Bab 13

5 1 0
                                    

"Untuk pengetahuan kau kan kak, Bunga tak ada kaitan langsung dengan warisan ilmu hitam ni..." Ujarnya sebelum kembali berjalan mengelilingi Puan Siti.

"A..apa maksud kau?" Pertanyaan Puan Siti membuatkan Tiara tertawa. Lucu...

Dia berhenti, lantas dia menarik kerusi untuk dia duduk. "Kau ni kan kak, senang betul masuk perangkap aku." Sinisnya.

Puan Siti masih bingung, apa yang dimaksudkan oleh Tiara? Tangannya menggeletar hebat, badannya mulai rasa kaku akibat kesejukan malam.

Tiara masih tertawa, entah apa yang lawak sangat dia pun tak tahu. Yang dia tahu hatinya kini merasa puas, dek kerana kakaknya sudah masuk perangkap yang sudah lama menjadi perancangannya.

Puan Siti terasa dirinya tidak boleh bergerak langsung, malah mahu menggerakkan jari sahaja tidak mampu. Hanya bercakap dia mampu.

"Kau kenapa Ti, tolong lah, jangan babitkan anak aku kalau kau nak bunuh aku bunuh je la. Asalkan anak-anak aku selamat..." Rintihan Puan Siti tidak dapat meluluhkan hati keras seorang Tiara.

Lagi Puan Siti meminta tolong untuk melepaskan semuanya lagi dia merasa lucu dan ingin menghapus segala apa yang Puan Siti ada.

"Heheh, aku suka bila kau minta tolong macam tu, i like, i likee!" Dia bangun dari duduknya, lantas dia melompat-lompat keriangan.

Puan Siti sudah lelah, apa yang dia mampu hanya mengalirkan air mata. Mengapa adiknya berubah? Sedangkan selama ini mereka berdua amat rapat dan tidak ada satu pun dendam.

Setelah riang dia melompat tadi, akhirnya dia duduk kembali, lantas dagunya ditongkat menggunakan kedua belah tangan. "Okey jom kita cerita daripada A sampai Z hehe."

"Kau ingat tak masa hmm..masa yang emak bagi Bunga rantai batu permata biru?" Puan Siti hanya sekedar mengangguk, tak mampu untuk bersuara.

"Bunga..." Bunga memandang Nek jah yang memanggilnya tadi, lantas dia memeluk tubuh tua itu.

"Nenekk!"  Nek Jah menyarungkan rantai permata biru itu kepada Bunga.

Mata Bunga tertancap pada permata biru itu, bersinar cantik. Lantas kepala itu didongak melihat Nek Jah.

"Apa ni nek?" Tanya Bunga, Nek Jah hanya sekadar senyum, dia mengucup lembut ubun-ubun cucunya itu.

"Kalau Bunga rindu nenek, usap batu permata itu ya?" Lantas kaki tua itu melangkah pergi meninggalkan Bunga yang terpinga-pinga.

Bunga kembali bermain dengan anak patungnya, dihiraukan apa yang neneknya bicara sebentar tadi.

"Waktu ni mesti kau ingat emak nak wariskan semua harta ilmu hitam dia dekat Bunga kan? Malang sekali tak kak, tak..." Tiara kembali bercerita.

Nek Jah keluar dari rumah menggunakan pintu belakang, dia menyarungkan selipar dan berselendang kuning. Dia keluar membawa bakul rotan bersamanya.

Tidak siapa ketahui apa yang dibawanya ke hulur ke hilir, mereka selalu melihat Nek Jah membawa bakul rotan itu. Yang mereka tahu siapa sahaja yang memegang bakul rotan itu kecuali Nek Jah mereka akan terkena bala.

Nek Jah terus meluru pergi ke rumah anak keduanya.



"Assalamualaikum Ti oh Ti. Kau ada rumah tak? Emak masuk ni." Sahutannya tidak dibalas, tanpa dipelawa dia membuka selipar dan terus masuk ke dalam rumah kayu itu.

Tiara yang baru keluar dari dapur makuru ke ruang tamu, lantas tangan tua emaknya itu dikucupnya lembut. "Eh emak, ada apa ni datang?"

"Waktu ni aku hairan, kenapa emak datang rumah aku? Sedangkan selama aku duduk kampung tu tak pernah lagi dia nak datang jenguk." Kata Tiara, sambil mengusap air matanya.

"Kenapa aku ni dah tak boleh nak datang rumah kamu ke?" Tiara tersentak, lantas terus dia menggeleng menidakkannya.

Nek Jah melabuhkan punggung di lantai kayu berlapikkan tikar itu, Tiara pergi menuju ke dapur, dia menyediakan air.

Lantas dulang itu diangkat bersama air dan cawan diatasnya dibawa ke ruang tamu. "Nah emak, maaf ni je yang ada dekat rumah Ti ni..."

Tiara menuangkan air ke dalam cawan, lantas cawan itu di bagi kepada Nek Jah. Cawan teh itu bertukar tangan. Nek Jah menyuakan cawan teh itu ke mulut, lalu minum.

Setelah dia menghirup sedikit air teh itu dia meletakkan cawan itu di dulang. Lantas dia mengambil pasu tembaga yang berada di dalam bakul rotannya itu.

Tiara kaget, mengapa ibunya membawa pasu tembaga itu?

"A.. apa tu emak?" Tanya Tiara, Nek Jah hanya tersenyum sinis.

"Ambil." Tiara menggeleng, dia berganjak sedikit kebelakang. "Apa yang kau takut sangat Ti? Tinggal kau terima dan jaga benda ni hidup kau akan aman."


Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now