part 26. ingatan swanda kembali pulih.

1.9K 137 3
                                    

"Swanda.. " kedengaran satu suara perempuan yang macam familiar bagi swanda. Swanda cepat-cepat memusingkan badannya. Kelihatan sepasang suami isteri yang memakai pakaian diraja sedang senyum melihat swanda. Swanda jadi hairan.

'Bukan itukah lelaki yang saya mimpi kena kejar naga tu?'bilang hati swanda.

"Hye swanda. Kenal kami?" bilang tu lelaki yang umurnya hampir mencecah 70 tahun.

"Ermm. Sorry. Siapa kamu? Saya di mana?" bilang si swanda.

Wanita itu datang kepada swanda lalu memegang kepala swanda. Satu cahaya berwarna biru mengelilingi swanda.

Swanda berasa dia berada di suatu tempat yang aneh. Ya,sangat aneh. Dia berasa yang dia pernah datang ke sini. Tiba-tiba, satu pari-pari kecil datang kepada swanda. Pari-pari itu seperti memberi isyarat kepada swanda untuk mengikutinya.

Swanda berjalan mengikut pari-pari itu. Dia sampai di satu taman. Ya,taman yang dia pernah pergi! Taman di mana Xzender membawanya!

Tiba-tiba,satu kotak kecil berwarna hijau gelap berada di depannya. Swanda lalu membuka kotak itu. Terdapat empat gambar terapung di sekelilingnya selepas dia membuka kotak itu. Dia menyentuh gambar pertama.

"Selamat hari jadi,selamat hari jadi,selamat hari jadi swanda. Selamat hari jadi." kedengaran suara perempuan sedang menyanyikannya lagu 'happy birthday' ketika umurnya baru mencecah satu tahun.

Lalu,wanita itu memeluknya dan mencium dahinya.

"Swanda,mungkin suatu hari nanti, mamy dan dady terpaksa kasih tinggal swanda. Tapi,jangan risau k sayang. Kami sentiasa hadir dalam hati swanda tidak kira di mana swanda berada." bilang lelaki yang duduk di sebelah wanita yang menyanyikannya lagu 'happy birthday ' kepadanya tadi.

Lalu,wanita itu mencabut berlian putih di rantainya manakala lelaki itu mencabut cincin dari tangannya lalu mencantumkan cincin dan berlian itu menjadi satu lalu memakaikannya di jadi swanda.

Swanda tersenyum bahagia. Entah kenapa perasaannya terasa sangat bahagia tidak seperti selalu. Perlahan-lahan memori itu lesap. Swanda menyentuh gambar yang kedua.

"Wanda! Cepat tangkap ni bola!" kedengaran suara seorang budak lelaki?

'Xzender?' monolog Swanda dalam hati.

"Apa lagi kau tunggu ni wanda! Xzender yang handsome ni malas mau tunggu!" see? Kecil-kecil lagi sudah bikin panas. Tapi dia juga yang mampu mencuri hati saya💓.

"Ya lah bah! Sabar!" balas swanda ketika umurnya mencecah 5 tahun.

Lalu, swanda mengambil bola tersebut dan duduk di sebelah Xzender.

"Wanda,kita kawan bah kan? Janji sama saya jangan pernah kasih tinggal saya k?" bilang Xzender sambil kasi keluar jari kelingking.

"Janji. " bilang swanda membalas dengan jari kelingking. Lalu,mereka berdua tersenyum.

Lalu,memori itu perlahan-lahan hilang. Swanda terkejut kerana sebenarnya siapa sangka yang dia pernah bertemu dengan xzender. Tapi,kenapa xzender nda pernah kasih tau dia? Tanpa membuang masa,Swanda memegang gambar yang ketiga.

"Wanda! Kalau kau bergerak saya kerat leher kau!" bilang seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lalu,keluar naga berkepala tiga.

"Tolong.. Saya merayu jangan apa-apakan dia!" rayu perempuan yang pernah menyanyikan lagu 'happy birthday' kepadanya dulu.

Lalu, keluar seorang lelaki berpakaian raja dan berlawan dengan naga berkepala tiga.

BOMM! satu bola api tepat mengena pada lelaki yang memegang swanda tadi.

"Swanda! Kau ok?!" bilang si Xzender panik.

"Sa..ya.. Ok.." jawab swanda mengerang kesakitan. Pisau yang dipegang oleh lelaki itu terkena pada tangan swanda apabila terkena bola api xzender tadi.

Permaisuri datang kepada swanda dan membuat penyembuhan. Dengan serta merta luka swanda lenyap. Sekarang baru swanda tahu yang kuasa penyembuhan terunggul dia tu rupa-rupanya datang dari ibunya.

"Maria, suami! Cepat,pintu portal mau siap sudah! Xzender ikut aunty k. Nanti aunty hantar pulang." bilang permaisuri. Pengasuh swanda dan ayahnya serta merta berhenti berlawan. Xzender mengangguk menyetujui permaisuri. Mereka hilang di sebuah pintu portal.

Tiba-tiba memori itu hilang. Badan swanda dipenuhi dengan peluh. Terasa jantungnya berdebar-debar. Memori tadi membuat swanda berasa pelik.
Swanda lalu memegang gambar yang terakhir.

Swanda,Xzender, maria pengasuhnya,ibunya dan ayahnya berada di satu dimensi. Terdapat papan tanda yang tertulis 'bandar Aurona'.

"Maria,tolong jaga anak kami k. Kami kena pulang segera,kalau tidak negara kita akan dipenuhi dengan shawn." bilang permaisuri.

"Mamy, jangan kasi tinggal wanda. Mamy sama dady sayang Swanda kan? Jadi,jangan lah kasi tinggal wanda.." bilang si swanda menangis sambil pegang tangan si Xzender. Entah kenapa hatinya terasa berat untuk meninggalkan ibu dan ayahnya.

"Mamy sama dady minta maaf sayang, kami mesti pulang. Nanti negara kita dapat susah. Sorry sayang.." giliran ayah swanda untuk bercakap.

"Xzender nda kasih tinggal wanda bah kan?" bilang swanda sambil memeluk erat tangan Xzender.

"No. Xzender nda akan kasih tinggal swanda. Ingat,kita kan kawan?" bilang si Xzender mula menangis.

"Kami minta maaf wanda,kami terpaksa buat begini," bilang permaisuri dan raja serentak. Lalu,permaisuri menukarkan warna rambut swanda kepada hijau dan anak mata swanda menjadi purple.

"Xzender, mulai hari ini, kau tidak akan ingat pasal semua ni termasuk swanda kecuali keluarga kau. Mulai hari ni,kau nda akan ingat pasal swanda kecuali sehingga sampai waktunya" bilang raja sambil memegang kepala xzender.

"No!!" bilang si Xzender. Tetapi sudah terlambat! Raja sudah membaca mantera dan sekaligus Xzender pengsan di pangkuan swanda.

"No!! Xzender! Bangun!" bilang si swanda menangis.

Lalu,ayah swanda berkata lagi sambil memegang kepala swanda.

"Swanda,mulai hari ni, kau nda akan ingat apa-apa lagi kecuali umur kau mencecah 20 tahun . di hari jadi kamu yang ke-20 tahun,kamu akan bertemu kembali dengan Xzender pasanganmu dan rambutmu akan bertukar kepada warna asal. Selepas kamu menjumpai kami,anak mata kamu akan bertukar menjadi warna biru gelap." bilang raja sedih. Sedih kerana terpaksa meninggalkan Satu-satunya anak yang dia ada.

"No!! Dady! Swanda nda mau!" bilang swanda. Tetapi,itu sudah terlambat. Raja telah membaca mantera dan sekelip mata sahaja swanda rebah tidak sedarkan diri.

Permaisuri mengeluarkan kitab jodoh dan menulis nama Xzender dan swanda sebagai pasangan.

Tiba-tiba memori itu hilang. Swanda menangis. Betapa besarnya pengorbanan keluarganya untuknya. Lalu,pasangan yang tadi datang di hadapan swanda.

"Mamy,dady.." perkataan pertama yang swanda sebut dan dia automatik memeluk keluarganya.

"Swanda,kami terpaksa pergi. Ingat,semakin besar pengorbanan, semakin kecil kekecewaan. Di situ lah tempat kami dikurung." bilang permaisuri lalu hilang.

Bersambung~

The MAGIC Girl (COMPLETED!)Where stories live. Discover now