Bab 17

2 1 0
                                    

"Abang, betul ke kita nak balik kampung Lia ni." Tanya Dahlia hanya ingin kepastian, Absyar mengangguk perlahan. "Abang tak takut ke kalau nanti mak cik orang tu serang abang? Lagi-lagi abang boleh nampak benda ghaib kan?"

Absyar sekadar tersenyum, perangai Dahlia tidak ubah seperti kakaknya, tapi Dahlia lebih kepada sopan dan santun manakala Bunga kasar sedikit. Dahi Dahlia berkerut, dah kenapa Absyar tersenyum macam kerang busuk?

Dahlia melambai tangan dihadapan wajah Absyar, namun tiada riaksi dari lelaki itu. Dia menghela nafas berat, lantas dia memetik jari dan menepuk tangan dihadapan ajah Absyar berulang kali.Terus mati lamunan Absyar, dia memandang Dahlia, lantas dia menyengih.

Ya Allah, kalau boleh nak aje aku tepuk kepala mamat ni! Haih sabar, sabar. desis hati Dahlia.

"Abang, Lia tanya ni. Betul ke kita nak pergi balik kampung Lia? Tak takut ke nanti mak cik Lia apa-apakan kita?" Soal Dahlia, Absyar berfikir sejenak. Absyar memikirkan cara untuk selamatkan Bunga dan Puan Siti, lantas dia menepuk meja mentol lampu seakan-akan keluar dari kepalanya.

"Isy abang ni! Buat Lia terkejut aje." Absyar menyengih.

"Kita panggil ustaz..."












Sampainya mereka di Kampung Separa diikuti bersama Ustaz Lokman, Dahlia tidak berhenti dari tadi berdoa agar mereka semua selamat. Tiba sahaja di rumah kampung milik Nek Jah terus hati Dahlia disapa oleh perasaan rindu terhadap neneknya itu.

"Nenek..." Ujarnya pelahan, takut Absyar terdengar.

Saat kaki mereka ingin masuk Ustaz Lokman mengarahkan berhenti seketika. "Kenapa ustaz?" Tanya Absyar.

Diam.

Ustaz Lokman menadah tangan untuk membaca doa, selesai dia mengaminkan doa tersebut mereka masuk dengan tenang sekali.

Dahlia sudah berlari masuk, dia rindu dengan ibu dan kakaknya. Ya Allah semoga ibu dan kakak selamat, bisik hatinya.

Sampai sahaja di satu kamar, Dahlia terdengar satu suara. Suara itu seakan seperti orang sedang makan dengan pelahapnya, terdetik hatinya untuk melihat apakah ibu dan kakaknya ada didalam.

Pintu kamar itu dikuak sedikit, dia melihat suasana kamar itu gelap, hanya berlampukan lampu kuning yang malap. Dahlia menguak pintu itu lagi secara perlahan. Saat pintu itu dikuak luas, dia kaget.

Dahlia jatuh terduduk, seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia melihat makhluk yang sedap memakan daging dengan sangat gelojoh, darah terpecik di seleruh ruang bilik itu, bau darah yang kurang menyenangkan itu membuatkan Dahlia rasa ingin muntah.

Dahlia menutup hidungnya, cepat-cepat dia bangun dan terus berlari mendapatkan Absyar.

"Abang!" Panggilnya.

Absyar menoleh melihat Dahlia, dahinya berkerut. Dah kenapa Dahlia berlari macam nampak hantu aje?

"Kenapa ni?" Soalnya, tercungap-cungap Dahlia mengatur nafas.

"De..dekat bilik sana, ada makhluk..." Belum sempat Dahlia ingin menyambung kata, dia pengsan dihadapan Absyar. Absyar panik, ya Allah kenapa ni?

Ustaz Lokman yang melihat itu hanya beristighfar, "mari kita pergi ke bilik hujung itu." Ajaknya.

"Adik kawan saya ni?"

"Tinggalkan dia disitu dahulu," Absyar mengangguk lantas dia mengikut langkah Ustaz Lokman.

Ustaz Lokman dan Absyar mengelilingi rumah tersebut, mereka membaca surah-surah untuk mengunci setiap sudut rumah itu. Tanpa mereka sadari, ada sepasang mata melihat mereka dengan senyuman yang jahat.

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now