Bab 11

9 2 0
                                    

Tercungap-cungap Arissa dan Nadia mengatur nafas, Bunga lah, kenapa jalan laju sangat? Selalu dia lah yang paling lambat, aduh senak perut dibuatnya...

Arissa dan Nadia melihat ke arah Bunga yang sedang duduk di bangku berhadapan dengan kedai buku Popular, Arissa menyiku Nadia. Nadia berdecit lalu melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Arissa.

"Bunga tu kenapa?" Bisik Nadia kepada Arissa.

"Tak tahu lah," Arissa mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.

Keadaan menjadi hening seketika, "dik, tumpang lalu ya." Arissa dan Nadiamereka berdua perg tersedar ke dunia realiti. Mereka berdua berganjak sedikit ke tepi.

Mereka berdua pergi ke arah Bunga, masing-masing melabuhkan punggung bersebelahan dengan Bunga. Arissa mengusap lembut belakang bunga, dia faham apa yang dirasakan oleh Bunga.

Bunga yang duduk tegak terus menyandarkan badan. "Bunga..."

"Hmm."

"Jom kita masuk Popular, aku tahu kau tengah sedih kan? Dah tak mo sedih-sedih lagi." Pujuk Arissa, sambil mengenyitkan mata pada Nadia. Nadia yang faham akan mesej mata yang disampaikan terus bersuara. Tinggal lalat je lah poketnya nanti...

"Bunga..dah jangan sedih. Jom aku belanja kau novel nak?" Pujuk Nadia pula. Wajah Bunga yang tadinya menundudk kini dia melihat ke arah nadia, sambil matanya bersinar-sinar.

Macam tak percaya Nadia yang terkenal kedekut itu mahu belanjanya novel, ee ni makin sayang ni!

"Betul ke Nadia?" Nadia menganggukkan kepalanya beberapakali. Terus Bunga memeluk sahabatnya itu dengan erat sekali. "Thank you! Thank you! Thank you!  Nadia!"

Leher Nadia seakan tercekik, habis tudungnya itu meleyot sedikit, ini semua angkara Bunga! Haih nasib sayang tau. "Ya sama-sama Bunga."

Arissa yang melihat gelagat dua sahabatnya itu mula mengalirkan air mata, dia terfikir adakah suatu hari nanti persahabatan mereka akan kekal? Atau tidak? Dia mohon sangat seomga persahabatan mereka bertiga kekal hingga ke syurga, tapi mampukah dia?

Mereka bingkas bangun, lantas kaki mereka melangkah memasuki kedai buku Popular, terdapat banyak alatan menulis dan buku-buku yang ada. Rambang mata mereka apabila melihat setiap sudut kedai itu. Mereka bertiga pergi ke bahagian novel, tempat favourite! 

Sementara itu di sisi lain...

"Sayang kenapa?" Tanya wanita yang ada disebelahnya.

Dia hanya menggelengkan kepala, "tak ada apa-apa pun sayang... Jom, awak nak beli apa lagi?"

Wanita itu berfikir sejenak... "Hmm."

"Cepat sayang..." Jawab Pak Jamal.

"Isyh sekejap lah."

"Okey..."

Wanita itu berfikir lagi, kemana lagi dia nak pergi? Watsons dah, YFS pun dah, makan pun dah, banyak duit yang dikeluarkan hari ini.

"Ya Allah... Sayang ku Thiara awak fikir apa lama sangat?"

Thiara hanya menggeleng kepala, "no saya rasa ni cukup untuk hari ini. Lagi pun saya tak nak lah susahkan awak sangat..."

Pak Jamal tersenyum, "good girl lah awak ni, tak macam isteri dan anak-anak saya dekat rumah." Tangannya mengusap lembut kepala Thiara.

Thiara hanya tersenyum, dalam diam dia sudah riang gembira kerana dapat mengalahkan perempuan yang selama ini telah merebut semua kebahagiaan.

Bunga tersedak, cepat-cepat dia mengambil tisu untuk mengelap mulut. Sementara Arissa menepuk-nepuk belakang Bunga.

"Haih kau ni... Gelojoh sangat." Bunga menyengih.

Nadia yang melihat gelagat mereka berdua hanya menggelengkan kepala sambil menyedut air minuman. Matanya terbuntang saat melihat figura ayah Bunga datang kemari.

Kali ini dia pula tersedak, Nadia terbatuk-batuk. Arissa menghulurkan tisu yajg tersedia ada dalam begnya itu.

"Kau orang ni dah kenapa? Asyik tersedak aje?" Nadia megelap mulutnya sehingga bersih, dia hilang kata-kata untuk bercakap.

"W..weh kita kena pergi dari sini cepat!" Arissa dan Bunga bingung, cepatnya nak beredar padahal mereka baru sahaja duduk untuk menjamu selera.

"Dah kenapa pulak?" Soal Bunga.

"Kita pindah tempat, dekat sini ada ayah kau Bunga!" Riak wajah Bunga terus berubah. Menyampah lah!

Bunga terus mengemas barang-barangnya, makanan yang dibelinya tadi turut dibawa sekali. Dia melihat ke arah Arissa dan Nadia. "Dah tercegat apa lagi? Jom lah tukar tempat duduk."

Mereka berdua hanya menurut, dia mgekori Bunga sehingga sampai ke tempat yang Bunga tuju itu.









Dahlia termenung, dia masih memikirkan tentang kakaknya itu, sejak akhir-akhir ini Bunga selalu mengelak untuk bertemu dengan orang rumah.

Dia menyandarkan kepalanya di tepi dinding, kepalanya sakit. Yin yang menyadari Dahlia seperti ada masalah dia terus memberikannya air susu.

Dahlia melihat ke arah Yin, "apa ni?"

"Air lah." Jawabnya.

"Thanks babe." Cawan yang berisikan susu itu bertukar tangan dengan Dahlia. Dia meneguk rakus susu itu, lega sikit kepala.

Yin melabuhkan punggung berhadapan meja Dahlia, "kau ni dah kenapa? Asyik termenung aje, tak syok lah lepak."

Dahlia melepaskan keluhan berat, malas lah nak bercerita pasal hal keluarga ni. It's my privacy!

Yin mula mengetuk meja Dahlia, "hello..I tengah cakap dengan you tau? Jangan lah senyap je babe."

"Hmm."

"Itu je?" Dahlia mengangguk.

"Isyh kau ni lah, kita kan dah lama bestie tak kan lah benda kecil pun kau nak sorok dari aku?" Dahlia menggeleng pula.

Kalini air mata Dahlia bertakung, Yin mulai cemas. Aduh apa nak buat ni?

"D..Dahlia, jangan lah nangis... Okey, okey sorry sebab paksa kau cerita. Dah tak nak nangis." Pujuk Yin, dia bangkit dari duduknya, lantas menghampiri Dahlia.

Dia memeluk erat sahabatnya itu, walaupun mereka bukan seagama tetapi hubungan sahabat mereka sangat lah rapat.

Dahlia menghamburkan semua tangisnya di dalam pelukan Yin, dia hanya membiarkan sahabatnya itu menangis. Biar lah dia menangis dulu, nanti dia dah tenang baru tanya.

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now