Bab 5

6 5 0
                                    

Splash!

Kepala Bunga terteleng sebelah, sebelah tangan memegang pipinya yang hangat. Baru lepas kena lempang.

"Abang!"

"Apa! Awak tengok anak awak ni, dah besar panjang pun menyusahkan orang!" Pak Jamal betul-betul kesal atas sikap Bunga.

Melihat anaknya sendiri digendong oleh lelaki lain, membuatkan ego seorang bapanya tergores.

"Tapi Bunga tak sengaja!" Bantah Puan Siti.

Dahlia, adik kepada Bunga dia sedang memeluk kakaknya. Abahnya kejam, Bunga tak explain apa-apa lagi. Melampau!

"Betul tu abah, kakak bukannya saja-saja pengsan kan, mesti ada sebab bagi lah kakak explain dulu." Dahlia mula bersuara.

Pak Jamal membuat mimik muka menyampah. "Eh Dahlia, kamu pergi naik atas bawak kakak kamu tu. Abah rimas lah."

Terpukul, terjerat, terajtuh. Sampai hati abah cakap macam tu, menyusah sangat ke dia ni?

"Abang cuba bersabar sikit? Kalau abang marah-marah macam ni, semua tak akan habis lah abang." Puan Siti cuba berlembut dengan suaminya.

Pak Jamal menjeling isterinya, "eh awak tahu tak, kalau tak disebabkan mak awak tu semua ni tak kan jadi tahu."

"Nasib lah dia turunkan dekat si Bunga, bukan si Dahlia." Bidas Pak Jamal, seraya meninggalkan Puan Siti keseorangan di ruang tamu.

Puan Siti terduduk di sofa, ya Allah apa dah jadi ni...

5 tahun yang lalu...

"Emak, tolong lah buang lembaga tu, mak tak kesian ke saya anak beranak." Rayu Puan Siti kepadanya tidak terkesan sama sekali, namun memberikan dia semangat.

Nek Jah tersenyum sambil menggeleng kepala, haih lah anak muda. "Kamu tahu tak, kalau mak tak turunkan pada Bunga, semua yang mak dah usahakan ni akan hancur."

"Syyyhh, kamu tak nak kan? So mak turunkan pada Bunga ya." Nek Jah bangun lantas dia pergi ke arah Bunga yang sedang bermain dengan anak patungnya.

"Bunga." Panggil Nek Jah pada Bunga. Dia mengeluarkan sebuah rantai yang dihiasi dengan batu permata biru yang sangat cantik.

Nek Jah menyarungkan rantai itu kepada Bunga. "Rantai apa ni nenek?"

Nek Jah tersenyum pada Bunga. "Bunga, ni pemberian terakhir nenek, kalau kamu rindu nenek nanti Bunga tenung rantai ni dan ingat nenek ya sayang?"

Lembut tangan tua itu mengusap kepala cucunya. Bunga yang berusia 13 tahun tidak mengerti apa-apa.

"Nenek cakap apa? Bukan ke nenek cakap yang nenek akan sentiasa ada dengan Bunga?" Soalan Bunga membuatkan Nek Jah merasa sebak.

"Ya, nenek tak akan pergi mana-mana kalau Bunga sentiasa simpan rantai ni." Ujar neneknya yang separuh berbisik.

Bunga mengangguk, seraya memeluk nenek yang sangat dia sayangi, dia tak tahu apa akan berlaku jika neneknya itu meninggal, mungkin separuh nyawanya akan hilang begitu sahaja.

Setelah 2 minggu, Nek Jah dikabarkan meninggal dunia dalam keadaan tidur nyenyak. Bunga yang mendapat berita itu semasa di bandar dia merasa amat kaget.

Tak henti-henti dia mengalirkan air mata. Betul orang kata kehilangan seseorang yang kita sayang lebih sakit daripada putus cinta.

Puan Siti cuba untuk memujuk Bunga, namun Bunga tetap sahaja menangis tak percaya apa yang terjadi. Jantung bagai nak luruh.

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now