KESUNYIAN

163 8 0
                                    

Kesunyian itu seperti apa jika mahu kita jelaskan
Peneman yang tidak mungkin meninggalkan?
Iya mungkin.
Kita bisa aja dalam ramai namun kita tetap bersama kesunyian yang tidak mahu tinggal
Kita cuba untuk menyalah-nyalahkan diri
Mungkin kita cuma meneka-neka
Tiada apa
Lakukan sahaja seperti biasa, ketawa senda dan bicara bebas
Sehinggalah nanti kita pulang saat kita dalam ruang konkrit empat segi itu
Yang bersuara cuma alam dan desir kipas dinding
Kita akhirnya sedar kesunyian sememangnya tidak meninggalkan
Kesunyian menjadi peneman paling setia
Dan kesunyian juga ada waktunya buat kita mahu lari terusan jauh dan tidak lagi dijumpai
Jangan bersedih pastinya
Saat dunia dan sekeliling memalingkan muka atau menutup telinga
Kita masih ada kesunyian meneman dan tidak pernah akan meninggalkan.
Lantas kita tidak kasihan lagi.

Diari depresiWhere stories live. Discover now