Semula

136 8 0
                                    

Waktu itu ketika aku mahu lari jauh
Mengulang hari yang claustrophobic
Seolah hanya tangan aku yang menggapai
Kaki aku terikat simpul mati pada apa yang tak nampak.
Masih terbayang pada waktu itu saat kembali ke kotak batu konkrit empat segi
Melepaskan segalanya dari bahu melurut entah mana mana.
Aku berbaring mengadap siling
Mengira waktu entah bila aku akan boleh dan mampu lari.
Hanya untuk bangkit pada hari esok
Dan mengulang semuanya semula.

Diari depresiWhere stories live. Discover now