Bab 10

11 4 0
                                    

Dahlia tersenyum melihat kakaknya yang baru sampai di pintu pagar hadapan, riak wajahnya berubah sekelip mata apabila melihat air mata yang masih tersisa di bahagian tubir mata kakaknya itu. Dahlia ingin menegur namun dikuburkan hasratnya itu dek kerana wajah kakaknya itu kelihatan begitu sedih dan lesu.

Bunga masuk ke dalam rumah dengan membawa perasaan benci dan sedihnya, tak tahu mahu berkata apa. dia hanya melirik dan senyum sedikit pada Dahlia apabila melihat adiknya itu sedang bersiap untuk keluar.

Kakinya lemah melangkah naik ke tangga, Puan Siti sempat melihat Bunga yang sedang berura-ura masuk ke dalam rumah sebentar tadi. Hasratnya untuk menegur dikuburkan sahaja, sama seperti Dahlia.

Puan Siti berlari anak ke arah pintu utama bagi melihat Dahlia yang sedang memalai kasut, "Dik." Dahlia mengangkat wajah lalu menganggukkan sedikit kepala. "Kakak kamu tu kenapa? Lesu semacam aje ibu tengok."

Selesai Dahlia memakai kasut. "Tak tahu lah bu, tadi Dahlia nak tegur tapi tak jadi sebab tengok kakak macam tak ada mood aje."

Puan Siti mengangguk-anggukkan kepalanya, lantas Dahlia menyalam tangannya. "Dahlia keluar dulu ya ibu."

"Ya hati-hati..."






Absyar yang sedang duduk santai di balkoni disapa oleh Zack, lalu Zack menyerahkan secawan coklat panas pada Absyar, coklat panas itu bertukar tangan. Zack melihat Absyar pelik. Absyar yang menyadarinya langsung menegur Zack.

"Kau dah kenapa tengok aku macam nak telan?" Zack menghabiskan seteguk kopi yang dihirupnya tadi.

"Tak ada lah, aku tengok kau ni macam resah je. kalau kau suka dekat Bunga tu confess je lah, bukan susah pun." Ujar Zack, lalu dia menghabiskan kopi miliknya.

Absyar meraup wajah kasar. "Aku memang sukakan dia, tapi ada satu masalah yang aku rasa tak selesai lagi oleh Bunga." Zack menjongketkan sebelah keningnya. "Haih, aku pun tak tahu nak explain dekat kau macam mana."

"Lah cerita je lah."

"Panjang cerita dia."

"Pendekkan."

Absyar menjeling ke arah Zack, dia hanya membuat muka selambat. tak lama kemudian muncul Noah di pintu masuk balkoni, dia melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Absyar.

"Kau orang borak apa? Sampai hati tak ajak aku." Noah membuat muka seposen nya. Absyar dan Zack yang melihatnya merasa jijik. Baldi please...

Noah mencebikkan mulutnya sedikit apabila melihat dua sahabatnya itu membuat muka geli. Lantas dia mengambil satu ayam popcorn yang dibawanya tadi.

Absyar yang melihat Noah menyuakan ayam popcorn ke dalam mulut membulatkan matanya, "Wei ayam favourite aku! Nak sikit!"

Cepat-cepat Noah menarik pinggan ayam popcorn itu, sambil jari telunjuknya dibengkokkan berkali-kali ke kiri dan ke kanan. "No, no, no." Absyar membuntangkan matanya. "Tak boleh lah, dah kau orang tak nak share cerita tadi."

Absyar menjulingkan matanya ke atas, Zack yang di sebelahnya sudah ketawa terkekeh-kekeh. "kau ni Zack apa yang lawaknya?"

"Tak ada lah tengok korang gaduh dah macam budak-budak tahu tak?" Ujar Zack lalu menghamburkan sisa tawanya tadi. Absyar yang di sebelah sudah menjeling tajam ke arah Zack.

Absyar dan Noah sama-sama menepuk belakang Zack, terus dia tersedak lalu menjeling tajam. Kali ni Absyar dan Noah pula menertawakan Zack, budak-budak konon.






Ting! Ting! Ting!

iPhone XR itu berdering beberapa kali, Bunga yang rimas dengan pelbagai notifikasi masuk, terus mengambil kasar. Dia melihat notifikasi yang tertera di skrin, 'Sembang Kari' nama kumpulan di WhatsApp bersama Arissa dan Nadia.

Bunga memandang pelik sambil dia baring meniarap dia membuka mesej tersebut.

Arissa Bestie: Wei kau orang apa kata petang ni kita pergi keluar nak?

Nadia Bestie: Aku on je!

Arissa Bestie: Ok cun! By the way mana Bunga?

Nadia Bestie: Tak tahu..tidur lagi tak?

Bunga terus membetulkan posisi perbaringannya, lantas dia duduk bersila.

Sembang Kari

You: Aku on! By the way nak pergi mana?

Arissa Bestie: kita pergi Aeon nak? Pergi siap cepat, dah nak pukul 3. lepas asar aku jemput kau orang naik grab.

Nadia Bestie: okay cip

You: okey.

Bunga melompat bangun dari katil, lalu dia mencapai tuala mandi yang berada di dalam almari keduanya. dia melangkah masuk ke bilik air tanpa membaca doa seperti selalu yang dia lakukan.








Bunga melangkah keluar, dia mengunci pintu pagar rumahnya. lantas dia berlari anak ke arah kereta Myvi, dia menguak pintu kereta itu lalu langsung dia duduk dan menutup kembali pintu.

Terlihat wajah Arissa dan Nadia suram, Bunga mengangguk sedikit kepalanya bagi menyesuaikan diri dengan kejanggalan suasana. Kereta Myvi yang dipandu oleh pak cik tua itu meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah Bunga, suasana didalam kereta dimeriahkan dengan alunan muzik dari corong radio.

Saat kereta Myvi itu berhenti dek kerana lampu isyarat berwarna merah, pak cik tua itu mula merubah suasana. "Kamu semua ni umur berapa?" Soal pak cik tua itu.

Nadia yang duduk dibelakang bersama Bunga hanya terdiam, "Kami semua baru 17 tahun pak cik." Arissa yang menolong Nadia dan Bunga untuk memberikan jawapan kepada pak cik tua itu.

Kepalanya terangguk-angguk mendengar jawapan Arissa, lampu isyarat sudah bertukar hijau, kereta Myvi itu terus meluncur ke arah destinasi yang ingin dituju.

Sampainya mereka di Aeon, Bunga mengambil beg silangnya lalu membuka zip, dia mengambil wang yang bernilai RM10 kepada pemandu Grab tersebut. "Pak cik nak pesan sikit dekat kamu bertiga ni." Arissa, nadia dan Bunga bingung, apa yang pak cik ni nak sampaikan?

"Jangan balik waktu maghrib ye nak, sekarang ramai anak muda macam kamu ni hilang lepas tak balik dari maghrib." pesan pak cik itu, lalu kereta Myvinya meluncur meninggalkan Arissa, Nadia dan Bunga.

Mereka cuba menghadam setiap patah perkataan yang pak cik tadi cuba sampaikan. namun di biarkan sahaja, mereka langsung tak endahkan apa yang dikatakan oleh pak cik tua tersebut. Bunga memusingkan badannya bagi menghadap Arissa dan Nadia.

"Jom!"

"Jom!" Sahut nadia.

"Eh by the way, kita nak pergi mana dulu?" Soal Arissa.

Mereka bertiga berfikir sejenak, lalu seperti ada mentol lampu yang keluar dari atas kepala Bunga. "Apa kata kita cuci mata dekat popular nak?" Cadangnya, Arissa yang sambil tangannya memegang dagu hanya mengangguk setuju.

Nadia pula sudah melompat riang, "eh jangan lah lompat-lompat nanti kau jatuh terseliuh kita orang jugak yang susah." Nadia berhenti dari melompaat, kepala yang berlapikkan tudung itu digaru walaupun tidak gatal.

Mereka bertiga mengatur langkah untuk masuk ke Aeon lalu menuju ke arah kedai buku Popular. Sampai di tengah jalan Arissa ternampak fugura seseorang yang sangat dikenalinya, dia memanggil Bunga bagi melihat apa yang dilihatnya tadi.

Bunga berdecit sedikit dek kerana Arissa menariknya secara tiba-tiba dan membuatkan pergelangannya sakit, 'Isyh kau ni, tarik slow slow la."

Aarissa menyengih lalu ditunjukkan figura seorang lelaki bersama seorang wanita yang di sebelahnya, Nadia hanya mengekori dua sahabatnya itu. Terbuntang mata nadia apabila melihat figura lelaki itu ayah kepada Bunga.

Namun kelihatan Bunga tenang dan riak wajahnya tegang sahaja, "Kau okey Bunga?" Soal Arissa.

Bunga mengatur langkah ke hadapan, tak payah tanya dia dah dapat tahu dari semalam lagi. Hati seorang anak yang sangat percayakan ayahnya kini hancur begitu sahaja. Semua angkara perempuan lain yang masuk ke dalam kehidupan mereka.

Bagaimana dia hendak menceritakan kepada ibunya? Entahlah dia sendiri buntu memikirkan jalan.

"Eh Bunga tunggu lah kita orang!"

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now