59.Rahsia Kekuatan Pak Dalip

1.9K 33 0
                                    

ketika menghalau lembu-lembu balik ke kandang,saya melalui lorong kecil di baruh kampung.Kebetulan hari mualai remang senja.Tidak ada kelihatan sesiapa pun lagi balik dari sawah.Di surau kampung,azan maghrib sudah kedengaran.
Saya berselisih dengan seorang lelaki sedang memikul sebatang pokok sagu(rembia)yang tidak dikabung-kabung.Mula-mulanya saya terkejut juga,kerana seolah-olah sebatang kayu balak terbang menuju ke arah saya.Tetapi apabila sudah dekat saya dapati seorang lelaki memikul pokok sagu itu di bahunya.
Setelah diamat-amati saya cam orangnya ialah pak dalip.Tetapi mukanya tidaklah jelas sangat kerana kegelapan senja samar-samar.
"Hai,pak dalip dari mana ?"saya menegur.
Pak dalip tidak menyahut.Dia hanya mendehem saja seolah-olah menyahut teguran saya tadi.Heran juga saya mengapa pak dalip tidak bercakap apa-apa dengan saya.Pada hal selama ini dia sangat ramah kalau berbual dan bertegur sapa dengan saya.
Boleh jadi pak dalip merasa bebannya terlalu berat menyebabkan dia tidak mahu menyahut teguran saya.Inilah dugaan saya,kerana mustahil pak dalip mendehem saja apabila berselisih dengan saya.Biasanya dia seorang yang suka mengusik saya kalau bertemu di mana-mana.
Saya memberitahu kawan saya lajis mengenai diri pak dalip.Memang betul tekaan saya bahawa lajis tidak percaya pak dalip boleh memikul sebatang pokok sagu.
"Ah,mengarutlah kau.."kata lajis tersengih-sengih."Kau ingat batang sagu boleh dipikul macam tu senang."katanya.
  "Kalau kau tak percaya,mari kita ke rumah pak dalip.Kau tengok sendiri sama ada batang sagu ada atau tidak di rumahnya."Saya masih yakin bahawa saya memang melihat pak dalip memikul batang sagu pada petang semalam.
  Untuk meyakinkan lajis saya berkeras mengajak dia ke rumah pak dalip.Kami berdua pun pergilah ke rumah pak dalip pada tengah harinya.Kebetulan ketika itu pak dalip baru saja selesai makan tengah hari.Dia duduk berjuntai kaki di tangga rumahnya sambil mengibas-ngibaskan badan dengan tuala mandi.
Daru jauh lagi kami sudah nampak sebatang pokok sagu melintang di hujung halaman rumah nya.
"Huh,macam mana pokok sagu sebatang macam ni ada di halaman rumahnya?lajis mula kehairanan.
"Itulah.."kata saya perlahan."Aku kata aku nampak pak dalip memikulnya,kau tak percaya"ujar saya macam menyindir lajis.
"Kalau nak bawa dengan basikal tak mungkin"tambah lajis mendengus-dengus."Macam mana dia nak angkat sebatang pokok sagu.Kalau dikabung setengah depa pun tak larat nak angkat,inikan pula sebatang tegak"keluh lajis semakin hairan.
Pak dalip menegur kami berdua sebaik saja saya dan lajis menghampiri dia.
Sambil berbual-bual kosong saya pun menceritakan kepadanya seperti apa yang saya lihat senja semalamnya.Saya dapati pak dalip mengerutkan dahi macam terkejut dengan saya itu,tetapi saya tahu dia cuba menyembunyikan sesuatu.
"Hah,sagu tu da seminggu di situ.Macam mana kau nampak aku yang memikulnya petang semalam"dia berdalih.
  "Habis,siapa yang saya lihat tu...?"soal saya.
"Kau mimpi agaknya.Sebab itulah jangan banyak berangan-angan masa mengembala lembu"dia menyindir saya.
Sukar juga saya mahu mempercayai kata-kata pak dalip.Memang saya lihat sendiri dengan mata saya bagaimana dia memikul sebatang pokok sagu di bahunya.Adalah mustahil saya berangan-angan melihat dia memikul batang sagu tersebut.
"Macam mana pokok sagu tu ada di situ?"saya menguji dia.
  "Sudah seminggu ada di situ"jelasnya masih menyembunyikan sesuatu dari saya.
"Iyalah siapa yang membawanya seminggu dulu?"desak saya kerana yakin pak dalip yang memikulnya.
  Dia tidak menjawap.Mukanya masam macam tidak senang dengan soalan saya itu.Tetapi pak dalip cuba menyembunyikan kemarahan nya itu.Dia tersengih-sengih merenung muka saya.
"Ah,bukan susah.Tarik saja dengan kerbau,usahkan sebatang,sepuluh batang pun boleh dibawa batang satu itu ke tengah halaman ini"katanya tersenyum.
Pak dalip tidak mahu bercerita pasal batang sagu itu lagi.Dia tidak mahu saya bertanyakan lagi mengenainya.
"Kau budak-budak,jangan ambil tahu sangan"dia mengingatkan.
  Sejak itu lajis selalu mengejek saya kerana cuba membohongi dia.Lajis tidak percaya dengan kekuatan pak dalip mengangkat sebatang pokok sagu itu.Pak dalip sendiri menafikannya.
"Janga selalu bermimpi..."sindir lajis.
Sebab itu saya bernekad mahu membuktikan kepada lajis bahawa saya bukan nya berolok-olok.Memang saya melihat sendiri pak dalip memikul sebatang pokok sagu yang baru ditebang.
Tetapi bagamanakah caranya saya mahu membuktikan perkara itu kepada lajis,kalau pak dalip sendiri sudah menafikan.
  Selalu juga saya mengedap ke kawasan rumpun rembis(sagu)di pinggir sawah,terutama bila hari senja.Saya sangat berharap akan menemui lagi pak dalip.Sayangnya setiap kali saya mengendap ke situ tidak pernah pak dalip muncul.
  Kadangkala sengaja saya mengembala lembu di kawasan itu supaya dapat mempastikan pad dalip akan datang menebang pokok sagu lagi.Ayam itiknya banyak,sebab itu dia memerlukan banyak pokok sagu bagi makanan ternakannya.
Pernah juga makcik sanah merungut kalau sagunya dimakan kambing atau lembu.Makcik sanah isteri pak dalip itu memang tidak suka kambing atau lembu melintas di halaman rumahnya.DIa marah kalau kambing atau lembu sempat meragut sagu di hujung halamannya.
  Tetapi pak dalip selalunya melarang.Pak dalip tidak mahu isterinya berleter kalau sagu tersebut diragut oleh kambing atau lembu.Malah lembu gembala saya juga selalunya melintas di halamannya sambil meragut sagu-sagu tersebut.
  "Biarlah lembu tu nak makan,bukannnya boleh habis.Kalau habis pun,nanti aku tebang lagi.."ujar pak dalip memarahi isterinya.
Sikap pak dalip yang lemah lembut ini menyebabkan dia disukai oleh orang-orang kampung.Dia juga sangat sayang kepada binatang.Kadang kala kalau ada orang yang membuang kucing,dia akan memungutnya.Dia bawa balik ke rumah dan membela kucing tersebut.Sebab itu di rumahnya banyak kucing.Selalunya kucing yang dibuang ialah disebabkan memakan anak ayam,tetapi apabila kucing-kucing yang kononnya memakan anak ayam ini dibela oleh pak dalip,tidak pernah pula kucing-kucing berkenaan menangkap anak ayam lagi.
Pada saya pak dalip memang aneh tabiatnya.Tetapi lajis tetap dengan pendiriannya tidak mahu mempercayai kata-kata saya mengenai diri pak dalip.
Sehinggalah pada satu senja yang lain,saya ternampak pak dalip berjalan menuju ke baruh kampung.Saya mengesyaki tentu dia akan pergi lagi ke rumpun rumbia untuk menebang pokok sagu.
Ketika sampai ke tepi sungai,dia memanjangkan leher memerhati sekeliling.Empat ekor lembu saya masih meragut rumput di tebing sungai.Saya lihat pak dalip tidak menyeberangi sungai.Tiba-tiba saja dia melaung nama saya.
Bagaimana pun saya tetap mendiamkan diri di dalam belukar bemban.Saya tahu tentu pak dalip menyedari bahawa saya memang ada di situ,sebab lembu-lembu saya masih meragut rumput. Semasa melaung nama saya ini,lajis muncul di depannya.Lajis baru saja naik dari bawah tebing sungai.Pakaiannya basah kerana mengharung sungai.
"Mana siwar...?"tanya pak dalip menurunkan kapak yang tergalas dibahunya.
"Tak nampak pula"jelas lajis.
"Kau dari mana?"soalnya lagi.
"Dari memancing,tak dapat ikan pun..."ujar lajis bercampur hampa.
"Lembunya ada,tentu dia ada di sini"pak dalip memanjangkan leher memerhati sekeliling.
"Dia berangan-angan lagi dalam belukar bemban tu agaknya"saya dengar lajis ketawa mengejek.Lajs memang tahu,saya selalu duduk di tengah belukar bemban itu,kalau mengembala lembu di situ.
Mahu tidak mahu saya keluar juga dari tempat persembuyian.Tetapi hati saya tetap kecewa kerana tidak dapat mengendap pak dalip.Setelah terserempak saya dan lajis di situ,pak dalip tidak meneruskan kerjanya untuk menebang pokok sagu.
Dia berbalik semula ke rumah.Katanya,dia terlupa hendak membawa baji.Ah,masakan hendak memotong pokok sagu memerlukan baji,fikir saya.Semasa saya ke rumah lajis saya ceritakan pada long kidam,ayah lajis mengenai keenganan pak dalip menebang pokok sagu setelah terserempak dengan saya.Long kidam hanya tersengih-sengih saja mendengar cerita saya.
"Tak ada yang mengherankan"ujar long kidam perlahan."Kalau diizinkan allah semua boleh dilakukan.Baik setan,baik jin baik siapa saja,kalau memohon akan allah kabulkan.Apa lagilah kita manusia kalau memohon kepada allah.."katanya.
Long kidam menceritakan apa yang didengarnya mengenai pak dalip.Katanya,satu ketika dulu pak dalip bekerja dengan satu syarikat kayu balak.Gajinya besar diberi oleh taukeh,tetapi dia tidak boleh menyimpan duitnya.Pak dalip tidak menjadi kaya,walaupun gajinya lumayan.
  "Setelah pokok-pokok kayu ditebang,dia menyuruh penebang lain berjalan dulu mencari pokok lain yang boleh di tebang"long kidam menceritakan."Lama kawan-kawannya menunggu barulah dia datang.Bila mereka selesai menebang,mereka dapati kayu-kayu balak berkenaan sudah dipunggah ke rumah kongsi"ujar long kidam seterusnya.
"Siapa yang memunggahnya?"tanya lajis tidak sabar.
"Tak tahulah siapa.."sahut ayahnya long kidam."Aku salah seorang kawannya yang menjadi penebang pun heran.Yang aku tau,taukeh sangat sayang pada dalip"jelasnya menarik nafas perlahan.
"Pak long tak pernah hendapkan siapa memunggah kayu-kayu balak itu?"saya bertanya pula.
Long kidam tersengih-sengih."Boleh jadi daliplah yang memunggahnya"katanya perlahan."Jadi,buat apa aku mengendapnya.."dia mengigatkan semula kisah hidupnya semasa muda dulu.
Kalaulah benar pak dalip memikul kayu-kayu balak yang sudah ditebang itu,bagaimanakah caranya dia memikul?kayu-kayu balak itu bukanlah ringan,sedangkan sepuluh orang pun tidak terpikul.Selalunya orang menggunakan kerbau atau gajah untuk mengheret kayu-kayu balak berkenaan.
  Ingin juga saya mengendap bagaimanakah pak dalip memikulnya?walaupun saya pernah melihat dia memikul sebatang pokok sagu,tetapi dia menafikannya.Malah saya disindir kerana suka berkhayal sehingga terpandang perkara yang bukan-bukan.
  "Sekarang kau percaya cerita aku?"saya menepuk bahu lajis.
  "Nak percaya macam mana.."lajis mengerutkan dahi kerana masih belum yakin dengan cerita saya melihat pak dalip mengangkat batang pokok sagu.
"ayah kau da cerita"desak saya.
"Tapi dia tidak melihatnya,dia cuma mengagak"ujar lajis masih ragu-ragu.
"Aku yakin pak dalip yang mengangkat"tegas saya mempertahankan kebenaran saya setelah melihat sendiri pak dalip memikul pokok sagu berkenaan.
Akhirnya lajis bersetuju untuk mengendap pak dalip.Setelah saya memastikan bahawa sagunya sudah habis ditengah halaman,saya sengaja tidak membawa lembu saya meragut rumput di kawasan rumpun rembia kepunyaan pak dalip.
Lajis juga mengendap sama ada pak dalip sudah menebang pokok sagunya atau tidak.Satu petang lajis bertembung dengan pak dalip yang baru saja selesai menebang pokok sagunya.Daun-daun rembia nya diambil oleh long kidam untuk dicucuk.Memang pak dalip tidak memerlukan daun-daun rembia itu.Dia serahkan saja pada long kidam untuk dicucuk dibuat atap.
Pokok sagu itu sudah cukup tua,panjang nya kira-kira 20 kaki.Tetapi,pak dalip tidak memotong nya dikabung-kabung.Sebaliknya dia membiarkan saja di situ dengan tidak dikabung-kabung.
"mengapa tidak dikabung pak dalip?"soal lajis.
Pak dalip hanya tersenyum mendengar soalan itu."Kalau dikabung-kabung nanti diragut kambing atau lembu.Kalau biarkan panjang macam ni,kambing atau lembu tak dapat nak meragutnya.."katanya selamba.
Lajis tidaklah bertanya apa-apa lagi.Selepas itu dia memberitahu pasal pokok sagu sudah ditebang oleh pak dalip.Petang itu cepat-cepat saya mengembala lembu balik ke kandang.Lantas saya mengajak lajis mengendap di balik belukar bemban berhampiran seberang sungai dekat rumpun rembia tersebut.
Apabila senja mulai remang-remang,kelihatan pak dalip menuju ke situ.Muka pak dalip tidak kelihatan sangat,kerana kepalanya dililit dengan tuala mandi.Dia juga tidak menoleh ke kiri dan ke kanan.Saya percaya dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang dihendap.
Ketika ini tidak ada lagi orang di sawah.Meraka semuanya sudah balik untuk mengejar maghrib.Saya dan lajis sengaja tidak pergi ke surau,kerana mahu melihat bagaimana pak dalip memikul batang sagu tersebut.
  Sebaik saja sampai pada batang sagu sepanjang 20 kaki yang sudah ditebang,pak dalip duduk bertenggong di atas nya.Dia memerhati sekeliling mempastikan sama ada orang melihat nya atau tidak.
Setelah yakin tidak ada siapa melihat dia,pak dalip berjalan meniti dia atas batang sagu itu dari hujung ke pangkal.Dia mengulanginya sebanyak tiga kali.Selepas itu dia melangkah batang sagu itu pada bahagian tengahnya sebanyak tiga kali juga.
Kemudian saya lihat dia memerhatikan sekeliling seperti tadi juga,untuk memastikan tidak ada orang melihat,dia pun mengangkat batang sagu itu macam menarik taran cangkul saja,lalu memikul dibahunya.Pak dalip pun memikul batang sagu itu balik ke rumahnya dengan tidak memperdulikan apa-apa lagi.
Saya dan lajis terus mengekori pak dalip sampai ke rumahnya.Saya mahu membuktikan pada pak dalip bahawa saya tidak berkhayal mengenai dakwaan saya melihat dia memikul batang sagu tempoh hari.
Sebaik sampai saja di halaman rumahnya,dia melemparkan batang sagu di hujung halaman.Bagaimanapun saya dan lajis agak keheranan kerana ternampak dari jauh seorang lelaki seakan-akan pak dalip ada duduk di tangga.
"Itu pak dalip..."bisik lajis menuding ke arah lelaki yang duduk di atas tangga.
Saya mengangguk.
"jadi siapa yang memikul batang sagu tu?"saya bertambah heran.
"Tengok tu..."lajis menepuk bahu saya."Itu dia orang yang memikul sagu tadi"katanya sambil menunjuk ke arah lelaki yang baru melemparkan batang sagu tadi ke halaman.Lelaki itu juga menyerupai pak dalip.
"Pak dalip juga..."kata saya perlahan.
"Hiss,yang mana satu pak dalip?"lajis pula menyatakan keheranannya.
  Kami berdua jadi kebingungan.Tetapi cepat-cepat saya mengingatkan lajis supaya tidak panik.Kami terus memerhatikan kejadian yang berlaku di hadapan kami.Apa yang saya lihat dengan lajis ini,mungkin sukar dipercayai oleh orang-orang kampung,sekiranya kami menceritakan hal tersebut.
Apa yang kami lihat senja itu ialah dua pak dalip.Pak dalip yang mengangkat batang sagu tadi,kemudian berjalan lambat-lambat mendapatkan pak dalip yang duduk dia atas tangga.Sementara pak dalip yang duduk diatas tangga itu,hanya membatu tidak bergerak sedikit pun.
  Didalam samar-samar senja yang kurang jelas itu,kami melihat pak dalip yang mengangkat batang sagu itu bersatu dengan pak dalip yang duduk di atas tangga.Selepas itu barulah pak dalip yang membatu tadi bergerak,lalu naik ke rumah.
Lama saya dan lajis tergamam tidak bercakap apa-apa melihat kejadian aneh demikian.
Apanbila saya dan lajis menceritakan kepada long kidam,orang tua itu tidak menampakkan rasa terperanjatnya.Cerita yang didengarnya itu seolah-olah tidak ganjil sedikit pun.
"Boleh jadi dia pakai hantu raya.."ujar long kidam perlahan.
  "Kalau begitu ilmu syiriklah.."sahut lajis yang sudah lama berguru dengan lebai mat diah di surau kampung kami."Kalau meminta pertolongan selain dari allah,samalah macam menyekutukan allah"tegasnya seolah-olah tidak senang mendengar pak dalip menggunakan hantu raya untuk menjadi kuat.
"Kadang kala hantu raya ni jahat juga"long kidam meneruskan sambil mengeluh pendek."Dia boleh menyerupai macam tuannya,kemudiannya melakukan persetubuhan dengan isteri tuannya sendiri.."dia menambah.
  Samada pak dalip memelihara hantu raya atau tidak,saya tidak peduli sangat.Tetapi apa yang saya lihat itu merupakan kejadian aneh bagi saya.Itulah dalam hidup saya melihat dua orang pak dalip sekaligus.
Sekarang pak dalip sudah lama meninggal dunia.Bagaimanapun kematiannya tidak lah menimbul apa-apa cerita aneh.Saya pernah diberitahu,sesiapa yang memelihara hantu raya,apabila saat matinya hampir tiba hantu raya akan kekal di dalam jasad.Kita akan melihat jasad itu masih bernafas,tetapi sebenarnya sudah lama orang itu meninggal dunia.
Ada juga yang mendengar bagaimana orang yang memelihara hantu raya,terlalu sukar untuk mati.Dia menderita menahan kesakitan.Sekalipun sakit,tetapi kuat makan.Kadangkala bertambah nasi sampai 3 kali.
Keluarganya menjadi heran dengan kelakuan lelaki itu.Saat matinya semakin hampir,dia menderita kesakitan.Tetapi nafasnya tetap ada turun naik dengan kencang.Setelah melihat keadaan ini seorang lelaki yang mengetahui keadaan lelaki tersebut,telah diminta dibacakan surah yassin.Dia juga menggunakan pengetahuannya tentang memisahkan hantu raya dan jasad lelaki berkenaan.
Setelah dilakukan semua itu barulah lelaki berkenaan meninggal dunia.Setelah beberapa minit dia meninggal,keluarganya mendapati jasad itu sudah mulai reput.Keadaan jasad itu semakin mengerikan,seolah-olah lelaki berkenaan sudah meninggal dunia sejak dua minggu sebelum itu.
Tetapi perkara seperti itu tidak berlaku kepada pak dalip.Dia meninggal dunia seperti manusia biasa.Tidak ada apa-apa keanehan berlaku terhadap mayatnya.
Wallahua'allam

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now