Bab 6

10 5 0
                                    

Langit dihiasi dengan warna sky blue sangat indah, tanah pula dihiasi bermacam-macam jenis bunga.

Dunia kini terasa begitu indah, dia menikmati indahnya suasana di situ dengan rasa seronok.

Tapi dia lupa atas siapa yang memberikannya kenikmatan, dia hanya bermain-main hingga terlupa waktu.

Setelah puas dia bermain ditaman bunga, bermain dengan kupu-kupu kecil dan rama-rama. Dia begitu penat.

Dia berbaring diatas bunga daisy yang sangat cantik apabila dipandang. Sambil tangan memetik satu bunga disitu dan diselitkan ditelinganya.

Cantik, sangat cantik. Dia terleka hingga waktu sudah menjadi malam, dia berlari mengelilingi taman itu.

Namun yang dia lihat hanyalah laman yang sangat luas, bunga-bunga yang tadi paginya segar sekarang menjadi layu dan berbau busuk.

Dia menutup hidungnya, bau busuk sangat menyengat dalam rongga hidungnya. Tidak seperti di pagi hari, bau bunga yang sangat wangi.

Hujan menyapa hidungnya, lantas dia melihat ke atas. Hujan mulai membasahi bumi, dia menutup atas kepalanya lalu berlari mendapatkan teduhan.

Syukur, masih ada pondok kecil yang berada disitu, dapat lah dia berteduh sekejap.

Tanpa dia sadari, badannya kini penuh dengan bintik merah. Seperti digigit nyamuk.

Dia menggarunya berkali-kali dek kerana gatal. "Ya Allah gatalnya."

Omelnya sendiri. Tanganyya mulai berubah tua, banyak kedutan di dahinya. Mukanya kini berlubang dan dipenuhi cacing.

Dia kaget dengan perubahan dirinya. Tiba-tiba muncul sebuah cermin yang besar.

Dia mendekati cermin itu lalu ditatap bayangnya dalam cermin itu.

Buruk, seperti nenek-nenek. Badannya mulai membongkok hidungnya kini memanjang, badannya penuh dengan kedutan. Baju putih yang dipakainya tadi mulai lusuh.

Dia menjerit ketakutan, wajahnya dipegang. Buruk sangat.

Seperti nenek si bongkok tiga.

"Haaa." Bunga terjaga dari lenanya.

Lantas dia cepat-cepat bangun dan berdiri di depan meja soleknya. Dia melihat dari sisi kanan dan sisi kiri, tangan dan wajahnya.

Syukur dirinya kini baik-baik sahaja, mimpi yang tadi memang mengundang rasa kaget dan gementar.

Bunga melihat ke arah jendela, masih gelap. Lantas dia mengambil Iphone XR miliknya dan melihat jam.

"Lah baru 3:04 pagi." Dia meletakkan Iphone XR, lalu dia menuju ke arah kamar mandinya.

Terus dia mengambil air wudhu.

Setelah selesai memakai telekung, sejadah sudah dibentangkan luas. Dia membaca niat solat tahajud.

"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah." Selesai dia menunaikan solat tahajud.

Bunga melipat telekungnya kemas, lalu melipat sejadah. Diletakkannya di dalam almari.

Sedang asyik dia leka bernyanyi, telinganya di serpa oleh bunyi yang tidak janggal baginya.

"Bunga." Halus suara itu.

Bunga beristighfar didalam hati, moga di jauhkan ya Allah.

Namun semakin dia membaca, semakin menjadi-jadi suara itu menjerit. Hingga kotak baju yang diatas almari Bunga itu jatuh.

Bunga cuba untuk memberanikan diri. "Kau nak apa, aku tak nak kau lah. Aku tak nak bela kau, jadi kau boleh pergi dari sini."

Walaupun skru dibahagian lututnya sudah terbuka, namun dia gagahkan dirinya lagi. Kalau lama kelamaan begini, mungkin abahnya menjadi lebih benci pada dirinya.

Lembaga hitam itu tersenyum sinis. "Kau ingat aku boleh senang-senang lepaskan kau? Kau pewaris nenek kau, kau kena jadi tuan aku. Kau kena terima aku."

Lembaga hitam itu ketawa besar. Bunga hanya menjelingnya dari jauh.

Bunga tidak takut kah? Takut, cuma dia sudah terbiasa berjumpa dengan lembaga hitam yang berada dirumah nenek. Ada satu ruangan neneknya yang pernah dia masuki, penuh dengan barang-barang yang menakutkan.

"Aku kata tak nak! Tak nak lah! Kau tak reti bahasa ke?" Suara Bunga mulai tinggi.

Sekali lagi lembaga hitam itu ketawa besar. "Aku harus ada pendamping, kau kena jadi tuan aku. JADI TERIMA LAH AKU!"

Bunga memutarkan bola matanya ke atas, lalu dia membaca ayat kursi.

Syukur, setelah dia membaca ayatul kursi lembaga itu terus lesap. Tapi dia tak akan hilang begitu sahaja, mungkin bila-bila masa sahaja dia boleh muncul kembali.



"Absyar!" Panggil Bunga sambil berlari anak ke arahnya.

Absyar tersenyum, kekasih hati dah sampai, hehe senyum sampai telinga lah dia.

Pada mulanya dia pun tidak percaya dek kerana Bunga tiba-tiba sahaja mengajaknya keluar bersama. Jadi kita layankan ajelah ya.

Melihat Bunga tersenyum riang, hatinya berbunga menatap kecantikan yang ada pada diri Bunga. Aip! Ni dia punya seorang sahaja.

"Dah siap?" Bunga mengangguk.

"Okey, let's go!"

Absyar menguak pintu kereta Honda Civic miliknya untuk Bunga. So sweet!

"Kita nak pergi mana?" Setelah lama keadaan menjadi hening, Absyar mulakan perbicaraan antara mereka berdua.

"Hmm..." Lama Bunga berfikir. "Ha! Kita pergi Aeon Tebrau nak?"

Absyar tersenyum. "Okey." Kereta Honda Civic itu meluncur laju di atas jalan raya. Lalu menuju ke arah destinasi yang ingin dituju.

Laju Bunga berlari anak menuju kedai Popular. Absyar hanya mengikut sahaja dari belakang.

Gembira hatinya apabila melihat Bunga riang gembira pada hari mereka keluar bersama.

Sedang asyik mereka mencari buku yang ingin dibeli, Bunga mula bertanya pada Absyar. "Wei, erm buku yang hari itu aku tak baca habis lagi, maklumlah akhir-akhir ni aku ada family problem. Jadi kau nak baca buku tu dulu atau kau nak aku baca dulu?"

Absyar berfikir sejenak, sungguh soalan sangat mengelirukan. "Kau baca bagi habis dulu, lepas kau dah habis baca baru bagi aku pulak, okey?"

Bunga tersenyum mendengar jawapan Absyar, lantas dia kembali mencari novel.

Setelah selesai mereka membeli novel, Bunga mengajak Absyar untuk pergi makan dahulu sebelum mula berjalan.

Bunga yang telah duduk di atas kerusi tersenyum melihat Absyar. Kalau tengok lama-lama handsome juga mamat ni.

Absyar hairan, aura Bunga semakin lama semakin menjadi gelap, dia merasa ada kejanggalan yang ada pada mereka.

Absyar melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Bunga, semakin panas auta Bunga. Ia menjadikan Absyar kurang selesa.

Bunga melihat Absyar yang kurang selesa, terus menjadi tanda tanya. Dia ada bau busuk ke? Kenapa dia macam kurang selesa dengan aku?

Namun diketepikan olehnya. Absyar semakin tidak senang duduk, dia melihat aura gelap yang ada pada diri Bunga yang sangat jelas.

"Kenapa awak tengok saya macam tu sekali?" Soalan cepumas oleh Bunga.

Absyar sulit menelan sushi yang dimasukkan ke dalam mulutnya tadi, macam mana dia nak cakap ni? Serba salah pula.

"Tak ada lah, makan-makan. Nanti awak nak cari barang apa lagi?"

"Saya nak jalan-jalan je dulu, kalau ada barang yang saya berminat baru saya pergi tengok dan beli, kut." Ujarnya sambil dia menggigit rotinya.

Absyar mengangguk.

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now