Epilog

7 1 0
                                    

"Assalamualaikum..." Suara Ustaz Lokman disapa ke telinga Tiara. Tiara memandang pelik, lantas dia mengundur kan diri sedikit dari Ustaz Lokman.

Panas badannya saat di sisi Ustaz Lokman sebentar tadi, kulit tangan kanannya seakan terbakar. Ustaz Lokman memandang pelik.

"Jadi kamu lah..." Belum sempat Ustaz Lokman untuk menghabiskan ayat Tiara terlebih dahulu memintas.

"Syyy, kau diam jangan cakap apa-apa, aku tahu kau dah tahu tentang aku kan?" Soalnya sinis, dia menjeling Ustaz Lokman.

Ustaz Lokman memandang kesan terbakar di tangan Tiara, nampak kesan itu masih baru, dia mendengar cerita dari Pak Mail yang Tiara langsung tiada sebarang kecederaan. Jadi kesan terbakar ni apa? Baru dapat ke apa.

Tak lama kemudian Absyar menghampiri Ustaz Lokman dan Tiara, "ustaz!" Panggilnya.

Ustaz Lokman memandang Absyar, dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di wajah dapat menggugat hati mana-mana wanita. Tiara yang melihat senyuman Ustaz Lokman terpaut hati.

Ninoninonino

Bunyi siren bomba kedengaran dari jauh, Mak Jemah dan Mak cik Salmah mengucap syukur kerana bomba sudah sampai.

Skuad bomba turun, mereka membahagi kan tugas mereka masing-masing.

"Alhamdulillah terima kasih lah ya," Absyar berjabat tangan dengan ketua skuad bomba disitu.

"Ya sama-sama, oh ya tadi semasa kami membuat pemeriksaan terdapat dua mayat sudah rentung didalam rumah itu. Kami mendapat tulang mereka, jadi ini akan menjadi siasatan polis selanjutnya."

Dahlia yang mendengar itu hanya menangis tersesak, pasti dua mayat itu adalah ibu dan kakaknya. Firasatnya kata begitu.

Absyar pula hanya mampu menerima kenyataan, jika benar Bunga telah meninggalkannya biar lah dia pergi dengan tenang. Bunga aku redha atas pemergian kau jika benar engkau telah meninggalkan ku, aku sayang kau Bunga.

Tiara hanya kaku, tak, tak mungkin lah, bukan kah aku dah bawak dia orang ke tempat yang lain? Macam mana boleh rentung dalam rumah aku ni. Monolognya dalam hati.

Kelihatan Tiara sudah pun menggelisah, dia bermain-main dengan jarinya kadang kala menggaru-garu kepalanya dan bercakap seorang diri. Sudah seperti orang gila dah.

"Dahlia dah lah tu, jangan menangis lagi ya? Kan kita tak tahu lagi siapa mayat yang bomba jumpa tu, boleh jadi itu bukan mayat ibu dan kakak kamu kan?" Pujuk Mak Jemah lembut.

Tiara yang mendengar Mak Jemah memujuk Dahlia terus menjeling ke arah Dahlia, lupa pula dia masih ada seorang lagi musuhnya yang belum tumpas. Mati kau lepas ni.

Tiba-tiba polis datang ke arah Tiara, "assalamualaikum." Tegas polis itu berbicara.

"Waalaikumussalam, ya encik kenapa?" Soal Absyar.

"Ada yang bernama Tiara di sini? Kami ingin membuat siasatan lanjut." Terus kaku Tiara, mengapa polis datang untuk mencarinya? Adakah kegiatannya selama ni sudah pun terbongkar, tak tak mungkin..

"Tiara?" Langsung semua orang memandang Tiara kecuali Dahlia, belum apa-apa lagi dia sudah menjeling tajam ke arah anak mata Tiara. Apa ingat Tiara takut ke ni Tiara la.



Sebulan sudah pihak polis membuat siasatan, siasatan menunjukkan hanya satu sahaja mayat yang rentung dan hanya meninggalkan tulang. Lagi satu hanya tulang diperbuat dri plastik dan kalis api.

Polis juga mendapati mayat tersebut umur sekitar 45 tahun dan itu umur yang sama dengan Puan Siti.  Saat mendengar khabar berita ini Dahlia sudah menangis teresak-esak, sudah sebulan dia tak lalu makan hanya kerana hal ini.

Sekarang dia hanya mampu untuk meredhakan pemergian si ibu permaisuri di hati. "Ibu, kasihan lah ibu kenapa ibu pergi dengan cara yang kejam macam ni? Kakak, kau pergi mana kak." Semua yang mendengar rintihan Dahlia hanya mampu memberikan kata-kata semangat,

Penuh tanda tanya dalam benak fikiran Absyar, 'kalau Bunga tak mati dalam tu jadi dia pergi mana? Ya Allah tolong lah beri petunjuk, aku ingin bertemu dengan hamba mu yang selama ini aku mencintainya dalam diam.' doanya dalam hati.

Sementara itu, ada sepasang mata bulat sedang memerhati gerak geri mereka, dia memandang sayu kepada Dahlia dan juga Absyar, tidak mampu berkata-kata. Dia hanya mampu menangis dan jauhkan diri dari semua orang.

Kerusi roda itu ditolak oleh seseorang, Bunga melihat kebelakang. "Awak..."

Ustaz Lokman tersenyum, "kenapa awak tak nak jumpa dia orang? Tengok tu Absyar pun dah keluarkan air mata jantan dia. Awak tak kesian kah dekat adik awak tu?"

Bunga mengesat air matanya kasar, "tak perlu. Macam ni dah cukup membuat kan saya bahagia, cukup lah saya kehilangan ibu saya, saya tak nak hilang mereka. Jadi lebih baik saya jauh kan diri dari mereka dan bina hidup baharu dengan awak, sayang."

Pipi Bunga yang terkena hakisan dari api rumah yang terbakar hari itu diusap lembut oleh Ustaz Lokman. Biar lah itu menjadi rahsia mereka berdua, tidak perlu dihebohkan cukup simpan sahaja dalam hati.

'Maaf kan aku Absyar, aku cinta kan kau tapi aku tak nak tengok kau sakit lagi. Terima kasih kerana telah tolong aku, sampai kan salam aku pada Dahlia, maafkan aku kerana menghilang begitu sahaja, aku pergi dahulu assalamualaikum.' Surat itu diletakkan di cermin kereta Honda Civic milik Absyar.

Dia berlalu pergi dan meninggalkan tempat itu dengan rasa berat hati, namun ini untuk kebaikan semua orang.



"Hahahahaha, eh bodoh lepaskan aku lah, kenapa ni badan aku penuh dengan lilitan kain putih? Hei lepaskanlah aku, aku tak gila pun yang gila tu kakak aku dengan anak-anak dia, kenapa kau tak tangkap dia!"

Kenapa Tiara kena ikat macam tu? Yup tekaan yang sangat tepat, Tiara sudah dimasukkan ke dalam Hospital Bahagia. Kerana saat dia disiasat oleh pihak polis dia hanya tertawa dan memaki hamun terhadap kakaknya. Dari situ kita dah boleh nampak seberapa gilanya Tiara, dan ya semua benda halus itu tidak wujud dan itu hanya halusinasi Tiara.

Mental health nya turun saat dia kecil lagi dan tidak dirawat dengan baik. Bila dia sudah berganjak dewasa bipolar mula menguasai diri dan akhirnya.

Hospital Bahagia jadi tempat terakhir untuk Tiara menginap sehingga akhir hayatnya.

-Tamat-

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now