76.Di Sembelih Puaka

1.8K 29 0
                                    

Nyok saedon sudah nekad.Dia tidak akan kembali berdukun sekalipun terpaksa melalui dugaan besar.Keputusan itu dibuatnya setelah merasakan tanggungjawab menjaga pantang larang berdukun ini bukan lah mudah.
Setahun sekali terpaksa berjamu besar,setidak-tidaknya menyediakan tujuh dulang hidangan,dengan kepala kambing separuh masak.Perlu juga disediakan ancak untuk diletakkan di muara sungai.Sebab itulah nyok saedon tidak mahu lagi memikul beban menjadi dukun.Dia tidak mahu lagi berjamu besar menyediakan ancak ditengah muara sungai.
"Nyok tak berdukun lagi,ustaz"jelasnya semasa menyambut kedatangan saya di muka pintu.Isterinya,yong majeni,tersengih-sengih berdiri di belakang apabila nampak saya sekeluarga datang.
"Saya bukan nak tengok nyok berdukun"sahut saya mengusik.
  "Nyok juga tak mendekut lagi"beritahunya lantas mengajak saya naik ke rumah.
"Petang-petang bukannya boleh mendekut"udar saya,sengaja mahu berolok-olok dengan orang tua itu.
Nyok saedon pun tahu,memang saya tidak mahu menemui dia kalau sekadar melihat dia mengubati orang sakit.Kalau saya ke bagan datoh,memang singgah juga menjengah dia.Kadangkala merungut juga dia apabila saya lama tidak menjengahnya.
"Ustaz,tengokkan kaki nyok ni.."sengaja dia mengusik saya lantas menunjukkan buku lalinya yang membengkak.Jalannya terjengkot-jengkot.
"Kenapa pakai stoking sebelah saja?"semakin galak saya mengusik dia.
"Nak tunjuk action"jelas nyok saedon,ketawa terkekeh-kekeh.
  Memang dia suka bergurau.Setiap kali bertemu,ada sahaja bahan melucukan dia mengusik saya.Sebab itu saya juga terikut-ikut untuk mengusiknya.
"Dah berapa lama nyok menghidap ni?"soal isteri saya setelah sama-sama duduk di serambi rumah.
"Dah dekat setahun"cepat sahaja yong majeni mencelah.
  "Nyok kan dukun,kenapa tak ubat?"isteri saya pula mengusiknya.
  "Kalau ikut nyok,nak dikerat saja"tergelak besar nyok saedon memberikan jawapan,sambil mengusap-usap buku lalinya yang membengkak itu.
"Itulah padahnya berdukun,hajah yah"beritahu yong majeni,mencebik bibir."Kalau tak mahu pelihara,makan dirilah.."ujarnya semacam terkilan dengan penyakit suaminya.
  Nyok saedon mengakui,saka keturunan datuknya tidak dipeliharanya setelah dia membuat keputusan tidak mahu berdukun.Sebab itulah dia terpaksa menanggung beban kesakitan.Biarlah jalannya terjengkot-jengkot,asalkan saka tersebut tidak menghampiri dia.
"Tok deraman dulu memang dia jaga betul"nyok saedon memberitahu mengenai arwah ayahnya,yang saban tahun terpaksa berjamu besar.Kadang kala terpaksa bertungkus lumus kumpulkan duit,semata-mata mahu mengadakan jamu yang dituntut saka.
Tetapi nyok saedon tidak mahu lagi meneruskan amalan arwah ayahnya,tok deraman.Kalau sudah berjamu,banyak pula pantang larang yang mesti dipatuhi.Tiga hari tidak boleh makan benda berdarah.Tidak boleh mengecut,yakni merebus sayur atau menggorengnya,serta tidak boleh melaung orang diatas rumah dari tengah halaman.Semua pantang larang ini sudah ditetapkan turun temurun.
Soal pantang larang nyok saedon tidak perlu bimbang,tetapi bagaimana dengan mengadakan belanja jamuan?Siapa sanggup membantu kalau terpaksa sediakan nasi sekawah,kambing seekor,ayam masak mentah?
  "Kalau tok deraman masih hidup,tentu dia marahkan nyok sebab tak mau pelihara"jelas nyok saedon.
Kadangkala dia berasa bersalah kepada arwah ayahnya,kerana membiarkan saka itu tidak dipelihara.Dia sudah berusaha mahu membuangnya,tetapi saka itu tidak mahu berganjak.
Setiap kali bertemu saya,Nyok saedon akan menunjukkan kakinya,tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu membuangkan saka itu jauh daripada diri nyok saedon.Sudah beberapa kali juga dia meminta anak muridnya,mat jabal,membuangkan tetapi semakin pasang pula bengkak pada buku lalinya.
Semasa menemui mat jabal di kampung nelayan bersamanya,memang nyok saedon menyuruh mat jabal tengokkan penyakit di kakinya.
Mat jabal memberanikan hati menyeru pengawal beting beras basah dimuara sungai sampai meresap ketubuhnya.Menggeletar seluruh tubunya apabila setiap makhluk yang diseru menjelma dalam tubuhnya.Tangannya berkuak mebuka pencak silat hingga matanya merah berair-air.
Setiap kali tangan mat jabal menjurus ke kaki nyok saedon,dia akan sendawa bagaikan mahu termuntah.Dia menjadi lemas apabila mengagahi mahu menjurus buku lali nyok saedon.
"Iman kuatkan,jabal"bisik nyok saedon apabila mat jabal mahu melompat tinggi.
Tersentak mat jabal setiap kali ditegur oleh nyok saedon.
  "Jangan kuatkan,cukuplah dipanggil saja"dia mengingatkan anak murid kesayangannya.
Mat jabal tidak meneruskan apabila diberi ingatan demikian.Dia hanya menguak-nguak tangan sambil memegang hulu keris tua.
Hampir satu jam mat jabal mendengus-dengus disebabkan dikuasai makhluk yang diserunya.Suaranya berubah-rubah semasa bercakap dengan nyok saedon seolah-olah orang perantaraannya.Nyok saedon pula sudah bersedia,sekiranya mat jabal tidak dapat dikawal.
"Nyok masih sayang dengan saka tu.."ujar saya setelah mat jabal selesai menurun."Sebab dia masih mahu bersama nyok"kata saya mengingatkan.
Semasa dia sudah membuat keputusan tidak mahu lagi memelihara saka,dia masih juga ikut sama membantu mat jabal menurun.Masakan saka itu boleh menghilang selagi perasaan mahukan amalan berdukun itu diteruskan tetap segar dihati.
Dia mengubah sikap pun selepas seringkali bertemu saya.Berkali-kali dia memberitahu saya : 'Araftu rabbi bi rabbi,a'arafakum bi rabbihi a'arafukum bi nafsihi,waman 'arafa nafsahu faaad 'arafa rabbahu'.
Tetapi bukanlah disebabkan saya sahaja nyok saedon mengambil keputusan tidak mahu lagi berdukun.Setiap kali dia ingatkan peristiwa sahadan lebih dua puluh tahun dahulu,air matanya akan menitik hiba.Sebab itu lah dia mengambil keputusan secara beransur-ansur tidak mahu lagi berdukun.
"Mereka salah gunakan ilmu dukun"beritahu nyok saedon,menahan sebak didada.
Sekalipun sahadan jauh lebih muda daripadanya,tetapi mereka tetap berkawan disebabkan rumah mereka bertembung halaman.Sahadan masih belum berkahwain,baru berumur dua puluh enam tahun,tetapi nyok saedon sudah berkahwain dengan yong majeni.Sudah pun beranak lima.Umurnya juga sudah lebih empat puluh tahun.
Disebabkan sahadan sering mengikutnya mendekut burung ruak-ruak,hubungan mereka memang akrab.Kadangkala sengaja dia membuli sahadan hingga anak muda itu termengah-mengah memikul jaring.Kalau ke laut mencari kerang pun,sahadan lebih suka mengikut nyok saedon.Biarlah nyok saedon membulinya asalkan dia dapat menuntut amalan tok deraman.
Puas dia meminta jampi mantera daripada tok deraman,tetapi orang tua itu sengaja menolak dia kerana nyok saedon.Sebab itulah nyok saedon suka membuli.
Tetapi ketika hampir menjelan hari raya,sahadan tiba-tiba menjadi monyok.Dia tidak lagi riang kalau diajak mendekut burung ruak-ruak.Kegelisahan sentiasa bermain diwajahnya.Perubahan sahadan ini mudah sahaja dikesan oleh nyok saedon.
"Apa yang kau susahkan sahadan?"soal nyok saedon sewaktu menimba air ke dalam sampan,menunggu air pasang untuk turun ke laut.
"Duit tak ada,hari raya dah dekat.."keluh sahadan,tidak segan-segan menjelaskan masalah dirinya kepada nyok saedon.
  "Kau buat apa dengan duit kau?"hairan juga nyok saedon dengan anak muda itu.Kalau dikira hasil mereka menangkap udang atau mencedok kerang di pantai,tidak ada sebab sahadan mengeluh tidak mempunyai wang."Kau dapat duit kerang,kau belikan apa?"soalnya semacam tidak percaya dengan penjelasan sahadan.
"Ayah aku pakai,dah tujuh ratus"keluh sahadan,pendek.
Memang ayahnya gunakan duit dia.Macam-macam yang diperlukan oleh ayahnya.Kalau tidak dituruti bimbang juga dia kalau-kalau penyakit ayahnya berbalik.Sejak dirawat di tanjung rambutan,penyakit ayahnya bertambah baik.Sebab itu sahadan tidak mahu mengganggu ayahnya.Biarlah ayahnya menggunakan duit dia hingga tujuh ratus ringgit.Kalau rezekinya ada,boleh juga dikumpulkan duit jual kerang menjelang hari raya.
  "Mintalah sikit-sikit untuk belanja hari raya,apa salahnya.."nyok saedon menasihatkan."Aku pun boleh cakapkan pada ayah kau"dia memberi jaminan untuk membantu.
  "His,jangn pak nyok"sahadan tidak mahu nyok saedon mendesak ayahnya supaya membayar wang yang telah digunakan itu.
"Kenapa pula?"soal nyok saedon,mengesat peluh pada dahi setelah air di dalam sampan kering ditimba.
Sahadan tidak menyahut.Dia menunduk mengetuk-ngetuk gayung pada bibir sampan.
Disebabkan sahadan tidak mahu dia cakapkan,nyok saedon tidaklah campur urusan keluarga mereka.
Tetapi pada tengah malam itu,sementara menunggu sahur,tiba-tiba kampung mereka dikejutkan oleh jerit seliah,isteri mat natar.Termengah-mengah dia lari ke rumah tok deraman,sampai terpempam mereka sekeluarga.
  "Kenapa kamu,seliah?"soal tok deraman.
Tetapi lidah seliah menjadi kelu.Dia tidak dapat menuturkan kata-kata.Terkial-kial dia membawa anak-anak kecil yang lain meminta perlindungan dirumah tok deraman.Memang tidak ada siapa lagi yang boleh seliah harap selain daripada tok deraman.
"Aku sangkakan mat natar terkencing ke bawah rumah"beritahu seliah terputus-putus setelah semangatnya dipulihkan oleh tok deraman."Aku dengar bunyi air berderau ke tanah"ujarnya,memeluk semua anak kecik yang dibawanya lari bersama.
"Habis tu,apa terjadi,seliah?"tidak sabar nyok saedon mahu mengetahui punca sebenarnya.
"Sahadan disembelih ayahnya"gerutu seliah,terus tersembam.Dia terkejang tidak sedarkan diri,disambut jerti tangis anak-anaknya.
Tok deraman segera turun ke tanah.Dia menyuluh ke bawah rumah mat natar.Memang nampak darah menitis seperti air dicurahkan dari atas,ditempat tidur sahadan.Kemudian,dia terdengar mat natar ketawa berdekah-dekah tidak menentu.
"Emm,penyakit mat natar mula pasang"bisik tok deraman.
  Cepat-cepat dia menyuruh nyok saedon memberitahu orang kampung.Mereka datang berkumpul dirumah tok deraman.Bimbang juga mereka kalau mat natar mengamuk,parang masih terhunus ditangan nya.Sementara menunggu hari siang,mat natar perlu juga diawasai.Kalau dia mengamuk sekeliling kampung,tentu ramai yang menjadi mangsa.
Latip dengkot ke balai polis.Usup katik membakar kemenyan berikhtiar untuk melemahkan mat natar.
Sudah sah mat natar menyembelih leher anaknya sendiri.Sejak lepas berbuka lagi,mat natar sudah merungut-rungut apabila sahadan meminta sedikit wangnya untuk membeli pakaian hari raya.
Seliah tahu sangat puncanya,tetapi dia tidak menduga mat natar boleh lakukan demikain.Bukan mat natar tidak sayang pada sahadan.Selepas sahadan tebujur tidak bergerak,seliah nampak mat natar mencium muka anaknya itu.Bagaimana pun dia tidak boleh lama tercegat disitu.Anak-anak yang lain mesti diselamatkan juga.
  Sehingga pagi mulai terang-terang tanah,mat natar masih tidak turun dari rumahnya.Ketika polis sampai,mat natar membukakan tingkap apabila namanya dipanggil.
"Apa halnya ramai-ramai ni?"jerkah mat natar masih menggenggam parang di tangan."Aku da sembelih sahadan,anak aku sendiri,apa salahnya?"dia mencemik muka memerhatikan orang ramai di halaman rumah.
"Serahkan parang tu,mat natar"polis merayu kepadanya.
  "Awak semua nak tangkap aku ke?"bentaknya,terus terjun ke tanah.
Terpaksa mereka semua berundur.Polis tidak boleh menembak kalau tidak terdesak.Sebab itu mereka menasihatkan orang-orang kampung supaya berlindung.Mat natar mengibas-ngibas mata parang yang berbekas darah itu keudara.Dia seolah-olah mahu mencari mangsanya.
Ketika ini,nyok saedon melompat ke rumah mencapai senapang laras dua ayahnya.Kalau mat natar tidak boleh dikawal,dia tidak peduli apa-apa.Dia akan melepaskan tembakan sekiranya polis masih mahu bertangguh.
Siapa pun tidak berani menjengah mayat sahadan di atas rumah selagi parang di tangan mat natar tidak dirampas.Dia berlegar ditengah halaman memangkas-mangkas parang ke udara.Orang-orang kampung sudah berlindung dirumah tok deraman.
Hanya tok deraman yang menunggu di tengah halaman.Anggota-anggota polis berpakaian preman bertahan dibawah rumah tok deraman.Memang siapa pun tidak berani mendekati mat natar yang sudah beberapa kali dirawat di tanjung rambutan itu.
Tetapi nyok saedon tidak lari kemana.Dia nekad bertahan dikaki tangga rumah tidak jauh dari ayahnya,tok deraman.Kalau mat deraman menerkam ayahnya,nyok saedon akan melepaskan tembakan.Apa pun kesalahan yang ditanggungnya,nyok saedon tidak peduli.
  "Berhenti kau disitu,natar"perlahan sahaja tok deraman memujuk,apabila mat natar cuba menghampiri dia.
"Awak nak tunjuk berani ke?"tersengih-sengih mat natar merenung muka tok deraman.Kemudian,dia menjilat-jilat mata parang yang berbekas darah sahadan.
"Bukan nak tunjuk berani,tapi nak ingatkan syaitan"tok deraman mula mengertap bibir apabila mat natar semakin hampir."Ingat,ilmu syaitan terbatas,tapi ilmu manusia tak terbatas"katanya lantas mengisar-ngisar tumit ke tanah.
Tok deraman menyedari mat natar sudah tidak boleh dipujuk.Syaitan sudah merasuk hingga meresap ke seluruh jiwa raganya.Ketika ini,yang berhadapan dengan dia lagi bukanlah mat natar,tetapi lembaga besar seperti gergasi dengan seluruh tubuhnya berbulu hitam.
Cepat-cepat dia membacakan : 'Kaf ha ya a'in sad,hamim a'in sim kaf,diikuti dengan 'bismillahir-rahmanirrahim' dua puluh kali dalam satu nafas.Apabila dia menghentakkan tumitnya ke tanah,tiba-tiba mat natar tersentak hingga terhuyung-hayang.
"Buangkan parang ditangan kau"perintah tok deraman,menjurus tangan ke muka mat natar.
Dia tahu tenaga mat natar sama dengan manusia biasa,tetapi bukan tenaga mat natar yang menyembelih leher sahadan diatas rumah.Kalau ditembak pun,mungkin tubuh mat natar yang ditembusi peluru,tetapi lembaga besar berbulu hitam disisi mat natar akan tetap berdiri gagah.
Sebab itu tok deraman tidak benarkan siapa pun menembak mat natar.Biarlah dicubanya dulu memujuk.Selagi lembaga besar gergasi itu tidak dinyahkan,sampai bilapun mat natar tidak dapat dipujuk.Dia akan memangkas parang ke udara mencari mangsa.Kemudian,menjilat darah yang berladung pada mata parang.
Sebenarnya bukan mat natar yang menjilat darah di hujung mata parang,tetapi lembaga besar berbulu hitan itu.Dia akan menjilat sepuas-puasnya.Siapa pun tidak menyedari perbuatannya.
"Kau puaka,jangan nak berlindung di tubuh mat natar"tok deraman memberi amaran.Bulu romanya sudah meremang apabila saka turun temurun yang di peliharanya selama ini mula datang berkampir.
"Deraman,aku tak bermusuh dengan kau"sahut mat natar,terhuyung-hayang tidak dapat menerkam ke arah tok deraman.Kakinya terletak di bumi bagaikan terpasak kuat.
  "Dengan mat natar memang aku tak bermusuh"sahut tok deraman,mengejek."Tapi dengan puaka bertubuh besar berbulu hitam yang merasuk mat natar,memang musuh aku"bentaknya dengan mengisar-ngisar tapak tangan.
  "Awak salah orang,deraman"mat natar tersengih-sengih mengejek tok deraman,seolah-olah orang tua itu sengaja berbohong.Tidak ada puaka bertubuh besar berbulu hitam disisnya.
  Tok deraman tidak menyahut.Dia menampar kedua-dua tangannya,dan menguak kekanan seolah-olah mengilas tangan musuh.Sekaligus tubuh mat natar berpusing,bagaikan tangannya dikilas kuat.Terkial-kial mat natar mahu melepaskan diri apabila tangan nya bagaikan dikilas ke belakang.Parang di tangannya terpelanting jatuh ke tanah.
"Kalau mat natar tentu boleh lepas sebab aku tak mengilas tangan mat natar"tok deraman pula menyindir lembaga besar tubuh berbulu didepannya."Yang aku kilas tangannya ni,puaka hutan yang biadap"katanya,tidak melepaskan kilas tangannya.
Apabila parang di tangan mat natar sudah jatuh ke tanah,anggota-anggota polis segera mencapainya.Sewaktu mat natar digari,dia tidak meronta-ronta minta lepas.
Selepas mat natar dibawa polis,orang-orang kampung pun segera naik ke rumah.Mayat sahadan mesti disempurnakan.Semuanya gerun melihat keadaan mayat tersebut.Lehernya hampir putus,seolah-olah binatang ternakan yang disembelih.
  Darah masih lekit pada leher,bekas dikelar dengan parang.Terpaksa pula mereka buangkan darah beku yang banyak membasahi kepala dan belakang jenazah.
Sebahagiannya pula tergocoh-gocoh ke kubur menggali lubang.Tok sidang pula uruskan dengan pihak polis,meminta jenazah itu tidak payah dibawa ke hospital lagi.Mereka tidak boleh duduk diam selagi jenazah tidak dikebumikan.
Tetapi,ditengah halaman,tok deraman masih belum selesai menentang puaka yang merasuk mat natar.Dia tetap mengilas tangan lembaga besar berbulu itu.Segala saka peliharaannya ikut membantu.Masing-masing memukul lembaga besar itu tanpa belas kasihan.
Apabila tok deraman masih juga tercegat tidak bergerak di tengah halaman,nyok saedon mula berasa bimbang.Ayahnya seolah-olah terkaku sahaja.Mungkin juga ayahnya perlu dipulihkan.Cepat-cepat dia menyuruh adiknya,tapa cengkot membakar kemenyan.
Perkara mat natar menyembelih anak sudah selesai apabila polis menggari lelaki itu diabawa ke balai,tetapi ayahnya pula terkaku di tengah halan tidak bergerak.
"Jangan ganggu,biarkan dia disitu"nyok saedon menegah apabila usop katik menampar-nampar bahu tok deraman.
  "Awak nak buat macam mana?"bimbang juga usop katik dengan keadaan tok deraman terkaku ditengah halaman.Matahari sudah naik paras dahi hingga terasa memijar.
  Kelihatan peluh merenik-renik di dahi tok deraman.
"Abang atau aku yang nak buat ni"soal tapa cengkot,membawakan pembakar kemenyan di hadapan nyok saedon.
"Biar aku,kalau tumbang dengan ayah,biar sama-sama tumbang"ujar nyok saedon,tegas.
Dia duduk bersila rapat di hadapan pembakar kemenyan.Usop katik dan tapa cengkot membakarkan kemenyan.Mereka memerhatikan nyok saedon mengusap-usap asap kemenyan ke muka.
Nyiok saedon mula membacakan : 'Ya allah ya rahman ya rahim,ya haiyum ya qaiyum zaljalal wal ikram'.Kemudian menarik nafasnya hingga kempis perut menahan.Perlahan-lahan dia melepaskan semula nafasnya,dengan membiarkan bulu roma tegak meremang.
  Usup katik bersama tapa cengkot tidak henti-henti membakarkan kemenyan.Saat demikian mereka perlu saling bantu-membantu.Mereka tidak boleh biarkan tok deraman bersendiri.Tidak juga boleh membiarkan nyok saedon berseorangan membantu tok deraman.
Mereka sama-sama mengamalkan berdukun.Soal siapa guru masing-masing tidak penting.Ketika menentang gangguan makhluk halus mestilah sama-sama bersatu.
Selepas mengukuhkan duduknya,nyok saedon menerukan membaca : 'assalamualaikun ya rijal ghaib,assalamualaikum ya ruhul muqqudus,ya nuqbah ya nujabbar ya akhyar ya autad ya ummudda hasilal murad wa hasilal maksud birahmatikayar ya ar-rahmanirrahimin'.
  Apabila nyok saedon merenung jauh ke tubuh ayanya,dia nampak tok deraman mengilas tangan lembaga besar tubuh berbulu hingga makhluk itu terkial-kial.Di sekeliling tok deraman,lembaga-lembaga berselimut putih membantunya dengan memukul lembaga tersebut.Masing-masing memegang gada bercanggah dihentak ke segenap tubuh lembaga yang dikilas oleh tok deraman.
Setelah lembaga itu tidak bermaya,semua lembaga berselimut putih yang membantu tok deraman itu mengheret musuh mereka.Sedikit pun tidak bergerak lembaga besar berbulu itu,laksana ijuk enau tidak berguna diheret untuk dibuangkan.
"tak payah kau bantu aku,saedon"bisik tok deraman,menepuk-nepuk bahu anaknya.Dia membacakan al-fatihah dan mengetuk ubun-ubun nyok saedon dengan telunjuknya.
"Saya ingat ayah tak berdaya lagi"sahut nyok saedon apabila membuka mata.Dia terpaksa pula menyimpan rahsia apa yang dilihatnya sewaktu ayahnya terkaku di tengah halaman.
"His,kamu ni saedon,bukan kamu tak tau ayah kamu"tok deraman mencebik bibir macam mengingatkan anaknya.
  "Abang memang macam tu,mudah sangat tergopoh-gapah"tapa cengkot pula mencelah.Kadangkala dia tegur saja abangnya apabila mudah sangat tergocoh-gocoh bertindak.
  "Apa salahnya nyok membantu tok deraman"ujar usup katik mengemas-ngemas bekas pembakar kemenyan."Saya pun cemas juga tengok tok deraman tak bergerak-gerak"tersengih-sengih dia mengerling tok deraman yang mula bergerak ke tangga rumah seliah.
Tok deraman sendiri belum lagi menatap jenazah sahadan.Sebak benar dadanya ketika melihat jenazah sahadan dengan lehernya hampir putus.Kerongkongnya terlopong akibat ditusuk mata parang.
Tok deraman sekadar mengeluh lemah.Dia dapat membayangkan bagaimana lembaga besar berbulu seperti gergasi itu menerkam kearah sahadan.Kakinya memijak dada sahadan sampai pemuda itu tidak dapat berkuat.Kemudian,dia mengobek kerongkong sahadan dengan mata parang.Tidak ada jerit langsung sahadan akibat kerongkongnya sudah ditusuk.
Sekaligus pula darah membuak-buak keluar.Tidak bertangguh lembaga besar berbulu itu menghirup darah yang memancut.Dia terus mengelar leher pemuda itu,biar darahnya semakin banyak membuak-buak.Ketawa terkekeh-kekeh dia apabila melihat sahadan tidak bergerak langsung untuk meronta-ronta.
"Bukan mat natar melakukan nya"keluh tok deraman,perlahan lantas mengesar pelupuk matanya.
Dia tetap menyimpan rahsia itu.Biarlah seisi kampung menuduh mat natar menyembelih anak sendiri menjelang hari raya itu,tetapi tok deraman dapat melihatnya.Tentu siapa pun tidak percaya kalau dia cuba menerangkan.
  Bagaimanapun nyok saedon percaya dengan penjelasan ayahnya.Memang dia melihat ayahnya mengilas tangan lembaga berkenaan.Tidak berganjak dia tercegat ditengah halaman sekalipun mat natar sudah digari polis dibawa ke balai.
Tiga hari selepas sahadan dikebumikan,nyok saedon terkejut apabila melintas tanah perkuburan balik dari menjebak ayam hutan.Tanah kubur sahadan seolah-olah digali orang,kemudian dikambus semula.Tidak bertangguh dia berlari balik ke rumah memberitahu ayahnya.
  "Laknat.."gerutu tok deraman setelah diberitahu kubur sahadan digali orang."Tentu orang gunakan ilmu untuk memuja kepala orang mati dibunuh"marah benar dia dengan perbuatan manusia demikian."Manusia tak beriman"tok deraman mengertap bibir menahan rasa marahnya.
  Apabila diberitahu kepada tok sidang,mereka sama-sama membuat aduan kebalai polis.Setelah diberi kebenaran,tok sidang sendiri mengepelai orang-orang kampung menggali semula kubur sahadan.Mengucap panjang masing-masing setelah melihat mayat sahadan tidak lagi berkepala.
"Memang aku sudah aku duga"ujar tok deraman,marah."Mereka ambil tengkorak kepala orang mati dibunuh"jelasnya,mengutuk perbuatan manusia yang tidak bertimbang rasa itu.
"Kalau aku tau orangnya,aku tetak kepala dia"sahut nyok saedon,mencebik bibir.
Tetapi mereka tidak tahu siapa melakukan.hanya mereka yang tidak beriman sahaja sanggup menyeksa mayat dengan menggali semual kuburnya.Apalagi yang ada pada tengkorak kepala orang mati dibunuh,selain dipuja untuk perbuatan jahat yang dilaknat allah subhanahuwa taala.
"Sampai sekarang pun nyok tak tau siapa lakukan"beritahu nyok saedon kepada saya,apabila mengingatkan semula peristiwa tersebut.
Sebab itulah dia tidak mahu lagi berdukun selepas beberapa kali menemui saya.Setiap kali dia mahu berdukun,nyok saedon teringatkan kepala sahadan yang dicuri orang.
Apabila saya bersiap-siap untuk balik,yong majeni menyuruh isteri saya menunggu dia mencabut ubi kayu terlebih dahulu.Asal sahaja saya singgah di bagan sungai belukang,mereka tidak senang hati kalau tidak membekalkan buah tangan serba sedikit.
Yong majeni terbongkok-bongkok mencabut ubi kayu,nyok saedon pula becok mengerah menantunya latip dengkot,mengait kelapa muda.Anak-anak saya suka minum air kelapa muda dengan menyudu isinya.Berebut-rebut mereka kalau menghadap air kelapa muda itu.
Nyok saedon tahu benar pasal anak-anak saya gemar kan air kelapa muda.Sebab itu bersusah payah dia menyuruh latip dengkot mengaitnya.Terkial-kial juga latip dengkot mahu mengait disebabkan dia tidak mahir memilih kelapa yang muda.
Dalam masa mereka anak-beranak sibuk melayani saya inilah,ali sendeng tergocoh-gocoh mengayuh basikalnya mendapatkan nyok saedon.Belum pun sempat menongkat basikal,ali sendeng segera memberitahu pasal anak gadisnya tiba-tiba terbalik mata sewaktu sedang memarut kelapa.
"His,aku dah lama tak berdukun ni"cepat-cepat nyok saedon mengelak.
"ini bukan soal berdukun atau tidak,nyok"desak ali sendeng,tidak peduli apa."Perkara terdesak macma ni,siapa pun boleh"katanya,mengeluh bimbang.
Semasa kejadian itu berlaku,anaknya,semiah memarut kelapa untuk membuat kuih koci manakala emaknya melayur daun pisang.Ketika mengusik-usik emaknya di dapur itulah,semiah tiba-tiba menjerit memegang tengkuknya.Sekaligus dia rebah hingga terbalik mata.Bibirnya lebam dengan jari tangan mengerekot keras.
  "Ini kene panggil mat jabal di bagan datoh"nyok saedon memberitahu ali sendeng.
"Mat jabal lepas ni aku jemput"ujar ali sendeng memberi jaminan."Tapi,buat sementara ni,marilah nyok ke rumah dulu"katanya bertambah cemas.Bimbang juga dia kalau-kalau nyok saedon terus juga menolak.
Disebabkan buku lali nyok saedon membengkak tidak terlarat membonceng basikal ali sendeng,dia mengajak saya ikut sama ke rumah ali sendeng.Terpaksa pula saya tinggalkan isteri dan anak-anak dirumah nyok saedon.
  Semiah bingkas bangun semasa saya dan nyok saedok naik ke rumah.Dia menerpa ke pintu mahu terjun ke tanah,tetapi sempat disambar oleh nyok saedon.
"Nak kemana kau?"jerkah nyok saedon terkial-kial.Dia sendiri tidak dapt berkuat disebabkan buku lalinya yang membengkak itu berdenyut-denyut sakit.
Ali sendeng yang mengayuh basikal selaju-lajunya segera meluru naik,membantu nyok saedon memaut tubuh semiah.
"Nak lari keman ni?"bentak nyok saedon,setelah merebahkan tubuh semiah ditengah rumah.
"Nak balik,tak tahan panas"tiba-tiba sahaja semiah meronta-ronta."Ustaz tu jahat,tak tahan aku,panas sangat dibuatnya"dia tidak berani menatap muka saya,sekalipun sekali-sekala dia menceber.
"Hah,baru kau tau berdepan dengan ustaz ni"ejek nyok saedon setelah dapat mengagak punca sebenarnya semiah diganggu demikian.
"Aku bukan nak ganggu semiah"gadis itu merungut-rungut menyebut dirinya."Tapi,dia ambil kelapa aku,sebab tu aku ikut"dia memberitahu sambil menutup mukanya.
  "Belum pun orang tanya,kau dah ceritakan habis"semakin galak nyok saedon menyakiti hatinya.
Memang saya tidak membaca apa-apa ketika ini.Hanya berzikir sahaja didalam hati menyebut-nyebut zat allah.Setiap langkah saya terasa bagaikan menggegar bumi pada semiah ketika itu,tetapi semiah tidak mengetahu apa pun.Tubuhnya sudah dirasuk tengkorak kepala tidak bertubuh.Dia merasakan seluruh tubuhnya sudah terperosok dalam tengkorak kepala tidak bertubuh itu.
  Apabila saya membacakan : 'Huwallahullazi laillahhailla huwa 'alimul ghaibi,wasy hadati huwar-rahmanirrahim',tengkorak itu terhumban jauh ke udara hingga jatuh ke dalam gobok di sebuah rumah buruk yang dikelilingi belukar.
Sebaik sahaja lelaki kurus mengambil tengkorak kepala itu,saya membacakan : 'Lanar jumanukum wala yamasannakum minna azabun alim'.Tiba-tiba lelaki kurus itu terkejut hingga tersentak.Beribu-ribu tengkorak kepala dengan panahan api menerjah ke arahnya.
"Cukuplah,ustaz"bisik nyok saedon memegang bahu saya setelah semiah pulih serta-merta.Hairan juga ali sendeng dan isterinya melihat semiah tiba-tiba sahaja sembuh.Terus sahaja dia ke dapur meneruskan memarut kelapa.
  Ketika saya berpatah balik ke rumah nyok saedon,opah suji pula datang menjemput nyok saedon.Tersedu-sedu dia memberitahu suaminya,wak segung,mati ditmpa peti buruk yang dijaganya baik-baik selama ini.Opah suji mengaku melihat tengkorak kepala manusia terpelanting keluar dari peti buruk tersebut.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now