67.Kepala Di Pancung Bercantum Semula

1.9K 37 0
                                    

Surau kecil di hujung sawah hanya diterangi lampu gasolin semasa saya bersama awang leh sampai.Kira-kira selepas isya kami sampi ke situ.Cepat-cepat saya memberi salam,lalu dijawab oleh seorang lelaki tua yang berjanggut serta bermisai putih.
Sewaktu saya naik ke tangga surau dia berpaling ke belakang memerhatikan kami.Dia hanya menoleh saja tetapi meneruskan semula berzikir.Cuma dia seorang saja ada di situ.
"Hemm..inilah lebai kidam"saya berbisik pada awang leh.Awang leh hanya anggukkan kepala.Tetapi dia tidak terus naik ke surau.Dia masuk ke bilik air di depan surau mengambil wudhuk.Bilik air itu hanya dikepung dengan dinding yang diperbuat dari daun nyiur.Ianya kelihatan terlalu usang,dan sudah sepatutnya diganti.
Disitu pula tidak ada air paip,kecuali perigi.Air perigi itu melimpah sampai ke atas,kerana kedudukan nya berhampiran dengan sawah.Di sekeliling permukaan tepi perigi ditambak dengan kayu-kayu beruti besar.
"Jaga sikit,kayu tu licin"ujar awang leh tatkala keluar dari bilik air.Saya mengangguk lalu masuk pula ke situ.
Saya juga mengambil wudhuk,kerana belum pun menunaikan isya.Awang leh meminta saya menjadi imam,dan kami pun bersembahyang berjemaah.Selesai sembahyang kami pun berjabat salam dengan lelaki tua yang saya sangkakan lebai kidam.
"Oh,surau lebai kidam kat depan lagi"orang tua itu memberitahu."Saya ni wak jemadi,orang sini panggil kiyai jemadi"katanya perlahan.
Semasa dia becakap itu biji tasbih dikiranya juga.Dia terus berzikir walaupun sedang bercakap dengan orang.Saya agak kiyai jemadi ini tentu lebih hebat dari lebai kidam yang sedang kami cari itu.
Saya diberitahu oleh pak long midon mengenai gurunya lebai kidam di serting dekat kuala jempol.Sebalum itu dia menyuruh saya menemui sepupunya dibukit perah di batu kikir.Sebab itu saya datang dari kuala lumpur bersama awang leh yang berasal dari temerloh.
Saya ingin sangat berjumpa dengan lebai kidam itu pasal dikatakan pernah berguru dengan tok kenali di kelantan.Banyak keistimewaan lebai kidam ini menurut cerita pak long midon.
Awang leh ini bukan saja kawan baik saya.Tetapi boleh dikatakan dikira murid saya juga.Ini bukan lah bermakna saya layak dipanggil guru,tetapi sekadar termampu saja.Sebab itulah saya mengajak awang leh sama-sama mencari lebai kidam yang disebutkan tadi.
Sebenarnya awang leh juga mempunyai pertalian dengan keluarga orang kaya semantan di pahang.Sayang nya dia tidak mahu berbangga sangat dengan keturunannya.Kalau mahu dikira kebolehan,saya agak awang leh bukanlah sebarang anak muda.Mesti ada sedikit isi di dada.
"Jadi anak-anak ni cari lebai kidam?"tanya kiyai jemadi.
  Saya mengangguk kepala.
"Siapa nama anak-anak ni?"dia bertanya lagi.
Saya pun memperkenalkan diri saya dan awang leh.
"Baguslah.."katanya perlahan."Lebai kidam tu tinggi ilmu agamanya,eloklah muda-muda macam ni belajar"dia menambah tetapi terus menunduk mengira-ngira biji tasbihnya.
Jam di tangan sudah hampir pukul 10.00 malam.Pada mulanya saya bercadang mahu cepat saja menuju ke surau lebai kidam.Mana tahu orang tua itu sudah tidur apabila kami sampai nanti.Bagaimana pun menurut pak long midon kalau sudah pukul 12.00 pun,lebai kidam sanggup menerima tetamu di suraunya itu.
Katanya,lebai kidam itu menghabiskan masanya di surau saja.Jarang dia balik ke rumah.Lagipun surau terletak berhampiran rumahnya.
Tetapi apabila saya melihat keluar tidak ada kelihata api rumah orang.Kawasan tersebut bolehlah dikatakan melalui tengah sawah.Ketika saya memberhentikan kereta (sebenarnya kereta awang leh),kami menyangka sudah sampai ke surau kepunyaan lebai kidam.Rupanya kami sudah tersilap.
Surau itu terletak dikawasan sawah melalui jalan tanah merah.Kedudukan terpencil sedikit,kecuali di sebelah darat nya ada rumah kediaman sebuah.Jadi,seperti apa yang diterangkan oleh pak long midon memang itulah surau yang kami cari.
Setelah memikirkan bahawa kiyai jemadi ini orangnya sudah tua memandangkan pada susuk tubuhnya,saya pun teringat saja mahu bertanyakan tentang kisah penghulu naam yang kononnya berlaku tidak jauh dari situ.Tujuan saya hendak bertemu lebai kidam juga ada hubungannya dengan cerita penghulu naam itu.
"Saya kira tentu tok kiyai tau cerita penghulu naam itu.."saya cuba menduga.
Dia mendongak sedikit memerhatikan muka saya.Tetapi tidak lama,dia kembali menundukkan kepalanya sambil jarinya mengira-ngira buah tasbih.
"Penghulu naam itu bukan disini,tetapi di seri menanti"dia menjelaskan."Lama da ceritanya itu,masa negeri perintah yamtuan melewar lagi"katanya terbatuk-batuk kecil.
Sudah lama saya mendengar cerita penghulu naam seorang pembesar di seri menanti.Rupanya seri menanti itu terletak jauh dari serting,terpaksa berbelok ke kuala pilah menuju ke seremban.Dari sanalah akan ditemui simpang disebelah kiri menuju ke seri menanti.
Dari pak long midon saya mendapat tahu penghulu naam ini menjadi penghulu hulu muar kira-kira 200 tahun dulu.Semasa pembesar-pembesar negeri sembilan mahu menjemput raja dari tanah minangkabau merajai negeri sembilan,pengulu naam termasuklah salah seorang yang bersetuju menjemput raja berkenaan.
Apabila raja di tanah minangkabau menghantar raja khatib membuat persediaan di seri menanti sebelum kedatangan raja sebenarnya,raja khatib telah mengistiharkan dirinya raja lalu berkahwain dengan anak penghulu naam.
Tidak lama kemudian raja melewar iaitu raja sebenarnya pun sampai.Apabila mendengar raja khatib belot,raja melewar tidak meneruskan perjalanannya ke seri menanti,sebaliknya membuat kota di penajis,rembau.Dari sanalah raja melewar melancarkan serangan ke seri menanti.
Sebaik saja mendengar raja melewar datang hendak menyerang,raja khatib pun melarikan diri tidak tahu kemana,hinggalah sekarang ini.Tinggallah penghulu naam berseorangan menentang angkatan raja melewar.Bagaimana pun tidaklah berlaku peperangan,kerana penghulu naam mudah saja dapat ditawan.
  Penghulu naam pun dijatuhkan hukuman bunuh dengan pancung leher.Perintah raja melewar ini terpaksa dipatuhi oleh pengikut-pengikut penghulu naam kerana mereka tidak berdaya mahu menentang.Pada waktu senja itu penghulu naam pun dipancung,tetapi tidak sempat dikebumikan.Esoknya pengikut-pengikut raja melewar terkejut melihatkan penghulu naam hidup dan balik semuala ke rumahnya.
Perkara penghulu naam hidup semula walaupun kepalanya sudah terputus dari badan akibat dipancung dipersembahkan kepada raja melewar.Baginda menitahkan supaya penghulu naam ditangkap semula dan dipancung.Perintah ini dijalankan dengan tidak siapa pun berani membantahnya.
"Setelah dipancung hendaklah dikebumikan.."demikian perintah yang disampaikan kepada petanda oleh seorang pembesar.
  Petanda pun menjalankan hukuman pancung.Setelah kepala dan badan penghulu naam pun terputus,jenazahnya dikebumikan segera.Esoknya selepas embun turun,dia hidup semula.Kepalanya bercantum semula dengan badan.
Kemudian datang titah bertanyakan kepada penghulu naam bagaimanakah cara mahu membunuhnya.
"katakan pada raja melewar,kalau nak bunuh juga hamba,hendaklah dikebumikan kepala dan badan hamba lain-lain(maksudnya berasingan)"ujar penghulu naam.
"Kalau begitu jalan titah.."pembesar yang diutuskan raja melewar itu menyuruh petanda melaksanakan seperti yang dicakapkan oleh penghulu naam.
Setelah dilakukan seperti yang dicakapkan penghulu naam,esoknya dia hidup semula.Penghulu naam balik kerumahnya makan dan minum.Dia seperti sedia kala seolah-olah tidak ada apa-apa pun yang berlaku terhadap dirinya.
  "Nampak nya awak berbohong tok penghulu"utusan raja melewar memberitahu.Utusan itu sebenarnya takut kepada raja melewar,kerana selagi penghulu naam tidak mati,sudah tentulah raja itu murka.Jumlahnya,tiga kalilah penghulu naam dipancung,tetapi kepalanya bercantum semula dengan badannya.
"Kami tak bohong"sahut penghulu naam macam menyindir."Tapi,awak buat kerja tak sempurna.Awak tak tanya kami macam mana hendak dikebumikan kami bila dah putus nyawa"katanya tegas.
Barulah utusan raja melewar merasa dirinya tergesa-gesa dalam menjalankan perintah raja.
"Beginilah tok penghulu.Tolong hamba kali ni,kalau tok penghulu tak dapat dibunuh tuanku akan murka"jelasnya merayu-rayu dengan penuh harapan."Dah tiga kali jumlahnya tok penghulu dipancung tetapi tak juga mati.Kalau kali ni tok penghulu tak juga mati seisi kampung akan mendapat susah.Tolonglah hamba kali ini tok penghulu"utusan itu sujud beberapa kali ke kaki penghulu naam.
Dengan tenang penghulu naam menghampiri utusan tersebut.Dia berbisik sesuatu ke telinga utusan berkenaan.Kelihatanlah utusan raja itu tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala.Orang-orang kampung yang melihat kejadian itu,tidak tahu apakah yang dicakapkan oleh penghulu naam kepada utusan itu.
Hanya utusan raja mengarahkan petanda menjalankan hukuman pancung sekali lagi.Setelah kepala penghulu naam bercerai dari badannya utusan raja memerintahkan supaya kepala dan badan itu dimandikan dan disembahyangkan mengikut aturan agama.
  Kemudian kepala dan badan itu dikebumikan berasingan sebagai dua jenazah di dua buah bukit yang dipisahkan oleh sebatang anak air.Sejak itu tidak adalah lagi kedengaran mengenai penghulu naam hidup balik.
"Khabarnya..."jelas kiyai jemadi perlahan."Selama 44 malam orang-orang kampung mendengar suara kepala penghulu naam menyeru supaya badannya bercantum semula"katanya menambah cerita saya seperti yang diceritakan oleh pak long midon.
"Sampai sekarang ada kuburnya di seri menanti itu"ujar orang tua itu menyandarkan belakangnya ke dinding surau."kubur sebelah kepalanya dipanggil bukit tempurung,dan sebelah badannya dipanggil bukit tabuh"dia memberitahu.
Demikian juga diberitahu oleh pak long midon kepada saya.Kononnya nama bukit tempurung itu mengambil sempena kepala penghulu naam yang dikebumikan disitu,kerana bagi penduduk disitu tempurung beerti tengkorak kepala.
Begitu juga dengan nama tabuh adalah sempena dari tubuh.Penghulu naam yang dikebumikan disitu.Nampak nya cerita kiyai jemadi itu tidak bertentangan dengan cerita pak long midon.Saya juga berharap akan dapat menokok tambah lagi bila bertemu dengan lebai kidam nanti.
  "Apa amalan penghulu naam tu pak kiyai?"awang leh bertanya tidak sabar-sabar.
Orang tua itu tersenyum mendengar pertanyaan awang leh.Dia terbatuk-batuk kecil tetapi tidak terus menjawab.Jarinya tetap tidak berhenti-henti mengira biji tasbih.
"Tentu tok kiyai tahu apa amalannya"desak awang leh lagi.
  Dia tersengih-sengih sambil membetulkan duduk silanya."Tok tak tau apa yang diamalkannya"jelas orang tua itu tersenyum."Tetapi tidaklah mustahil boleh berlaku kejadian seperti penghulu naam itu kalau diizinkan allah"katanya mendehem.
Orang tua berkenaan tidaklah menyebut dengan jelas akan amalan tersebut,tetapi dia ada menyebut 'lam' dan 'Buntat embun'.Saya juga mendengar tentang sejenis binatang yang hidup di air dikenali sebagai 'lam' ini.Lam ini halus sebesar hujung lidi,bertubuh lembut seperti cacing dan panjangnya kira-kira sepanjang jari kelengkeng budak.
Kononnya bagi orang yang mengamalkannya terpaksa menggoreng serta memakannya.Ada setengah pihak mengatakan 'makruh' saja hukumnya memakan jenis binatang mamalia 'lam' ini.
Dari awang leh juga dia mengatakan datuknya juga tahu mengenai 'buntat embun' mat kilau.Datuknya menerangkan memang orang yang kita lihat pada zahirnya sudah mati,akan hidup semula apabila embun turun,kalau dia mengamalkan 'buntat embun' ini.
Kata datuk awang leh,memang mat kilau memiliki 'buntat embun'.Sebab itulah mat kilau yang dikatakan mati serta dikebumikan di bunut payung itu hidup semula.
  "Makhluk allah bila tiba masanya akan mati juga"kiyai jemadi mengingatkan kami.
"Tetapi tak mustahil kalau allah izinkan,tulang-tulang yang berselerakan itu boleh dicantumkan semula"katanya tersenyum.
Dari kiyai jemadi inilah saya mendapat tahu bahawa mereka yang mengamalkan 'buntat embun' seperti mat kilau itu,hanya mati pada penglihatan mata biasa saja.Apabila embun turun dia akan hidup semula,kerana sebenarnya dia belum mati lagi.Tanda-tanda kematiannya hanya diketahui oleh orang-orang yang mengetahui tentang 'buntat embun' itu saja.
Begitu jugalah dengan 'lam' yang dimakan oleh orang-orang yang mengamalkannya.Sekalipun anggotanya terputus akibat dipancung atau ditetak,ianya akan bercantum semula apabila embun turun pada sebelah malamnya.Ertinya kalau diletakkan dibumi,tentu dia hidup semula.Kecuali lah kalau dibawa naik ke rumah.
"Jangan anggap perkara-perkara macam ini aneh,cuba anak-anak baca surah al khafi dalam quran.."ujar kiyai jemadi terangguk-angguk macam batang tebu dipuput angin.
  Bagi saya kata-kata kiyai jemadi ini memang sudah difahami.Begitu juga dengan awang leh yang merupakan sahabat saya,walaupun dia mengaku saya gurunya.Kami memahami akan kejadian-kejadian yang dikatakan aneh oleh setengah-setengah pihak itu,sebenarnya tidak ada yang aneh.Hanya orang-orang yang tidak memahami akan kuasa allah saja menganggap perkara-perkara demikian aneh.
  "Jadi anak-anak ini nak pergi ke surau lebai kidam di hulu sana?"dia bertanya.
"Iyalah,lagi pun tok kiyai nak tidur"beritahu saya perlahan memerhatikan orang tua terkuap-kuap.
"Tapi rasullallah mengingatkan banyakkan berjaga waktu malam itu lebih baik dari tidur"katanya sambil menghela nafas."Tapi bukannya berjaga untuk bermain terup..berjaga untuk melakukan amal ibadat"tegasnya mengangkat muka sedikit merenung ke muka saya.
Walaupun mukanya bertentangan dengan muka saya,tetapi tidak lah jelas sangat rupa paras orang tua itu.Mukanya agak terlindung sedikit di sebalik bayang serbannya,walaupun lampu gasolin ditengah surau terang benderang.
"Saya faham maksud tok kiyai.."ujar saya lalu bangun minta diri.Awang leh juga bangun sambil berjabat tangan dengan orang tua tersebut.
Semasa dalam kereta saya bertanya pada awang leh sama ada sudah pernah sampai ke serting atau belum.Rupanya awang leh sama seperti saya belum pernah lagi sampai ke situ.
"kalau dari temerloh boleh ikut jalan manchis,kemudian ke durian tipus dan simpang pertang.Dari sana lebih dekat jalan ke serting ni.."awang leh menjelaskan."Tapi kawan tak pernah pun masuk ikut manchis"katanya tersengih-sengih memaut tangan ke stereng.
Saya sendiri ke serting pun kerana mengikut pesanan pak long midon.Dia yang mahukan saya menemui bekas gurunya itu.Katanya lebai kidam itu pernah belajar dengan tok kenali di kota bharu.
Kira-kira hampir pukul 12.00 malam barulah saya dan awang leh sampai ke surau lebai kidam.Keadaan suraunya sama dengan suasana di surau kiyai jemadi yang kami temui sebelum ini.Letaknya ditengah sawah sedikit dan terpencil dari rumah-rumah orang di darat kampung.
  Sebaik kami memberi salam,kami pun dipersilakan naik.
  "Tok tak tidur lagi...?"saya menegurnya.
"Tok ni memang lambat tidur"jawapnya perlahan.Tetapi dari cara dia menyambut kedatangan kami,dia seolah-olah sudah tahu kami akan datang ke situ.Dia sudah menyediakan kami dengan kopi o panas,seta tiga buah cawan tertangkup didepan kami.
Dengan tidak banyak soal jawab,dia pun menuangkan kopi o ke dalam cawan di depan kami.Kami juga dihidangkan dengan rebus ubi yang masih panas lagi.
"Emm..rezeki kita bersama"dia menghulurkan kepada kami pinggan berisi rebus ubi panas tadi.
"Alhamdulillah.."sahut saya lalu mencekup ubi rebus itu.
  "Nak balik malam juga ke kuala lumpur?"tanya lebai kidam menghirup kopinya.
Saya agak terkejut dengan pertanyaan tersebut.Dia seolah-olah tahu kami datang dari kuala lumpur,disamping niat kami mahu balik malam itu juga ke kuala lumpur.
"Emm,nak balik juga?"ulangnya apabila kami diam tidak menyahut apa-apa.
Saya mengangguk.Memang kami akan balik juga ke kuala lumpur malam itu.Hajat kami hanya mahu menemui lebai kidam.Mungkin pada lain masa kami akan datang lagi mengunjunginya.
"Bila pula nak datang lagi?"tanyanya lagi seolah-olah faham apa yang terbendung dalam jiwa saya.
"Tengoklah dulu.."sahut saya perlahan."Eloknya dapat cepat sikit datang,tapi malam ni tadi kami berhenti dulu dekat surau tok kiyai jemadi"saya menerangkan.
"Apa buat di situ?"dia tidak lepas merenung muka saya.
  "Berhenti sembahyang isya.."jelas saya sambil meneguk kopi o."Tok kiyai tu bercerita mengenai kisah penghulu naam"kata saya selanjutnya.
Lebai kidam menungkat tangan ke dagunya.Sekali-sekali dia mengusap janggut sejemputnya.Dia hanya terdiam saja mendengar cerita saya tadi.
Saya juga menceritakan mengenai keanehan-keanehan yang dianggap oleh kiyai jemadi sebagai tidak aneh.Begitu juga cerita penghulu naam yang kononnya sudah dipenggal leher hingga kepala bercerai dari badan,tetapi masih boleh bercantum semula.
Kiyai jemadi juga merasa tidak heran dengan peristiwa mat kilau yang mati dan dikebumikan di bunut payung,kelantan 80 tahun dulu,tiba-tiba muncul semula di pahang.Semua kata-kata kiyai jemadi ini saya ceritakan kepada lebai kidam.
"Awak semua jumpa dengan kiyai jemadi tu?"soalnya mendehem sedikit.
"Iya.."saya mengangguk perlahan."Saya dan kawan saya ni,awang leh berhenti sekejap di surau itu.Kami sembahyang isya disitu.Tapi dia da selesai sembahyang ketika kami sampai"jelas saya tersengih-sengih.
  "Dia cerita pasal penghulu naam itu saja?"lebai kidam macam mahukan penjelasan.
"Cerita pasal tok juga,katanya elok belajar agama dengan tok,dia suruh kami belajar betul-betul dengan tok"awang leh pula mencelah."Dia kata tok anak murid tok kenali dari kelantan,rugi kalau tak belajar dari tok"dia menambah tersengih-sengih juga memerhatikan lebai kidam.
  Lebai kidam terdiam.Dia mengusap-ngusap janggut sejemputnya perlahan.Kemudian dia menghela nafas macam mengeluh pendek.
"Awak semua dapat jumpa dia,dapat bercakap-cakap dengan dia?"soalnya lagi.
"Iya.."kat saya.
"Memang,memang tak ada yang aneh.Benar cakap dia tu,tak ada yang aneh kalau memahami kekuasaan allah.."ujar lebai kidam macam tergenang air di pelupuk matanya.
  Bila melihat lebai kidam seolah-olah menangis,saya dapat memahami bahawa setiap orang yang teguh zikirnya memang mudah menitiskan air mata bila menyebut nama allah.Dia akan jadi gementar seluruh tubuhnya bila disebutkan allah didepannya.
"Maha besar allah"keluhnya sambil mengesat air mata yang mula mengalir.
Saya dapat membayangkan bagaimana kiyai jemadi menceritakan diri lebai kidam.Mungkin orang-orang yang tinggal disekitar suraunya tidak menyedari akan ilmu lebai kidam.Malah boleh jadi kebanyakan mereka menganggap lebai kidam lebih banyak membuang masa di surau dengan meninggalkan tanggung jawab dalam mencari nafkah keluarganya.
Sebab itulah penduduk-penduduk disitu tidak menghiraukan sangat lebai kidam.Sebaliknya kiyai jemadi yang tinggal agak jauh sedikit dari situ dapat membayangkan tentang ilmu agama lebai kidam.Dia sendiri mengakui akan kehebatan tasauf lebai kidam itu.
Memang kiyai jemadi sediri berulang kali mengingatkan kami supaya belajar sesuatu dari lebai kidam.Kalau sudah bertemu lebai kidam itu,adalah rugi kalau tidak mempelajari ilmunya,demikian kiyai jemadi menasihatkan.
  Semua kata-kata kiyai jemadi itu diberitahu oleh awang leh kepadanya.Saya juga bersetuju awang leh menerangkan kepadanya,kerana kami bimbang lebai kidam enggan mengajar.Setahu saya seperti yang dipesan kan oleh pak long midon,siapa saja datang menemuinya mahu belajar,lebai kidam menyatakan dia tidak berilmu.
Kami sudah datang jauh berbatu-batu dari kuala lumpur semata-mata mahu menemuinya.Tentu lah menghampakan kalau dia tetap enggan menerangkan sesuatu.Oleh itu saya sangat berharap dia tidak menolak untuk mengajar kami sesuatu.
"Maha besar allah"lebai kidam keluh lebai kidam tersengguk-sengguk.
  "Maha suci allah...Laillahhaillallah Muhammadarasullallah.."dia menekup mukanya sekuat hati.
  Saya membiarkan saja dia berkelakuan begitu.Dalam masa ini tentulah dia begitu terharu atau tidak dapat menahan perasaan.Hanya dia saja mengetahui perasaannya ketika itu,sedangkan saya dan awang leh hanya dapat melihat dari segi lahir saja.
Teringat juga saya akan pesan kiyai jemadi supaya jangan memberitahu lebai kidam yang kami singgah bersembahyang di suraunya.Tetapi apa boleh buat semuanya sudah terlanjur.Awang leh sudah terlepas cakap sambil menceritakan apa yang dicakapkan oleh kiyai jemadi itu.
Bagaimana pun,saya berfikir kami boleh meminta maaf kepada kiyai jemadi.Apabila kami balik nanti kami akan singgah sebentar disuraunya.Tetapi boleh jadi dia sudah tidur sekiranya kami singgah disitu.Oleh itu saya berbisik pada awang leh supaya balik selepas subuh esoknya.
  Apabila kami terangkan pada lebai kidam keputusan akan balik subuh esoknya,dia sangat gembira.Dia ajak kami bermalam disuraunya saja.Lagipun tidak ada apa-apa yang perlu untuk kami berkejar balik cepat ke kuala lumpur.
  Sebelum tidur sempat juga lebai kidam bercerita mengenai penghulu naam yang dipancung oleh yamtuan raja melewar di seri menanti.Dia juga sependapat dengan kiyai jemadi,boleh jadi penghulu naam itu mengamalkan memakan binatang 'lam' itu.Tetapi dia tidak dapat mempasitkan sama ada penghulu naam itu mengamalkannya.
  Lam itu sendiri kononnya apabila dipotong sekalipun dicincang lumat,dalam beberapa saat dia akan bercantum semuala.Lebai kidam juga menerangkan ada sejenis binatang yang terdapat di pulau langkawi,jenisnya sama macam bentuk pacat atau lintah tetapi besar kira-kira sebesar lengan.Binatang ini juga akan bercantum semula sekiranya dipotong putus hanya dalam beberapa saat.
"Kejadian allah tidak ada yang anehnya.."dia menerangkan.
  "Kalau mahu dikira aneh,cuba fikirkan kejadian adam yang tidak ada emak atau ayah seperti manusia sekarang,tetpi cuma dijadikan dari tanah dan lumpur kering yang dibentuk"jelas lebai kidam lagi.
Saya hanya mengangguk saja.Manakala awang leh pula sudah kelihatan mengantuk bercampur letih.Ini disebabkan dia memandu kereta,tentulah terasa letih.Apalagi perjalanan yang jauh berbelok-belok menempuhi jalan di bukit putus,kemudian memasuki jalan tanah merah menuju ke surau lebai kidam ini.
Walaupun saya tersa juga letih,tetapi kerana keinginan saya mahu mendengar cerita-cerita dari orang tua itu,maka saya tahankan saja.
Tidaklah aneh pada fikiran orang yang tidak memahami kekuasaan allah,bagaimana tanah debu dan lumpur kering itu boleh dibentuk menjadi adam dengan tidak ada ibu yang mengandungkan,dengan tidak ada ayah yang boleh menyebabkan ibunya mengandung.."beritahu lebai kidam mencepak-cepak bibir.
"sebab itu.."katanya macam mengingatkan saya."Jangan awak semua mengatakan itu semua aneh,ini ajaib,itu mengherankan,ini menakjubkan.Cubalah takjub dengan kekuasaan allah.Siapa yang jadikan langit ini dengan tak bertiang?Siapa jadikan laut denga tidak payah digali?Siapa yang masinkan air laut dengan tidak payah ditabur garam?Siapa.."dia kembali tersengguk-sengguk sambil mengucap beberapa kali.
Subuhnya cepat-cepat saya mengejutkan awang leh supaya segera bangun,kerana lebai kidam sudah lama selesai mengambil wudhuk.Subuh itu kami dapat berjemaah dengan berimamkan lebai kidam.
Semasa menghantar kami sampai ke pintu tatkala mahu balik lebai kidam tiba-tiba bersuara."Sebenarnya kiyai jemadi tu dah 50 tahun dulu meninggal dunia.Memang di situlah suraunya.."
Saya berpandangan dengan awang leh.Tetapi lebai kidam menepuk bahu saya."Itulah sebahagian dari kekuasaan allah,tak ada yang anehnya.Kamu semua sudah bernasib baik"jelasnya tersenyum.
Untuk mempastikan kata-kata lebai kidam itu,saya dan awang leh berhentu ditempat kami bertemu kiyai jemadi sebelah malamnya.Disebabkan sudah hampir pukul 7 pagi,keadaan sekeliling sudah terang disinar matahari.Kami dapat melihat dengan jelas surau yang kami naiki dan bersembahyang isya disitu.
Surau tersebut sudah hampir mahu roboh.Diasana sini kelihatan sawang dan sarang labah-labah.Tempat saya duduk semalamnya berdebu dengan abuk tetapi seluar saya tidak kotor.
Lantainya juga penuh dengan tahi lipas.Lampu gasolin yang terpasang tidak ada kelihatan pada alang tengah surau,tetapi kelihatan sarang labah-labah disitu.Yang ditemuinya hanya bekas perigi atau perigi buta yang ditumbuhi rumput-rumput memanjang.
kami dapat melihat dengan jelas kesan-kesan tapak kasut kami ditangga surau.Lantai surau itu juga kelihatan sudah reput,mungkin akan roboh kalau kami naiki.
  "kita balik sekarang."saya memanggil awang leh.Ada sesuatu yang menggerunkan hati ketika saya meninggalkan surau buruk tersebut.Saya tahu awang leh juga merasa takut,tetapi dia cuba berpura-pura menunjukkan berani di depan saya.
Selesai

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now