Bab 18

2 1 0
                                    

Absyar memandang pelik ke arah Dahlia, keliahatan Dahlia seperti keresahan. Tadi sebelum Dahlia menyadarkan diri, Ustaz Lokman ada memberikannya air yasin.

Disuakan air yasin itu kepada Dahlia, dia mengucap syukur kerana setelah dia memberikan sedikit air yasin itu kepada Dahlia, Dahlia mula menyedarkan diri.

"Setiap sudut rumah ini sudah saya kunci, terdapat beberapa pasu tembaga yang saya jumpa di satu bilik berdekatan dengan dapur tadi." Ujar Ustaz Lokman, dia mengira-ngira rumah itu memang ada misteri yang tersendiri, hanya dirinya dan  Allah sahaja yang mengetahui Wallahualam...

Absyar hairan, apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Lokman? "Maksud ustaz?" Tanya Absyar serius.

Ustaz Lokman menghela nafas panjang, "maksud saya rumah ni keras, mungkin pemilik rumah usang ni pernah membela sesuatu yang kita sendiri tak pasti apakah benda itu."

Absyar berfikir sejenak, dia teringat akan lembaga hitam yang sentiasa bertenggek di atas bahu Bunga. Mungkin...

Segera Absyar mengetepikan fikiran negatifnya, dia mahu berfikiran yang baik sahaja, tidak mahu berfikir yang aneh-aneh.

Absyar melihat wajah Dahlia yang pucat, setelah Dahlia tersedar dari pengsannya wajah Dahlia pucat. Sudah terlihat seperti tidak makan beberapa hari aje.

"Lia kau okey?" Tanya Absyar, Dahlia sekadar mengangguk. Entah kenapa, dirinya terasa dingin.

Absyar yang menyadari hal itu terus memeriksa suhu badan Dahlia. "Kau okey ke tak ni?" Tangan kanannya diletakkan atas dahi Dahlia, pantas Dahlia menepis.

"Ah sorry.."

"Tak apa..."

Ustaz Lokman yang melihat mereka hanya menggeleng, haih lah anak muda.

"Assalamualaikum!" Kedengaran suara orang dari luar rumah, Absyar bergegas berlari menuju pintu rumah utama.

Absyar menyelak langsir itu, dia melihat di bawah. "Waalaikumussalam, ada apa ya?"

Absyar melihat wajah pak cik tua itu dengan perasaan hairan. Wajah pak cik tua itu seakan kegelisahan, seperti ada benda yang berlaku.

Tercungap-cungap pak cik itu mengatur nafas. "Nak, rumah mak cik kamu terbakar!"

Absyar masih tak faham dengan apa yang disampaikan oleh pak cik itu, rumah? Mak cik? Terbakar? Ha?

"Apa maksud pak cik?" Pak cik itu menepuk dahi, penat dia berlari datang sini, ajak masuk duduk sekejap pun tak ada haih anak muda zaman sekarang.

Tak lama kemudian Dahlia keluar dari rumah, "apa bising-bising ni?"

Dahlia melihat ke bawah rumah neneknya, bibirnya mengukir senyuman saat melihat wajah Tok Ketua Kampungnya itu. "Eh Pak cik Mail, ada apa datang ni?"

"Dahlia kenal?" Dahlia mengangguk.

"Haih, tak nak suruh pak cik masuk ke? Dah lah berlari nak datang rumah kamu ni, penat tahu?" Dahlia dan Absyar menyengih, lantas dia menjemput Pak Mail masuk ke rumah.

"Wah tak berubah ya rumah nenek kamu ni Lia?" Dahlia melabuhkan punggung di kerusi kesayangan neneknya dahulu.

"Ha ah, cuma berhabuk lah, dah lama tak balik kan." Ustaz Lokman hanya menjadi pemerhati.

"Eh,lupa pula. Pak cik mana boleh lama-lama dekat sini, nak uruskan rumah mak cik kamu yang terbakar tu. Pak cik pergi dulu lah ya?" Izin Pak Mail untuk pulang, Dahlia dan Absyar hanya mengangguk.

Lantas Dahlia berfikir sejenak, rumah? Mak cik? Eh, rumah mak cik aku? Jadi, ya Allah ibu, kakak!

"Kejap... Rumah siapa terbakar Pak Mail?" Tanya Dahlia untuk memastikan dia tidak tersalah dengar.

"Ala rumah mak cik kamu yang tu, siapa nama dia? Ha Tiara tu." Terbeliak mata Dahlia saat nama ibu sedaranya itu terpacul dari mulut Pak Mail. "Tapi mak cik kamu selamat alhamdulillah..."

"WHAT? PAK CIK SERIUS? YA ALLAH IBU!" Bergegas dia keluar rumah, dia memakai selipar dan terus berlari menuju ke rumah ibu saudaranya itu.

Dia berlari sekuat hati, air matanya mula mengalir deras. Pada awalnya dia tidak tahu pun tentang ibunya berada dirumah Tiara, namun firasatnya kuat yang mengatakan ibunya dan Bunga berada di dalam rumah itu.

Absyar dan Ustaz Lokman terpinga-pinga, apa yang sudah jadi ni?

"Pak cik, apa kena tu?" Pak Mail memandang Absyar, dia mengetap gigi.

"Ni ustaz kan?" Tanya Pak Mail kepada Ustaz Lokman, Ustaz Lokman hanya mengangguk kecil.

"Ha okey, kalau nak tahu kenapa jom ikut." Ustaz Lokman dan Absyar memandang sesama sendiri, mereka mengangkat bahu serentak. Dan bergegas mengikuti langkah Pak Mail dari belakang.





"Ibu!" Sampai juga Dahlia di rumah Tiara, kira-kira 10 minit dia megambil masa untuk sampai ke rumah itu.

Api yang sudah marak membakar menyusahkan orang ramai untuk menolong, saat Dahlia sampai semua mata tertumpu padanya. Semua memangdang Dahlia dengan rasa hiba, namun tidak dengan Tiara. Baginya setiap titisan air mata yang jatuh dari orang yang dibencinya itu adalah satu kebahagiaannya.

Dahlia cuba mendekati rumah yang sudah terbakar itu, namun dihalang oleh orang kampung. " Lepas lah! Ibu aku ada dekat dalam!" Amuknya.

Dahlia meronta-ronta untuk dilepaskan, "sabar dik kita tunggu pihak bomba sampai dulu ya?"

Tangisannya kini lebat, teresak-esak dia menangis jirannya Mak Jemah memujuknya untuk bertenang namun tidak berhasil.

"Sabar Lia, sabar kita tak pasti pun ada orang kah atau tidak dalam rumah tu." Mak Jemah mengusap lembut belakang Dahlia.

Tak lama kemudian Absyar dan Ustaz Lokman datang bersama Pak Mail, tercungap-cungap mereka mangatur nafas.

"Ha Mail, ni cepat lah bomba dak sampai lagi kah?" Tanya Mak cik Salmah, api semakin marak, kalau dibiarkan lama-lama takut benda lain pulak yang jadi.

"Dak lagi, depa habaq sat gi baru sampai." Ujar Pak Mail, Mak cik Salmah hanya mengangguk tanda faham.

Bukan apa, dia kasihankan si Dahlia, memang mula Tiara ada cakap yang Puan Siti dan Bunga ada didalam tidak sempat untuk dia menarik bersama keluar dari rumah.

Sementara itu Tiara yang melihat mereka memujuk Dahlia mula panas hati, dia merasa tidak tenang saat Ustaz Lokman melangkah masuk ke perkarangan rumahnya itu. Terasa bahang yang amat, tambah lagi dia berada dihadapan rumahnya yang terbakar itu.

Benci, mengapa kakaknya itu sentiasa dikelilingi dengan orang yang baik-baik belaka, sedangkan dia dari kecil asyik dihina sahaja.

Dirinya kini sudah panas, dia menggaru-garu tubuhnya dek kerana gatak yang amat. Ustaz Lokman yang melihat gerak geri Tiara sudah beriak hairan.

Dia menepuk bahu Absyar, lantas jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Tiara, "Absyar tu siapa? Saya tengok dah macam cacing kepanasan dah, duk garu sana sini."  Tanya Ustaz Lokman.

Absyar hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu, lantas matanya melirik melihat rumah yang terbakar itu, ramai orang kampung datang untuk membantu memadamkan api yang marak itu.

Absyar memndang pelik, di sudut tepi tingkap dia ternampak sesuatu yang seakan meminta tolong. Dia tidak sedao hati.

Dia ingin melihat Ustaz Lokman di sebelah, namun Ustaz Lokman tiada. Dia menggelabah sambil mencari Ustaz Lokman.

"Assalamualaikum," suara Ustaz Lokman menyapa ke telinga Absyar.

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now