84.Langsuir Menyerbu Jaring

1.5K 23 0
                                    

Kawasan paya bakau di bagan sungai belukang masih belum diterokai.Tidak ada kebun kelapa yang terbentang luas.Semuanya masih hutan padat,belum ada orang tinggal disitu.Saban malam,penduduk di teluk cik agus pergi ke hutan paya bakau itu untuk mendekut burung ruak-ruak.
  Burung ruak-ruak yang didekut itu mereka jual ke pasar.Bukanlah mahal sangat ketika itu.Hanya dua puluh sen seekor,tetapi semasa burung ruak-ruak banyak.Kadangkala sampai dua ratus ekor masuk ke jaring apabila mendekut sampai jam tiga pagi.
"Malam ni kita mendekut,bang saedon?"soal tapa cengkot,terlangut di tangga pelantar rumah memerhati abangnya,nyok saedon,mengilir mata parang.
"his,ramai sangat orang mendekut"rungut nyok saedon sambil menjirus mata parang yang dikilirnya.Kemudian,dia mengangkat mata parang itu,ditekannya ke kuku jari untuk menguji sama ada tajam ataupun tidak."Semua orang kampung nak mendekut"marah juga dia disebabkan pantang sahaja dimulakan mendekut,orang lain pun mahu mendekut sama.
  Kalau dia mendekut dibaruh,tentu ada pula yang mendekut di pesisir pantai.Kadangkala sampai lima atau enam kumpulan ikut sama mendekut.
Memang lah rezeki masing-masing ditentikan allah,tetapi nyok saedon tahu mereka mendekut disebabkan iri hati.Apabila saban malam nyok saedon banyak mendapat ruak-ruak,mereka pun teringin mahu mendekut sama.Dapat lima atau enam ekor sahaja pun tidak mengapa.
Mahu melawan nyok saedon bukannya mudah.Sudah lama dia mendekut burung ruak-ruak,sampai berjual ke pasar.Apalagi adiknya,tapa cengkot,memang belajar turun temurun pasal mendekut burung ruak-ruak.Kelangsingan buluh pendekut yang ditiupnya,tidak sama dengan buluh mendekut yang ditiup orang lain.
Sekali sahaja tapa cengkot meniup,sudah tentu burung ruak-ruak menyahut.Dalam beberapa ketika sahaja bunyi kepak ruak-ruak kedengaran mengibas-ngibas di udara.Kemudian,akan menggelepar tersangkut pada jaring yang direntang.Tiada siapa yang boleh tandingi tapa cengkot kalau pasal mendekut burung ruak-ruak.
"Mereka rezeki mereka,kita rezeki kita"ujar tapa cengkot mengingatkan abangnya.
"Khabarnya usup katik gunakan pawang"terhenti nyok saedon mengasah parang.Dia sudah diberitahu tentang usop katik yang membakar kemenyan di pesisir laut.Di situ,kumpulan usop katik menyeru puaka biar burung ruak-ruak banyak datang menyerbu.
"Biar dia pakai pawang"sahut tapa cengkot,memerhati air hitam mengalir pada mata parang abangnya yang dikilir ke batu asah.
"Nanti,semua tempat mendekut diganggu"nyok saedon tidak puas hati kalau ada yang gunakan pawang semasa mendekut ruak-ruak."susah kita nak mendekut dimana-mana pun kalau sudah pakai pawang"dia mencebik bibir,meluahkan rasa mendongkol dihati.
Disebabkan usop katik sudah menggunakan pawang,nyok saedon tidak berminat lagi mahu mendekut.Keputusan nyok saedon tidak mahu mendekot ini menyebabkan tapa cengkot bersetuju mengikut kumpulan usop katik.Apa salahnya menumpang rezeki usop katik kalau boleh dapat banyak burung ruak-ruak.
Sudah menjadi kebiasaan usop katik,akan memulakan mendekut pada jam dua belas malam.Dia sudah menyuruh rakan-rakannya merentang jaring sejak petang lagi.Malamnya dia akan membakar kemenyan di bawah jaring.Kemudian,berlegar tiga kali mengelilingi kawasan jaring,sebelum menepuk-nepuk buluh tiang jaring juga tiga kali.
Tetapi,dia tidak akan meniup buluh pendekut.Biarlah siapa pun meniupnya.Latip dengkot boleh meniup.Jali juling juga boleh.Siapa sahaja yang ikut sama dalam kumpulan mereka,memang mahir meniup buluh mendekut.
  "Kita pasang jaring dihujung teluk"beritahu usop katik apabila tapa cengkot bersetuju mengikut kumpulan mereka.
  "Disitu bukan lorong dia"ujar tapa cengkot setelah dapat mengagak kawasan itu tidak mungkin ada burung ruak-ruak berkeliaran.
"Jadi,dimana elok?"usop katik percaya dengan penjelasan tapa cengkot.
"Dihujung parit"tapa cengkot tahu benar di mana boleh merentang jaring.Kalau di tempat burung ruak-ruak kerap melintas,tidak perlu lagi gunakan pawang.Cukup dengan meniup buluh pendekut sahaja.Gema buluh pendekut yang ditiup akan meruntun beratus-ratus ekor burung ruak-ruak ke situ.
Tentu gabunga usop katik dan tapa cengkot boleh memerangkap banyak burung ruak-ruak.Mereka tidak peduli sama ada burung ruak-ruak hutan atau sawah yang akan datang ke situ.Asal sahaja boleh dipanggil,mereka akan terus mendekut sampai santak subuh.
  Menjelang jam dua belas malam,latip dengkot dan jali juling sudah menunggu dihujung parit tempat jaring direntang.Mereka akan merentangnya setelah disuruh tapa cengkot.Memang sudah lama mereka mengharapkan tapa cengkot mengikut kumpulannya.
Sebaik sahaja usop katik sampai bersama tapa cengkot,cepat-cepat latip dengkot memasang bara untuk membakar kemenyan.Itulah tugasnya setiap kali usop katik sampai untuk memulakan berpawang mendekut burung ruak-ruak.
Setelah bara pembakar kemenyan berasap merabun-rabun,usop katik mula membacakan mantera.Dia membawa pembakar kemenyan itu berkeliling jaring yang direntang sebanyak tiga kali.Selepas semuanya selesai,usop katik menyuruh mereka meniup buluh pendekut.
  Latip dengkot sendiri memulakan,tetapi setelah sepuluh minit latip dengkot meniup buluh itu,tidak ada apa-apa pun perubahan.Kelilingnya lengang,tidak ada tanda-tanda burung ruak-ruak menyerbu ke situ.
"Hai,apa salahnya ni,pak usop?"hairan juga latip dengkot apabila tidak ada seekor pun burung ruak-ruak terbang melayang.Biasannya,kalau dia meniup buluh pendekut,tidak sampai sepuluh minit,dua tiga ekor burung ruak-ruak menggelepar di jaring.
"Cuba tapa pula mendekut"usop katik semacam mengarahkan tapa cengkot mengambil alih tugas latip dengkot.
  Tapa cengkot berundur tiga langkah dari tempat dia berdiri.Dia mengisar-ngisar tumit sebelum mula meniup buluh pendekut.Baru beberapa minit dia meniup,sudah kedengaran bunyi kepak burung berterbangan di udara.Semakin galak tapa cengkot meniup,semakin riuh bunyi burung berpapasan.
Tetapi,tidak seekor pun melayang turun,apalagi menyerbu jaring.Jali juling yang sudah sediakan raga besar untuk meragut burung ruak-ruak tersangkut di jaring,tercangak-cangak memerhatikan setiap bayang di atas kepala.
Tiba-tiba,seekor burung besar menyerbu ke jaring.Mereka terkejut.Apalagi disiluh,seekor burung jampuk terkial-kial menggelepar disitu.
"Hah,burung sial ni pula yang datang"rungut usop katik,kecewa.
  "Ada sesiapa terkencing dekat jaring?"soal tapa cengkot.
  "Tak ada"jelas jali juling,menggaru-garu betis akibat gatal diketip nyamuk.
"Ada bau hancing ni"gerutu tapa cengkot.
"Siapa terkencing ni?"jerit latip dengkot yang memegang tiang jaring.Cepat-cepat dia berkejar mendapatkan jali juling untuk mencapai lampu suluh.
Sebaik sahaja dia menyuluh tiang jaring,kelihatan perempuan berambut panjang tersengih-sengih memeluk buluh tiang jaring.
"Patutlah burung tak datang"usop katik mencebik bibir apabila tersuluh perempuan berambut panjang memeluk buluh tiang jaring itu."Langsuir rupanya ada menunggu"marah juga dia disebabkan diganggu langsuir itu.
Tanpa bertangguh,usop katik membacakan jampi mantera untuk menghalau langsuir yang berangguh di situ.Semakin galak dia membacakan mantera,terasa tepias kuat laksana hujan menyimbah di jendela rumah.Bau hancing terasa meloyakan tekak.Saat itu juga goncangan buluh tiang jaring bertambah kuat.Sekaligus ilai yang memanjang dan langsing kedengaran diudara.Memang sah langsuir menganggu mereka di situ.
  "Huh,kau langsuir"tapa cengkot menyuluh ke tiang jaring yang bergoncang kuat.
Jelas pada mereka,perempuan berambut panjang berpaut pada buluh tiang jaring.Baju putih nipisnya berayun-ayun ditiup angin malam.Ia seolah-olah tersangkut pada jaring bersama burung jampuk yang menggelepar disitu.
Puas usop katik berusaha menghalau langsuir tersebut,tetapi mahkluk seakan-akan perempuan berambut panjang itu tetap melekap tidak mahu berganjak.Muka hodohnya menakutkan,tetapi usop katik tidak bimbang berhadapan dengan langsuir.
Sudah beberapa kali dia terserempak langsuir di tepi belukar bakau semasa menangguk udang.Apabila disergahnya,langsuir itu seolah-olah terbang ke udara dan hilang bersama remang senja.
Langsuir itu tidak akan bertahan apabila disergah.Usop katik akan mencampakkan kain hingga terlondeh habis,biar langsuir tergamam.Sudah tentu langsuir akan menyelinap lari sebaik sahaja dia berbogel tidak pakai kain seurat benang.
Cubalah!
"Biar aku berbogel"tidak bertangguh latip dengkot membuangkan pakaiannya.Dia tidak perlu malu pada usop katik,tapa cengkot atau jali juling.Dia rela memperagakan tubuh,asal sahaja langsuir segera terbang ke udara.
Setelah habis berbogel,tiba-tiba latip dengkot terasa perutnya senak.Dia membongkok,hingga akhirnya terguling ke tanah.Jali juling lihat perut latip dengkot membesar seperti belon.Lantas latip dengkot terjerit-jerit menahan kesakitan.
  "Hah,biadap langsuir ni"gerutu tapa cengkot,mengertap bibir.
  Berhenti mendekut"usop katik memberi perintah,setelah dia tidak dapat mengawal keadaan.
Sebaik sahaja tapa cengkot berhenti meniup buluh pendekut,langsuir itu berhenti mengilai.Ia juga tidak lagi menggoncang buluh tiang jaring.
Serentak dengan itu,latip dengkot sembuh serta merta daripada mengalami sakit perut yang menyenak-nyenak.Perutnya yang membesar seperti belon itu juga mengempis semula.
"Cepat pakai seluar semula"ujar usop katik tidak bertangguh."Kita tinggalkan tempat ni sebab dia ni nak cari geruh"katanya,mengakui tidak mampu lagi berikhtiar.Bukan mudah mahu melawan makhluk demikian kalau tidak cukup kemahiran menentang muslihatnya.
  "Habis,kita nak buat apa?"soal latip dengkot setelah memakai semula seluarnya.
"Kita balik saja"jelas usop katik.Kalau berkeras mahu bertahan,mana tahu langsuir itu sengaja mencari niat salah.Mungkin ada di antara mereka akan dikorbankan.
Dia sendiri sudah melihat latip dengkot berguling-guling ditanah akibat senak perut.Boleh jadi latip dengkot tidak dapat diselamatkan kalau dia berdegil mahu juga mendekut.Lebih baik mengalah sahaja dengan membatalkan niat mahu mendekut.
Apa sangatlah burung ruak-ruak kalau dibandingkan dengan nyawa mereka.Barangkali langsuir itu jelmaan sahaja.Mana ada langsuir berani melihat lelaki bertelanjang bogel.Makhluk sepertinya juga pemalu sampai tidak sanggup melihat lelaki berbogel didepannya.
  Cuma lelaki sahaja gerun kalau terserempak langsuir.Maklum sahaja,muka langsuir hodoh,dengan daging mukanya bergayut-gayut laksana gelambir ayam jantan.Wap nafasnya juga berbau busuk seperti bangkai sudah berulat.
Mereka terus meninggalkan tempat itu.Tidak siapa pun berani bertahan setelah usop katik sendiri mengajak berundur.Tetapi,baru beberapa ela mereka meninggalkan jaring yang terentang,latip dengkot tersuluh harimau tercangkung tidak jauh dari mereka.
Mengaum kuat harimau tersebut sebaik sahaja mukanya disuluh.Taringnya menyeringai,seolah-olah mengadang mereka.Kemana lagi mahu berundur kalau jalan sudah disekat sang hariamau.Binatang itu tidak berganjak dari lorong tersebut,seolah-olah mahu memerangkap mereka.
"Geruh nampak kita,tok pawang"bisik tapa cengkot,mula berasa bimbang.Kesal juga tapa cengkot melanggar pantang larang abangnya,nyok saedon.
"Kita serbu saja,pak usop"latip dengkot tidak sabar dengan keadaan demikian.Mahu sahaja dia menghunus parang memangkas kepala harimau berkenaan.Biarlah apa pun berlaku.Ketika ini,sama ada bertahan ataupun berundur,geruh mereka tetap tidak dapat dielakkan.
"Jangan latip"cepat-cepat jali juling menegah.
"Kau takut?"ejek latip dengkot,mengertap bibir disebabkan terlalu geram diancam demikian.
"Ini bukan perkara takut atau berani"sahut jali juling,cuba menyabarkan rakannya itu.
"Jangan habis ikhtiar"usop katik mula memberi perangsang.Dia tidak boleh tunjukkan kebimbangan di depan mereka.Tentu dia akan dianggap pawang tidak berguna kalau ikut sama tidak keruan.
"Belakang langsuir,depan harimau"tapa cengkot mengeluh panjang."Kalau dapat kita panggil nyok saedon,panjang ikhtiar dia"bisiknya tidak menentu.
"Biar aku menyusur parit"jali juling menawarkan dirinya.Kalau mahu melepaskan diri daripada adangan harimau itu,dia boleh menyimpang masuk ke dalam parit.Kemudian,berenang menyusur parit hingga ke kunci air.Dari situ dia akan naik ke darat dan berkejar ke rumah nyok saedon,kalau benar orang tua itu boleh diharap.
  "Parit tu dalam"tapa cengkot mengingatkan dia.
Tanpa menghiraukan jawapan tapa cengkot,jali juling terus menyusup tengah belukar bakau.Kemudian,terus masuk parit hingga tenggelam paras dada.Memang terasa sejuk akibat badan terendam dalam air pada tengah malam demikian,tetapi dia perlu menyelamatkan rakan-rakannya.
  Sewaktu sampai dihalaman rumah nyok saedon,ayam jantan sudah berkokok galak.Terkejut nyok saedon apabila dipanggil oleh jali juling dari tengah halaman.
"Kenapa?"soalnya pendeh semasa menjengah dari tingkap bilik.
"Kami dalam geruh"beritahu jali juling,tidak berselindung lagi.Biarlah seisi kampung tahu mengenai kejadian yang menimpa mereka berempat.Tentu nyok saedon juga tidak tergamak melihat adiknya,tapa cengkot,diancam geruh begitu."Kami mendekut,tapi diganggu langsuir"katanya,terketar-ketar kesejukan.
"Kenapa pula kau basah kuyup ni?"geli pula nyok saedon apabila melihat pakaian jali juling basah kuyup.
"Aku terjun part,sebab harimau tunggu didepan"cepat sahaja jali juling menjelaskan.
"Yang lain-lain di mana?"soal nyok saedon,terkuap-kuap menahan rasa mengantuk.
"Terkepung disana"ujar jali juling.Dia sendiri sukar mahu bercakap disebabkan dadanya terlalu sebak.
"Sebab itu aku cakap,kalau mendekut jangan gunakan pawang"bentak nyok saedon,mula memarahi jali juling."Banyak pantang larangnya yang kamu semua tak boleh ikut".
  Mengapa mahu mendekut burung ruak-ruak dengan menjualnya ke pasar.Kalau untuk makan sekeluarga tentu tidak ada apa-apa dugaan yang mesti ditempuh,tetapi masing-masing sudah tidak dapat menahan nafsu.Asal datang beratus-ratus ruak-ruak menyerbu ke jaring akan disumbat ke dalam raga setinggi berdiri.
Kemudian,mereka akan bercerita sekeliling kampung.Terlalu bangga mereka dapat mendekut beratus-ratus ekor burung ruak-ruak.Biar seisi kampung dengar mereka menjual ke pasar hingga dapt lima puluh enam puluh ringgit.Siapa tidak bangga apabila kemahiran mereka mendekut menjadi buah mulut orang-orang kampung.
Ini yang nyok saedon tidak suka.Apa salahnya kepandaian sendiri tidak seorang pun tahu.Sebab itulah dia melarang tapa cengkot memperagakan kebolehan meniup buluh pendekut.Kalau mahu mendekut biarlah bersama dia,tetapi tapa cengkot membantah.
"Kamu semua tamak haloba"tidak dapat nyok saedon menahan sabar.
  Jali juling tidak menyahut.Dia tercegat sahaja tengah halaman menunggu nyok saedon.Macam mana marah pun dia percaya orang tua itu tetap akan membantu.Masakan dia tergamak membiarkan adiknya sendiri diancam geruh.
Sekalipun merungut-rungut marah,nyok saedon bingkas juga bangun.Kain selimut disandang ke bahu.Sempat juga dia mencapai parang yang tersangkut di dinding sebelum menyuruh isterinya,yong majeni,menutup pintu.Yong majeni tidak membantah.Terkuap-kuap dia menutup pintu selepas nyok saedon turun ke tengah halaman.
  Ketika mereka sampai dihujung parit,harimau itu masih tercangkung tidak berganjak.
"Jali,kamu ikut dimana aku jejakkan kaki"perintah nyok saedon,terus melangkah menyisih sedikit dari tempat harimau itu tercangkung.Jali juling mematuhi sahaja perintah nyok saedon.
Terasa sikunya tersentuh kepala sang harimau,sekalipun menyisih sedikit dari lorong sempit yang dikelilingi belukar bakau,tetapi harimau itu tidak menghiraukan.Ia tertegun disitu seolah-olah tidak ada siapa pun melintas berhampiran dengannya.
"Kenapa ni,tok pawang?"terus sahaja nyok saedon bertanya sebaik sampai di hadapan mereka.
"Entahlah,nyok..mati akal saya"beritahu usop katik,merendah.
  "Langgar pantang agaknya ni.."nyok saedon menuduh.
"Malam ni kami tak buat apa-apa.."sahut latip dengkot,mula berani.
"Boleh jadi malam lain"kata nyok saedon,keras.
"Barangkali juga"jelas usop katik,perlahan.
Baru usop katik teringat pasal burung ruak-ruak yang mereka sumbatkan ke dalam buntil tepung.Disebabkan terlalu ghairah,tidak sempat latip dengkot dan jali juling menyediakan raga.Asal tersangkut sahaja burung ruak-ruak di jaring,mereka sumbatkan ke dalam buntil tepung hingga sendat.
  Belum sempat sampai ke rumah,semua burung ruak-ruak tersebut terkejang mati,tidak sempat disembelih.Tidak terfikir pula mereka burung-burung berkenaan boleh mati apabila di sumbat kan hingga sendat.
  Biasanya,dalam buntil tepung itulah mereka isikan.Tetapi setakat lima belas atau dua puluh ekor memang tidak ada yang mati.
"Kalau langgar pantang memang padanlah kene"gerutu nyok saedon setelah diberitahu oleh usop katik mengenai dua buntil penuh dengan burung ruak-ruak mati tidak sempat disembelih."Kalau dah panggil orang punya,kenapa dibuang macam tu?"
Sepatutnya,bangkai burung ruak-ruak itu dipulankan semula kepada gembalanya.Kalau tidak kenal siapa gembalanya,jangan cuba gunakan pawang.Lebih baik mendekut dengan meniup buluh semata-mata.
Masing-masing tidak berani lagi bersuara.Usop katik sendiri mengakui kesalahannya melanggar pantang larang itu.
"Mana jaringnya?"nyok saedon tercangak-cangak memerhatikan dari situ.
Latip dengkot terus berpatah balik ke tempat jaring yang terentang.Ketika ini,langsuir seperti perempuan berambut panjang itu,masih lagi berpaut pada tiang buluh jaring.Mereka semua melihatnya tanpa mahu berundur lagi.
Biarlah mereka berhadapan dengan langsuir,kalau dibelakang sudah menunggu harimau belang.Kemana sahaja tetap geruh.Tetapi,setelah nyok saedon sampai mereka tidak bimbang lagi.Usop katik sendiri mengkui,dia tidak boleh tandingi nyok saedon.Cuma orang tua itu sahaja macam harimau yang menyembunyikan kuku.Dia tidak akan bertindak kalau bukan terdesak.
"Hei langsuir,tak sedarkah muka kau hodoh..?"nyok saedon mencebik bibir,mengejeknya.
Lantas langsuir itu mengilai langsing,seolah-olah menyahut kata-kata nyok saedon.Ia menggoncang tiang jaring bagaikan mahu mencabar,tetapi tetap melekap tidak melepaskan buluh tiang jaring itu.
"Oh,kau nak tunjuk berani ya"ujar nyok saedon,bercekak pinggang menghadap langsuir itu.
Kelihatan rambutnya yang terurai panjang berayun-ayun ditiup angin malam.Bau hancing kencingnya menusuk kehidung,hingga terasa meloyakan.Tidak bertangguh usop katik membacakan manteranya sambil mengisar-ngisar tapak tangan.
Semakin kuat usop katik membaca mantera,semakin galak langsuir itu menggoncang tiang jaring sehingga jali juling tidak sedar dia terkencing dalam seluar akibat ketakutan.
  "Emm,kau nak tunjuk kuat dengan aku"jerkah nyok saedon,menghentakkan kakinya ke tanah.Lantas dia membacakan : Inna fikh tilafillali wannahari wama khalaqallahu fissama watiwal ardhi la ayatin li qaumi yattaqun".
  Tersentak langsuir itu.Ia merungut-rungut seperti menangis teresak-esak.Rambutnya yang terurau berasap tebal bagaikan debu panas berwap disimbahi air.
Langsuir itu sudah tidak bermaya mahu menggoncang tiang jaring.Ia tercungap-cungap bagaikan terlalu sebak menahan pilu.Usop katik pula bertambah garang membacakan manteranya setelah melihat langsuir itu mulai lemah.
"Sekarang kau nak tunggu,atau nak pergi?"nyok saedon semacam memberi amaran.
Semakin banyak langsuir itu menyemburkan kencing yang berbau hancing.Ia tetap melekap pada tiang jaring.Tempias kencing yang berbau hancing itu menyinggahi kepala nyok saedon,Menyebabkan dia bertambah marah.
  "Laknat kau,langsuir"gerutunya,mengertap bibir sambil menggosok matanya yang pedih akibat terkene tepias kencing langsuir berkenaan."Aku akan rentap rambut kau"katanya,terus membacakan : Huwa auwalu,wal akhiru,wal zahiru,wal batinu,wahuwal arsyil azzim".
Sekaligus nyok saedon menghambur memegang pangkal tiang jaring dan terus menggoncang kuat,sampai hujung tiang jaring melentur-lentur seperti joran pancing dijujut ikan besar.
Goncangan yang kuat itu menyebabkan langsuir itu tidak dapat berpaut kuat.Dia terhumban,tetapi sebelum sempat jatuh ke tanah,dia sempat menghambur semula ke atas.Kemudian,melayang ke udara seolah-olah burung ruak-ruak yang terbang di tengah kegelapan malan.
  "Tak berani pula kau tunggu"ejek nyok saedon setelah lembaga menyerupai perempuan hodoh berambut panjang itu hilang bersama kegelapan malam.Bau hancing kencingnya masih juga menyendat hidung.Terpaksa nyok saedon mengibas-ngibas dengan kain selimut yang tersandang dibahu bagi membuang percikan tempias kencing itu.
Barulah mereka menarik nafas lega.Sudah tentu gangguan langsuir itu hilang bersama angin malam.Latip dengkot sudah berani menarik jaring mahu melepaskan burung jampuk yang tersangkut di situ.
"Belum seleasai lagi,latip"ujar nyok saedon,memandang anak muda yang menyanyi-nyanyi girang itu mencampakkan burung jampuk yang lama tersangkut di jaring."Tengok dibelakang tu,dia masih tercangkung"katanya,menuding ke arah harimau yang mula menderam.
Ngauman harimau itu memang menggerunkan.Kalau harimau tersebut menghambur,sudah tentu mereka akan disambar.Kemana mahu mengelak sekiranya harimau tersebut mengganas.Bukan boleh menyusup menyembunyikan diri dalam belukar bakau yang padat tidak ada ruang itu.
Apabila mendengar bunyi ngauman harimau itu,kecut perut latip dengkot.Cepat-cepat dia meninggalkan jaring lantas merapati usop katik,tetapi dia tahu usop katik juga tidak bileh diharap.
"Kau takut ke,latip?"sial nyok saedon,mendengus-dengus.Latip dengkot tidak menyahut.Serba salah dia mahu memberitahu."Sekarang,kau tiup buluh pendekut"perintah nyok saedon,berpaling pada latip dengkot.
  Mahu tidak mahu terpaksa juga latip dengkot meniupnya.Gema tiupan buluh pendekut nyaring di tengah malam.Sayup-sayup menghimbau hingga ke pelosok kampung.Tetapi,tidak ada seekor pun burung ruak-ruak melintas,sekalipun puas latip dengkot meniupnya.
  "Biar aku pula yang tiup"tapa cengkot menawarkan diri setelah tiupan buluh pendekut latip dengkot tidak memberi kesan.
"Jangan"kata nyok saedon,keras."Urusan latip,biar dia sendiri bereskan"ujarnya sambil menepuk tangan tiga kali.
  Sekonyong-konyong seekor burung berlegar dikepala.Masing-masing menjangka tentu burung jampuk lagi.Sekiranya burung jampuk mengganggu,memang nasib tidak baik.Apalagi kalau masuk menyerbu ke jaring.Terpaksa dilangir semula dengan tujuh jenis limau.Kalau tidak,selama itulah mereka terpaksa menanggung sial besar.
"Jangan sesiapa pun menyuluh"cepat-cepat diingatkan oleh nyok saedon sebelum jali juling mengalihkan lampu suluhnya ke arah burung yang berlegar-legar di kepala."Masuk kau ke jaring"dia melanjutkan sambil mengurut-ngurut tangan dari paras siku ke bawah.
Seperti memahami perintah nyok saedon,burung tersebut menerpa ke jaring.Menggelepar ia tersangkut disitu.Kemudian,nyok saedon sendiri mencekup burung tersebut.
  Sebaik sahaja selesai dia menyembelih burung itu,nyok saedon menyuruh latip dengkot mencampakkan kepada harimau yang tercangkung menunggu.Tidak bertanggung,harimau itu mencakupnya.
Setelah jelas burung ruak-ruak siap disembelih itu sudah digenggam oleh harimau berkenaan,nyok saedon mematahkan ranting bakau sebesar kelengkeng.
"Selepas makan burung tu,berambus kau"dia mencemuk muka sambil mengibas-ngibas ranting bakau pada daun-daun anak kayu disisinya.
mengeleng-geleng kepala harimau berkenaan.Selepas membaham burung yang siap disembelih itu,ia bangun perlahan meninggalkan hujung parit.Ngauman nya juga tidaklah menggerunkan lagi.
Setelah harimau itu meninggalkan mereka,barulah nyok saedon menyuruh adiknya meniup buluh pendekut semula.Sehingga santak subuh mereka mendekut,banyak juga burung ruak-ruak masuk ke jaring.Hampir dua puluh ekor seorang mereka dapat burung ruak-ruak pada malam berkenaan.
"Memang saya ingatkan,mendekut jangan pakai pawang"beritahu nyok saedon ketika saya berkunjung kerumahnya di bagan sungai belukang."Ustaz mungkin tak percaya,tapi disini dulu hutan bakau.Bukannya ada sebatang pun kelapa seperti sekarang"jelasnya menggulung rokok daun nipah hingga sampai sebesar ibu jari kaki.
Puas juga saya mengajak dia mendekut,tetapi nyok saedon enggan pergi.Dia tidak mahu lagi mendekut setelah ada pihak yang menjual burung ruak-ruak ini hingga lapan puluh sen seekor.Memang dari dulu,nyok saedon tidak akan menjual burung ruak-ruak hasil daripada mendekut.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now