Bab 14

4 1 0
                                    

"Aku kata ambil Tiara!" Tengking Nek Jah, dia memaksa Tiara untuk menerima semua harta ilmu hitam yang dia miliknya. Jika dia tidak memberikan pada waris nanti bila dia mati akan susah!

"Tak nak emak! Ti tak sanggup ambil benda syirik ni!" Bentaknya kembali, Nek Jah kaku ini kali pertama Tiara meninggikan suara padanya.

Tubir mata Tiara mula bertakung dengan air mata. Dia tidak dapat lagi menahan rasa sakit yang selama ini dia menanggung. "Bukan ke benda ni hanya boleh diwariskan pada orang yang emak sayang?"

Nek Jah mengangkar sebelah keningnya, "apa maksud kau ni Ti? Nak kata aku tak sayang kau?" Tiara mengangguk sedikit, air matanya kini mengalir ke pipi. "Bodoh punya anak, mak mana je yang tak sayangkan anak-anak dia? Aku sayang kau Ti , cuma aku terpaksa gunakan kekerasan untuk mendidik kau.

Jadi tolong lah terima, kalau aku mati nanti jasad aku tak kan tenang." Ujarnya seraya melepaskan keluhan berat.

Tiara sedikit pun tidak merasa kaget, dia hanya memandang emaknya dan botol itu sayu, mengapa dia juga yang harus menerima semua ini? Kenapa bukan kakaknya? Kenapa kena dia?

Nek Jah menatap wajah sayu anak keduanya itu, dia tahu mungkin ini adalah keputusan yang terburu-buru. Namun ini sahaja jalan penyelesaiannya.

"Emak..." Akhirnya Tiara membuka cerita setelah beberapa minit keadaan sekeliling hening. "Ti..hm, emak apa kata emak buang je benda ni? Emak buat ikarar pemutus? Hmm? Boleh ya emak, Ti tak nak terjebak dalam hal macam ni."

Terus berubah riak mukanya, disangka anak keduanya itu akan bersetuju dengan apa yang ingin diberi. Namun sangkaannya meleset!

Terus masam mencuka wajah Nel Jah.

"Dah lah Ti aku balik dulu." Izinnya, dia bangun dari duduknya. Tangannya itu dikucup lembut oleh Tiara, pasu tembaga yang dibawanya tadi ditinggalkan senyap-senyap di bahagian kabinet rumah Tiara.

"Hati-hati emak!"



Keadaan Puan Siti semakin melarat, tubuhnya itu lemah longlai dia hanya mampu menunduk sambil menahan kesejukan angin malam.

Kini dirinya diluar rumah dan bukan lagi di dalam, dia tidak tahu apa yang difikirkan Tiara, yang dia tahu dia mahu segera melepaskan diri dari semua yang terjadi. Dia berharap sangat ini hanya mimpi ngeri!

Rumah kampung itu sunyi, tiada siapa yang lalu lalang, hanya kedengaran bunyi angin malam menyapa. Tak lama kemudian Tiara keluar dari rumah, dia tersenyum senget saat menghampiri kakaknya itu.

Hatinya kini terasa sangat puas!

"Kakak!" Panggilnya dengan riak muka yang ceria.

Puan Siti memalingkan wajahnya, dia tidak mahu melihat Tiara hatinya sakit, terdetik rasa rindu pada arwah emaknya di hati.

Tiara mencebik saat melihat kakaknya langsung tidak mengendahkan dirinya langsung, tapi setelah itu riak wajahnya terus berubah sinis.

"Kau nak tahu tak kak kenapa lepas seminggu dia jumpa aku dia mati?" Soalnya sambil tertawa.

Puan Siti hanya menghirau, Tiara menggulingkan matanya ke atas, muak dengan kakaknya yang langsung tidak memberi respon padanya.

"Kak kau dengar tak?" Hening, Tiara mendengus geram. Apa dah bisu ke sampai tak boleh nak jawab soalan dia ke?

"Oi kak kau bisu ke?" Puan Siti masih diam membisu.

"Dah lah, aku cerita aje lah." Penat menunggu jawapan, baik dia terus cerita je.


Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now