CHAPTER 21

609 23 4
                                    

VOTE PLEASE ✓

Seperti yang dirancang, Pulau Tioman menjadi destinasi pilihan tempat honeymoon mereka. Suka Darren melihat wajah Aurora yang gembira itu.

Dia berharap wajah gembira itu akan kekal lama. Dia mahu membahagiakan isterinya kerana dia tahu isterinya sudah melalui pelbagai dugaan sebelum mereka berjumpa.

Delisha dan Mawar lah yang menjadi orang dia mengorek sedikit sebanyak tentang Aurora. Pilu hatinya apabila mendengar setiap cerita yang disampaikan oleh mereka. Begitu sekali hidup Aurora selama ini.

Seusai sahaja akadnya, dia sudah berjanji pada dirinya yang dia tidak akan sesekali menyakiti hati Aurora. Dia mahu Aurora terus merasai kebahagiaan. Cukup-cukuplah hidupnya penuh dengan kepayahan selama ini.

"awak, saya cakap dengan awak ni" suara dari Aurora mematikan lamunan Darren.

"sayang cakap apa? Abang tak dengar" soal Darren.

"Rora tanya, dekat mana bilik kita?" Aurora mengulangi semula ayatnya tadi. Mengelamun apalah suaminya ini.

"A15" Jawab Darren. "dekat depan tu kut sebab bilik ni dah A11" Darren cuba meneka.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bilik yang ditempah oleh Tan Sri Arqann.

Apabila sampai di hadapan pintu, Darren mengeluarkan kad rumah dan ditekapkan pada tombol pintu. Darren menyuruh Aurora masuk terlebih dahulu kerana dia mahu mengangkat barang-barang mereka.

"assalamualaikum" ucap Aurora semasa melangkah masuk. Terpegun dia melihat rumah itu. Besar, cantik pulak tu. Pandai abah pilih.

"SUBHANALLAH, CANTIKNYA" jerit Aurora apabila melihat pemandangan di luar balkoni rumah itu. Boleh nampak air laut yang luas terbentang.

Aurora memejamkan mata sambil mendepakan kedua tangannya. Ambil angin dulu. Alhamdulillah, impiannya untuk pergi ke Pulau Tioman sudah tercapai.

"macam sayang kan" bisik Darren di tepi telinga Aurora. Terkejut dia apabila ada tangan yang memeluknya dari arah belakang. Baru nak menjerit tapi baru dia teringat yang dia datang bersama suaminya.

"Rora suka tengok pemandangan macam ni" Ujar Aurora. Mata masih lagi setia memandang ke hadapan.

"abang pun suka pemandangan sekarang ni. Cantik, indah sampai buatkan abang jadi angau" senyum Darren.

Aurora memusingkan badannya menghadap Darren. Tangannya ditekapkan pada pipi Darren membuatkan pandangan Darren 100% menghadap Aurora.

"kenapa ni, sayang?" soal Darren pelik.

"awak ni pelik lah. Mana pergi perangai awak yang cold tu? Bukan selama ni awak serius je ke memanjang"

"why? Salah ke abang berubah untuk isteri abang ni. Perangai abang memang macam ni lah. Sayang je yang tak tahu" Ujar Darren lalu sebelah tangannya diangkat mencuit hidung Aurora.

"comel lah abang ni" puji Aurora. Darren terpaku seketika. Dia rasanya dengar Aurora panggil dia abang tadi.

"sayang panggil abang apa tadi?" soal Darren inginkan kepastian.

"abang. A.B.A.N.G abang" balas Aurora sekali package ejaan dia bagi. Darren terus memeluk tubuh Aurora. Indah betullah dengar suara Aurora memanggilnya dengan panggilan itu.

"abang suka sayang panggil abang macam tu" jujur Darren.

"kalau macam tu mulai harini saya panggil awak abang"

"terima kasih, Cinta abang" ucap Darren ikhlas. Dia semakin mengetatkan pelukannya. Hampir lemas Aurora kerana tidak cukup nafas.

"jom lah masuk. Tadi kata nak pergi jalan-jalan so Rora nak mandi dulu" Ujar Aurora lalu merenggangkan pelukan suaminya.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now