Aku

863 76 3
                                    

Sejak sekolah aku bukan pelajar cemerlang.
Aku tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan.
Kawan tak ramai.
Bakat tak ada.
Rupa apatah lagi.
Aku membesar dengan persekitaran yang buat aku percaya yang aku bukan sesiapa dan hidup aku bergantung pada nasib.
Semua tu buat aku jadi seorang defensive.
Aku tak ada apa apa jadi aku perlu mempertahankan diri sendiri.
Dan aku mencuba dengan terlalu untuk semua orang tidak lagi 'menyentuh' aku.
Sampai tahap aku penat.
Aku terjelepok tak rasa nak bangun lagi.
Aku berada di tengah lautan dan hampir lemas keseluruhannya.
Sedikit kegagalan akan buat aku terus jatuh dan tenggelam.
Dan sekarang aku seolah mahu berhenti menggapai. Membiar untuk hanyut atau tenggelam. Aku biar. Aku biarkan.
Banyak yang telah hilang pada aku. Banyak yang telah tiada.
Aku bukan yang sama. Masa telah menelan aku perlahan-lahan tanpa kasihan.

Diari depresiWhere stories live. Discover now