah kakinya.

"sabar ye sayang. Darren tolong angkat adik naik atas" pinta Datin Orkid. Darren mencempung Aurora naik ke atas. Biar jauh sikit dari vibe negatif.

"kau buat apa dengan cucu aku?" tanya Nek Kemboja serius. Makcik-makcik yang berada di situ sudah kecut perut. Sudahlah Nek Kemboja ini garang.

"aku tanya lagi sekali APA KAU BUAT DENGAN CUCU AKU?" meninggi suara Nek Kemboja. Aku tanya elok-elok tak nak jawab. Kan dah mendapat.

"err Kemboja. Kami balik dulu lah ye. Kerja-kerja semua dah siap. Esok kami datang lagi" celah salah seorang makcik di situ.

Puan Mawar mengetap bibirnya. Makcik ni betullah. Masa buat jahat kemain meriah tapi bila kene marah berdesup hilang. Yang tinggal hanyalah makcik Nab. Orang tua buat apa. Memang sah lah dia berpihak pada Nek Kemboja kerana mereka tu sahabat sehidup semati.

"kau nak jawab ke tidak" tanya Nek Kemboja lagi sekali.

"budak tu yang start dulu. Dia paksa anak Mawar suruh papah dia" jawab Puan Mawar.

"kau macam tak kenal je perangai anak kau ni. Kau tahu kan perangai dia macam mana?" tanya Nek Kemboja. Puan Mawar angguk perlahan. Memang mampus dia kalini. Ada anak tak reti nak bersuara. Buat penat aku je bela dia tadi.

"kerja dah habis kan. Boleh lah dipersilakan balik" ujar Nek Kemboja seperti menghalau. Bukan seperti tetapi memang menghalau.

"tapi ada lagi kerja yang tak siap" kata Puan Mawar.

"balik je. Makcik Nab kau ni ade" jawab Nek Kemboja mudah. Hampir tersembur air yang diminum oleh Makcik Nab.

"kenapa pulak aku?" Jelas sekali riak wajah Makcik Nab terkejut.

"tolonglah aku. Kata member"

"ish yela yela. Dah tua pun menyusahkan aku" kutuk Makcik Nab. Lupa lah tu dia seumur dengan Nek Kemboja.

"kau pun tua dah ye. Jangan nak bajet muda sangat" jeling Nek Kemboja. Makcik Nab hanya mencebik. Memang tak reti nak mengalah si Kemboja ni.

Puan Mawar dan anaknya pulang ke rumah dengan perasaan marah. Hanya disebabkan budak entah dari mana asal usulnya, maknya sudah jatuh sayang lebih daripada cucu sendiri pulak tu. Serabut betul dia.

Darren memandang sayu ke arah Aurora. Sampai sembab mata cantik itu akibat terlalu banyak mengeluarkan air mata.

Darren menutup pintu bilik dengan perlahan bagi tidak mengejutkan Aurora. Dia duduk di ruang tamu bersama daddy dan mummynya.

"macam mana dengan adik?" tanya Dato Danish.

"dia dah tidur dah. Penat sangat gayanya" Jawab Darren. Dato Danish angguk dengan jawapan daripada Darren itu.

"biarlah dia rehat dulu. Kesian anak mummy" tutur Datin Orkid sedih. Hancur hatinya apabila anaknya diperlakukan sebegitu rupa.

"Diorang memang dah melampau. Ikut kan Darren ni nak je Darren sepak terajang sorang-sorang tadi. Suka hati buat Aurora macam tu" ujar Darren tidak puas hati. Berani betul diorang buli orang aku sayang.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now