62.Perempuan Tetek Labuh Sampai Ke Paha

2.5K 37 0
                                    

Jalan ke kampung berbelok-belok mengikut jalan tanah merah yang berlopak itu,menyebabkan kereta yang dipandu oleh tamrin bergoncang-goncang.Tetapi saya dapati osman yang duduk di belakang boleh juga melelapkan mata walaupun kereta bergoncang kuat.Boleh jadi osman terlalu mengantuk kerana sudah hampir jam 4 pagi.
Sebenarnya osman yang menunjukkan jalan ke kampung berkenaan.Sudah berkali-kali tok imam mat dah mahu bertemu saya.Selalu dia berpesan pada osman supaya mengajak saya bertemu dengannya.Osman lah yang menyebut kan nama saya di depan tok imam mat dah,sampai orang tua itu ingin sangat bertemu dengan saya.
  Kebetulan pula tamrin ada hal ke temerloh.Dia mempelawa saya dan osman ke sana.Lagipun cuma osman yang tahu mengenai jalan ke sana kerana dia memang asal dari temerloh.Disebabkan tamrim mahu ke temerloh lalu osman menerangkan kepada saya tentang keinginan tok imam mat dah mahu berjumpa saya.
  Saya pun bersetuju sangat mahu bertemu dengan tok imam mat dah.Dari cerita osman saya difahamkan tok imam mat dah mempunyai pengajian agama yang tinggi.Dia pernah menuntut di kelantan di bawah bimbingan tok kenali ulama yang terkenal itu.Malah menjadi kegemaran saya pula akan segera mendapatkan orang-orang yang mempunyai ilmu agama seperti tok imam mat dah ini.
Kalau mahu mencari ahli agama memang boleh ditemui.Ustaz-ustaz yang mengajar di sekolah pun ramai menjadi teman-teman saya.Malah mereka pun berkelulusan dari mesir,mekah juga ramai menjadi teman-teman saya.Ketinggian ilmu begini hanya dari satu aspek sahaja,tetapi dari cerita osman dapat saya fahami bahwa tok imam mat dah dah mempunyai ketinggian ilmu dari aspek lain pula.
Minat nya mahu bertemu saya itu,sudah dapat saya agak tentu mahu ajak saya berbual dalam aspek tersebut.
  Saya bersama tamrim dan osman sampai ke rumahnya kira-kira jam 12.00 tengah malam,tetapi dia tidak ada di rumah.Kami diberitahu tok imam mat dah menunggu dusun duriannya.
"hah,ada can kita cari durian.Durian sini memang bagus isinya"kata osman yang memang berasal dari temerloh.
  Osmin ini badannya kecil saja,tetapi pandai bercakap dalam banyak perkara.Dia suka bercakap mengenai politik juga.Jadi macam-macamlah cerita politik yang dibualkannya sepanjang perjalanan itu,terutama mengenai suasana politik di temerloh.Disebabkan dia pandai bercakap maka ramailah kawan-kawan nya termasuk tok imam mat dah ini.
Disebabkan terlalu asyik mendengar bualan osman sehinggakan tamrim memandu kereta pun kehilangan janlan.Puas memerhati sekeliling,tetapi tidak dapat mencari kawasan dusun durian tok imam mat dah.Sebenarnya dusun durian ini terletak di tepi jalan saja.Mungkin disebabkan kami asik mendengar bualan osman,atau mungkin tamrim mengantuk kerana malam sudah larut,maka kami tidak dapat mencari jalan ke dusun durian tok imam mat dah.
"Eh,kawan cam betul jalannya,memang sampai pada lurah ni.."beritahu osman menggaru-garu kepala.Dia masih memanjangkan leher ke luar tingkap kereta memerhatikan lorong ke dusun durian tersebut.Tetapi sekitar kami kelihatan gelap gelita walaupun bulan terang benderang mengambang.
"Kau salah jalan agaknya man"rungut tamrim mulut terkuap-kuap.
  "Hai,macam mana pula salah jalan,tempat kawan main-main masa kecil dulu.Mana ceruk ke sini yang kawan tak tau.."osman seolah-olah merasa dirinya dicabar.Masakan dia boleh tersesat di jalan kampung selorong demikian.Sedangkan ibu kota kuala lumpur yang mempunyai jalan bersimpang siur itu tidak pernah tersesat.
  "Jangan-jangan kita da terlansung tak"saya mencelah pula.
  "Tak mungkin"sahut osman memotong."Kawan cam betul jalan ni,kita belum sampai lagi.Dekat sini aje,cuba perhatikan kawasan berlurah sedikit"katanya masih memanjangkan leher keluar tingkap kereta.
"Kalau kau tau mana jalannya"gerutu tamrim macam menyindir osman.Terasa juga penat dia memandu kereta dari kuala lumpur ke temerloh,kemudian masuk pula ke jalan tanah ke kampung baduk ini.Sudah tentu dia juga rasa mengantuk.
Tetapi jalan yang dikatakan oleh osman itu tidak ketahuan halanya,manakala dusun durian tok imam mat dah itu juga tidak ditemui.
"Tak jumpa kita balik sajalah"kata tamrim macam hampa.
  "Sabar dulu rim.."cepat-cepat saya mengingatkan tamrim supaya tidak putus asa."Kita datang jauh dari kuala lumpur,tengah malam pula.Nanti penat aje kita datang tak ada hasil"ujar saya tersengih-sengih mengerling gelagat tamrim yang cepat naik angin.
"Hari malam mana nak nampak jalan,sabarlah"jelas osman pula meredakan perasaan tamrim.
Memanglah pada perasaan osman kamu berada tidak jauh dari rumah tok imam mat dah,pada hal kami sebenarnya sudah jauh meninggalkan kampung tersebut.Apa yang dirasakan oleh osman sebenarnya adalah di luar dugaan dirinya.
Tatkala ini saya teringat akan cerita pak uda karib semasa dia ke hutan memburu.Pak uda karib diberi senapang patah oleh tuan DO orang putih kerana jasanya pada tuan Do itu.Di samping itu dia juga bebas masuk kehutan,walaupun di zaman darurat.
Bagaimanapun pak uda karib memang memahami selok belok hutan di kampung kami.Dia tahu di mana kawasan larangan,dimana kawasan yang selalu dironda oleh askar,dimana kawasan yang sering menjadi gangguan kominis di masa darurat.Oleh itu dia sentiasa terlepas dari sebarang gangguan.
Lagi pun suasana darurat tidaklah mengancam sangat di kampung saya,walaupun daerah tersebut merupakan sarang komunis.Hutan di pinggir hutan ketika ini memang banyak binatang-binatang hutan lagi.Tidak seperti masa sekarang di tengah hutan pun tidak ditemui pelanduk,rusa atau kijang.Saya mendapat tahu binatang-binatang seperti ini selalunya mati kerana termakan racun hijau di kebun-kebun pisang yang disembur oleh pekebun-pekebun cina.
Biasanya pak uda karib pergi ke hutan pagi.Dia tidak mahu berburu pada sebelah malam,kerana bimbang terkeliru oleh pihak keselamatan.Askar-askar yang meronda tidak peduli siapa,asal masuk saja ke hutan membawa senjata api akan ditembaknya.Kalau hari siang boleh juga di elakkan dari bertembung.
Disamping itu pak uda karib tahu mengambil hati tuan DO dan OCPD.Kalau dia mendapat buruan,seekor pelanduk akan dihadiahkan kepada tuan DO dan tuan OCPD.Mereka ini sangat sayang pada pak uda karib.Oleh itu kalau ada masalah semasa pergi berburu,memang tuan DO dan tuan OCPD sedia menolongnya.
Pernah juga dia ditangkap oleh jungle squad ketika berburu di hutan.Apabila dibawa ke balai polis tian OCPD pura-pura memarahi dia depan anggota jungle squad yang menangkapnya.Tetapi selepas itu tuan OCPD menepuk-nepuk bahunya sambil mempelawa minum kopi bersamanya.
Akhirnya apabila pihak jungle squad tahu akan hubungan baik antara tuan OCPD dengan pak uda karib,mereka pun tidak mengambil apa-apa tindakan lagi.
  Satu lagi pak uda karib mengajak kawannya mion mengendap pelanduk.Kebetulan sebelah malam nya hari hujan menyebabkan mion tidak dapat menoreh getah.Mion pun memang suka mengikut pak uda karib berburu.
  Mereka masuk ke hutan berburu ketika matahari sudah naik segalah.Sebenarnya kalau pak uda karib masuk ke hutan,dia bukan saja mengendap pelanduk atau rusa atau kijang.Kadangkala dia mengendap ayam denak juga.Kalau tidak mengendap pelanduk,rusa,kijang atau ayam denak,dia akan mencari petai saja.Tetapi jarang pak uda karib masuk ke hutan balik dengan tangan kosong.
  Kepandaiannya menepuk daun palas di busut mudah saja pelanduk datang menjengah.Pelanduk akan datang melompat-lompat mendengar paluan daun palasnya kebusut."Menepuk daun palas tidak boleh menggunakan tempurung.."pak uda karib memberitahu mion.
"Mengapa pak da?"tanya mion.
"Nak mampus kau.."pak uda karib mengerut dahi."Bukan nya pelanduk yang datang,tapi pak belang.Berani kau bersilat dengan pak belang"katanya ketawa kecil.
Meremang bulu tengkok mion bila mendengar harimau.Walaupun dia sudah mendengar mengenai keberanian pak uda karib kalau bertembung dengan harimau,tetapi gementar juga dia sekiranya tiba-tiba saja harimau tercongok di depannya.Ketika talip jengket mengikut pak uda karib,pernah juga bertembung dengan harimau.
  Talip jengket memberitahu mion,dia nampak harimau itu berbaring di balik pokok lereng bukit.Pak uda karib bukannya mengajak dia lari,tetapi memangkas anak kayu sebesar lengan dan dikerat-kerat sepanjang satu hasta.Kemudian dibalingnya harimau sedang tidur itu.Sekaligus harimau itu melompat lalu lari ke bawah lurah.
  Pak uda karib ketawa terkekeh-kekeh melihat harimau itu lari simpang perinang.
Itulah cerita yang didengar mion dari talip jengket,hinggakan sejak itu talip jengket taubat tidak mahu mengikut pak uda karib ke hutan lagi.Puas diajak oleh pak uda karib,namun talip jengket tetap tidak mahu mengikut.Sebab itu mion cepat saja meremang bulu tengkok bila pak uda karib menyebut harimau akan datang kalau ditepuk tempurung dengan palas dengan ditangkupkan ke busut.
"Kau nak jumpa harimau?"tanya pak uda karib mengerling ke arah mion.
"Rimau mati bolehlah"sahut mion bergurau."Rimau mati sepak kepala pun aku berani"katanya macam menyambut cabaran pak uda karib.
"Apa pula rimau mati"kata pak uda karib tersengih-sengih."Kalau kau nak tengok dia datang,aku panggilkan"ujarnya membetul-betulkan senapang tersandang di belakang.
"Kalau pak uda ada aku berani"sambut mion memberanikan hatinya.Dia pun mahu melihat sendiri akan kebenaran kata-kata talip jengket mengenai dakwaannya.
  "Kalau kau nak tengok sekejap lagi datang lah dia"jelas pak uda karib macam tahu menduga.
Mion terdiam.Bimbang juga kalau pak uda karib tidak bergurau.Mana tahu harimau belang tiba-tiba tercongok di depannya.Harimau liar di hutan bukan seperti anak kucing yang jinak.Bila-bila dia akan menerkam mangsanya,tidak peduli sama ada pak uda karib atau siapa pun.
Memanglah pak uda karib terkenal di kampung itu tentang kemahiran berburu.Dia juga boleh dikira pawang dihutan.Cerita mengenai pengalamanya sebagai pemburu sudah banyak didengar oleh mion.Tetapi semua cerita itu didengar oleh mion dari mulut ke mulut saja.Selama dia mengikut pak uda karib ke hutan beberapa kali,belum pernah pula dia mengalami kejadian-kejadian aneh seperti yang didengarnya selama ini.
Pernah juga orang melihatnya bertunggang diatas belakang harimau seperti sedang menunggang kuda.Orang yang melihatnya terlepas cakap mengatakan pak uda karib hanya lebih temberang saja.Cakap saja besar sampai mengaku dirinya pawang,pada hal orang tahu kebolehannya berburu kerana dia memiliki senapang yang dihadiahkan oleh tuan DO.Senapang itulah menjadi pawang dia kononnya.
Kata-kata orang itu menyinggung perasaan pak uda karib.Bagaimanapun dia tidaklah mengambil tindakan yang boleh mencetuskan pergaduhan.Memang sudah menjadi kelaziman masyarakat di situ,mudah iri hati dengan kelebihan orang lain.Oleh itu cerita yang memburuk-burukkan pak uda karib itu adalah berpunca dari perasaan iri hati tadi.
Semasa balik dair surau lepas isya orang berkenaan balik bersama-sama dengan pak uda karib dan beberapa orang lagi jiran.Di pertengahan jalan seekor harimau sedang menunggu seperti seekor kuda menunggu tuannya.Di depan jiran-jiran itulah pak uda karib terus melompat ke atas belakang harimau itu terus menunggangnya dan hilan di dalam kegelapan malam.
Mereka yang melihat kejadian itu tergamam.Mereka semacam bermimpi melihat kejadian yang berlaku didepannya.Orang yang menburuk-burukkan nama pak uda karib itu tidak sedar terkencing dalam kain.
Semua cerita mengenai pak uda karib memang sudah didengar oleh mion.Sebab itu dia tidak berani sangat celupar mulut meminta supaya pak uda karib memanggil harimau menjengah muka disitu.Takut juga dia kalau harimau tiba-tiba saja muncul di situ.Apa yang harus dilakukan nya kalau bertembung harimau di tengah hutan demikian.
Tetapi sehingg jam 2 petang tidak pula ada harimau tercongok.Mereka sudah berjaya menembak 5 ekor pelanduk yang sedang memakan pucuk ludai.Pak uda karib sendiri yang menyembelihnya.Mion cuma membawa pelanduk tersebut.Berat juga mahu memikul 5 ekor pelanduk yang telah dimasukkan ke dalam karung.
  "Kita balik sajalah"mion mencadangkan kerana terasa sangat berat badannya.
"Ah siang lagi ni.."sahut pak uda karib perlahan."Kau nak kemana,cepat-cepat balik?"sindirnya sambil menggalas senapang di bahu.
"Cukup lah ni"jelas mion,tetapi dia tidak memberitahu tentang beban berat yang dirasakannya.Malu juga dia mahu memberitahu pak uda karib pasal tidak terdaya mahu memikul karung berisi pelanduk itu."Kalau jumpa lagi pun tak larat nak bawa"katanya termengah-mengah.
"Ah banyak tu tak larat bawa,lebih baik tak usah makan"dia mengejek mion.
Mion tidah menyahut.Mendongkol juga hatinya bila dengar ejekan tersebut.Tetapi dia memang tidak berdaya lagi mahu memikulnya.Terasa berat beban yang dipikulnya bukan lima ekor pelanduk,tetapi berlipat ganda dari itu.
Bagaimanapun mion tidak mahu menerangkan keadaan sebenarnya.Dia tidak menyangka berat lima ekor pelanduk itu sampai tidak terdaya lagi dia memikulnya.Akhirnya dia terpaksa mencampakkannya ke tanah.Apabila mencampakkanya karung berisi pelanduk itu ke tanah,pak uda karib melompat ke arah karung tersebut.
  "Ambil senapang ni.."katanya menghurlurkan senapang pada mion.Cepat-cepat mion menyambarnya.
"Sejak tadi kau ikut aku,kau ingat aku tak tau"bentaknya sambil menghunus parang.Mion terpinga-pinga dengan kelakuan pak uda karib yang tiba-tiba saja membuka langkah silat.
"Aku tahu kau bertenggek atas bahu mion"gerutunya lagi sambil mengertap bibir."Jadi,kau ingat aku tak tau ye.His,ini karib,turun temurun malim kerimun.Kalau kau nak baik,aku terima baik.Kalau kau nak jahat,aku terima jahat.Sekarang menjelma kau,menjelma kau"bentak pak uda karib berdiri tegak.Sekaligus dia mencacakkan mata parang nya ke tanah.
Dia berpusing berlegar-legar di sekeliling karung berisi pelanduk tadi.Mion bertambah gementar melihat kejadian tersebut.Belum pernah dia mengalami kejadian demikian selama dia mengikut pak uda karib ke hutan.Mungkin talip jengket tidak mahu mengikutnya lagi pun disebabkan sudah mengalami kejadian-kejadian yang diluar dugaan demikian.
Berlegar-legar pak uda karib.Mulutnya kumat kamit membaca sesuatu yang tidak dapat didengar jelas oleh mion.
"Sekarang menjelma kau.Ikut perintah aku,menjelma kau..."bentaknya nyaring menghembuskan nafas perlahan.
  Mion dapat melihat sendiri seorang perempuan tua tiba-tiba terpelanting ke tanah dari atas karung berisi pelanduk tadi.Rambutnya putih menggerbang,dan teteknya labuh sampai ke paha.
"Kau rupanya kopek..."kata pak uda karib dengan nada marah."Aku ingatkan puaka hutan,rupanya kau nak sorokkan jalan aku.Kau nak sesat aku dalam hutan ini.Kau nak main-main dengan aku"jerkahnya lalu melompat menyepak dagu perempuan tua itu.
Perempuan tua itu tersungkur.Mulutnya berdarah akibat disepak oleh pak uda karib.
"Kau kejam karib..."suara perempuan tua itu terketar-ketar.
  "Berani kau mempermain-mainkan aku hah"secepat kilat pak uda karib menendang dada perempuan itu."Dari tadi kau bertenggek atas bahu mion,kau fikir aku tak tau.Aku ingatkan pawang rimba tadi,sebab itu aku biarkan dulu permainannya.Rupa-rupanya kau,laknat.."Dia melompat sambil menyepak kepala perempuan tua berkenaan.
"Kejam kau,kejam kau..."rengek perempuan tua itu terketar-ketar.
  "Kalau kau menganggu manusia tak kejam"sindir pak uda karib berlegar-legar sekeliling perempuan tua yang melutut meminta ampun."Kau bertenggek atas bahu mion tadi tak kejam.."ujarnya mengejek.
Perempuan tua berkenaan terketar-ketar mahu berdiri,rupanya semakin hodoh kerana rambutnya dipenuhi daun-daun kayu kering tersangkut.Dia tidak berani bergerak dari tempatnya berjejak.
"Lepaskan aku karib"rayunya bergetar.
"Mengapa kau berani ganggu aku?"jerkah pak uda karib
"Sumpah,sumpah aku tak ganggu lagi"kata perempuan tua tersedu sedan.
"Kau nak sorokkan jalan aku.Memang kerja kau ni kopek,suka sorokkan jalan.Kau mahu manusia semuanya sesat meraba-raba"bentak pak uda karib bertambah marah.
  Mion terkebil-kebil melihat pak uda karib berlegar-legar.Dia juga mendengar dengan jelas suara perempuan tua itu terketar-ketar menahan kesakitan.Kalaulah orang tua yang dilihatnya itu manusia biasa,memang terasa kasihan dia apabila terguling ke tanah disepak oleh pak uda karib.
Tetapi dia tahu yang disepak oleh pak uda karib bukanlah manusia biasa.Sepakan dia juga bukanlah sepakan biasa seperti menyepak bola raga.Tetapi sepakan makrifar yang melintasi alam lain.Mion juga sedar beban berat yang dipikulnya sejak tadi ialah perempuan tua tersebut.
Dia juga sedar bahawa perempuan tua itu adalah jelmaan hantu kopek yang tidak dapat melepaskan diri dari pak uda karib.Apabila makhluk demikian sudah dibawa menjelma,bermakna dia sudah menjadi tawanan pada pak uda karib.Barulah mion dapat menyaksikan sendiri satu pengalaman yang tidak pernah diduganya selama ini.
"Tolong aku,lepaskan aku..tolong"perempuan tua yang dipanggil oleh pak uda karib sebagai kopek itu merayu-rayu minta belas kasihan.
Pak uda karib tidak memperdulikan rayuan perempuan tua berkenaan.Memang mion tahu masakan dengan hantu atau syaitan boleh menunjukkan belas kasihan.Orang yang menunjukkan belas kasihan pada hantu atau syaitan hanya mereka yang terpedaya saja.
Hantu adalah golongan mahkhluk halus yang sama sejenis dengan syaitan dan iblis.Kerjanya memang menganggu bani adam atau manusia.Itulah janjinya kepada allah setelah dinyahkan dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada adam.Sebab itulah pak uda karib tidak akan menaruh belas kasihan dengan golongan makhluk demikian.
Mereka juga mempunyai kebolehan psikologi sehingga boleh memperdayakan manusia yang tidak memahami tipu helahnya.Kebanyakan manusia yang lemah semangat mudah terpedaya kepada psikologi syaitan dan iblis.Demikianlah diterangkan oleh pak uda karib kemudiannya kepada mion.
"Tolong aku"suara perempuan tua itu tergetar sambil mencampakkan tetek atau kopeknya yang labuh sampai ke paha itu ke belakang lalu tergalas ke bahunya.
"Hus,setan tak boleh ditolong"jerkah pak uda karib.
"Aku bukan setan.."rayunya lagi.
"Setan,memang tak mahu mengaku setan"pak uda karib menyindir.
"Kalau kau manusia kasihanilah aku"dia cuba mencari helah supaya pak uda karib mengalah.
"Manusia tak boleh kasihankan setan"sahut pak uda karib membentak.
"Mengapa?"tanyanya selamba.
"Sebab setan itu musuh manusia"kata pak uda karib mengejek."Sampai hari kiamat kerja setan memang nak merosakkan manusia"dia terus menyindir perempuan tua bertetek labuh itu.
Perempuan tua berkenaan terus merayu-rayu kepada pak uda karib supaya membebaskan dia dari kurungan kebatinan pak uda karib.Tetapi pak uda karib tidak dapat diperdayakannya.Dia berlegar-legar mengelilingi perempuan tua itu sambil mulutnya kumat kamit membacakan ayat-ayat quran.
Jelas kedengaran pada mion perempuan itu merengek-rengek kesakitan dan meminta belas kasihan.Suaranya bergetar tenggelam timbul antara kedengaran dengan tidak tetapi jelas biji butirnya.
Setelah berlegar-legar pak uda karib menghembuskan mulutnya ke arah perempuan tua tadi.Terjerit-jerit perempuan tua itu menahan kesakitan.Dia menghempaskan badannya kebumi seperti pelanduk terkena tembakan di kepala.Kemudian merengek-rengek seperti pelanduk menendang angin.Akhirnya terkejang seperti pelanduk kene sembelih.
Selepas itu pak uda karib pun mencabut parangnya yang tercacang ke tanah.Kelihatan darah pekat pada mata parangnya bagaikan baru saja menyembelih pelanduk.Setelah semuanya berakhir barulah pak uda karib mengajak balik.Ketika itu mion dapati jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 petang.
Gerun juga mion bila mengenangkan kejadian yang dialaminya itu.Kalau mahu diceritakan pada orang-orang kampung tentu tiada siapa pun yang mahu mempercayai.Tentu mereka akan mengatakan dia terpengaruh dengan cerita pak uda karib yang dianggap oleh mereka memang kaki temberang.Tetapi pak uda karib tidak pernah menceritakan kepada orang-orang kampung kejadian-kejadian seperti dilihat oleh mion sebentar tadi.
  "Pelanduk pun ada badi ke pak uda?"mion cuba meredakan kebimbangan yang mengganggu perasaanya.
"Tidak.."sahut pak uda karib tenang.
"Jadi apa yang pak uda buat tadi?"tanya nya lagi.Setahu dia binatang hutan yang berbadi cuma kijang dan rusa saja.Belum pernah didengarnya pelanduk juga mempunyai badi.
Kalau calang-calang orang berburu memang kerap kali berlaku apabila ditembak rusa atau kijang,tiba-tiba binatang itu bertukar menjadi benda lain.Sekiranya dibuang saja dengan tidak menghiraukan nya nescaya akan datanglah geruh kepada pemburu berkenaan.Geruh itulah yang dikatakan badi.
Tetapi belum pernah didengarnya mengenai pelanduk yang berbadi.Sebab itu dia merasa heran ketika menggalas karung berisi pelanduk tadi terlalu berat.Setalah kejadian yang dilihatnya mengenai pak uda karib dengan perempuan tua bertetek labuh tadi,beban yang digalasnya tidak lah berat lagi.
"aku nampak pak uda dengan anu tu..."terasa bulu tengkoknya meremang bila terpandangkan muka perempuan tua tadi.
"Celaka.."gerutu pak uda karib sambil meludah ke tanah."Kalau rimau nampak juga belangnya,ni benda tak nampak.Musuh macam inilah lebih buruk kalau ke hutan"katanya macam menyesali kejadian yang berlaku itu.
  "Aku nampak.."jelas nampak mion.Sebenarnya dia cuba menghilangkan ketakutan yang menyelubungi hatinya.Selagi tidak lepas keluar dari hutan tersebut hatinya tetap diganggu ketakutan.
"Kau tak takut?"soal pak uda karib menoleh langsung kebelakang.
  Mion cuma tersengih-sengih.Malu juga dia mahu menerangkan sama ada takut atau tidak.kalau mahu berbohong pun tentulah pak uda karib dapat membaca air mukanya.Siapa yang tidak takut bila terpandang muka hodoh seorang perempuan tua yang menggerunkan di tengah hutan?
"Kau takut?"ulangi pak uda karib
"Takut jugalah.."dia mengaku secara jujur."Tapi pak uda ada,apa lagi nak ditakutkan"sambung nya perlaha.
"Hantu kopek.."terang pak uda karib selanjutnya tetus berjalan tidak memandang kiri dan kanan."Bukan badi pelanduk tadi tu,hantu kopek.Memang kalau ke hutan hantu kopek inilah selalu menyorokkan jalan.Itu yang menyebabkan kita sesat tak dapat cari jalan keluar,katanya menjelaskan.
Mion terangguk-angguk saja.
Dari cerita pak uda karib itu dia dapati hantu kopek ini tidaklah merbahaya sangat.Dia cuma menyesatkan jalan orang-orang yang pergi kehutan.Pada mulanya pak uda karib menyangka puaka hutan yang menganggu.Kalau puaka hutan,maka terpaksalah menghadapi rintangan yang berat.Sebab itulah pak uda karib terpaksa buat pasung bumi menghadapi tentangan yang berat.Sebab itulah pak uda karib membuat pasung bumi untuk memerangkap.
  Disebabkan dia sudah memerangkap hantu kopek,mahu tidak mahu dia terpaksa juga memusnahkannya.Kalau dilepaskan beerti dia sudah bertolak ansur dengan syaitan.Mengikut petua gurunya dia tidak akan digeruni lagi oleh syaitan sekiranya mengalah kepada makhluk demikian.
Memang sudah diduga dari awla perjalanannya diganggu.Sebab itu dia mencari tempat yang sesuai untuk memerangkap.Bagaimanapun dia sendiri tidak menduga yang gangguannya cuma hantu kopek,yang mahu menyesatkan perjalanannya di tengah hutan itu.
"Petuanya senang kalau hantu kopek ini menganggu"pak uda karib memberitahu."Kau cari akar kayu melintangi jalan,kemudian dibelah dua.Kau menyusup celah belahan akar itu.Mampus dia tak dapat lagi menganggu kau.."dia menerangkan kepada mion petua-petua kalau tersesat semasa berjalan dihutan.
Di samping itu pak uda karib juga menerangkan petua yang lebih senang ialah menanggalkan pakaian.Hantu kopek ini menjadi malu apabila melihat lelaki berbogel dan dia akan melarikan diri.Selepas itu mudahlah mendapatkan jalan keluar.
Semua cerita mion ke hutan dengan pak uda karib diceritakannya semula kepada saya.Oleh itu saya sudah dapat mengagak bahawa kereta tamrim sudah dibawa jauh entah kemana.Osman hanya terhangak-hangak memanjangkan leher kerluar tingkap kereta memerhatikan lurah yang dikatakan lorong ke dusun tok imam mat dah.
"Mana jalannya man?"tanya tamrim tidak sabar.
"Kawan sedang memerhati ni..."osman mendengus.Dia juga menjadi serba salah kerana tidak dapat mencari lorong ke dusun durian tersebut."Hari malam memang susah sikit nak cam jalannya"katanya masih tergaru-garu kepala.
"Kau kata kampung kau,takkan lah tak cam.."ujar tamrim macam menyindir.
Osman tersengih-sengih.Dia sendiri tidak dapat mempastikan dimana lorong hendak dicari.Kelilingnya kelihatan seperti kabus memutih dan tidak kelihatan apa-apa.Kalau mahu dikira kabus masakan baru pukul 12.30 tengah malam sudah turun kabus demikian pekat.Lagi pun dilangit bulan mengambang terang.Bagaimana kabus demikian berlaku adalah mengelirukan.
  Yang dapat dilalui cuma jalan tanah merah itu.Kadang kala suluhan lampu kereta tamrim juga tidak dapat menyuluh dengan jelas.
Memandangkan keadaan semakin rumit saya mula mengesyaki sesuatu.Saya teringat akan cerita mion.Teringat akan pengalaman yang dilihatnya semasa di hutan bersama pak uda karib.Ketika saya membiarkan saja osman dan tamrim berbalah mengenai jalan yang kami cari.Saya mendiamkan diri sambil membuat persemadian yang khusyuk.
Mungkin cara saya dengan pak uda karib tidak sama.Dia seorang pawang besar.Sehingga akhir hayatnya semua orang akan tahu dia seorang pawang yang terkenal dalam hal-hal berburu di hutan.Sedangkan saya hanya bekas seorang pelajar di sekolah agama.Bagaimanapun saya hanya mencuba-cubakan sedikit beberapa potong ayat quran,moga-moga dapat pertolongan dari allah.
Semasa menghadapi kebuntuan adalah digalakkan membaca surah wadduha dengan kusyuk.Ini adalah pegangan saya apabila menghadapi suasana demikian.Jadi dalam masa osman dan tamrim berbalah saya pun membacakan surah wadduha dengan penuh kusyuk.
  Sekonyong-konyongnya osman memekik."Hus,kita ni da terlangsung jauh.Dah jauh sangat ni"dia membuka ketayapnya sambil mengibas-ngibas ke pipi."Itu sekolah hah..da nak sampai ke jerantut kita.Pusing ke belakang balik"katanya tersengih-sengih.
"Tadi kau kata depan lagi.."keluh tamrim pendek.
"Iyalah kawan rasa kereta awak ni perlahan aje.Sebab itu kawan ingatkan dekat aje dari rumah tok imam tu"jelas osman tersengih-sengih macam rasa bersalah.
Apabila kami berpatah balik kelihatan tidak ada lagi kabus memutih.Jalan kelihatan terang dan dikiri kana jalan samar-samar kelihatan disinari oleh cahaya bulan.Akhrinya mudahlah kami menemui lorong ke dusun durian tok imam mat dah.Hampir pukul 2.00 pagi,kami sampai ke pondok durian tok imam mat dah.
Bergegas dia bangun bila osman memanggil namanya.Belum pun sempat saya duduk,osman sudah membelah durian yang berlonggok di atas pondok.
Selesai

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now