CHAPTER 37

351 13 2
                                    

VOTE PLEASE ⭐

8 bulan kemudian.....

Aurora membuka mata perlahan-lahan apabila cahaya lampu yang menerangi bilik menyapa kornea matanya.

"ab...abang" panggil Aurora dengan suara serak.

Darren mengangkat kepala apabila mendengar suara isterinya.

"sayang nak air ke? Kejap abang ambilkan"

Aurora geleng kepala. Dia tak rasa haus pun sekarang ni.

"Aurora nak tengok anak kita" pinta Aurora.

Dia mahu melihat malaikat kecil yang menghuni perutnya selama ini. Bukti cintanya bersama Darren.

"kejap lagi nurse hantarkan. Minum air dulu sayang. Sayang tak minum air lagi dari tadi" Darren menghulurkan air kosong kepada Aurora.

Lambat lambat Aurora menyambut huluran Darren.

Melihat kesusahan Aurora untuk memegang cawan, Darren dengan segera mengambil semula cawan itu lalu membantu isterinya meminum air.

Pintu bilik dibuka dengan perlahan. Muncul nurse bersama seorang bayi.

"ini anak Tuan dan Puan" kata nurse yang bernama Wawa itu.

Bayi diserahkan kepada Aurora. Aurora bersyukur apabila dia dapat merasa bagaimana perasaan seorang ibu memegang anak yang baru dilahirkan.

"Nanti kalau baby menangis Puan Aurora beri dia minum susu badan ye. Kalau takde apa-apa saya keluar dulu"

"okay, terima kasih" ucap Darren.

Apabila nurse itu keluar, terus Darren mengeluarkan telefonnya. Dia mengambil gambar momen terindah dalam hidupnya.

Dia takkan pernah sesekali lupa saat ini. Saat dimana Aurora pertama kali memegang anak mereka.

"comelnya dia abang" Aurora cium pipi anaknya berulang kali sampai merengek bayi kecil itu dibuatnya.

"sayang nak bagi nama apa dekat anak first kita ni?" soal Darren.

Aurora pandang Darren dengan jelingan tajam. Anak first? Amboi amboi dia, sakit tadi pun belum hilang lagi dah ajak bergurau pulak.

"Aurora nak bagi nama Carl Darrel Hayz. Okay tak abang?"

"hm not bad. Assalamualaikum Carl Darrel Hayz" Darren cuit pipi anak lelakinya.

"anak mummy membesar jadi anak yang soleh ye. Semoga Darrel jadi anak yang boleh membahagiakan daddy dan mummy. Semoga menjadi anak yang bertanggungjawab dan paling penting boleh menjadi pelindung untuk adik-adik bila dah besar nanti" seusai itu Aurora mencium lembut dahi anaknya.

"Sayang, bagi Darrel dekat abang. Abang nak azankan dia"

Aurora angguk lalu menyerahkan anaknya untuk diazankan.

Tak mampu dia untuk meluahkan perasaan ini. Dia mengambil telefon Darren yang berada di sisi katil lalu menangkap gambar saat Darren mengazankan Darrel.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, masuklah" Darren mempelawa ibu bapanya dan ibu bapa Aurora.

"alhamdulillah, anak ibu dah jadi mak orang" ucap Puan Sri Sofia.

"nama apa cucu kitorang ni?" soal Datin Orkid sambil mengusap lembut kepala anak kecil itu.

"Carl Darrel Hayz" jawab Darren sambil tersenyum.

"sedapnya nama dia.

Belum sempat Darren mahu membuka mulut, pintu ward dibuka.

"Mana junior Darren. Nak tengok!!" jerit Mikael tidak sabar.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now