Bab 2

17 5 4
                                    

Arissa dan Nadia masing masing berdiri di belakang Bunga, perlahan suara mereka mengatakan. "Satu.. dua.. tiga..."

"Bunga!" Serentak mereka mengejutkan Bunga yang sedang duduk sambil menongkat dagu, Bunga tersentak dagunya juga terhantuk di meja.

"Adui." Adu Bunga, dia menggosok-gosok dagunya, sakit wei.

Dia pusing kebelakang, kelihatan Arissa dan Nadia sedang tertawa besar, bergema kelas mereka dengan suara ketawa Arissa dan Nadia.

Bunga memutarkan matanya ke atas, menyampah. Melihat kelakuan Bunga begitu, Arissa dan Nadia duduk dihadapannya.

"Kau kenapa diam je dari tadi, ada masalah ke?" Tanya Nadia seraya memulakan perbicaraan.

Namun Bunga masih mengelamun memandang ke luar tingkap. Nadia dan Arissa memandang sesama sendiri, pelik.

"Kenapa Bunga tu?"

"Mana aku tahu, kalau aku tahu dah lama aku pujuk." Mereka berbisik sesama sendiri.

Lalu Bunga membaringkan kepalanya di meja. "Aku kene marah dengan abah aku lagi."

Sayu suaranya, setelah mendapat jawapan mereka menggangguk beberapa kali, tanda faham apa yang di sampaikan.

Pak Jamal memang terkenal dengan seorang bapa yang garang dan tegas, jadi sebab tu tiada siapa yang mampu berkawan dengan Bunga.

"Sabar lah Bunga..."

"Eh tapi kan, semalam kau pergi mana? Ibu kau telefon aku tanya kau dekat mana. Mula aku bohong lah yang kau ada dekat rumah aku, tapi abah kau berkeras nak dengar suara kau, dah terkantoi kau tak ada dekat rumah aku." Pantas Arissa memotong ayat Nadia.

Lantas Nadia menjeling ke arah Arissa, orang tak habis cakap lagi dah menyampuk. Geram je hati.

Bunga meraup wajahnya kasar, stres dah lah dekat sekolah bosan mana ada game, kalau ada boleh lah hilang bosan tu sikit.

"Semalam aku pergi rumah Zack." Arissa dan Nadia menggangguk tanda faham, seraya mereka terkesima.

"What, kau pergi rumah Zack? Seriously." Arissa membuat muka teruja, begitu juga dengan Nadia.

Bunga hanya menjeling mereka berdua, sebok je. Seketika kelas yang tadinya bising berubah menjadi senyap.

Mereka bertiga pelik, tak pernah lagi kelasnya mendadak senyap begini, satu suara pun tak ada.

"Weh Jimi, asal kelas senyap?" Seloroh Nadia bertanya.

Jimi membulatkan mata sambil memandang Nadia. "Syyyhhh, kau ni cikgu Rosmaini datang lah."

Nadia mula bereaksi menekup mulutnya menggunakan kedua belah tangan, cikgu Rosmaini nak datang, patut lah semua senyap.

Cikgu Rosmaini, dikenal ramai pelajar dengan wajah yang sangat tegas, apabila semua pelajar berselisih jalan dengannya mereka hanya menunduk sambil memberi salam.

Tapi bagi Bunga semua cikgu tu sama saja, cuma personalitinya sahaja yang menampakkan cikgu tu lain dari lain. Dia bukan kesah pun tentang cikgu-cikgu disekolahnya, yang penting dia dapat ilmu sudah.

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua." Cikgu Rosmaini masuk ke dalam kelas 5 Sinar. Semua berdiri serentak, hanya Bunga sahaja melambatkan pergerakannya.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, cikgu Rosmaini." Serentak semua menjawab salam, lalu membaca doa sebelum belajar.



Kringggg!

Loceng sudah berbunyi, ia menandakan kelas cikgu Rosmaini sudah pun tamat dan waktunya semua pelajar pulang. Cikgu Rosmaini mengemas barang-barangnya sebelum beredar dari kelas.

"Terima kasih cikgu Rosmaini, halalkan ilmu kami cikgu Rosmaini, doakan kami cikgu Rosmaini, kami sayang cikgu!" Suara pelajar 5 Sinar bergema satu kelas.

Semua pelajar wajib mengatakan ayat itu sebelum cikgu pelajaran mereka keluar dari kelas, bagi menghormati cikgu-cikgu.

Satu kelas bising kembali setelah cikgu Rosmaini keluar sahaja dari kelas. Semua berlegar-legar ke pintu kelas mahu segera pulang.

"Wei Bunga, jom balik sama-sama." Cadang Arissa bersama Nadia yang disisinya.

Bunga yang sedang memasukkan buku terakhir ke dalam beg galas, lalu memakainya.

"Tak apa lah, aku nak pergi kedai buku lepas ni." Ujar Bunga seraya, mengambil buku yang selalu dipegangnya.

Arissa dan Nadia mengangguk. "Kalau macam tu hati-hati, kami balik dulu."

Mereka berdua melambai tangan kepada Bunga, lantas Bunga membalasnya kembali.

Misinya hari ni untuk membeli novel keluaran terbaharu, novel yang bertajuk Koyak dari Aini Bakar, semalam dia dapat berita dari kedai buku yang berdekatan rumahnya, yang novel tersebut baru dikumpulkan stok.

Jadi hari ni dia harus cepat mendapatkan novel tersebut, stok terhad hanya 500 buah sahaja yang diambil.



Sampainya dia di kedai Popular, matanya rambang melihat buku-buku yang ada
disitu.

Dia mencari novel yang diinginkannya. "Mana novel tu?"

Matanya masih melilau mencari, sampai di satu rak buku yang paling akhir, dia melihat novel Koyak. Akhirnya setelah 15 minit dia mencari.

"Tinggal satu je." Bunga melihat ke kiri, kanan dan sisi. "Okey jalan clear."

Dia berlari untuk mendapatkan novel tersebut, namun di sudut pandangan yang yang kain ada seseorang yang lebih pantas mencapai novel itu.

"No, tak boleh!" Bunga turut merampas kembali. "Aku dapat dulu."

"Oi, apa ni, aku dapat dulu." Mereka merebut buku itu tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"Aku jumpa dulu!" Bunga mengangkat muka bagi melihat muka lelaki yang merampas novel Koyak itu.

Bunga kaget saat melihat muka jejaka itu. "Absyar?"

"Bunga?"



"Nah." Absyar memberikan ais krim kepada Bunga.

"Terima kasih." Dia mengambil ais krim itu dari tangan Absyar.

Suasana menjadi hening seketika, Bunga yang sedang ralit membaca novel yang baru dibelinya tadi dia amat gembira.

Mereka bersepakat membayar seorang separuh untuk membeli novel tersebut, dan membaca secara bergilir. Bunga membayar lebih jadi dia lah yang akan membaca terlebih dahulu.

"Kau pun suka baca novel ke Bunga?" Persoalan mengejut Absyar membuatkan Bunga tersembur air coklat miliknya.

"Eh sorry, sorry, aku terkejut kau tanya soalan tadi." Novelnya ditutup kembali.

"Oh tak apa." Ujar Absyar, dia bertolak ansur.

"Aku memang suka baca novel, tapi abah aku pulak selalu larang, sebab dia cakap baca novel tak ada manfaat. Bila aku nak beli novel mesti dia marah, sampaikan novel-novel yang aku beli sebelum ni habis dia bakar." Bunga menceritakan semua tentang apa yang dialaminya selama ni, dah lama ceritanya terbuku dalam hati.

Namun dia putuskan untuk memendam, dia takut nak meluahkan sebab dia tak reti meluah, faham tak?

Absyar menggangguk faham. "Tapi kenapa abah kau bagi kau main game pulak?"

Kali ni air coklatnya sedap dihirup. "Sebab aku ni bijak, aku selalu cakap yang aku nak download apps untuk belajar, tapi sebenarnya aku download game. Macam tu lah."

Absyar membuat mulut membentuk huruf 'o'. Lalu dia mengambil novel yang disebelah Bunga.

Tenang dia membaca. "Kau pun suka baca novel?"

Absyar tutup novelnya kembali. Dia melihat muka Bunga sambil tersenyum, lalu dia membuka kembali novel.

'Ih kerek ah, orang tanya dia, dia pi senyum cam kerang busuk kenapa?' Omelnya dalam hati.

Hanya KhayalanHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin