Bab 3

11 4 0
                                    

"Terima kasih hantar aku balik yang ke dua kalinya." Dia tersenyum hingga menampakkan gigi putihnya.

Seketika Absyar terpegun melihat Bunga tersenyum, hatinya berdegup kencang. Tak pernah lagi dia merasakan seperti ini.

Bunga hairan, dah kenapa mamat ni termenung, orang cakap terima kasih kenapa diam?

Dia melambaikan tangan di depan muka Absyar, tiada sebarang reaksi. Lalu dia memetik jari.

Terus segar bugar muka Absyar apabila jarinya dipetik. "Ah sorry."

"By the way, sama-sama nanti kalau kau ada apa-apa hal dekat luar call je aku. Aku boleh hantarkan." Absyar tersenyum lebar.

"Thanks." Perlahan kereta milik Absyar meninggalkan rumahnya, entah mengapa, hatinya berbunga-bunga untuk ke sekian kalinya.

Dia menutup pintu, saat badannya diputarkan dia kaget. Abah, badannya terasa kaku seketika.

"Balik dengan siapa? Mesra nampak." Wajah Pak Jamal bengis, rotan yang dipegang olehnya membuatkan Bunga tidak keruan melihat dirinya.

"B..." Baru sahaja ingin bercakap, tapi abahnya memintas ayatnya terlebih dahulu.

"Abah tak nak dengar apa-apa alasan lagi, abah kira 1 hingga 10 kalau kamu tak masuk bilik dan kunci pintu.. tahu lah nasib kamu."

Mendengar abahnya berkata begitu, tanpa melengahkan masa dia berlari naik ke atas. Dia menguak pintu kamarnya, lalu menutup kembali dan menguncinya.

Dia berdiri disebalik pintu, perlahan-lahan dia duduk sambil menekup mukanya ke lutut. Laju air matanya turun membasahi pipi.

"Abah jahat." Dia mengatakan ayat itu berulang kali, sehingga dia merasa keletihan. "Kalau nenek masih hidup.. mesti dia tolong Bunga."

Makin laju air matanya mengalir, sungguh dia merindui sosok yang di gelarkan 'nenek'. Sosok yang selalu membelanya jika dia dimarahi oleh Pak Jamal.

Selalu buat dia tersenyum, selalu menyokongnya, selalu memberikannya kasih sayang yang cukup. Namun setelah sosok itu meninggal, dunianya menjadi sepi, gelap.

Lama dia berkeadaan seperti itu, sehingga kelopak matanya memberat. Lalu dia tertidur dengan lenanya.



Dia terbangun dari lenanya, sambil dia menggosok matanya dia melihat keadaan sekeliling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ruangan kamarnya menjadi ruang tamu rumah neneknya.

Setiap barang yang ada di dalam rumah itu tidak berubah sama sekali.

Bunga berdiri, lantas dia berjalan menuju ke arah kamar tidur milik neneknya. Dia memegang dinding kayu itu setiap kali dia berjalan.

Terbit rasa rindu yang melampau dalam dirinya, sesekali dia menyeka air mata menggunakan hujung bajunya.

Sampainya dia di kamar tidur neneknya, dia melihat ada seseorang yang duduk di atas kerusi didepannya meja solek.

Hairan. Dia menggosok matanya beberapa kali, tak dia tak salah lihat, itu benar-benar sosok tubuh neneknya.

Perlahan dia mendekati nenek. "Nenek?"

Kepala nenek menoleh ke arahnya, takut. Namun dia tetap ingin mendekat, dia hanya ingin melepaskan rindu.

"Bunga?" Dari melangkah, dia putuskan untuk terus berlari.

"Nenek!" Dia membuka tangan sedepa. Terus dia memeluk sosok tubuh neneknya.

Ya Allah aku rindu!

Tangan neneknya mengusap lembut kepala Bunga. "Nek..Bunga rindu nenek."

Air matanya kini tidak dapat dia menahan, rindunya kini terubat sedikit. Nenek mengucup kepala Bunga.

"Nenek pun rindu cucu nenek seorang ni." Dia mendongakkan kepala, bagi melihat wajah yang di rinduinya.

Wajah tua yang tadinya tersenyum manis, bertukar menjadi seram.

Wajah yang dipenuh nanah, berlobang dan berulat didalamnya. Kebaya nyonya berwarna merah itu lusuh, separuh kain batik itu koyak.

Tangan yang tadinya lembut dipegang, berubah menjadi tulang. Terus dilepaskannya.

Bunga merangkak kebelakang bagi menjauhi dirinya dari neneknya itu. "Nek kenapa nenek jadi macam ni?"

Neneknya terus mengilai, bulu romanya secara tak langsung menaik. Dia melihat daun pintu yang terbuka.

Cepat-cepat dia bangun dan berlari ke arah daun pintu tersebug. Boom!

Pintu tersebut tertutup serta merta setelah dia sampai di depannya, dirinya terus tidak keruan. Ya Allah dugaan apa lagi ni, aku cuma mahu berjumpa dengan nenek.

Dia mengetuk daun pintu itu kuat hingga berulang kali. "Bukak! Tolong lah bukak!"

Air matanya laju mengalir, badannya mengigil ketakutan. Dia menoleh kebelakang, kelihatan neneknya berdiri semeter tidak jauh darinya.

"Bunga..." Kuku panjang itu menyentuh kulit lembut Bunga.

Bunga menyandar di dinding, dia cuba untuk melarikan diri namun tiada sebarang ruang yang ada. Kamar itu menjadi gelap gelita, tiada sebarang cahaya, selain dari lilin yang menyala.

Dia terus menangis teresak, pipinya penuh dilumuri darah, lantas dia melihat ke sisi. Ada sebatang kayu yang tidak jauh darinya.

Dia cuba mencapai, cubaan pertama gagal, "tolong lah."

Dia cuba cubaan ke-dua, dan dia dapat. Kayu tersebut dihayunkan tepat mengenakan kepala neneknya itu, tercungap-cungap dia mengatur nafas.

Lalu dia lemparkan kayu itu ke atas badan nenek tua itu. Dia cuba memulas tombol pintu tersebut, dan.. dedaun pintu itu terkuak.

"Alhamdulillah." Dia keluar dan terus berlari ke ruang tamu.

Gelap.

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now