90.Rahsia Mayat Diatas Usungan

1.5K 25 0
                                    

Bukan mudah mahu memikat gadis yang berulang alik mengaji dirumah malim kecik,kerana mereka sudah diingatkan supaya menjaga maruh diri.Anak-anak gadis yang belajar dirumahnya memang pengang kukuh-kukuh pesanan malim kecik guru membaca al-quran di kampung mereka.Jangan cuba melayani lelaki semasa mengaji nescaya malim kecik akan halau balik sahaja ke rumah.
Tetapi usup kubin tidak pernah putus asa.Dia tetap menunggu di simpang jalan asal sahaja anak-anak gadis balik mengaji dari rumah malim kecik.Kadangkala sengaja dia bersembunyi di sebalik belukar menghendap anak-anak gadis melintas disitu.Dia akan melompat keluar sebaik sahaja selepah bersama kawan-kawannya beriringan balik.
Biarlah anak-anak gadis mencaci cerca sampai tidak bersisa,namun usup kubin tidak peduli.Dia akan menunggu juga selepah balik mengaji setiap petang.Dapat mengekor selepah hingga ke tepi pagar rumahnya pun sudah mencukupi kepada usup kubin.
Memang budak-budak lelaki yang sama mengaji dengan selepah dirumah malim kecik tahu kelibat usup kubin mengendap setiap petang.Sengaja mereka mengejek setiap kali usup kubin melompat keluar dari sebalik belukar.Tetapi usup kubin tidak marah apa-apa tatkala diejek kawan-kawan selepah semasa balik dari mengaji dari rumah malim kecik itu.
"Kalau dah gila bayang,siapa lagi kalau bukan usup kubin"budak-budak lelaki akan mengejek dengan ketawa mengilai.
  "Bukan gila bayang,tapi mabuk kepayang"budak-budak perempuan pula meningkah biar usup kubin tersinggung hati.
  Tetapi usup kubin tidak tersinggung apa-apa diejek oleh budak-budak berkenaan.Dia tetap tersengih-sengih apabila selepas mendengus tatkala ditegur.Tahu sangat usup kubin memang selepah tidak mahu dipikat kalau takat memujuk dengan lemah lembut.
Masakan selepah mudah terpikat dengan dirinya bertubuh kurus dengan muka bukup akibat jerawat tumbuh meliar.Usup kubin sedar dia tidak segagah mana kalau dibandingkan dengan budak-budak lelaki lain yang sama mengaji dirumah malim kecik.Namun jauh di lipatan hatinya tetap berharap selepah akan jatuh hati kepadanya.Kalau tidak boleh dipujuk dengan ramah mesra,dia akan cuba juga hayun limau tatkala malam bulan mengambang penuh.
Sia-sia dia belajar amalan alang tobek menghayun limau kalau tidak dapat tundukkan selepah.Tetapi alang tobek tidak benarkan dia gunakan amalan hayun limau itu kepada perempuan yang tidak bersalah.Lainlah kalau perempuan itu meludah mukanya atau persendakan dirinya.Beberapa kali dia mengekori selepah tidak pernah pula gadis itu meludah muka.
Selepah sekadar mencemik muka sahaja terus melarikan diri.Sebab itu usup kubin mencuba juga mengendap di sebalik belukar biar selepah terkejut.Tentu selepah akan mencaci cerca sepuas hati.Ketika inilah usup kubin dapat merasakan amalan alang tobek itu boleh digunakan.
Tetapi alang tobek bukan takat menghayun limau sahaja boleh memikat perempuan yang berkenan pada hatinya.Kalau bertukang rumah pun memadai dia ketuk paku ke tiang,nescaya perempuan itu akan datang ke situ.Bila balik ke rumah bila-bila perempuan itu ikut sama dengan tidak pedulikan apa pun orang keliling tuduh.
  Memang alang tobek tahu sangat kelemahan perempuan hingga mudah dia memikat.Seisi kampung dapat mengagak tentu dia gunakan amalan ilmu pengasih.Berkali-kali juga abangnya malim kecik ingatkan dia supaya tidak amalkan ilmu demikian yang boleh menimbulkan perbalahan.Tetapi alang tobek tidak peduli sangat larangan abangnya kerana masing-masing mempunyai haluan sendiri.
"Selepah,kamu benci pada aku ye?"sengaja usup kubin mengusiknya tatkala terserempak di selekoh jalan.
Tidak sepatah pun selepah menyahut.Dia terus berjalan tunduk bersama kawan-kawannya ensom dan tisah.Jauh di lubuk hati usup kubin dia hanya harapkan selepah sahaja,bukannya enom atau tisah yang sama jalan beriring.Manalah boleh bandingkan enom dan tisah dengan gadis cantik seperti selepah.
Rambut selepah terurai panjang memang memikat hati usup kubin.Lelap mata pun dia tetap kenang selepah,seolah-olah gadis itu ada disisinya.Biarlah budak-budak lain menuduh dia gila bayang terhadap selepah,memang usup kubin tidak peduli.Apa salahnya dia menyimpan perasaan asyik kepada selepah selagi tidak terniat pun dihatinya mahu melakukan perbuatan terkutuk.
  Apabila kenang kejadian yang menimpa tapa limbat yang sama amalkan ilmu pengasih dengan alang tobek,memang kecut juga perutnya.Alang tobek sendiri bagi tahu dia pasal tapa limbat salah gunakan amalan memikat gadis itu sampai menerima padah.Sebelum diturunkan amalan tersebut memang tapa limbat sudah berjanji tidak akan melanggar pantang larang.Dia tidak akan hayun limau sekiranya gadis itu tidak menyakiti hatinya.
  Tetapi tapa limbat tidak pedulikan pantang larang alang tobek,setelah hatinya terpaut pada jemibah.Asalnya sahaja jemibah melintas sewaktu balik dari membasuh kain di telaga dia akan menghambat gadis tersebut.Puas dia mengusik biar jemibah melenting marah,namun gadis itu sekadar menunduk sahaja tidak peduli apa-apa.
  Sebab itu tapa limbat menunggu hingga malam bulan mengambang penuh mencari busut tengah belukar.Disitu dia hayun limau dengan lidi dicancang tujuh.Biarlah cahaya bulan menyilau sampai lidi bercancang tujuh bayangnya menyinggahi limau yang diayun perlahan.
Harapannya mahu melihat jemibah datang melutut mendapat dia tidak juga kunjung tiba.Kecewa benar dengan amalan yang ditunjukkan oleh alang tobek seolah-olah tidak memberi kesan langsung.Tetapi dia tidak berputus asa setelah amalan menghayun limau itu tidak dapat tundukkan jemibah.Tiga malam dia menghayun limau seperti petua yang ditunjuk kan oleh alang tobek itu,tiba-tiba sahaja dia terkejut apabila lembaga hitam pendek tercegat dibelakangnya.
Tertegun tapa limbat sewaktu melihat lembaga hitam pendek itu tertegak didepannya dengan mata bersinar merah.Dia menjadi gementar kerana tidak diberitahu oleh alang tobek mengenai lembaga hitam pendek yang akan menjelama.Alang tobek sekadar beritahu mengayun limau itu sekadar menyeru semangat gadis yang mahu dipikat sahaja.
"Aku tak panggil awak ke sini"tutur tapa limbat tidak dapat menahan merasa takut yang mencengkam perasaan.
  Tersengih-sengih lembaga hitam pendek.Dia memberi isyarat supaya tapa limbat menanam limau berbungkus kain putih diikat benang tujuh warna itu dikaki busut.Dalam ketakutan itu terpaksa juga tapa limbat mematuhi perintah lembaga hitam bertubuh pendek itu.Cepat-cepat dia tanamkan limau berkenaan dikaki busut.
  Kemudian lembaga hitam pendek menarik tangan tapa limbat ke pondok usang menunggu durian dihujung dusun.Dengan tidak bercakap apa-apa lembaga pendek itu menyuruh tapa limbat menunggu sahaja disitu.Terpaksa juga tapa limbat mematuhinya kerana bimbang dirinya akan ditimpa bala pula sekiranya membantah.
  Dalam masa beberapa minit sahaja tapa limbat menunggu dia terkejut apabila lembaga hitam bertubuh pendek itu datang semula bersama jemibah.Macam tidak percaya tapa limbat tatkala melihat jemibah mara mendapatkannya bagaikan tengah nyenyak tidur.Lantas sahaja jemibah berbaring disitu tidak hiraukan tapa limbat menunggu di pondok durian berkenaan.
Sampai santak subuh lembaga hitam bertubuh pendek datang semula kesitu lantas memimpin tangan jemibah balik semula ke rumah.Gembira benar tapa limbat apabila dibantu lembaga hitam itu membawa jemibah ke situ.Berturut-turut malam lembaga hitam itu akan menjelma didepan tapa lambat mengajaknya ke pondok durian ditengah dusun dengan jemibah sudah menunggu disitu.
  Apabila malam bulan mengambang penuh berakhir,lembaga pendek itu tidak menjelma lagi.Tetapi dia memberi isyarat akan menjelma semula asal sahaja tapa limbat menghayun limau ditepi busut.Bila-bila sahaja tapa limbat akan lakukan sekiranya lembaga hitam bertubuh pendek itu akan heret jemibah menemuinya.
  Belum pun sampai waktu bulan mengambang penuh,tapa limbat mendengar jemibah terkejang sakit sejak berminggu-minggu.Hairan juga dia bagaimana jemibah terkejang sakit boleh datang temankan dia di pondok durian?.Tetapi setiap kali mahu meneguk air atau menjamah nasi,jemibah mendesak tapa limbat sahaja duduk disisinya.
Terpaksa juga ayahnya sibin benarkan tapa limbat membantu anaknya minum atau menjamah nasi.Kalau tidak disudukan oleh tapa limbat,memang gadis itu tidak akan menjamah seulas pun nasi di pinggan.Dia juga tidak akan meneguk air dicawan kalau bukan tapa limbat yang sua ke mulut.
Mahu sahaja sibin cekak leher tapa limbat kerana menyebabkan anaknya terkejang sakit,tetapi bimbang juga akan menambah tenat penyakit jemibah.Sebab itu dia berjanji di depan malim kecik akan nikahkan sahaja jemibah dengan tapa limbat sehaik sahaja anak gadisnya sembuh.Seisi kampung tetap menuduh amalan alang tobek yang diturunkan kepada tapa limbat itulah menyebabkan kejadian itu berlaku.
Tetapi alang tobek mengaku di depan abangnya dia tidak pernah turunkan amalan demikian kepada tapa limbat.Memang malim kecik pun percaya amalan alang tobek tidak pernah menyebabkan gadis yang dipikat terkejang sakit.Asal sahaja dia menyeru semangat,sudah tentu gadis berkenaan akan mencarinya.Alang tobek akan menikahi gadis berkenaan sekiranya keluarga gadis itu bersetuju.
Tapa limbat juga mengakui didepan alang tobek dia tidak tahu apa-apa mengenai penyakit yang dideritai oleh jemibah.Dalam keadaan terdesak terpaksa juga dia memberitahu orang kampung kejadian yang dialaminya terserempak lembaga hitam bertubuh pendek itu.Kalau sibin mahu pancung kepalanya pun tapa limbat tidak akan membantah disebabkan dia tidak berniat mahu menganiaya jemibah.
"Aku mahu dia jadi isteri aku,bukan nak aniaya dia macam ni"gerutu tapa limbat menahan kesal dihatinya,apabila diminta supaya mengubati jemibah sampai sembuh semula.
"Habis,kalau tak boleh diubati,nak buat macam mana"bentak sibin geram benar apabila kenang perbuatan tapa limbat sanggup menghayun limau tangah malam semata-mata mahu tundukkan jemibah.
"kita minta malim kecik baca yassin aje"segera alang tobek mendesak setelah keadaan jemibah bertambah tenat.
  Ketika ini jemibah sekadar boleh gerakkan kepala sahaja,disebabkan badannya sudah kaku.Dia tidak akan membuka mulutnya kalau disudukan air yang sudah didoakan oleh malim kecik kalau bukan tapa limbat yang lakukan.Disebabkan tapa limbat sudah mengakui kesalahan dirinya terpaksa juga memenuhi tuntutan jemibah.
  Sekiranya tapa limbat duduk disisinya,tubuh jemibah yang kaku akan segera lembut seperti biasa.Dia boleh gerakkan kaki atau tangannya.Kalau didudukkan biar mudah sudukan bubur ke mulut pun jemibah boleh lakukan sekiranya tapa limbat membantu.Apabila tapa limbat tidak ada disisinya nescaya seluruh tubuhnya kaku laksana batang tergolek.
Bukan sibin sahaja yang hairan dengan kejadian yang menimpa anaknya,alang tobek juga tenggelam punca.Belum pernah lembaga hitam bertubuh pendek itu menjelma setiap kali dia menghayun limau.Dia jug atidak akan menghayun limau ditepi busut menunggu cahaya bulan mengambang penuh memancar.Kalau dia menghayun limau cukuplah dia menghayun limau ditengah rumah selepas sembahyang sunat tengah malam.
  Tatjaka menghayun limau dibungkus kain putih diikat benang tujuh warna alang tobek akan membacakan tujuh kali : Qul inquntom tuhibbunallahha fatob'uni,yuhibbu qumullah.Dia tidak akan menghayun limau mengikut petua seperti diajarkan oleh batin sintok,sekalipun memang alang tobek tahu mengenai amalan tersebut.
  Kalau diamalkan petua batin sintok pun,dia percaya tidak akan menjelma lembaga hitam bertubuh pendek itu.Belum pernah pun dia terserempak dengan gangguan demikian hingga lembaga hitam bertubuh pendek boleh menjelma.Kalau sudah menjelma lembaga berkenaan sudah tentu gangguan syaitan merasuk ke dalam diri.Dia percaya tapa limbat diperdayakan oleh syaitan sebaik sahaja jelmaan lembaga hitam bertubuh pendek itu datang membantu.
Batin sintok juga amalkan menghayun limau,tetapi bukan ditepi busut menunggu bulan mengambang penuh.Tentu tapa limbat sengaja mahu mencuba sendiri menghayun limau di tepi busut tengah belukar.Dia tidak mengikut apa pun petua yang diturunkan daripada alang tobek.Setepah diturunkan jampi serapah,sengaja dia amalkan petua mengikut mimpi yang di alaminya berturut-turut malam.
Memang tapa limbat mengaku dia bermimpi berturut-turut malam didatangi lelaki berjubah kuning.Kalau dia mahu jemibah datang melutu amalkan sahaja menghayun limau itu di tepi busut tengah belukar.Lelaki berjubah kuning itu desak dia amalkan jampi serapah yang diturunkan oleh batin sintok.Dia boleh hayun limau seperti diajarkan oleh alang tobek.Sebab itu tapa limbat percaya amalannya lebih mujarab apabila petua batin sintok dengan petua alang tobek itu diamalkan serentak.
Dia tidak peduli pun pesanan alang tobek supaya amalkan petua itu ikut seperti yang diturunkan oleh guru.Siapa pun belajar petua mesti ikut guru,bukan boleh ikut amalan mimpi.Manalah tahu mimpi yang menganggu sewaktu nyenyak tidur itu disebabkan syaitan merasuk.
Semasa menghayun limau ditepi busut tapa limbat merasa bulu romanya meremang tatkala membacakan : Hong bayung hong bayuhi,hai insan wahdi insan,hai wahdi mani maknikam,aku tahu asal usul kau jadi,masuk ke batang tubuh aku,kembali kepada dia,hu..Sampai tujuh kali tapa limbat ulangi membaca dengan memerhati bayang lidi tercancang itu ditempuh hayunan limau.
"Aku ikut petua seperti diajar orang berjubah kuning dalam mimpi tu"ujar tapa limbat kesal dengan kejadian yang menimpa dirinya.Sepanjang malam dia terpaksa bercekang mata menunggu jemibah,supaya tubuh gadis itu tidak kaku macam batang tergolek.
"Beramal ni mesti berguru,tapa"alang tobek marah sangat dengan keputusan tapa limbat beramal ikut petua melalui mimpi.
"Berturut-turut malam aku mimpi jumpa lelaki berjubah kuning tu"jelas tapa limbat setelah seisi kampung persalahkan dia hingga jemibah terkejang sakit.
"Syaitan ni nak perdayakan manusia,macam-macam cara"malim kecik mencemik muka disebabkan tapa limbat lebih percayakan amalam melalui mimpi.
Beberapa hari sahaja tapa limbat terpaksa membantu uruskan jemibah terkejang sakit,gadis itu meninggal dunia juga.Kalau tidak disebabkan malim kecik memujuk,nescaya sibin akan hentak kepala tapa limbat dengan tongkat semambu.Dia menuduh tapa limbat yang menjadi punca anak gadisnya menanggung penderitaan hingga terkejang sakit.
Tetapi malim kecik tetap yakinkan dia tapa limbat sekadar melakukan sahaja,ketentuannya ditetapkan oleh allah jua.Malik kecik juga ingatkan dia betapa tapa limbat juga sudah menebus kesalahannya dengan bercekang mata setiap malam membantu menjaga jemibah.Mereka semua tahu sekiranya tapa limbat tidak duduk disisi jemibah nescaya tubuhnya akan kaku tidak boleh digerakkan.
  Kalaulah tapa limbat tidak mahu jengah,tentu sibin juga tidak boleh buat apa-apa.Sepatut nya sibin sudah cukup bersyukur apabila tapa limbat sanggup membantu setelah menyedari kesalahan yang dilakukannya.Sebab itu malim kecik tidak mahu sibin terus berdendam setelah jemibah menutup matanya rapat-rapat.
Semasa mayat jemibah mahu diangkat untuk dimandikan siapa pun tidak mampu mengangkat disebabkan terlalu berat.Beberapa orang mencubanya tetapi masing-masing mengaku tidak berupaya mengangkat mayat jemibah.Sampaikan sibin sendiri terkial-kial membantu,namun mayat tu langsung tidak bergerak.
  Setelah disuruh tapa limbat mengangkat mayat itu oleh malim kecik,barulah mayat jemibah dapat dimandikan.Siap dikafan,disembahyang dan dimasukkan kedalam usungan mereka terkial-kial juga mahu mengusung,tetapi tidak seorang pun sanggup.Usungan mayat jemibah terlalu berat seolah-olah pokok besar lima enam pemeluk.Lantas sahaja malim kecik meminta tapa limbat ikut sama mengusung mayat berkenaan ke kubur.
  Sebaik sahaja tapa limbat sama-sama mengusung mayat barulah usungan dapat dibawa ke kubur.Terasa usungan itu tidaklah berat sangat hingga tidk boleh dipikul.Asal sahaja tapa limbat bergilir mengusung,mereka semua akan terkial-kial disebabkan usungan tiba-tiba menjadi terlalu berat.
"Itu tandanya dia mahu kamu usung sampai ke kubur,tapa"malim kecik ingatkan tapa limbat supaya bersabar dengan musibah yang menimpa dirinya itu.
Tapa limbat sekadar mengangguk lemah.Dia terpaksa menerima tanggungjawab demikian setelah merasa bersalah terhadap jemibah.Kalaulah dia tidak memuja busut untuk tundukkan jemibah,belum tentu lagi musibah demikian berlaku.Tetapi dia tidak dapat mengawal perasaan disebabkan terlalu harapkan jemibah menjadi isterinya.
Semasa mayat diturunkan ke liang lahat,tapa limbat terpaksa sama-sama memangku kepala mayat.Kalau dia tidak ikut sama turun ke dalam lubang kubur,siapa pun tidak dapat mengangkat mayat berkenaan.Memang tapa limbat sanggup bersusah payah membantu disebabkan dia mengakui kesalahannya.Biarlah dia menanggung segala aib setelah cuba gunakan amalan ilmu pengasih untuk tundukkan jemibah.
Ketika sibin adakan kenduri tahlil sebelum malamnya,jiran-jiran yang datang keberah-berahan takut apabila mendengar suara tangisan jemibah sayup-sayup bersama angin malam memuput pokok-pokok kayu.Meremang bulu tengkuk masing-masing hingga tercenggang dengan suara sayup-sayup merintih memanggil tapa limbat.
Memang tapa limbat sendiri terketar-ketar sebaik sahaja namanya dipanggil sayup-sayup dalam kegelapan malam.Jelas sangat suara jemibah yang memanggilnya.Jemibah menuduhnya tidak setia kerana membiarkan dia pergi bersendirian.Alangkah baiknya kalau tapa limbat ikut sama kemana sahaja dia membawa haluan.
"Tapa,kenapa tinggalkan aku"tenggelam timbul suara jemibah bergetar di pucuk-pucuk kayu yang dipuput angin malam.
"Sejuknya aku ni tapa,marilah temankan aku disini"rintihnya menyebabkan tapa limbat pucat sepucat-pucatnya.
  "Tolonglah bantu tapa tu,pak malim"beberapa orang jiran merayu kepada malim kecik supaya dapat membantu.
  "Tapa kene kuatkan semangat"bisik malim kecik memerhati ke arah pucuk-pucuk kayu yang berbalam-balam diluar.
"Jemibah ke yang memanggil tu,pak malim?"sibin juga hairan apabila mendengar suara anaknya memanggil-manggil tapa limbat.
"Tak tahulah aku,kerana itu urusan allah"terharu sangat hati malim kecik kenang kejadian yang mendebarkan itu.
Sehingga habis mereka bertahlil suara jemibah memanggil-manggil tapa limbat masih juga kedengaran sayup-sayup.Santak dinihari barulah suara jemibah hilang setelah tiupan angin tidak lagi memuput.Tetapi mereka bimbang juga kejadian itu akan berulang lagi pada malam berikutnya.Sebab itu malim kecik meminta tapa limbat sendiri siramkan air yassin diatas kubur sebaik sahaja senja menjelang.
Tetapi pagi-pagi lagi uda kimah emak tapa limbat menyerbu rumah sibin beritahu anaknya meracau-racau tidak menentu.Sebaik sahaja balik dari kenduri tahlil dirumah sibin,dia menyedari tapa limbat ketawa seorang diri dihujung serambi.Sekali sekala tapa limbat bercakap merepek tidak tentu biji butir.
Memang uda kimah cam juga apabila tapa limbat memuji-muji jemibah.Dia sanggup turut apa sahaja kemahuan jemibah sampai bila-bila pun.Sebab itu tidak bertangguh pagi-pagi lagi uda kimah menyerbu kerumah sibin.Manalah tahu sibin berdendam pula hingga menyebabkan anaknya meracau tidak menentu.
Setelah diberitahu kepada malim kecik,dia cuba doakan tapa limbat dengan mandikan air yassin di kubur jemibah.Tetapi keadaan tapa limbat bertambah pasang tidak dapat diubati lagi.Dia akan merayau-rayau didalam kampung dengan tersengih-sengih.Kadangkala dia menangis tersengguk-sengguk mendongak ke pucuk-pucuk kayu memanggil jemibah.Dia akan berlari melambai-lambai tangan bagaikan jemibah menunggu di pucuk kayu berkenaan.Bertahun-tahun juga tapa limbat menghidap hilang ingatan dengan meracau-racau memanggil jemibah barulah dia terkejang sakit hingga membawa maut.Memang usup kubin sendiri tahu mengenai kejadian yang menimpa tapa limbat,sekalipun ketika itu dia baru berumur 10 tahun.
Apabila alang tobek ingatkan dia mengenai kejadian yang menimpa tapa limbat itu,lantas sahaja usup kubin tidak sanggup menghayun limau semata-mata mahu tundukkan selepah.Tetapi dia tidak akan mengalah untuk memikat selepah selagi gadis itu masih belum sesiapa pun masuk meminang.
Hinggalah selepas musim menuai perasaan usup kubin bagaikan ditusuk sembilu sebaik sahaja diberitahu selepah sudah dipinang orang.Marah benar usup kubin kerana pemuda yang meminang selepah itu bukan dari kampung berkenaan.Manalah dia dapat menahan sabar apabila ibu bapa selepah lebih utamakan pemuda dari kampung lain dengan mengetepikan pemuda di kampung sendiri.
"Jodoh pertemuan,ajal maut ditentukan oleh allah,usup"ujar alang tobek apabila usup kubin meluahkan rasa kecewanya setelah selepah bertunang.
"Kenapa pak sudi terima pinangan orang kampung lain?"gerutunya masih tidak puas hati dengan keputusan pak sudi ayah selepah menerima pinangan mat toha dari kampung seberang.
"Sebab orang kampung ni tak masuk meminang"kawannya maakir yang sama mengendap ingatkan usup kubin supaya tidak berangan-angan sahaja sepanjang masa.
"Pak sudi tu memilih-milih sangat"usup kubin mencebik bibir disebabkan terlalu kecewa.Kalau tidak kenang alang tobek ingatkan kejadian yang menimpa tapa limbat,memang dia sanggup hayun limau tatkala tengah malam diselubungi sepi.
Biarlah lembaga hitam bertubuh pendek itu menjelma di depannya,asal sahaja selepah dipapah datang menemui dia.Kalau selepah terkejang sakit macam jemibah,dia tidak peduli apa-apa.Tidak perlu dia bersusah payah macam tapa limbat membuang masa membantu keluarga selepah.
Dia perlu ajar pak sudi supaya tidak perkecilkan dirinya yang bertubuh kurus dengan muka bukop dipenuhi jerawat.Perkara tubuh kurus tidak penting sangat asal sahaja dia mampu menanggung selepah.Kalau takat kebun kelapa atau tanah kebun,bila-bila usup kubin boleh tunjukkan pada pak sudi,sekalipun semua nya milik ayah dan emaknya.
Lambat laun sudah tentu kebun kelapa dan tanah kebun yang lain dia juga akan mewarisinya.Masakan anak tunggal seperti dia harta pesaka boleh terlepas ke tangan orang lain.Tentu selepah tidak sia-sia berkahwin dengan dia disebabkan harta ayah dan emaknya memang menjadi waris usup kubin juga.Siapa lagi yang kaya didalam kampung kalau bukan ayah nya haji biduk.
"Kenapa kau sendiri tidak masuk meminang?"alang tobek menepuk bahu usup kubin yang terkebil-kebil mata tercangkung dipelantar rumanya.
"Usup ni sebenarnya takut kan perempuan"lantas sahaja maakir mengejek kawannya itu.Memang dia tahu usup kubin menaruh hati pada selepah tetapi tidak berani meluahkan perasaan didepan gadis berkenaan.Sebab itu sengaja dia meminta alang tobek turunkan ilmu memikat biar selepah sendiri datang menemuinya.
  "Pakai amalan pun,kamu mesti berani kalau berdepan dengan meraka"jelas alang tobek mengenai petua amalan pengasih itu bukan takat dibacakan sahaja jampi serapahnya.Usup kubin sendiri mesti berani menegur sapa,bukan takat mengekori sahaja dari belakang dengan harapan selepah membuka mulut terlebih dahulu.
Disebabkan kecewa selepah dipinang mat toha dari kampung seberang,usup kubin tiba-tiba sahaja meninggalkan kampung halaman.Dia seolah-olah tidak mahu melihat selepah naik pelamin di depan matanya.Apabila diberitahu mengenai usup kubin memendam perasaan terhadap dirinya,terkekeh-kekeh selepah ketawa.Tidak disangkanya usup kubin sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.
Kalau usup kubin masuk meminag pun selepah tidak rela menerimanya sekalipun seisi kampung tahu usup kubin memang dari keluarga orang kaya dikampung mereka.Tetapi selepah bukan mengejar harta peninggalan usup kubin.Memang dia tersinggung benar apabila usup kubin sering kali menghendap didalam belukar asal sahaja dia balik mengaji dari rumah malim keci.
  Dia tahu usup kubin tidak mengganggu apa-apa kalau menunggu disebalik belukar dengan maakir,tetapi perbuatan usup kubin itu memalukan dirinya.Kenapa usup kubin mengajak kawannya maakir bersembunyi disebalik belukar,kemudian dia akan mengekorinya sebaik sahaja melintas diselekoh jalan.Apa salahnya usup kubin berterus terang menegur dengan tidak payah bersembunyi disebalik belukar.
Usup kubin sekadar harapkan maakir terus mengusik selepah biar gadis itu merungut marah.Maakir akan mengusik dengan memadankan usup kubin dengan selepah,sedangkan usup kubin tidak bercakap sepatah pun.Sebab itu selepah tidak melayani mereka berdua yang sengaja mahu menyakiti hatinya.
"Orang gila bayang macam itulah"selepah mengejek apabila kawan-kawannya beritahu mengenai usup kubin meninggalkan kampung halaman.
"Nanti dia kenakan kamu ubat guna-guna"kawnanya melirah sengaja menakut-nakutkan dia.
"Kalau aku kene ubat guna-guna usup kubin,aku ikutlah dia"selepah mengusik kawan-kawannya hingga ketawa mereka berderai.
Mereka juga tahu mengenai kejadian yang menimpa tapa limbat yang berlaku beberapa tahun sahaja sebelum itu.Masakan mereka tidak tahu pasal ubat guna-guna yang membawa padah kepada tapa limbat dan jemibah.Memang selepah juga bimbang kalau ubat guna-guna jadi permainan lelaki apabila kecewa tidak dapat memikat gadis yang mereka idamkan.
Menjelang hari perkahwinan selepah dengan mat toha,seisi kampung gempar setelah diberitahu selepah hilang dari rumah.Siapa pun tidak melihat kemana gadis tengah bertunang itu membawa haluan.Kalau mahu dituduh usup kubin yang melarikan selepah masakan mudah sangat gadis itu mahu mengikutnya disebabkan hatinya tidak terpikat langsung pada pemuda berkenaan.
Memang kecewa benar pak sudi disebabkan persiapan sudah dibuat tiba-tiba selepah hilangkan diri.Dia tidak percaya anaknya lari mengikut usup kubin disebabkan siapa pun tidak nampak kelibat pemuda berkenaan balik ke kampung.Tetapi mat toha tetap menuduh tunagnya lari mengikut usup kubin setelah digunakan ilmu pengasih.
  Puas dipujuk malim kecik supaya tidak menuduh usup kubin,namun mat toha berkeras akan mencari pemuda itu.Dia akan tunjukkan pada usup kubin balasan sesiapa yang berani larikan tunangnya.Kalau pak sudi tidak boleh membantah supaya menerima pinangannya apa sangat dengan usup kubin kalau mahu tunjuk keras kepala.
Usup kubin mesti dicari kemana sahaj.Dia akan heret usup kubin balik bersama selepah biar seisi kampung tahu mat toha jangan cuba dipermain-mainkan.Dia tidak peduli siapa tetap akan dicekak leher sekiranya membantah keputusan dia.Sebab itu mat toha tidak mahu dengar apa-apa pun nasihat malim kecik guru agama disegani dikampung berkenaan.
"Kalau usup kubin yang larikan selepah,bila-bila dia akan balik"lantas alang tobek ingatkan mat toha supaya tidak tunjuk jantan dikampung halamannya.Kalau dengan malim kecik memang mat toha boleh tunjuk keras kepala,tetapi jangan cuba didepan alang tobek.
"Aku tahu,usup kubin gilakan selepah"sahut mat toha berkeras menuduh usup kubin setelah dia diberitahu kenapa pemuda itu menghilang kan diri dari kampung halaman.
  "Dia gilakan selepah,bukan gilakan tunang orang"tegas alang tobek pertahankan anak muda yang menjadi muridnya itu.
"Kenapa alang tobek pertahankan sangat usup kubin ni?"marah benar mat toha apabila alang tobek tidak benarkan dia mencari usup kubin.
"Kerana dia tak bersalah"jelas alang tobek mencemik muka kerana meluat sangat dengan sikat mat toha.Mentang-mentang dia tangkas memencak silat,dengan siapa sahaja mat toha berani tunjuk jantan.Sampaikan pak sudi sendiri tidak berani angkat muka apabila dia menjerkah.
"Mana alang tobek tahu dia salah atau tidak?"mat toha mengejek lantas memberi isyarat supaya alang tobek jangan cuba masuk campur.
"Kalau aku panggil,tak sampai petang ni,usup kubin boleh balik ke sini"tutur alang tobek ingatkan mat toha sekiranya mahu berkeras.Seisi kampung tahu alang tobek boleh seru sesiapa sahaja yang melarikan diri dari rumah balik semula menemui keluarga.
Sekiranya pak sudi mahu tentukan kemana selepah,memang alang tobek boleh mencuba.Tetapi pak sudi tidak pernah meminta dia jampi serapahkan biar selepah balik segera ke pangkuan keluarga.Pak sudi sekadar mematuhi apa sahaja keputusan mat toha,sekalipun terpaksa radak perut usup kubin dengan kerambit.Kalau tidak kenang alang tobek memang pak sudi sendiri sanggup ikut mat toha mencari dimana usup kubin bersembunyi.
Tetapi dia tahu alang tobek tidak mudah mengalah.Kalau dia boleh menyeru perempuan yang berkenan dihatinya melutut naik kerumah,apa sangat dengan usup kubin yang merajuk hati.Bila-bila usup kubin akan balik semula kerumahnya,sekiranya keluarga usup kubin berharap dia membantu.
Bukan setakat selepah sahaja hilang dari rumah menjelang hari perkahwinan,sudah beberapa kali gadis di kampung nya lakukan demikian.Apabila dia tidak rela dikahwinkan nescaya tidak sempat menunggu hari perkahwinan.Lantas sahaja anak gadis lari meninggalkan keluarga mencari tempat berlindung.
Tidak bertangguh pula keluarganya serbu rumah alang tobek.Sebaik sahaja alang tobek bakar kemenyan yang dilumak minyak wangi,lantas akan dibacakan doa tiga kali : Yuhibbu nahum kahubbillahhi,wallazi na-amanu asyaddu hubban lillahi,zuiyina linnasi hubbusy syahawati minannisa-i walbanina wal-qonathiril muqontharah.
  Belum pun matahari terbenam nescaya gadis yang larikan diri akan balik semula ke rumah.Menangis-nagis gadis berkenaan dipangkuan emaknya kerana kesal sangat tinggalkan kampung halaman.Tetapi alang tobek sudah ingatkan pantang larangnya supaya tidak boleh memarahi apa-apa sebaik sahaja anak gadis mereka jejak kaki balik ke rumah.
Lainlah kalau dilarikan bunia,memang alang tobek tidak berani menyanggupi.Biarlah serahkan kepada abangnya malim kecik sahaja buat sembahyang hajat,biar bunian tidak dapat bertahan.Tetapi kalau selepah sengaja larikan diri dari rumah bila-bila alang tobek sanggup membantu.
  "Kami minta alang tobek bantu,supaya selepah balik"lantas pak sudi merayu setelah alang tobek marah sangat apabila usup kubin dituduh larikan selepah.
Tetapi alang tobek juga kecewa disebabkan selepah juga tidak balik kerumah setelah dicubanya.Dalam masa yang sama usup kubin apabila tiba-tiba hatinya ingat sangat mahu menemui emak dan ayahnya.Segera dia buang jauh-jauh perasaan kecewa pada selepah itu dari lubuk hatinya.
  Sebaik sahaja balik ke kampung halaman usup kubin terkejut apabila diberitahu selepas melarikan diri dari rumah.Mat toha sendiri serba salah apabila usup kubin balik ke kampung tidak bersama selepah.Masakan usup kubin yang melarikan selepah sekiranya anak muda itu terjonggol dengan tidak tahu apa-apa pun keatas gadis berkenaan.
  "Kemana lagi kita nak cari selepah?"gerutu pak sudi menahan kesedihan dengan kehilangan anak gadisnya.Siapa lagi mahu dituduh kalau usup kubin sendiri lebih kecewa kalau bandingkan dengan mat toha.
Setidak-tidaknya usup kubin ikut sama sembahyang hajat berjemaah disurau malik kecik setelah diajak guru agama berkenaan.Tidak ada lagi ikhtiar mereka yang lemah kecuali memohon pertolongan allah,setelah puas berusaha mencarinya ke mana-mana.Ke mana pula selepah mahu melarikan diri sekiranya dia tidak pernah membuat hubungan dengan mana-mana lelaki pun.
Selepas zohor dia akan belajar mengaji dirumah malim kecik hingga sampai masuk waktu asar.Selepas solat asar berjemaah,selepah akan terus balik kerumah.Kawannya sama mengaji melirah juga tahu memang selepah tidak pernah mengadakan hubungan dengan lelaki.Semua kawan-kawannya tahu selepah tidak membantah apabila ayahnya menerima pinangan mat toha.
  Selepas dengar juga mengenai tunangnya mat toha itu biadap kalau berdepan dengan orang tua-tua.Tangannya mudah sahaja menapar kalau cuba membantah cakapnya.Seisi kampung diseberang memang tidak berani angkat muka kalau mat toha membentak marah.Siapa yang berani menentang mat toha guru silat yang tangkas memencak.
Memang selepah tidak membantah apa-apa selagi ayahnya sudah bersetuju menerima mat toha.Siapa pun menjadi suaminya,selepah tahu dia akan keceruk dapur juga.Apa sangat mahu memilih kalau gadis kampung sepertinya.Sekiranya usup kubin yang diterima pinangan ayahnya,selepah juga tidak akan membantah.Sebab itu pak sudi juga tidak percaya selepah melarikan diri semata-mata tidak mahu berkahwin dengan mat toha.
"Bagaimana kalau selepah dilarikan bunian?"pak sudi masih tidak dapat menyembunyikan kesedihan setelah berbulan-bulan selepah hilang dari rumah.
"Kita buat takat yang kita mampu aje"ujar malim kecik tidak dapat mengagak kemana selepah membawa diri.Setelah buat sembahyang hajat berjemaah seisi kampung pun,mereka masih juga tidak dapat apa-apa berita.Apa lagi alang tobek yang mahir menyeru sesiapa sahaja lari meninggalkan rumah balik tidak bertangguh,tidak juga dapat membantu pak sudi.
"Manusia serba lemah,jangan harapkan sangat pada manusia"perlahan sahaja alang tobek ingatkan pak sudi kerana terlalu berharap dengan kemahirannya.
Dalam keadaan rusuh pak sudi terus juga amalkan solat sunat tahajud setiap malam biar anaknya selepah balik juga ke rumah.Hingga 44 malam dia bangun tengah malam dirikan solat sunat tahajud setelah mematihi pesan malim kecik,dia sekadar bermimpi anaknya selepah melambai-lambai tangan dari jauh.Kemudian selepah hilang dalam pasaran kabus apabila diusung orang macam terbujur diatas usungan mayat.
Setelah diberitahu kepada malim kecik,lantas sahaja dia mengesyaki selepah sudah meninggal dunia.Mereka mengagak tentu selepah turun ke sungai waktu membasuh pakaian hingga dihanyutkan arus.Tetapi melirah tahu kawannya itu tidak akan ke sungai memabasuh kain kalau tidak mengajaknya ikut sama.
"Perkara yang kita tidak tahu,adalah urusan allah"ujar malim kecik supaya mereka tidak berbantah-bantah lagi dengan kehilangan selepah.
Tentu mereka tidak perlu bersusah payah lagi mahu mencarinya setelah selepah tidak juga terjongol balik ke rumah.Sudah puas mereka mencari ke kampung-kampung lain namun siapa pun tidak menemuinya.Semenjak itulah seisi kampung percaya selepah hilang dilarikan oleh bunian.
Tidak lama selepas kehilangan selepah itu maakir meracau-racau tidak menentu.Dia berlari-lari keliling kampung dengan menjerit-jerit meminta tolong.Dia menuduh selipah memintanya mengusung dia bawa ke kubur.Tetapi siapa mahu percaya dengan racau orang tidak siuman seperti maakir.
Mereka tidak mengagak tentu juga gila bayang kepada selepah hingga menjadi tidak siuman selepas gadis berkenaan hilang dari rumah.Apalagi keluarganya menuduh maakir dirasuk bunian apabila seringkali meranduk belukar teberau di tepi paya.
"Belukar teberau ditepi paya tu,dekat tapak rumah dolah jekeng sekarang"ujar wak jumin seolah-olah ingatkan semula kejadian yang dilihatnya bersama arwah lebai jaamat.
"Gamaknya,bekukar itulah tempat maakir selalu meranduk"lantas talip sepet mencelah dengan mengerling kearah saya yang terangguk-angguk mendengar cerita wak jumin.
Wak jumin seolah-olah melihat orang yang membawa usungan mayat itu seolah-olah maakir.Ke mana sahaja dia bersembunyi didalam kampung jelmaan selepah mengekorinya.Kesal benar selepah setelah maakir memperkosanya dibelukar teberau itu lantas sahaja dihentak kepala dengan hulu parang.Menggelepar selepah hingga terkejang tidak bernyawa.
Disebabkan ketakutan di tepi paya itu sahaja maakir tanam mayat selepah.Hinggalah maakir meracau-racau akibat dikejar bayangan selepah yang meminta supaya mayatnya dibawa ke kubur,seisi kampung tidak dapat mengagak apa sebenarnyab berlaku keatas diri maakir.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now