63.Hantu Wanita Balas Dendam

2.3K 35 0
                                    

Rumah sewa berdinding papan ini kepunyaan seorang benggali.Sewanya tidaklah mahal sangat,sesuailah dengan keadaan di kampung.Kebetulan benggali berkenaan membela lembu di situ,jadi dia mempunyai kawasan tanah yang luas.Dia telah mendirikan rumah sewa di situ sebanyak empat pintu.
Saya menyewa sebelah hujung sekali arah ke kawasan kebun getah tua.Rakan saya,penyewa itu bekerja di pejabat daerah.Saya diperkenalakan oleh cikgu suhur kepadanya sewaktu mula-mula saya bertukar ke situ.Cikgu suhur memang terkenal dengan dahlan kerana mereka sama-sama bergerak cergas dalam persatuan belia.
  Sebenarnya dahlan juga baru berpindah ke situ.Tetapi dia seorang keras hati serta barani.Walaupun cikgu suhur memberitahu rumah sewa tersebut yang tidak pernah tetap penyewanya disebabkan kononnya berhantu,tetapi dahlan tidak peduli.Dia mahu melihat sendiri tentang cerita hantu ini.
"Ustaz jangan percaya sangat cerita hantu ni,tahyol.."jelas cikgu suhur semasa mencarikan rumah sewa untuk saya.
"Hantu pun makhluk allah juga"kata saya perlahan.
"Ustaz percaya adanya hantu?"cikgu suhur macam mahu menduga.
"Hantu pun jenis syaitan dan iblis juga"saya menerangkan kepadanya pendapat saya.
"Sama ada cikgu mahu kata tahyol atau tidak itu soal cikgu.Tetapi dalam quran ada dijelaskan mengenai peranan syaitan dan iblis ini"saya melanjutkan lagi.
Cikgu suhur terdiam.Rupanya dia baru menyedari bahawa hantu itu termasuk dalam golongan iblis dan syaitan.
  "Kalau begitu ustaz benar"dia mengalah dengan pendapat saya.
Selama seminggu saya tinggal dirumah sewa itu dahlan tidak sepatah pun memberitahu saya mengenai rumah berhantu itu.Sementara saya pula tidak mahu mahu menyentuhnya,kerana bimbang dahlan akan terkejut dengan cerita tersebut.Jadi,kami sama-sama mendiamkan kisah rumah sewa kami yang berhantu itu.
Elok juga tidak menerangkan di mana sekolah baru tempat saya mengajar itu.Tetapi sebelum itu saya sudah mengajar di beberapa tempat di negeri sembilan termasuk felda-felda juga.
Hinggalah sebulan kemudiannya kejadian ini saya alami ketika dahlan balik ke kampungnya di sabak benam.Dahlan balik kebetulan tahun baru cina.Saya tidak balik ke kampung kerana jauh.Lagipun orang bujang seperti saya apa sangatlah dihiraukan sangat mahu balik ke kampung.
Mula-mula saya mendengar bunyi tapak kaki orang berjalan di dapur rumah.Saya membiarkan saja.Ketika ini saya terjaga tengah malam kira-kira pukul 1.30 pagi tengah malam.Entah mengapa malam itu malas sangat saya mahu bangun menunaikan sunat tahajud.Bukan saja mata terasa mengantuk malah badan juga letih-letih tidak bermaya untuk bangun.
"Tolong,tolong jangan buat saya"terdengar rintihan suara perempuan merayu-rayu dalam isak tangisnya.Suara rintihan suara perempuan itu diselan seli oleh suara ketawa lelaki berdekah-dekah.Tetapi suara berkenaan tidaklah jelas kedengaran.
Saya gagahi untuk bangun.Mungkin ketika ini saya dalam keadaan termangu-mangu.Tetapi setelah saya duduk betul-betul suara rintihan perempuan masih jelas kedengaran walaupun tidak berapa kuat.
"Tolong,jangan buat saya"rintihnya mendengus-dengus.
  Tetapi suaranya hampir tenggelam di tengah gelak ketawa berdekah-dekah.Sekali sekala terdengar bunyi tamparan keras disambut jeritan kecil yang halus.
Saya membaca auzubillah untuk menguatkan semula semangat saya.Asal saja saya dapat melawan gangguan mengantuk itu sudah memadai.Saya bernekad untuk bangun bagi mengerjakan sunat tahajud.Biasanya seminggu sekali pada malam jumaat memang saya tidak lepas dari mengerjakan sunat tahajud ini.Amalan mengerjakan sembahyang sunat tahajud ini memang sudah diajarkan oleh aruah aki saya sewaktu hayatnya.
Bila mengamati-amati bunyi suara rengekan itu,teringat pula akan cerita guru besar sekolah saya ketika dia tinggal di berek guru zaman sebelum merdeka.Dia mengalami cerita yang dikatakan berek guru berhantu,dan dia sendiri telah tinggal di berek tersebut.
Katanya,ketika itu dia menjadi guru pelatih saja.Dia terdengar suara orang berbisik-bisik pada tengah malam,diselang seli dengan bunyi tapak kaki orang berjalan.Dia telah memberanikan hati untuk menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku,walaupun ramai orang-orang kampung memberitahu rumah berek itu berhantu.
Setelah disiasatnya ternyata yang berbunyi seperti orang berbisik-bisik itu ialah kumbang didalam lubang pada bahagian alang dan kasau rumah.Disebabkan rumah berek sekolah ketika itu atapnya dua lapis,iaitu pada bahagian bawahnya zing,manakala disebelah atasnya dipasang pula atap gembia,maka terdapatlah sedikit ruang diantara dua lapis atap tersebut.
Dengan yang demikian kelawar telah membuat sarang di celah ruang lapisan tersebut.Bunyi tapak kaki orang berjalan itu ialah bunyi kelawar apabila mahu terbang atau masuk ke situ.Bunyi tersebut bertambah lantang apabila suasana sunyi di tengah malam.
Boleh jadi cerita guru besar itu ada juga benarnya.Tetapi suara rintihan perempuan yang saya dengar itu amat jelas biji butirnya.Walaupun agak tertahan akibat sedu-sedannya,namun saya dapat mendengar dengan jelas dia merintih-rintih.Begitu juga suara lelaki tertawa terbahak-bahak itu amat ketara.
Saya tidak boleh buat apa-apa kerana jiran disebelah juga semuanya balik kampung.Kalau saya memberitahu mereka mengenai kejadian tersebut tentu mereka tidak mahu percaya.Oleh itu saya terpaksa gagahi juga untuk bersembahyang tahajud.Saya melihat seterusnya apakah kesudahan bunyi yang saya dengar itu.
"Aku dendam kau,aku dendam"suara perempuan itu terisak-isak.
  "Kau mahu tunjuk sombong"jerkah seorang lelaki.
Rupa-rupanya lelaki itu bukan seorang.Ada tiga suara yang berlainan mencelah di tengah rintihan dan tangisan perempuan berkenaan.Mereka tidak peduli sama ada perempuan itu menangis atau tidak.Menjerit atau pun tidak.Ketawa mereka berdekah-dekah bagaikan mengejek.
  "sombong ye..mahu tunjuk lawa konon"mereka mengejek-ngejek.
  Saya terus ke dapur berjalan perlahan-lahan.Bagaimana pun saya tidak terus memasang lampu.Saya mahu mempastikan dulu dari mana suara itu berpunca.
Kira-kira 10 minit saya berdiri di pinti dapur,suara berkenaan hilang.Sebelumnya saya dapat dengar dengan jelas datangnya dari arah dapur.Tidak ada apa-apa yang saya lihat.Kerana tidak mahu menghiraukan perkara itu sangat,saya pun terus memasang lampu.
Keadaan di dapur tetap baik.Tidak ada kesan-kesan dimasuki orang.Pintu dapur pun terkunci kukuh.Pinggan mangkuk di atas meja pun tidak berselerak.Semuanya menandakan tidak ada siapa pun masuk ke situ.
Kemudian saya pun terus mengambil wudhuk.Saya melakukan sembahyang sunat tahajud.Kira-kira 45 minit saya berzikir dan berwirid ditengah malam itu.Selepas itu saya tidur semula setelah memikirkan tidak ada apa-apa gangguan.Saya terjaga kira-kira hampir 4 pagi apabila terdengar lolongan suara lelaki menjerit meminta tolong.
Pada mulanya saya sangkakan diri saya bermimpi.Saya gigit jari telunjuk dan terasa sakit.Terus saya bangun dari katil memasang lampu.Cepat-cepat saya terpa kearah bunyi suara melolong itu.Bunyi jelas dari arah pintu depan.Tidak ada apa-apa pun saya lihat ketika pintu dibuka.
Selepas itu saya susah mahu melelapkan mata.Lantas saya duduk membaca buku.Tidak lama kemudian bunyi jeritan lelaki tadi berulang lagi.Lolongan itu tenggelam timbul di tengah gelak hilai perempuan.Saya mendengarkan dari orang tua-tua bunyi gelak hilai seperti itu adalah langsuyar.
Bila teringatkan langsuyar bulu tengkok saya mulai meremang.Tetapi saya kuatkan semangat melawan ketakutan yang mengganggu.Hanya mereka yang lemah semangat saja dapat diganggu oleh ketakutan.
"Aku dendam kau,aku dendam kau"suara perempuan itu semakin nyaring.
Jeritan lelaki tadi menjadi lemah.Hanya suara perempuan itu saja mengilai di sekeliling bangunan.Hilaian langsing itu boleh didengar dengan jelas walaupun tidaklah berapa kuat sangat.Sebab itu saya rasakan seolah-olah diri saya dalam keadaan mimpi ketika kejadian itu berlaku.
"Jantan sial,kau jantan sial tau,tau,tau,tau..."perempuan itu tetap tertawa sekalipun dia memaki-maki tidak menetu.
Saya tidak berani membuka pintu lagi.Bimbang juga kalau perempuan tersebut tiba-tiba muncul di muka pintu.Mana tahu kalau ada perempuan gila atau tidak siuman yang merayau-rayau di situ.
Apabila dahlan balik dari bercuti,saya menceritakan segala kejadian yang saya alami itu kepadanya.Dahlan tidak menunjukkan rasa terperanjat.Rupanya segala kejadian yang saya sebutkan itu pernah dialaminya juga.Bagaimana pun jiran kami yang baru berpindah ke situ,tidak pernah lagi mendengar suara perempuan merintih-rintih.
  Jiran saya yang satu lagi adalah berkeluarga melayu berkerja sebagai buruh di jabatan tali air.Dia bersetuju menyewa rumah bersebelahan dengan kami,disebabkan sewanya murah iaitu $35.00 saja sebulan.rumah itu mempunyai satu bilik.Satu dapur.Manakala tandas pula menggunakan tandas curah.
Disitu susah juga mencari rumah yang murah sewanya.Ada yang sewanya sampai $80.00 sebulan.Sebab itulah jiran itu yang kami panggil bang sahak saja,menyewa rumah benggali tersebut kerana keluarganya pun besar.Dia mempunyai enam orang anak,tiga darinya sudah pun bersekolah.
Ketika bang sahak juga saya beritahu mengenai pengalaman saya itu.Dia juga tidak terperanjat dengan cerita saya kerana sebelum dia memang sudah mendengar mengenai rumah sewa berhantu itu.Malah isterinya kak bedah sendiri tidak berapa suka tinggal disitu.
  "Kakak memang tidak mahu tinggal di sini,tapi abang kau ni degil"kata kak bedah mendengus semasa kami berbual di kaki lima."Dia kata sewanya murah,apa tak murah sebab tak ada orang nak menyewa.."katanya mengerling bang sahak.
"Ah kita dalam rumah apa nak ditakutkan"sahut abang sahak tersengih-sengih.
"Itulah bang sahal"dahlan menarik nafas."Dengan ustaz pun hantu tak takut.."ujarnya macam mengusik saya.Sebenarnya dia tidaklah bertujuan mahu mengusik saya,tetapi mempunyai maksud kebimbangan tersirat juga hatinya.
"Jangan merepeklah..."saya menjuihkan bibir."Ini bukan perkara ustaz ke atau tak ustaz.Kalau syaitan nak ganggu,ulama besar pun dia ganggu.Tapi syaitan tidak akan dapat menganggu selagi kita berpegang kuat hanya allah saja pelindung kita"jelas saya perlahan.
Dahlan mengangguk kepala.Dia juga mengakui pernah mendengar bunyi rintihan perempuan.Tetapi apabila dia membuka pintu dapur di belakang,tidak kelihatan apa-apa.Pernah juga dia dilempar dengan batu-batu kecil hingga terkena dahinya.
Tatkala kami berbual-bual dikaki lima kira-kira jam 10.00 malam.Tiba-tiba sarah gadis sunti bang sahak memekik di dapur.Tercungap-cungap dia berlari keluar mendapatkan ayahnya.
"Mengapa ni?"bang sahak kehairanan.Kami semua juga kehairanan melihat keadaan sarah.Adik-adiknya yang sudah masuk ke bilik tidur juga terpinga-pinga keluar mendengar sarah terpekik.
"Mengapa sarah?"saya pun tak sabar-sabar bertanya.
"Ada orang masuk ke dapur.."jelasnya masih tercungap-cungap.
  "Pencuri ke?"bang sahak terus menyerbu masuk ke dapur.
  "Entah.."sahut sarah lemah.Dia kelihatan pucat akibat terperanjat.
  "Tak ada apa-apa,siapa pun tak ada.."laung bang sahak dari dapur.Kami juga semuanya ke dapur rumah mahu memastikan apakah yang menyebabkan sarah terpekik.
Menurut kata sarah,ketika dia ke dapur mahu ke bilik air tiba-tiba saja seorang lelaki meminta air darinya.Lelaki itu kelihatan kotor dengan bajunya penuh berlumpur.
  "His,takkan berlumpur"bang sahak cuba menenangkan anaknya yang baru berumur 12 tahun itu."Kalau berlumpur tentu ada kesannya di lantai.Lagi pun hari tak hujan macam mana boleh seluarnya habis terkene lumpur.."katanya lagi.
  Tetapi sarah tetap mengatakan lelaki yang datang meminta air darinya itu dalam keadaan basah kuyup.Baju dan seluarnya dipenuhi lumpur.Sama ada ayahnya percaya atau tidak dia tidak hiraukan sangat.Dia hanya menerangkan apa yang telah dilihatnya.
Mujurlah sarah tidak pengsan apabila terpandang lembaga lelaki yang basah kuyup dan pakaiannya habis berlumpur.Dia masih sempat memekik dan lari keluar mendapat kan ayahnya.Dia dapat menceritakan apa yang dilihatnya menyebabkan dia terperanjat.
"Kalau macam ni kita cari bomoh laaa.."dahlan mencadangkan pada bang sahak.
"Buat apa cari bomoh?"kak bedah membantah."Lebih baik kita pindah saja,memang rumah ini berhantu"ujarnya bagaikan menyesal dengan keputusan suaminya mahu mencari rumah sewa yang murah.
"Sebab berhantulah kita cari bomoh.."sahut dahlan meyakinkan kak bedah.
"Dengan hantu kita tak boleh lari,kalau kita lari beerti kita percayakan kekuatan dia"jelasnya dengan harapan kak bedah tidak terburu-buru mengambil keputusan mahu berpindah.
"Kita ajak singh punya rumah ni juga..."ujar bang sahak.
  Esoknya kami mengabil keputusan memberitahu kejadian yang menimpa sarah kepada benggali tuan rumah sewa kami.Jaswant singh tuan rumah sewa itu juga tidak terperanjat apabila diberitahu mengenai kejadian tersebut.
Dia memang sudah mengetahuinya sejak beberapa orang penyewa berpindah.Mereka berpindah disebabkan kejadian-kejadian yang serupa.Kadang kala terdengar bunyi suara orang perempuan merintih-rintih.Kadang kala terserempak lembaga lelaki berpakaian basah kuyup dipenuhi lumpur.Kadang kala berlaku saban malam.
  Tetapi selalunya kejadian-kejadian tersebut berlaku apabila bulan mengambang penuh.
Sebenarnya tapak rumah itu mengikut cerita jaswant singh dibeli dari seorang melayu dengan harga yang rendah.Orang melayu itu menjualakannya kerana tidak tertahan dengan gangguan tersebut.Tidak ada sesiapa yang mahu membelinya walaupun dijual dengan harga yang rendah.
  Akhirnya jaswant singh sanggup membeli rumah tersebut.Disebabkan dia sudah mendengar cerita dari orang-orang disitu mengenai lembaga yang berlumuran lumpur itu sering menjelma di situ,maka jaswant singh pun mendirikan rumah sewa berhampiran dengan rumahnya.Anehnya rumah jaswant singh yang berhampiran disitu tidak pernah diganggu.
"Saya tak tau bomoh,kalau datuk boleh cari bomoh,carilah.Kalau bomoh mahu wang saya boleh kasi sikit..."jaswant singh memberi jaminan untuk membantu masalah yang dihadapi.
Tetapi saya pun tidak sanggup mencari bomoh disitu.Manalah kamu mahu mencari bomoh dikampung orang.Lainlah di kampung sendiri,kita tahu siapa orangnya yang terkenal menjadi bomoh.Mungkin juga cikgu suhur boleh mendapatkan bomoh,kerana dia sudah lama mengajar disitu.Tentu dia sudah banyak kenal orang-orang disitu.
Jadi dahlan pun memberitahu cikgu suhur mengenai kejadian yang baru berlaku.Dia juga menceritakan pengalamanya ternampak lembaga wanita memakai baju kurung diruang dapur.Tetapi dia hanya nampak dari belakang saja.
Petang,selepas habis mengajar cikgu suhur mengajak saya pergi menemui tok lagat di sebuah pondok.Tok lagat tinggal disitu bersama istri nya saja,kerana anak-anaknya sudah berumah tangga.Dahlan tidak ikut sama kerana dia belum balik dari kerja.Dia juga bersetuju supaya saya saja mengikut cikgu suhur.
"Rumit sekali cikgu..."kata tok lagat setelah cikgu suhur menerangkan tujuan kedatangan kami."Sebab ini perkara keluarga.Kecuali kalau keluarganya dapat sama-sama menolong"dia jelaskan selanjutnya.
"Macam mana caranya tu tok?"tanya cikgu suhur mahu kepastian.
  "Tanah tu dulu dijual tak dengan persetujuan,sebab satu geran tu ramai nama"ujar tok lagat.
"Tapi saya dengar tanah itu dijual kerana gangguan inilah"cikgu suhur masih tidak faham dengan penjelasan tok lagat.
"Betullah tu.."sahut tol lagat mendengus."Kalau kita mahu membersihkan kawasan itu kene mintalah dengan mereka,tetapi kalau ada diantaranya tidak puas hati tentulah kita tak dapat kata sepakat"katanya lagi.
Menurut cerita tok lagat,tanah yang dijual kepada jaswant singh ialah tanah dusun kepunyaan birah.Peristiwa ini berlaku sudah berpuluh-puluh tahun dulu.Birah dan suaminya anggun mempunyai dua orang anak yang masih kecil.
Diluar pengetahuan birah,anggun membuat perhubungan sulit dengan sepupu birah bernama anim.Tidak siapa pun mengetahui hubungan tersebut.Dalam pada itu saudara bau-bau bacang kepada anim bernama jabon menaruh hati kepadanya.
Akhirnya perhubungan anim dan anggun terbongkar juga apabila terserempak dengan jabon.Perkara itu telah diberitahu oleh jabon kepada birah isteri anggun.Apalagi terjadi lah pergaduhan suami isteri itu,bagaimana pun anggun mengaku bersalah dan meminta maaf kepada keluarga birah.
Selepas itu tidak adalah lagi mengenai cerita mengenai hubungan anggun dan anim.Selang beberapa lama tiba-tiba birah jatuh sakit muntah-muntah darah.Dia didapati termakan santau.Siapakah yang memberinya santau tidak lah pula diketahuinya.Akhirnya birah pun meninggal dunia.
Setelah birah meninggal dunia,anggun mahu meneruskan semua hubungan dengan anim.Tetapi anim tidak mahu menerima anggun.
Anim juga terasa berdosa membuat hubungan dengan anggun selama ini,kerana birah itu sepupu dekatnya.Emaknya dengan emak birah adalah adik beradik seibu sebapa.Sebab itulah anim mengambil keputusan tidak mahu lagi menerima anggun.
Akhirnya orang kampung mendapat tahu memang anggun yang memberi birah santau dengan harapan dapat mengahwini anim.Selagi birah masih hidup tentulah menjadi halangan kepadanya.Tetapi setelah birah meninggal dunia,anim tidak mahu pula menerimanya menyebabkan anggun berdendam.Apa lagi disaat-saat akhir itu anim telah ditunangkan dengan jabon.
  Bermula dari sinilah anggun merancang untuk memberi anim santau pula.Tetapi rancangan itu tidak tercapi bila pada satu malam birah tiba-tiba muncul didepannya.Dalam ketakutan itulah anggun lari terjun ikut tingkap sambil memekik-mekik minta tolong.Anak-anaknya yang masih kecil kehairanan melihat ayahnya terlolong-lolong di tengah malam.
Esoknya anggun ditemui mati di dalam kubang kerbau.Itu sajalah kisah mengenai tanah tersebut yang diceritakan oleh tok lagat.Tanah kepunyaan birah itu dipusakai oleh anak nya pula,kemudian turun temurun kepada anak cucu mereka.
"Lembaga yang basah kuyup dengan pakaian berlumpur lumpur itu mungkin jelmaan dari anggun"beritahu tok lagat seterusnya."Yang menangis teresak-esak itu jelmaan birah,dan kemudian membalas dendam atas perbuatan anggun memberinya makan santau menyebabkan kematiannya"ujarnya perlahan.
Jadi,setelah turun temurun seperti yang diterangkan oleh tok lagat,tanah itu mempunyai nama yang ramai didalam geran itu iaitu dari keturunan birah.Disebabkan tanah itu tidaklah luas sangat,maka mereka setuju menyerahkan saja dibawah jagaan samsiah.Manakala samsiah itu suaminya suka berjudi.
Cerita mengenai lembaga lelaki basah kuyup berlumpur dan wanita memakai baju kurung itu,memang sudah diketahui sejak tanah itu dibawah jagaan samsiah.Alasan dari cerita inilah menyebabkan suami samsiah bercadang mahu menjualkan tanah tersebut.Tindakan suaminya ini tidak direstui oleh sanak saudara lain yang mempunyai nama didalam geran tersebut.
Sebab itulah bila timbul lagi cerita mengenai gangguan hantu di tanah tersebut mereka tidak ambil peduli sangat.Mereka serahkan saja segalanya kepada suami samsiah.Sementara itu suami samsiah pulam,setelah tanah itu terjual,tidak lagi memperdulikan sama ada gangguan hantu itu masih berterusan atau tidak.
Setelah tanah itu terjual jelmaan hantu itu semakin kerap pula berlaku.Sehingga orang-orang yang menyewa rumah jaswant singh itu tidak boleh bertahan dua bulan.Mereka pasti akan berpindah dalam masa tidak sampai dua bulan itu.
"Begitulah cikgu..."keluh tok lagat mengenangkan peristiwa tersebut."Kalau semua cucu cicit birah ini dapat sama-sama mendoakan,bolehlah kita halau gangguan itu"katanya.
"Sebenarnya dia tidak mengganggu"saya mencelah setelah mendengar keterangan dari tok lagat tadi."Roh seseorang insan adalah suci.Apa yang berlaku sekarang adalah rahsia pengetahuan allah belaka"keluh saya sambil mengenangkan semula kejadian saya alami beberapa malam sebelum itu.
Tok lagat memang seorang bomoh terkenal di kampung itu.Dia juga memang keturunan dari birah itu juga.Sebab itu setelah berunding dengan cikgu suhur dia pun bersetuju menemui sanak saudara yang terlibat,supaya melupakan saja perkara tanah yang sudah terjual itu.Perkara yang sudah lepas tidak dapat ditarik balik.
Yang penting sekarang mereka mahu menolong orang ramai supaya tidak terperanjat lagi dengan kejadian seperti itu.Kalau benarlah roh birah dan roh anggun yang sering merayau-rayau di situ,maka tok lagat sendiri akan meminta supaya pergi jauh dari situ.Biarlah roh mereka bersemadi di tempat yang suci.
"Sebenarnya roh ini bukan urusan kita.."kata tok lagat apabila kami semua berkumpul di rumah sewa bang sahak."Nabi muhammad s.a.w juga sudah diingatkan oleh allah iaiatu,kalau ditanyakan tentang roh,katakanlah roh itu urusan allah"ujarnya berpaling ke arah saya.
"Macam mana ustaz..?"dia menepuk paha saya sambil tersenyum.
  Saya mengangguk."Macam mana pun ada lagi di hujung ayat tu..."kata saya kemudiannya.
"Ya,ya,ya.."sahut tol lagat tersengih-sengih."Cuma sedikit aku yakin allah beri kepada mereka,iaitu roh tadi.."jelasnya terangguk-angguk.
Tetapi saya tidak mahu melanjutkan lagi tentang ayat dari quran itu.Mungkin pada sesetengah orang yang tidak memahaminya akan mudah tergelincir aqidah.Sebab itu saya tidak mahu sangat berbual dengan tok lagat mengenai tafsir ayat demikian.
Apa lagi saya bukanlah mendalam sangat berhubung dengan tasauf.Pengajian di sekolah agama pun tidak mengupas secara mendalam,kecuali yang bersangkutan dengan silibas sekolah saja.Oleh itu dalam menghurai satu-satu perkara yang bersangkutan dengan perkara-perkara tasauf,saya tidak berani sangat.
Sepanjang malam tok lagat disitu tidak berlaku apa-apa pun.Suara isakan perempuan tidak kedengaran.Lembaga lelaki yang berlumuran dengan lumpur juga tidak menjelma.Bagaimana pun tok lagat menjampi juga mengikut caranya dengan tujuan mengawasi kawasan rumah tersebut.
  Kira-kira sebulan selepas itu,tidak ada sebarang kejadian lagi berlaku.Isteri bang sahak juga tidak lagi menyebut-nyebut perkara mahu berpindah.Kami rasa semuanya sudah tenteram semula.Dalam masa inilah cikgu suhur memberitahu tok lagat meninggal dunia secara mengejut.Kononnya dia merasa sakit perut lepas makan tengah hari,langsung menghembuskan nafasnya yang terakhir.
  Saya dengan dahlan ikut sama mengunjungi jenazah tok lagat.Istri tok lagat menceritakan aruah itu pernah memberitahu dia tentang mimpinya yang dimarahi oleh birah.Kononnya birah telah datang menemuinya pasal cuba menunjuk-nunjukkan pandai.
Bagaimana pun saya membisikkan pada cikgu suhur,semua itu kerana ajal sudah ditentukan."Bila tiba waktu tidak sesaat pun diundurkan,dan tidak juga didahulukan.."kata saya pada cikgu suhur.
Tidak lama selepas kematian tok lagat,sekali lagi dahlan terserempak dengan lembaga seorang wanita memakai baju kurung dari arah belakang.Bang sahak juga mendengar bunyi tangisan serta sedu sedan.Malah jaswant singh juga terserempak dengan lembaga lelaki bergelumang dengan lumpur.
Kebetulan dalam kebolehan ini tok aki saya datang berkunjung di situ dibawa oleh adik saya.Tok aki saya ini dikenali oleh orang kampung dengan panggilan haji mat saja.Dia imam kampung yang mempunyai madrasah sendiri mengajar agama.Ada juga orang-orang kampung mengatakan dia seorang ulama.
Ayah saya menceritakan satu ketika dulu pernah juga tok aki merajuk meninggalkan nenek saya.Ketika ini ayah saya baru berumur 17 tahun.Apabila mendapati tok aki saya lari meninggalkan rumah,kononnya dihalau oleh nenek saya.Ayah saya telah mengayuh basikal mengejarnya dari belakang.
Ketika tok aki saya turun dari rumah kira-kira pukul 4.00 petang.Ayah saya menyusul kemudian kira-kira sepuluh minit selepas itu.Tetapi setelah mengayuh basikal sampai 4 batu,ayah saya tak pun menemui tok aki.Setiap kali dia bertemu orang yang lalu di situ,ayah saya bertanya sama ada nampak atau tidak tok aki.Setiap orang mengatakan baru sebentar dia melihatnya.
  Dua tiga hari kemudian barulah ayah saya menerima surat dari kakaknya di semenyih,mengatakan tok aki sudah sampai di semenyih kira-kira pukul 4.10 minit hari dia meninggalkan rumah itu.Alangkah peliknya tok aki saya yang capik kakinya itu dalam masa 10 minit sudah berada di rumah anaknya di semenyih,pada hal kampung kami terletak lebih 100 batu dari semenyih.
"Kau tak yakin dengan ilmu allah.."sindir tok aki sebaik saja saya memberitahu kejadian tersebut.Dahlan dan bang sahak juga ada di rumah saya apabila diberitahu kedatangan tok aki saya itu.Saya juga heran macam mana tok aki saya tergerak saja hatinya mahu datang berkunjung,sedangkan dia bukanlah orang yang suka berjalan ke mana-mana.
Kadangkala puas diajak ke rumah cucu cicitnya,jarang dia mahu datang.Sekarang tiba-tiba mengajak adik saya temankan dia untuk datang menemui saya.
"Kau banyak mengamalkan tetapi tidak mahu digunakan"dia mengerling saya."Ilmu allah boleh menguasai setan,dan kita boleh gunakan setan untuk mengalahkan setan.Tetapi jangan kita digunakan oleh setan.."tok aki mengingatkan saya.
Malam itu juga tok aki menyuruh saya menggunakan cara ditidurkan untuk menghindarkan gangguan selama ini.
  Inilah pengalaman pertama saya mengembara melalui tidur dengan panduan dari tok aki.Mula-mula yang saya lihat adalah seperti mana yang diceritakan oleh aruah tok lagat mengenai birah dan anggun.Kemudian saya melihat birah membunuh anggun setelah menjelma semuala selepas kematiannya.Birah yang menolak anggun ke dalam kubang kerbau.
Kemudian birah terus menganggu kampung itu.Jabon juga menjadi gila hingga membunuh diri dengan menggantung diri ke sepohon pokok.Manakala anim pula kene busung dan akhirnya membawa maut.Walaupun tak semua diceritakan oleh tok lagat,tetapi saya dapat melihat dengan jelas kejadian-kejadian yang berlaku menyebabkan jelmaan birah mengganggu.
Memang yang memakai baju kurung biru yang kelihatan itu ialah jelmaan birah.Akhirnya saya dapat melihat bagaimana birah mencekik leher tok lagat.
"Kau budak-budak nak apa?"apabila birah berhadapan dengan saya.keadaannya tetap muda remaja,walaupun peristiwa birah ini sudah berlaku berpuluh tahun dari sudah beberapa keturunan.
"Nenek birah..."ujar saya perlahan."Tenteramlah nenek di tempat persemadian nenek,biarkan anak cucu semua hidup aman"saya bagaikan berkata-kata dengan birah.
"Aku tak akan ganggu,kalau kamu tidak ganggu tempat aku ni"dia membentak marah.
"Tempat nenek bukan kat sini"jelas saya memujuknya."Tempat nenek di barzakh,tempat yang sementara.Disini tempat anak cucu semua.Saya tahu nenek berhati mulia,tetapi nenek telah dianiaya.Allah saja yang sebaik-baik tempat berlindung nenek.."kata saya seolah-olah bercerita dengan orang yang masih hidup didunia.
Saya melihat dia menangis menitiskan air mata.
"ilmu kamu tinggi anak muda,aku tak berdaya menentang matamu"katanya perlahan.
  "Hanya allah saja maha berilmu nenek.."saya masih memujuknya.
  Saya menghulur tangan kepadanya.Dia menyambut tangan saya,lalu kami berjalan beriringan sampai ke satu tempat yang luas.
"Syukurlah,cucu sudah menunjukkan nenek jalan yang sebenarnya"ujarnya sebaik saja sampai ke pintu gerbang.
  Saya hanya mengangguk.Dia masuk ke pintu gerbang itu lalu lenyap dalam cahaya yang terang-benderang.Kemudian saya mendengar suara bisikan tok aki menyuruh saya berpatah balik.Malah memang selama pertemuan saya dengan birah saya sentiasa mendengar arahan tok aki melalui bisikannya.
Apabila saya sedar semuala,mereka semua mendengar perbualan saya dengan birah.Cuma suara birah mereka tidak dapat dengar.
"Setiap lima waktu sehari semalam kau sudah melafadzkan:iyyakana'buddu waiya kanasta'in dalam fatihah,mengapa tak minta pertolongan dan perlindungan dari allah apabila menghadapi keadaan macam ni..."tok aki macam memarahi saya.
Saya hanya mendiamkan diri.Saya terpegun kerana ayat-ayat yang dibisikkan oleh tok aki ke telinga saya semasa berdepan dengan birah adalah ayat-ayat setiap hari digunakan.
  "Subhanallah.."keluh saya perlahan.
Esoknya tidak bertangguh lagi tok aki mahu segera balik.Dia tidak mahu madrasahnya terlalu lama ditinggalkan.Rupanya tok aki saya dapat merasakan apakah masalah yang saya hadapi,walaupun kami berjauhan.
  Selesai

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now