Satu malam dua cawan kopi dan terima kasih yang tak pernah hilang.

319 14 1
                                    

Ada waktunya bicara tentang setiap seliratan
Mahupun cucuk duri yang menusuk bukan kerana pandangan kasihan atau perhatian.
Ada ketika kekuatan itu menguatkan.
Sesungguhnya bicara bisu ini bingit
Dan aku cuma mahu lari.

P/S: Terima kasih yang membaca, komen, follow dan apa sahaja respond atas tulisan disini, maaf ada waktu aku tak tinggalkan balasan. Aku baca dan aku tahu setiap satunya, cuma menjadi aku yang janggal bicara adakalanya tidak beriak nada yang mampu menjelas rasa. Namun tahulah dibalik janggal ini, aku ucap terima kasih kerana bisa menarik aku terus menulis kerana penulis itu wujud bersama sama tulisan dan pembacanya. Lewat ini aku cuma berlari tidak sempat untuk duduk merenung dan menulis lagi. Kerana ilham aku sudah pergi dan bicara aku tentang kedukaan masih tetap hal yang sama, bimbang kau akan meninggalkan sosok datar bicara aku jadi lebih baik aku bungkam.

Aku doakan semua terus menampal tawa walau palsu, kerana dunia bukan buat kita dan bahagia boleh jadi angan angan berbanding cita-cita

Diari depresiWhere stories live. Discover now