86.Jubah Putih Dihutan Bakau

1.6K 23 0
                                    

Banyak keris tua teradapat di rumah abang mat jabal,dibungkus dengan kain hitam atau kain kuning.Sebilah keris panjang yang dibungkusnya dengan kain kuning sering digunakannya kalau mengubati pesakit.Dia akan mengasap dengan kemenyan sebelum menyeru dan membaca mantera.
Tidak tahu pula saya apa mantera yang dibaca oleh abang mat jabal,kerana dia sekadar mengumat-ngamitkan mulut sahaja.Tetapi dia enggan membakar kemenyan sekiranya saya datang.Beberapa kali saya berkunjung kerumahnya,dia sengaja bercerita perkara lain daripada pengalamannnya.
Dia sendiri mengaku dihadapan nyok saedon,sukar dia menyeru sahabat-sahabat ghaibnya kalau saya ada bersama.Apalagi kalau saya sentiasa berzikir didalam hati hingga terasa seluruh urat bergetar sama.
Nyok saedon lah yang memperkenalkan saya kepada anak angkatnya itu di bagan datoh.Tetapi abang mat jabal tidak minat mendekut burung ruak-ruak seperti nyok saedon.Dia hanya banyak menyimpan senjata-senjata lama yang dijaganya baik-baik.
Semasa saya serahkan badik tua pemberian ulung sali beberapa tahun dahulu kepadanya,abang mat jabal merenung mata badik itu lama-lama.Tiba-tiba dia menangis tersengguk-sengguk sambil menggenggamnya erat-era.
  "Siapa beri ustaz badik ni?"soalnya,perlahan sambil mengesat pelupuk mata.
"Orang dari pahang"jelas saya.
"Kenapa ustaz berikan pada saya?"dia mengerling nyok saedon yang sama-sama datang dengan saya.
"Saya pun tak buat apa,cuma abang yang suka simpan senjata macam ni"beritahu saya secara ikhlas.
Dia mengangguk sambil menatap badik tersebut.Setiap kali dia membelek-belek mata badik itu,cepat-cepat dia mengesat pelupuk matanya.
"Sayang,badik ni tak dijaga.."keluhnya,macam tersangat kesal."Merajuk dia,sebab itu mesti dipulihkan balik"ujarnya,mengusap-usap hujung mata badik tersebut.
  Semenjak diberikan oleh ulung sali badik itu,saya tidak pernah mengasapkannya dengan kemenyan pada setiap malam jumaat.Tidak pernah dilangirkan dengan limau,atau dibungkus dengan kain kuning.Langsung tidak terlintas dihati saya untuk menjaganya sama seperti dilakukan oleh abang mat jabal terhadap senjata-senjata lama yang dikumpulkannya.
Semasa ulung sali memberikan saya badik itu,dia hanya menyuruh saya menjaganya.Dia meminta diasapkan dengan kemenyan setiap malam jumaat selepas maghrib,dan dibungkus dengan kain kasa berwarna kuning,tetapi saya tidak menganggapnya sebagai satu amanah.
Lagipun,apa perlunya saya menjaga badik tersebut dengan terlalu istimewa,kerana yang perlu kita istimewakan daripada segalanya ialah allah subhanahu wa taala semata-mata.
Semasa saya menerima badik itu daripada ulung sali,tidak ada apa-apa perjanjian antara kami.Dia yang mendesak sangat supaya saya menjaga badik itu.
"Cuma angah yang tok ulung percaya boleh menjaganya"ujar orang tua itu bersungguh-sungguh.
Saya sekadar tersenyum dengan penjelasan ulung sali.Bagaimana dia boleh mempercayai saya akan menjaga badik tersebut seperti yang dikehendakinya?.
Sebelum itu,sewaktu dia bertanyakan kepada sepupu saya,ustaz mat deh,memang terus terang ustaz mat deh menolah.Sayu juga hati ulung sali apabila dimarahi oleh ustaz mat deh supaya tidak memuja-muja badik tua itu.Sebab itulah dia lebih senang dengan saya.Ulung sali tahu saya tidak bersikap seperti ustaz mat deh yang mudah memarahinya kalau ada sesuatu yang dianggap bertentangan dengan pendiriannya.
Pernah ustaz mat deh menyuruh dia berhenti daripada menjadi bomoh dan mengamalkan jampi mantera.
"Angah tak sama dengan mat deh"jelasnya apabila saya bersetuju menerima badik tersebut.
Kemudian,saya berikan dia wang tiga puluh ringgit,seolah-olah 'pengeras' sebagai tanda saya menerimanya daripada dia.Terlalu gembira ulung sali,lantas dia memeberikan saya mantera untuk mengasap badik tersebut :
'Assalammualaikum nenek petala langit
Setinggi-tinggi sampai ke langit
Aku nak menyuruh,aku nak menyeraya
Berkat lailahaillallah...'
Tetapi saya tidak pernah mengamalkannya atau menyentuh badik itu yang saya simpan didalam laci meja.Hinggalah nyok saedon memberitahu mengenai abang mat jabal yang banyak menyimpan senjata lama yang dikumpulkannya.
  "Merajuk dia ustaz.."ulang abang mat jabal ketika memicit-micit hujung mata badik tersebut.
Saya tidak menyahut.Sekalipun bimbang abang mat jabal akan memuja senjata-senjata lama itu,tetapi saya percaya dia memahami akan kelemahan keris atau badik yang dikumpulkannya selama ini.Senjata-senjata itu tidak berkuasa apa-apa.
"Pusaka orang dari seberang,dah beribu tahun umurnya"sampuk nyok saedon yang lama terdiam memerhatikan abang mat jabal mengasapkan dengan kemenyan.
  Abang mat jabal mengangguk.Dia sendiri mengakui badik itu pusaka turun temurun dari tanah sumatera,tetapi ulung sali tidak pernah memberitahu saya demikian.
"Sudah makan daging orang"beritahu abang mat jabal,perlahan ketika menggenggam badik itu erat-erat.Dia menjelaskan,badik itu milik pendekar yang sudah digunakan dalam peperangan.
Tetapi saya tidak menganggap segala penjelasan abang mat jabal itu betul.Mungkin apa yang diramalkannya berdasarkan daripada besi badik itu,setelah dibandingkan dengan besi keris-keris lama yang dikumpulkannya selama ini.
Bagaimanapun,saya tidaklah mempertikaikannya.Memang menjadi tabiat saya tidak gemar mempertikaikan apa pun penjelasan demikian.Sama ada benar atau tidak ramalannya bukan lah penting sangat kepada saya.Tetapi dengan cara itu sahaja lah saya dapat berkenalan lebih mesra dengan abang mat jabal.
"Keris ni pemberian orang"beritahu abang mat jabal apabila menunjukkan sebilah keris tua berbungkus dengan kain kuning.
"Siapa yang memberi abang?"sengaja saya menduganya.
  Tersenyum abang mat jabal mengerling ke luar jendela.Dia memerhati muara sungai yang membiru bercantum dengan laut besar.
"Cuba ustaz pandang ke situ semasa air surut"ujarnya,menuding ke arah pasir memutih di tengah muara yang timbul bagaikan benteng batu."Itu namanya beting beras basah".Dia mencecap-cecap bibir memerhati air sungai perak yang meriak-riak hingga berkocak ke bawah rumah yang didirikan di pinggir muara itu.
Saya mengangguk perlahan.Memang sering juga saya mendengar mengenai beting beras basah di kuala sungai perak itu.Tetapi saya tidak dapat mengagak maksud disebalik penjelasan abang mat jabal,apabila dia memberitahu mengenai beting beras basah ini.
Disitu,pasir memutih akan timbul apabila air surut,seolah-olah melintangi muara sungai.Memang cantik permandangannya,seolah-olah menyekat aliran air.
  "Memang ustaz tak kan percaya"keluhnya,mencapai keris berbalut kain kuning itu lantas diusap-usap mesra.Sama macam nyok saedon mengusap-usap kepala burung terkukur yang jinak bermain ditangan.
"Emm,ustaz ni pun tau,mat jabal"nyok saedon mencelah dengan gelak memanjang."Ayah tau sangat dengan dia,taunya banyak,tapi sengaja nak sembunyi"dia sengaja mencuit bahu saya.
"Saya pun dah agak macam tu"beritahu abang mat jabal,tersengih-sengih.
  "Beting beras basah ni,banyak menyimpan rahsia orang perak"kata nyok saedon,bingkas bangun berdiri dijendela."Mat jabal ni banyak tau rahsia beting beras basah ni"jelasnya,memicit-micit buku lalinya yang membengkak.
  Abang mat jabal meletakkan semuala keris berbalut kain kuning itu ditempat khas.Dia mengusap-usap muka dengan tapak tangan,hingga jelas misai tebalnya bergerak-gerak.Terlalu sukar dia mahu melupakan sesuatu yang sering bermain dibenaknya.
Seolah-olah baru sangat dirasanya kejadian yang dialaminya ketika menyusur tepi sungai melalui kayu-kayu bakau pada masa mudanya.Dia mengambil upah menebang kayu-kayu bakau di sepanjang muara sungai itu.Setiap hari,abang mat jabal akan menyusur sepanjang muara tidak mengira hari jumaat sekalipun.
Apa sangatlah hari jumaat pada abang mat jabal dalam usia remajanya.Kalau tidak menebang pokok bakau pun dia tidak akan ke masjid.Abang mat jabal akan habiskan masa terconggok di warung kopi.Kadang kala sampai habis orang menunaikan sembahyang jumaat pun,dia masih terconggok disitu.Amid sepet atau semaon mereka mula membuka daun terup.
Selepas mengumpulkan pokok-pokok bakau yang ditebang,abang mat jabal berehat di satu kawasan yang lapang.Dia memerhati betis beras basah timbul semasa air surut.Sambil mencapai bekalan roti dan air minumnya,abang mat jabal terdengar bacaan al-quran terlalu dekat.
Hairan juga dia dikawasan hutan bakau itu masih kedengaran orang membaca al-quran dari arah masjid.Sudah kerap dia sampai ke kawasan itu,tetapi dia tidak pernah melihat masjid.Lagipun dikawasan dia menebang pokok bakau itu,bukannya tempat kediaman.
Tidak tahulah kalau ada perkampungan berhampiran disitu.Dia sendiri tidak pernah menyusup belukar bakau itu hingga menembusi ke sebelahnya.Manalah tahu di sebalik belukar pokok bakau itu,memang ada perkampungan.Tentu mereka sudah bersiap-siap untuk bersembahyang jumaat.
"Emm,dah nak masuk jumaat"abang mat jabal mendongak memerhati matahari tegak dikepala.
Sambil mengesat-ngesat peluh di dahi,terasa juga malu dihatinya terconggok disitu,semasa orang-orang kampung berkenaan pergi ke masjid.Lainlah kalau dikampungnya sendiri.Siapa pun tidak akan mengejek dia.Sapar janggut,amid sepet ataupun semaon masakan berani mahu mengejek.Mereka juga sama tidak ke masjid apabila hari jumaat.
"Ah..sini jauh dari kampung orang"gerutu abang mat jabal,mengipas-ngipas badan dengan kain lilit kepala yang dikibas-kibas macam menghalau nyamuk berterbangan.
  Tiba-tiba dia terkejut apabila mendengar orang memberi salam dari arah belakang.Apabila abang mat jabal berpaling,hatinya berdebar melihat seorang lelaki berjubah putih,bermuka bersih dan memegang tasbih di tangan tersenyum kepadannya.
Dia juga melihat sebuah masjid tersergam tidak jauh dari tempat dia berehat.Tidak ada lagi hutan bakau disitu,kecuali perkampungan yang ramai didiami orang.
"Abang ni siapa?"soal abang mat jabal selepas menyahut salam lelaki tersebut.
"Orang kampung ni,tapi saya tidak pernah tengok adik sebelum ni"katanya ramah melayani abang mat jabal.
"Dimana pula saya?"abang mat jabal kehairanan apabila tiba-tiba sahaja kawasan hutan bakau disitu sudah ada perkampungan.Masakan dia bermimpi,hanya dalam masa beberapa minit saja dia berehat melepaskan lelah disitu.
"Dikampung saya"beritahu lelaki ramah itu.
"Dia kemudiannya mengajak abang mat jabal sama-sama ke masjid.Abang mat jabal enggan mengikutnya,kerana pakaiannya kotor selepas berpeluh-peluh menebang pokok bakau.
Tetapi lelaki itu mendesaknya.Dia sanggup meminjamkan jubahnya,asal saja abang mat jabal ikut ke masjid.Hari jumaat tentulah tidak baik abang mat jabal meninggalkan sembahyang jumaat.
Setidak-tidaknya dia malu pada lelaki disisinya.Tentu seisi kampung itu akan mengejeknya,kerana tidak ke masjid semasa sembahyang jumaat berlangsung.Beberapa orang kampung yang melintasi dia sudah pun menuju ke masjid.Semuanya berpakaian kemas jubah putih dengan lilit serban juga putih.
Masing-masing tersenyum kearahnya,bagaikan mengejek dia terconggok dibawah pokok bakau.Sepatutnya sudah bersiap-siap untuk ke masjid sebelum azan dilaungkan.Suara bacaan al-quran dimasjid terasa menusuk-nusuk kalbu abang mat jabal.
"Marilah kita ke masjid"lelaki itu terus mendesaknya,seolah-olah tidak mahu beredar dari situ."Masih sempat kalau adik nak mandi,dan biar saya ambil pakaian dirumah"beritahunya sambil menunjukkan ke arah rumahnya tidak jauh dari situ.
Serba salah juga abang mat jabal mahu mengelak.Terpaksa dia mandi di muara sungai itu.Dia sendiri tidak sedar bila lelaki itu balik ke rumah mengambilkan pakaian.
"Siapa nama abang?"abang mat jabal gementar sedikit bertanya kepada lelaki itu semasa menyarung jubah putih diberikan.
"Mat ali"beritahu lelaki itu,menepuk-nepuk bahu abang mat jabal setelah dia memakai jubah.
"Dah lamakah abang mat ali tinggal disini?"soal abang mat jabal,hairan.
  "Sejak kampung ni dibuka"jelas mat ali,tersengih-sengih lantas mengajak abang mat jabal ke masjid.
Sudah ramai orang di masjid apabila mereka berdua sampai di halaman masjid.Mereka semua tunduk tidak bercakap sepatah apa pun semasa abang mat jabal beriringan masuk dengan mat ali ke kawasan masjid.Abang mat jabal melihat mereka semuanya memakai jubah putih,serban putih dan menyimpan janggut sejemput dibawah dagu.
Setiap orang yang ada dimasjid semuanya menghormati mat ali.Apabila mat ali mara ke hadapan,seorang lelaki lain memegang bahu abang mat jabal mengajak dia duduk disisinya.Terpaksalah abang mat jabal masuk ke dalam saf lelaki itu,disebabkan mat ali berdiri diatas sejadah imam.
"Adik ni saudara syeikh ali ke?"lelaki yang menarik bahunya bertanya.
"Tidak,saya hanya penebang kayu bakau"ujar abang mat jabal merendah.
  "Bertuah awak kerana rapat dengan imam syeikh ali"bisik lelaki itu,gementar apabila menyebut nama mat ali.
  "Dia imam dikampung inikah?"desak abang mat jabal,ingin tahu.
Lelaki itu mengangguk."Dia juga guru yang mengajar kami semua"jelasnya kembali menunduk sambil memberi isyarat supaya tidak bercakap apa-apa lagi.
Mereka semua tunduk mendiamkan diri,apabila azan mula dilaungkan.Sewaktu mereka semua bangun melakukan sembahyang sunat,abang mat jabal ikut sama berdiri.Tetapi dia serba salah sebab tidak tahu sembahyang sunat tersebut.Dia sekadar mengikut-ngikut sahaja.
Sewaktu syeikh ali naik ke mimbar membaca khutbah,semua orang yang ada didalam masjid menunduk.Tidak seorang pun jemaah didalam masjid itu dikenali oleh abang mat jabal.Kalau mahu dikira,kampungnya tidak lah jauh sangat dari situ.Setidak-tidaknya sekali sekala mereka bertembung muka di pekan bagan datoh.
Saat ini hati abang mat jabal mula diselubungi bimbang.Dimana pula dia tersesat hingga sampai ke perkampungan berkenaan.Padahal bukanlah jauh sangat menyusur pinggir sungai menebang pokok-pokok bakau tersebut.Jalan yang dilaluinya memang kerap ditempuhnya.Memang abang mat jabal cam sangat tempat dia selalu berhenti,bersetenteng dengan beting beras basah itu.
Selesai sembahyang jumaat,semua makmum bersalaman dan mengucup tangan imam syeikh aki.Disebabkan semua orang berbuat demikian,abang mat jabal juga menyuakan tangan pada mat ali.Belum sempat dia mahu mencium tangan mat ali,cepat-cepat lelaki itu menepis tangannya.
Hairan juga abang mat jabal dengan sikap mat ali yang tidak membenarkan dia mencium tangan seperti makmum lain.Sewaktu berpaling ke belakang ke pintu masjid,abang mat jabal melihat semua orang yang turun dari masjid hilang entah kemana.
"Kemana mereka semua,abang?"bimbang benar hati abang mat jabal dengan kejadian tersebut.
"Balik ke rumah masing-masing"ujar mat ali,perlahan.
Tetapi abang mat jabal tidak nampak menuju kerumah.Semua nya hilang sebaik sahaja turun dari masjid.
  "Mari kerumah abang dulu..."mat ali mempelawa sebaik sahaja mereka turun ke halaman masjid."Kita makan bersama"katanya ramah sambil menepuk-nepuk bahu abang mat jabal.
Ketika menuju ke rumah mat ali,sempat abang mat jabal menoleh.Berdebar hatinya apabila masjid yang tersergam tadi tidak ada lagi.Semuanya hutan bakau padat.Tetapi mat ali masih berjalan disisinya.
"Dimana saya sekarang,abang?"abang mat jabal tertanya.
  "Adik jangan takut selagi berjalan dengan abang"mat ali memberi jaminan.
Mereka sampai disebuah pondok yang berdindingkan dan berlantaikan kayu bakau bulat.Atap nya nipah dengan sebahagian rumah itu menganjur ke dalam air,tidak ada siapa pun disitu.
"Abang tinggal disini seorang diri.."beritahu mat ali sambil mempelawa tamunya makan.
"Mana keluarga abang?"abang mat jabal memberanikan diri.
  "Semua orang mukmin keluarga abang"jelasnya tersenyum,seolah-olah mahu menyembunyikan keluarganya daripada pengetahuan abang mat jabal.
Memang rumah tersebut tempat tinggalnya seorang diri.Dipenjuru rumah hanya ada sehelai tikar dan sebuah bantal untuk tidur.Tidak tahu pula cara mana mat ali mencari nafkah.Kalau dikatakan dia nelayan,tidak ada sampan disitu.Malah,jaring atau bubu juga tidak kelihatan dimana-mana.
Hidangan tengah harinya ada ikan masin.Tentu ikan itu dikeringkan sendiri.Memang mat ali sendiri turun ke muara menangkap ikan.Kalau mahu dikatakan turun ke pekan bagan datoh membelinya,tidak pernah pula dia bersua muka dengan mat ali.
"Sudah lama abang mencari ketenangan dipondok ini"ujar mat ali setelah selesai makan.Sambil menggulung rokok daun dia menyambung."Abang tinggal bersendirian untuk mengabdikan diri kepada allah"dia menjelaskan kedudukan sebenar dirinya.
"Selalukah abang ke pekan bagan datoh?"soal abang mat jabal.
  "Eh..dimana lagi pekan kita,kalau tidak bagan datoh.."dia senyum dengan pertanyaan abang mat jabal.
"Tapi,tak pernah saya nampak abang.."cepat sahaja abang mat jabal memintas.
"Abang nampak adik,cuma adik yang tak kenal abang"sahutnya,macam menyindir.
"Dimana abang nampak saya?"desak abang mat jabal.
"Adik selalu main terup diwarung tu"beritahunya,perlahan.
  Tersengih-sengih abang mat jabal.Memang dia tidak dapat berdalih apabila dituduh demikian.
"Jauhkan diri daripada kemungkaran,adik"ujar mat ali,memberi nasihat.
Abang mat jabal tidak menyahut.Dia menunduk kesal.Malu benar dia kerana perangainya selama ini diketahui mat ali.Kalau mat ali sering ternampak dia bermain terup,tentu banyak perkara lain yang diketahui lelaki itu.
"Abang tau,adik selalu ke teluk intan"belum sempat dia menjelaskan apa-apa,mat ali sudah menyindirnya lagi."Adik cari perempuan tak baik disana.."dia menerangkan segala keburukan abang mat jabal.
"Selepas ni,saya berjanji tak buat lagi,abang"terhambur pengakuan tulus ikhlas daripada mulut abang mat jabal.
"Baguslah begitu,adik"sahut mat ali,gembira dengan pengakuan tersebut."Berjanjilah dengan allah yang maha mengetahui,yang ghaib dan yang nyata"katanya,menatap muka abang mat jabal.
Berlinang air mata abang mat jabal.Sayu benar hatinya apabila kenangkan kenakalannya selama ini.Pertemuan dengan mat ali tu seolah-olah menyedarkan dia daripada kesalahan yang dilakukan.
Ketika inilah mencapai sebilah keris yang diletakkan dikepala tiang rumah.Hulu keris tersebut sudah reput,manakala matanya juga seolah-olah berkarat disebabkan lama terbenam di tanah.Semasa mat ali mengambil keris itu,dia menepis-nepis tanah yang melekat pada mata keris.
"Jagalah keris ni,adik"katanya,lantas menghulurkan keris tersebut kepada abang mat jabal.
"Kalau nak elok,adik buatkan hulu dan sarungnya"dia memberitahu.
  "Keris pusaka abangkah ini?"abang mat jabal masih ragu.
  Mat ali mengangguk.
Selepas menerima keris itulah,abang mat jabal ditinggal kan oleh mat ali.Tiba-tiba sahaja lelaki itu keluar dari rumah berkenaan dengan tidak memberitahu kemana haluannya.
Setelah puas abang mat jabal menunggu,segera dia menjengah keluar.Tidak ada lorong yang dilaluinya sebelum itu.Semua nya hutan bakau padat tidak ditempuhi orang.Apabila dia balik semula ke rumah mat ali,tidak ada pun kesan rumah tersergam disitu.
"Ah..kene perdayakah aku?"gerutu abang mat jabal.
Tetapi ditangannya masih tergenggam keris tua yang diberikan oleh mat ali.
Setelah menyedari dia terperangkap ditengah hutan bakau,abang mat jabal terus mencari jalan balik ke tempat dia berehat.Setelah dapat camkan beting beras basah,dengan mudah dia mendapat jalan balik.
Ketika dia sampai dirumah,emaknya terkejut.Tidak bertangguh mak embun menaburkan beras kunyit ke kepalanya.Hairan juga abang mat jabal apabila emaknya menaburkan beras kunyit itu.
Orang-orang kampung juga berkumpul dirumahnya sebaik sahaja diberitahu abang mat jabal sudah balik ke rumah.
  "Ke mana kau pergi,jabal?"tanya ayahnya,yop kemai.
"Memotong kayu bakau"jelasnya,perlahan.
"Takkan sekarang baru kau balik?"amid sepet cepat-cepat mencelah.
"Aku pergi pagi,balik petang,biasalah tu.."ujar abang mat jabal semakin hairan kerana orang-orang kampung berkumpul disitu.Seolah-olah dia orang asing pula ditengah kalangan mereka.
"Pergi pagi,balik petang..?"mak embun mula sengguk-sengguk mendengar jawapan anaknya."Kau kene sampuk orang beting beras basah ni.."mak embun menuduh.
  "Ah..pagi tadi saya baru memotong kayu bakau,kenapa pula nak sibuk?"abang mat jabal cuba mententeramkan emaknya.
  "His..dua minggu kami mencari kau"ujar sapar janggut.
"Merepek lah kau sapar,baru pagi tadi aku tinggalkan rumah"abang mat jabal membantah.
"Dua minggu kau tak balik"jelas semaon menyebabkan abang mat jabal bertambah hairan.
Semaon tidak berbohong.Memang sudah dua minggu mereka seisi kampung mencari abang mat jabal dikawasan hutan bakau.Mereka sekadar menemui sampannya tersadai pada satu lorong di celah hutan bakau tersebut.Puas mereka mencarinya,tetapi tidak ada apa pun kesan yang boleh dijejaki.
Semaon,amid sepet dan sapar janggut sudah menyusup jauh hingga ke sebalik hutan bakau.Sampai dibagan pun,abang mat jabal tidak ditemui.Masing-masing mula menuduh,tentu buaya penunggu muara memerangkap abang mat jabal.
Hanya seekor sahaja buaya penunggu itu.Ia tidak akan mengaggu sesiapa kalau seseorang itu tidak bercakap takbur.Tetapi,manalah tahu buaya penunggu itu marah dengan sikap abang mat jabal yang seringkali mencabar sesiapa sahaja.
Malah,abang mat jabal juga memperkecil-kecilkan penunggu beting beras basah,kalau turun ke air menyusur pinggir sungai meranduk hutan kayu bakau disitu.Kadangkala ditegur juga oleh mak embun.Celupar sangat mulut abang mat jabal hingga tidak percaya dengan penunggu disitu.
Ketika mereka mengerumuni abang mat jabal yang baru balik,masing-masing tidak menyedari mat ali datang ke situ.Hanya abang mat jabal sahaja yang nampak mat ali berjalan dari atas beting beras basah meniti air,seolah-olah berjalan diatas jambatan.
"Silalah masuk,abang"abang mat jabal mempelawa mat ali yang berjalan di awang-awangan menuju ke jendela rumah.
Tercengang jiran-jiran melihat abang mat jabal bercakap sendirian.Memang mereka tidak tahu kehadiran mat ali disitu.
"Abang nak mengajar adik"beritahu mat ali ramah,sama seperti ketika ditemuinya sebelum itu.
"Memang saya kehilangan,abang.."jelas abang mat jabal,tidak menghiraukan jiran-jiran.
Kedatangan mat ali itu bertujuan mengajar dia menjaga keris pusaka yang diberikannya.Mat ali juga mengajarkan dia menggunakan ayat-ayat quran bagi mengubati penyakit.
  Disebabkan yop kemai menjangka anaknya sakit apabila merepek bercakap seorang diri,dia menjemput nyok saedon.
Tersenyum nyok saedon sebaik sahaja menjejak kai dirumah yop kemai.Ketika dia menatap mata abang mat jabal,dia sudah dapat mengagak.Abang mat jabal bukannya menghidap penyakit.Dia perlu diasuh supaya mat ali sentiasa mendampinginya.
"Jabal ni tak sakit.."beritahu nyok saedon,tegas.
"Dia perlu dibimbing,biar aku membimbingnya"dia memberi jaminan untuk membantu abang mat jabal.
Semenjak itu,abang mat jabal boleh mengubati siapa sahaja yang sakit dikampung berkenaan.
Hingga mak ngah biyah juga hampir tidak percaya dengan kebolehan abang mat jabal.Sakit yang dihidapi mak ngah biyah sudah lebih lima tahun.Perutnya keras tidak menentu.Kadangkala terasa berbonjol sebesar penumbuk di dalam perut.Bonjol itu pula bergerak-gerak bagaikan melarikan diri kalau disentuh.
Puas dia berubat sampai ke tanjung malim,tetapi penyakit itu tidak dapat dipulihkan.Dibawa ke hospital,doktor sendiri tidak dapat mengesahkan penyakit sebenarnya.Bagaimanapun mak ngah biyah enggan dibedah,apabila doktor mengambil keputusan untuk membedahnya.
"Kenapa tak jumpa jabal?"ujar nyok saedon sewaktu perempuan itu menemui dia.
"Nyok tak bolehkah cuba..?"desak mak ngah biyah disebabkan tidak yakin dengan kebolehan abang mat jabal.
  "Aku rasa jabal serasi ubatkan kau"beritahu nyik saedon.
  Terpaksalah mak ngah biyah menemui abang mat jabal.Bertambah kuat dia tidak mempercayai abang mat jabal,apabila anak muda itu memberitahu dia diganggu ilmu hitam.Abang mat jabal memberitahu ada barang ilmu hitam ditanam orang dikawasan halaman rumah.
Disebabkan tidak yakin dengan abang mat jabal,dia tidak mahu mematuhi kemahuan abang mat jabal menyediakan tujuh kuntum bunga tanjung,air dari tujuh kuala dan air dari tujuh masjid.
"Kalau mak ngah tak mau pun tak apa"abang mat jabal memberi semangat kepadanya melawan ilmu hitam tersebut."Cubalah mak ngah amalkan sendiri sembahyang tahajud berturut-turut sampai tujuh malam"katanya merendah.
Mak ngah biyah bersetuju melakukan sembahyang sunat tahajud ditengah malam.Kalau benarlah ramalan abang mat jabal dia terkene ilmu hitam,semoga allah lindungkan dirinya dan keluarganya daripada gangguan tersebut.
  Seminggu mak ngah biyah melakukan sembahyang sunat tahajud,tiba-tiba dia dikunjugi seorang anak muda pada sebelah tengah harinya.Tidak segan-segan anak muda itu meminta air segelas untuk minum.Semasa meneguk air itulah anak muda itu memberitahu dikawasan halaman rumah mak ngah biyah ada tertanam barang ilmu hitam.
"Kalau awak bileh cari,carikanlah.."ujar mak ngah biyah antara percaya dengan tidak.
Tidak bertangguh anak muda itu keluar kehalaman.Dia berjalan tujuh langkah ke hadapan menghala ke penjuru pagar,kemudian undur semula tiga langkah.Apabila dia melangkah ke kiri tiga langkah,tiba-tiba dia melompat seolah-olah kakinya terpijak ranjau.
Kemudian,dia mengamit mak ngah biyah menghampirinya.Sebaik sahaja mak ngah biyah dekat di sisinya,anak muda itu menghentakkan tumitnya ke tanah dengan membacakan : Innama amruhu iza arada syaian an yaqulalahu kun fayaqun,tiga kali.
Selepas itu dia mengorek tanah bekas hentakannya dengan menggunakan jari telunjuk sahaja.Hanya sejengkal dia mengorek tanah keras itu,dia terasa mulut botol kecil.Cepat-cepat dia menarik botol sebesar kelengkeng itu naik ke atas.
Mak ngah biyah sendiri melihat di dalam botl tersebut ada tiga bilah jarum berkarat dengan beberapa helai rambut.Anak muda itu membungkus botol tersebut dengan sapu tangannya.
Dengan tidak bercakap apa-apa,anak muda itu terus meninggalkan mak ngah biyah selepas memberi salam.
Seminggu selepas dikunjungi anak muda berkenaan,mak ngah biyah merasa perubahan pada dirinya.Bonjol keras diperutnya beransur hilang.Dia tidak lagi diganggu resah setiap senja menjelang.
"Alhamdulillah,mak ngah dah sembuh,jabal"beritahu mak ngah biyah apabila menemui abang mat jabal kemudiannya.
  Tetapi mak ngah biyah tidak mengenali anak muda yang mengunjungi dia.Tidak sempat dia mahu bertanya.Tiba-tiba sahaja dia datang menawarkan diri untuk membantu,kemudian pergi tidak meninggalkan apa-apa pesan.
"Siapa ana muda tu,abang?"soal saya setelah abang mat jabal menceritakan pengalamannya.
"Mungkin imam syeikh ali.."jelasnya perlahan,tetapi kelihatan bulu roma ditangannya meremang tegak seperti kesejukan.
"Ustaz ni tau,tapi sengaja nak bertanya.."cepat-cepat nyok saedon mencelah sambil menepuk kepala lutut saya.
  Abang mat jabal mengangguk.Dia memebelek-belek badik tua yang saya berikan kepadanya itu,setelah diasap dengan kemenyam.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now