Bab 8

8 5 0
                                    

Mata Arissa dan Nadia melirik kepada Bunga yang Sedang duduk termangu-mangu sedari tadi. Mereka hairan, sejak dua hari Bunga masuk ke sekolah mulutnya itu tidak pernah mengeluarkan satu patah pun perkatan, malah jika mereka tegur pun Bunga hanya 'hm' sahaja. Kelihatan Bunga selalu resah, muka lesu seperti tidak makan dalam beberapa hari.

Bingkas Bunga bangun Dari tempat dudukya, Arissa dan Nadia mengikutnya pergi. lebih baik Mereka berdua ikut, daripada harus menunggu jawapan dari empunya badan, kalau tidak sampai ke sudah tak dapat-dapat jawapan. Melihat Bunga pergi ke belakang sekolah Arissa dan Nadia terus menunduk dan menyorok di semak berdekatan situ.

Seram sejuk mereka di situ, Bunga kelihatan sedang bercakap dengan seseorang, namun tiada siapa pun disitu melainkan hanya bunga seorang sahaja. Meremang bulu roma mereka berdua jadinya.

"Woi! kau buat apa dekat situ?" Suara seorang pengawas lelaki di situ mengejutkan Arissa dan Nadia. Bunga semakin resah ketika menyedari ada yang mengekorinya, hairan.

Bunga terus lari, dia tidak mahu bercakap dengan siapa pun, walaupun orang itu Arissa dan Nadia. "Wei Bunga tunggu lah kami!"

Baru sahaja mereka hendak mengekori Bunga, tetapi mereka sudah dipanggil oleh pengawas lelaki tadi. "Aduh mamat ni, buat mood spoil  betul lah!" Mereka pusing menghadap pengawas lelaki itu, lalu tersenyum seperti kerang busuk. "Ya Azman, kami tengah mangintip Bunga lah! jangan lah kacau!"

Azman menyilangkan kedua belah tangannya ke dada, "apa yang korang cakap ni? Bunga dari tadi duduk dalam kelas tau, siap tanya kau orang berdua pergi ke mana." Terbuntang mata Arissa dan Nadia apabila berita itu disampaikan kepada mereka. "Dah lah, masuk kelas cepat. Nanti cikgu marah." 

Arissa dan Nadia menurut, kalau tak ikut cakap pengawas nanti kene arah pulak, jadi lebih baik mereka balik ke kelas sekarang. 







Sampainya mereka di kelas kelihatan Bunga sedang berbual dengan Jimi, mesra sahaja mereka berdua berbual. Arissa dan Nadia memutuskan untuk mendekati mereka berdua.

"Hai Bunga." Bunga tersenyum gembira, seyuman itu tidak di balas namun pandangan pelik pula yang di balas oleh mereka berdua. Riak wajah Bunga serta-merta berubah.

Bunga memandang Arissa dan Nadia secara bersilih ganti. "Dah kenapa kau orang tengok aku macam nak telan aje?"  Persoalan Bunga menambahkan lagi kecurigaan mereka terhadap Bunga. "Hello..."

Tangan Bunga dilambaikan hadapan wajah Arissa dan Nadia, tidak berkelip langsung. "Bunga..." Secara langsung Bunga mengangkat sebelah keningnya. "Kenapa dua hari ni kan, kau,,tak bercakap langsung dengan kita orang?"

Berkerut dahi Bunga, kenapa Nadia cakap macam tu? sedangkan mereka berdua yang pelik, langsung tak nak bercakap dengan dirinya. "Eh mana ada, malahan aku yang tegur kau orang, tapi kau orang tak nyaut pun." 

Arissa dan Nadia melopong sambil memandang sesama sendiri. "Kau ni Bunga, biar betul?"

Bunga hanya mengangguk tanda dia mengatakan ya. "Betul lah, aku nak berbual dengan kau orang. Lepas tu kau orang bla macam tu aje."

Sekali lagi mereka berdua tidak percaya apa yang dikatakan Bunga tadi.

"By the way  tadi kau ada pergi belakang sekolah tak Bunga?" tanya Arissa.

Bunga menggeleng, "Tadi aku stay kelas je, lepas tu aku nampak kau orang tengah mengintip siapa entah." 

Nadia sudah seram sejuk, kakinya sedikit menggeletar. Bunga yang melihat perubahan pada Arissa dan Nadia,pelik. Aku ada buat apa-apa ke sampai dia orang takut macam tu sekali? bisisk hatinya.

"Tapi tadi kita orang nampak kau pergi belakang sekolah..." Wajah muka cemberut, sejak bila pulak dia ada pergi belakang sekolah? Sedangkan keluar dari kelas pun tak pernah dalam sehari ni.

"Apa yang kau orang cakap ni? aku langsung tak keluar kelas lagi tau hari ni." Bunga hanya tersenyum tawar, aduh kenapa lah kau nak keluar waktu-waktu macam ni?

Arissa menghela nafas berat, apa yang dah terjadi ni? Sudah terang lagi bersuluh yang mereka berdua nampak Bunga keluar dari kelas dan pergi dari sekolah.  Bunga memandang Arissa yang sudah keresahan.

"Arissa kau dah okey ke tak?" Arissa mula menggigit kuku, trauma lama kembali lagi. Dia melangkah kebelakang sedikit bagi menjauhkan diri dari Bunga. Dia meneguk liur payah, siapa sebenarnya Bunga?

"Bunga baik kau jujur, kau ni sbenarnya siapa?" Bunga tertawa hambar,

"Apa lah kau ni Rissa, ni betul lah aku Bunga... Cuba kau pegang tangan aku." Nadia yang disebelah Arissa hanya menyaksikan perbualan mereka, tidak mahu menyampuk.

Arissa takut-takut untuk cuba menyentuh Bunga.Tiba-tiba...

"Bangun semua!" Ketua kelas mereka sudah memberi arahan, itu tanda guru mata pelajaran mereka sudah pun sampai di kelas mereka. Bergegas mereka semua duduk di tempat masing-masing. Arissa makin lemah, trauma yang berkait tidak dapat dikawal seperti selalu. namun ditahannya jugak kerana masih di sekolah.





Sepulangnya mereka dari sekolah, mereka memutuskan untuk singgah ke kedai runcit Pak Abas yang berdekatan dengan taman permainan. Bunga menghulurkan ais krim pada Arissa bersama senyuman yang terukir di bibir manisnya.

Lambat-lambat Arissa mengambil, ais krim strawberi itu bertukar tangan. Dia hanya tersenyum hambar. Nadia sedari tadi hanya mengunci mulut. Bunga memandang Arissa Dan Nadia bersilih ganti.

"Kau orang ni dah kenapa? Dari tadi tengok aku macam ada yang tak kena." Nadia menyenggol Arissa. 

Wajah Arissa cemberut, "kenapa?" 

Wajah nadia didekatkan sedikit ke telinga Arissa. "Syyyyhhh... Kau tak curiga kah dengan Bunga?"  Arissa mengangguk beberapa kali. "Aku rasa Bunga ni ada sesuatu lah.' 

Bunga berdehem. Lantas memotong perbualan mereka. "Kau orang cakap apa? kenapa cakap sendiri sendiri je? Tak ajak aku pun." 

Arissa dan Nadia tersentak, nasib aje Bunga tak dengar. Kalau tak habis bocor rahsia. 






"Bye Bunga..." Bunga membalas kembali lambaian Arissa dan Nadia. Sikit sahaja lagi rahsianya hendak terbongkar, dia harus pulang awal ada benda yang harus dia selesaikan. Tamak! Dah diberi betis mahu paha pula!

Sampainya dia di rumah, tnpa memberi salam terus sahaja masuk ke dalam kamar tidurnya. Puan Siti dan Dahlia memandang pelik, kalau dilihat kembali Bunga agak lain dari sebelumhya. Mungkin sebab tekanan belajar? Ya lah, SPM lagi berapa bulan je lagi...

Tanpa membuang masa Bunga mengambil kasar pasu tembaga yang ada pada atas meja soleknya itu. Berani betul dia keluar waktu dirinya sedang tiada di rumah

Dia membuka penutup pasu tembagaa itu dengan kasar, muncul lah lembaga hitam . Bunga mendengus kasar. 

Lembaga hitam itu tersenyum sinis. "Ya? Ada makanan lagi ke? Aku pun dah lapar dah ni."

Bunga menjulingkan matanya ke atas, menyampah! 

"Tak ada, kau kena makan ikut waktu. Aku nak tanya kau sesuatu..." 



Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now