77.Lembaga Bertinggung Atas Batu

1.7K 26 0
                                    

Sudah banyak kali saya melalui jalan sekinchan kalau ke setiawan.Kadangkala jam dua pagi saya berseorangan sahaja memandu kereta buruk saya itu.Tidak pernah pula saya menemui sebarang keganjilan apabila melalui kawasan yang banyak pokok rimbun di kiri kanan.
Tetapi usin biduk sudah dua kali terserempak lelaki bertinggung di atas batu tanda kilometer dengan pakaian koyak rabak.Ketika disuluh,muka lelaki itu dipenuhi dengan darah.Dia mengerang-ngerang kesakitan sambil menunjuk ke arah basikalnya yang remuk akibat di langgar lori.
  Terasa juga belas dihati usin biduk.Kalau tidak dibantu tentu lelaki itu semakin parah.Tetapi semasa dia mahu keluar dari kereta nya untuk membantu,tiba-tiba sahaja kepala lelaki itu jatuh tergolek di tanah.Kemudian,sedikit demi sedikit tubuh lelaki itu hilang bersama kabus.
"His,aku tak cari kamu.."gerutu usin biduk,terus memecut keretanya meninggalkan kawasan tersebut.
Seram sejuk dia apabila mengingatkan peristiwa tersebut.Mujurlah lelaki itu tidak mengaggu,kalau diganggu mungkin juga kereta usin biduk terbabas ke tepi jalan.
"Di sinilah tempatnya,ustaz"beritahu usin biduk sambil menunjukkan ke arah batu tanda kilometer ditepi jalan."Dia akan tercangkung disitu,tapi tak mengusik sesiapa"jelasnya lagi semasa kereta melalui jalan tersebut.
  "Ah,kita bukan nak cari dia"sahut saya,perlahan.
"Ustaz tak percaya ke?"usin biduk cuba menduga.
"Percaya apa.."soal saya semula.
"Tentang lembaga di batu tu"beritahunya menghela nafas.
  Saya juga menghela nafas.Perkara usin biduk terserempak lembaga lelaki ditepi jalan bukan masalah percaya atau tidak percaya.Tidak ada yang anek kepada kita mengenai segala kejadian dengan kehendak allah subhana hu wataala.Apa sangat lah dengan lembaga manusia menjelma dimalam hari kalau dibandingkan dengan bulan,matahari dan bintang yang tidak ada tali menggantung?Kalau allah subhanahu wa taala menghendaki tidak ada yang tidak berlaku.
Usin biduk terserempak lagi lembaga berkenaan pada kali kedua,tetapi dia tidak mudah panik.
Jauh lagi dia sudah suluh dengan lampu kereta lelaki itu bertinggung di atas batu tanda kilometer di tepi jalan.Cepat-cepat usin biduk memperlahankan kereta nya.Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan,sekalipun banyak kereta lalu lalang ketika ini.
"Apa halnya ni?"usin biduk memberanikan hati lantas mendekati lelaki tersebut.
"Lori tu lari"beritahu lelaki itu,terketar-ketar bagaikan menahan sejuk angin malam."Dah langgar aku,dia lari.."jelasnya dalam keluhan yang berat.
"Kenapa tak report polis?"soal usin biduk.
"Nak report macam mana?"dia tersenggih-senggih menguis darah yang banyak keluar membasahi rambutnya.
  "Kenapa pulak?"semakin berminat usin biduk mahu mengetahuinya.
  "Kepala aku pun putus.."ujarnya ketawa lembut,sekaligus kepalanya jatuh bergolek ke tanah.
Kejadia kali kedua itu sama juga dengan yang dialaminya sebelum itu.
Usin biduk memang tidak pernah takut.Ketika di kampungnya di endau,tengah malam pun dia berani disuruh kemana sahaja,sekalipun umurnya masih dua puluhan.Ketika kakaknya,kak nah,tidak lepas mahu bersalin,tidak bertangguh emaknya menyuruh dia memanggil wak samin.
Kalau tidak kerana kakaknya sakit pun,usin biduk tidak akan menolak sekiranya disuruh kemana pun pada tengah malam begitu.Apalagi dengan wak samin,memang sudah lama dia berguru dari orang tua itu.
  Ketika melintasi selekoh jalan di bawah pokok cenderai,usin biduk terdengar namanya dipanggil.Dia terhenti langkah.Terasa berdebar juga hatinya apabila dipanggil pada tengah malam demikian.Masakan ada orang-orang kampung keluar ketika ini.
Usin biduk sudah menduga,tentu gangguan syaitan.Dalam saat demikian memang syaitan akan mengaggu.Sebab itu kakaknya sukar bersalin,sekalipun bidan som sudah dipanggil.Bidan som sendiri menyuruh emaknya seger menjemput wak samin.
Dia membacakan al-fatihah tujuh belas kali,surah al-ikhlas tujuh belas kali,dan ayatul kursi juga tujuh belas kali.Kemudian,dia berdiri berpeluk tubuh merenung tepat ke pokok cenderai yang tertegak ditepi jalan.Tiba-tiba,lembaga perempuan memakai kain putih nipis terhumban jatuh dari pokok cenderai.Dia bergolek di depan usin biduk,hingga ditampan dengan kakinya.
"Kenapa ganggu aku?"soal usin biduk,keras.
"Aku nak jumpa kau"beritahu perempuan itu lantas bangun terketar-ketar.
  Usin biduk dapat menatap muka perempuan itu.Memang cantik dengan bauan harum setiap kali kain putih nipis yang dipakainya ditiup angin berombak-ombak.
  "Kenapa kau nak jumpa aku?"marah benar usin biduk diganggu dalam saat cemas demikian.
"Aku sayang pada kau"jelas perempuan muda itu,tersenyum,tetapi tidak berani mendekati usin biduk.
"Jangan kau nak berdusta"semakin marah usin biduk apabila terasa perempuan itu cuba mempermainkannya."Kau setan yang nak ganggu perjalanan aku ke rumah wak samin"bentaknya,lantas menghentakkan tumit ke tanah.
Perempuan itu mengilai.Dia melompat naik ke atas pokok cenderai.
"Sekarang kau menunjukkan diri kau yang sebenar,ya"ejek usin biduk sesudah dapat membuktikan perempuan didepannya bukan manusia biasa."Kalau kau ganggu aku lagi,akan aku hancurkan kau"dia memberi amaran.
  Belum sempat usin biduk melangkah meninggalkan selekoh jalan,tiba-tiba bahunya dipegang.Pantas sahaja usin biduk menepis dengan membuka langkah silat.Perempuan yang memaut bahunya terpelanting hingga terguling di tanah.
"Sampai hati abang buat aku macam ni"rayu perempuan itu dengan menghulurkan tangan.
Usin biduk tidak menyahut.Dia melompat lantas menyepak perempuan itu.Tetapi dia sendiri jatuh terduduk apabila kakinya singgah pada perdu pokok cenderai.Terkekeh-kekeh perempuan itu ketawa mengejek dia.
Usin biduk terasa kakinya sakit berdenyut-denyut tersepak pokok cenderai.Apabila dia mahu berdiri semula,kakinya tiba-tiba bengkak besar.Terlalu berat hingga tidak boleh diangkat.
"Biar aku urutkan kaki abang tu"perempuan itu menawarkan diri.
Disebabkan tidak tertahan sakit di kakinya,usin biduk membenarkan kakinya diurut perempuyan berkenaan.Dia terasa sejuk setiap kali tangan perempuan itu menyentuhi kakinya.
Lama perempuan itu mengurut,hingga usin biduk hampir terlena.Dia merasa dirinya seolah-olah dibelai manja.
  Dia terkejut apabila wak samin menyergah perempuan itu.Terpaksa perempuan itu berundur sebaik ternampak wak samin tercegat menudingkan telunjuk ke arahnya.
"Kau nak perdayakan anak buah aku,ya"wak samin membentak marah.
"Janganlah abang marahkan saya.."lembut sahaja suara perempuan itu memujuk.
Wak samin mengisar tapak tangannya hingga kelihatan asap keluar dari celah jarinya.Kemudian,dia membacakan : 'Alif lam min sad,kaf ha ya a'in sad,ha mim a'in kaf,uskun aiyuhal waji' billazi inyasya yuskinirriha fayazlalna rawa kida 'ala zahrihi innafi zalika la ayatin likulli sabbarin syakur'.
Sekaligus tubuh perempua itu berpusing ligat seperti gasing,kemudian terdampar pada perdu pokok cenderai.Kemudian,dia bergulung-gulung disitu hingga bertukar menjadi ular tedung selar yang garang.Dari silauan cahaya bulan yang terang,usin biduk dapat melihat dengan jelas kejadian tersebut.
"Oh,kau nak tunjuk pandai"ejek wak samin,melompat ke belakang sedikit.
Tiba-tiba wak samin merebahkan badannya apabila ular tedung selar itu mengangkat tinggi kepalanya dengan leher mengembang.Dia mebalik-balikkan tubuhnya tujuh kali hingga usin biduk dapat melihat waks amin menjelmakan dirinya menjadi harimau.
Apabila harimau itu melompat tinggi,tangannya sempat menampar kepala ular itu.Setiap kali tangan harimau tersebut menampar,ular tedung selar yang garang itu terhuyung-hayang.Ular itu tidak dapat bertindak balas disebabkan harimau jelmaan wak samin terlalu pantas melayang di udara.
Terpaksa ular tedung selar itu menyusupkan kepalanya di dalam belukar pada perdu pokok cenderai.Belum sempat ia melarikan diri,panahan api menerjah dari udara.Anak-anak panah itu menyinggahi tubuh ular tersebut hingga tercacak melekat di segenap bahagian.Menggelepar ular tedung selar itu akibat tertusuk panah berapi itu.
Ketika ini,harimau jelmaan wak samin berguling-guling semula di tanah.Kemudian,beransur-ansur berubah menjadi wak samin semula.Terdengar rengekan perempuan apabila tubuh ilar itu hangus dimakan panah berapi yang tercancang.
"Saya memang nak jemput wak"tersengih-sengih usin biduk memberitahu lantas bangun terjengkot-jengkot.Kakinya masih terasa sengal-sengal akibat tersepak perdu pokok cenderai.
"Apa halnya?"soal wak samin.
"Kak nah dah nak bersalin"dia menjelaskan.
"Kenapa panggil aku,pergilah panggil bidan.."ujar wak samin,semacam bergurau.
"Bidan nah yang suruh panggil wak.."katanya tersipu-sipu.
  Tetapi dalam perjalanan balik itu,usin biduk tidak dapat mengikuti wak samin.Terlalu cepat orang tua itu melangkah,hingga dia jauh ketinggalan dibelakang.Puas juga dia mengejar dari belakang,tetapi wak samin semakin pantas.
Dia memanggil wak samin,kemudian melambai-lambai,tetapi wak samin tidak menghiraukan dia.Sewaktu wak samin naik kerumah,usin biduk masih juga berlari-lari dibelakangnya.
Hinggalah usin biduk rasa dahinya ditepuk-tepuk beberapa kali.Apabila dia membuka mata,usin biduk kehairanan kerana dia terbaring dihujung serambi.Jiran-jiran pula mengelilingi dia.
"Macam mana kak nah?"perlahan dia bertanya sambil mengangkat kepala,tetapi terasa seluruh badannya sengal-sengal.
  "Dah selamat bersalin"sahut emaknya,ucu timah,gembira sebaik melihat anaknya sudah segar semula.
  "Bila?"usin biduk masih kelihatan lemah.
"Dah tiga hari"beritahu bidan som yang membidankan kak nah.
  "Tiga hari..?"terkejut usin biduk mendengar penjelasan bidan nah kerana dia merasakan baru sahaja balik dari menjemput wak samin.Malah,dia sama-sama balik ke rumah dengan orang tua itu.
"Ya,dah tiga hari kau tak sedar diri.."ujar ucu timah,mengeluh pendek."Mujur wak samin jumpa kau terbaring dekat perdu pokok cenderai tu"katanya menghela nafas panjang.Terasa lega hatinya setelah usin biduk pulih semula.
Wak samin memang bercadang mahu menjengah kak nah yang sakit sukar mahu bersalin.Hingga lah hatinya tergerak mahu ke rumah ucu timah selepas isya.Ketika melalui selekoh jalan yang disisinya tertegak pokok cenderai itu,dia ternampak udin biduk berbaring disitu.
Apabila digerakkan,ternyata usin biduk tidak sedarkan diri.Mulutnya berbuih dengan seluruh tubuh kejang.Tidak bertangguh wak samin memapah usin biduk balik.Selama tiga hari pula usin biduk terkejang tidak sedarkan diri.Terpaksalah wak samin berikhtiar memulihkannya.
  "Saya tak kan jeran,ustaz"beritahu usin biduk,mengerling saya di sebelahnya.Kereta terus meluncur laju memasuki kawasan pekan sekinchan."Kalau saya diganggu setan,saya tak akan lari"katanya,seolah-olah menyimpan dendam pula.
"His,awak ni takbur"saya menegurnya perlahan.
"Bukannya takbur,ustaz"ujar usin biduyk tersengih-sengih."Tapi,saya rasa tak takut kalau terserempak kejadian macam tu"jelasnya mengulum senyum.
Memang usin biduk tidak berbohong.Sepanjang saya kenal dia,usin biduk suka berterus-terang.Sewaktu saya menemui wak samin di endau pun,orang tua itu memuji-muji usin biduk kerana tidak takut menghadapi ujian demikian.
Sebelum sampai di sungai besar,saya mengajak dia singgah dahulu dirumah haji mahdar.Sempat juga saya menunaikan sembahyang isyak disitu.Isterinya,anjang saemah,juga mahukan saya menjamahnasi terlebih dahulu.Dia tahu saya sekadar singgah di rumahnya dan tidak akan bermalam disitu.Sebab itulah anjang saemah masakkan juga nasi untuk saya.
"Kalau tak mau makan,lain kali jangan singgah"ujar anjang saemah semacam merajuk apabila saya memintanya jangan bersusah payah memasak.
"Macam mana,usin"saya berpura-pura menyoal usin biduk.
  "Saya ikut ustaz saja.."katanya,tersengih-sengih,sengaja mengelak.
Mahu tidak mahu,terpaksa jugalah kami menunggu anjang saemah memasak nasi.Selepas selesai sembahyang isya,nasi sudah siap terhidang.Berselera juga saya makan dihidangkan gulai ikan sepat masak lemak.
  Apabila usin biduk menceritakan mengenai lembaga lelaki yang ditemuinya bertinggung diatas batu tanda kilometer dekat sekinchan,haji mahdar sekadar menjuihkan bibir.Dia pun sudah kerapkali mendengar orang yang lalu lalang disitu sering terserempak lembaga lelaki berkenaan.
"Orang cakap begitulah,tapi aku tak pernah berjumpa"ujar haji mahdar perlahan,menatap muka usin biduk.
  "Saya dah dua kali terserempak"cepat sahaja usin biduk memberitahu.
"Awak cam mukanya?"soal haji mahdar.
"Kalau jumpa lagi,memang saya cam"jelasnya,perlahan.
  Kemudian,haji mahdar bangun masuk ke biliknya.Apabila keluar semula,dia menunjukkan sekeping gambar saiz poskad yang sudah perang.
Terkejut usin biduk sebaik sahaja menatap gambar yang ditunjukkan oleh haji mahdar.Muka lelaki yang ditemuinya bertinggung atas batu tanda kilometer di tepi jalan itu,sama dengan gambar saiz poskad yang ditunjukkan haji mahdar.
"Anak tuan haji ke?"soal usin bidin,masih memegang gambar itu.
"Ayah aku"jelas haji mahdar,mengusap tangan ke mukanya.
  "Masih muda lagi"semacam tidak percaya pula usin biduk.
  "Itu gambar bila?"tersengih-sengih haji mahdar mengambil semula gambar di tangan usin biduk.
"Gambar tu zaman orang putih,dia meninggal pun zaman orang putih"dia memberikan penjelasan.
Haji mahdar pun sekadar mendengar daripada arwah emaknya.Dia sendiri tidak pernah menatap wajah ayahnya,keculai sekeping gambar yang sudah keperangan itu.Arwah emaknya memberitahu mengenai kejadian yang menimpa ayahnya,semasa mereka menetap di sekinchan.
Disebabkan anak kecilnya melangsing menangis memerlukan susu,terpaksalah parjan,ayah haji mahdar mengayuh basikal ke kedai.Dia tidak menghiraukan nasihat naesah,isterinya,yang menyuruh makan terlebih dahulu sebaliknya dia terus juga mengayuh basikal meranduk remang senja.
Parjan bimbang kedai ditutup kalau terlambat sampai.Biarlah ke kedai terlebih dahulu.Setidak tidaknya dapat juga membeli susu untuk meredakan tangis anaknya yang melangsing.
Sehingga beduk dipalu di surau menandakan masuk waktu isya,naesah menunggu dirumah.Suaminya tidak juga balik.Tidak lama selepas itu orang-orang kampung memberitahu dia mengenai kecelakaan yang menimpa suaminya.
  Basikal yang ditunggang parjan remuk habis.Mayatnya terpelanting ke tepi jalan dalam keadaan mengerikan.Sewaktu ditemui,kepalanya sudah terputus akibat digilis tayar lori.Tidak ada pula sesiapa yang nampak kejadian tersebut.Lori yang melanggar parjan juga terus melarikan diri.
Apalagi pada masa orang putih,orang melayu tidak berani bertindak.Mereka menyerahkannya kepada takdir sahaja.Sebab itulah kematian parjan senyap begitu sahaja.
  Tidak lama selepas kematian parjan,beberapa kali orang terserempak dia bertinggung di atas batu di tepi jalan,tetapi tidak menganggu sesiapa.Hinggalah naesah berkahwin lain,dan mengikut suaminya menetap disungai besar,dia tidak mendengar lagi tentang cerita itu.
  Setelah anaknya,haji mahdar dewasa,naesah tidak juga memberitahu kejadian yang menimpa parjan itu,tetapi haji majdar ada mendengar dari saudara mara nya di sekinchan.Mereka memberitahu mengenai jelmaan ayahnya yang sering ditemui bertinggung diatas batu tanda kilometer di tepi jalan.
Beberapa kali haji mahdar berulang alik ke sekinchan,tetapi dia tidak terserempak pun.Kadangkala sengaja dia memperlahankan motor honda nya untuk melihat sendiri jelmaan ayahnya.Memang dia tidak bernasib baik.Tidak pernah sekalipun dia terserempak sama ada pada remang senja,mahu pun pada tengah malam sepi.
"Semuanya atas kehendak allah subhanahu wa taala"ujar haji mahdar menatap gambar saiz poskad ditangan.Terbayang kesayuan pada wajahnya setiap kali menatap wajah ayahnya itu.
"Tuan haji kesal kerana tak jumpa?"usin biduk masih mahu membicarakan hal itu lagi.
"Bukan kesal kerana tak jumpa"beritahu haji mahdar."Tapi,jelmaannya menjadi buah mulut orang"ujarnya meluahkan rasa mendongkol yang terpendam di hati.
Terdiam usin biduk.Terasa juga dia macam menyinggung perasaan haji mahdar apabila diceritakan jelmaan lelaki yang ditemuinya itu.Sekalipun dia tidak berniat untuk menyinggung,tetapi haji mahdar tetap terkilan.
  Kami meneruskan perjalanan ke sitiawan pada malam itu juga.Bagaimanapun,saya tidak singgah di mana-mana,sama ada di kota setia dirumah uda jali,atau di lekir di rumah haji sepawi.Kalau banyak tempat singgah menyinggah,terlambat pula sampai di sitiawan.
Itu pun sudah tengah malam sampai dirumah menantu usin biduk.Kelam kabut juga saari apabila dikejutkan oleh mentuanya pada tengah malam begitu.Maharum,anak usin biduk,masih berkemban semasa mendengar ayahnya datang.
"Hah,sakit apa kamu?"soal usin biduk sebaik sahaja ternampak anaknya,maharum.
"Entahlah,tak tau nak cakap"jelasnya,tersengih-sengih lantas mengerling suaminya.
Saari yang menelepon usin biduk.Dia tidak menerangkan apa-apa,sekadar mengatakan maharum sakit.Kalaulah bedah,isteri usin biduk tidak ke segamat di rumah anaknya yang sulung,tentu dia juga ikut ke sitiawan.Sebab itulah usin biduk mengajak sayasama ke rumah menantunya.
"Sakit apa pula tak tau nak cakap"usin biduk mengusik.
Maharum tidak menyahut.Dia masuk semula ke bilik.Malu juga dia berkemban apabila ternampak saya dibelakang ayahnya.
"Mengigau malam,sampai berjalan keluar rumah"beritahu saari sebaik sahaja isterinya menghilang ke dalam bilik.
"Hah,ayah bawakan ustaz ni,biar dia tengokkan"jelas usin biduk setelah kami duduk.Saya sendiri tidak tahu tujuan sebenar usin biduk mengajak ke sitiawan.Dia hanya memberitahu mahu kerumah anaknya sahaja,dan meminta saya temankan.
Lagipun,dia ingin memberitahu saya pasal melintas jalan di sekinchan waktu mala.Bukanlah dia bimbang terserempak lembaga lelaki bertinggung atas batu tepi jalan itu,tetapi sekadar teman bercakap didalam kereta.Kalau isteri nya ikut sama,lainlah.Sebab itulah saya bersetuju mengikut usin biduk.
"Silalah,ustaz"saari terus sahaja mempelawa untuk mengubati isterinya.
  "His,tunggulah berehat dulu lepaskan penat"kata usin biduk,mencebik bibir.
Tersengih-sengih saari ditegur ayah mentuanya.Seolah-olah dia tidak boleh bersabar.
Sudah hampir sebulan dia menanggung bimbang,apabila maharum merungut-rungut pada tengah malam.Rambutnya mengerbang tidak terurus.Kalau digerakkan dia akan termangu tidak menetu.Kemudian,terus berjalan keluar hingga ke pintu pagar.
  Sudah beberapa kali dia berubat memanggil dukun.Usaha sudah dibuat.Tanam rumput sambau dihadapan pintu pagar juga sudah dibuat seperti yang diajarkan oleh dukun,tetapi keadaan maharum tidak juga berubah.
  Gangguan itu hanya sebelah malam sahaja.Apabila siang dia pulih seperti biasa.Malah,maharum sendiri tidak tahu menahu apa yang berlaku pada sebelah malamnya.Dia sekadar bermimpi bermain-main di taman bunga yang tidak pernah dilihatnya.
Lama juga kami duduk di ruang tamu,tetapi maharum tidak keluar menjengah muka.Beberapa kali saari memanggilnya menyuruh sediakan minuman,tetapi dia tidak menyahut.
Disebabkan maharum tidak keluar dari biliknya,saari masuk menjengah.Kemudian,dia keluar semula dalam keadaan bimbang.
"Tak mau dia keluar"beritahu saari memandang usin biduk.
  "Kenapa pula?"soal usin biduk.
"Dia..bencikan ustaz"serba salah saari mahu menjelaskan.
  "Em..senanglah ubatnya.."tersenyum usin biduk sebaik sahaja diberitahu demikian."Belum apa-apa,dia sendiri dah tunjukkan diri"katanyam,menepuk nepuk kepala lutut.
  "Selalunya dia meracau semasa tidur"saari semacam terkejut dengan perubahan kelakuan isterinya.Semasa mendengar suara ayahnya datang,dia kelihatan riang,tetapi sebaik terpandang sahaja muka saya,dia berubah menjadi moyok.Cepat sahaja lari masuk ke bilik merungut-rungut tidak menentu.
"Tak senang diam,kalau ustaz ada dalam rumah ni"ujar usin biduk mengertap bibir.
Memang usin biduk pun kerapkali dijemput mengubati orang sakit.Kadang kala sengaja dia mengajak saya bersama,sekiranya cara pengubatannya tidak memberi kesan.Dia tahu keadaan yang menyelubungi anaknya maharum ketika itu.
Sebab itulah saari menelefon ayah mentuanya.Setidak-tidaknya ayah mentuanya juga dukun yang boleh mengubati penyakit.Semasa di endau pun orang-orang kampung sudah mengenali usin biduk memang dukun.Wak samin yang menjadi gurunya juga bukanlah calang-calang orang.
Disebabkan usin biduk menjadi murid wak samin itulah,dia berkawan rapat dengan saya.Serba salah juga saya mahu menolak di berkuat mengajak saya kemana-mana.Apalagi ke sitiawan itu untuk menjengah anaknya yang dikatakan sakit.
Tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi benda berat jatuh didalam bilik.Cepat-cepat saari berkejar masuk.Usin biduk juga mengekori menantunya.
"Hah,berapa lama kau dah ganggu anak aku?"saya terdengar usin biduk membentak.
Maharum hanya merungut-rungut.Meja solek sudah sendeng tersandar ke dinding.Barang-barang diatas meja solek berselerak dilantai.
"Kenapa ni,maharum?"ujar saari,memujuk isterinya.
"Ini bukan maharum"bisik usin biduk,mengisar-ngisar tumit kaki di lantai."Benda yang menganggunya selama ini,panas miang sebab ustaz ada diluar"katanya lantas menghembus ke muka maharum dengan membacakan al-fatihah.
  Maharum mengerling tajam.Rambutnya yang mengerbang sengaja dikusutkannya.
"Panggil ustaz masuk"usin biduk menolah bahu menantunya.
  Cepat-cepat saari keluar meminta saya masuk ke bilik.Dia mulai cemas setelah diberitahu ayah mentuanya mengenai gangguan yang merasuk maharum.
  Ketika saya masuk,maharum terlegar-legar di penjuru bilik seolah-olah mahu melepaskan diri,tetapi dia terkurung disitu mahu mencari jalan keluar.Puas berlegar-legar,dia berpaling merenung tajam ke arah saya sambil menyeringaikan gigi.
"Lawanlah ustaz ni"jerkah usin biduk menyebabkan maharum terkejut.
Terus sahaja maharum terjelopok duduk menelungkupkan muka ke dinding.Dia menangis tersedu-sedu.
  "Kenapa ni,arum?"saari memegang bahu maharum.Isterinya semakin galak menyongoi.
Saya menyuruh saari memapah maharum supaya dibaringkan diatas katil.Sebaik sahaja dibaringkan diatas katil,maharum mencapai bantal menutup mukanya.
  Setelah maharum dibaringkan,tanpa menunggu usin biduk memulakan,saya membaca al-farihah,surah al-ikhlas,al-falaq dan an-nas.Kemudian,saya membaca kan tujuh ayat terakhir surah yassin dan ayatul kursi.
Ketika ini maharum semakin kuat menangis tersedu-sedu.Bantal yang menutup muka dipegangnya kuat-kuat sampai tidak boleh terlepas sekalipun saari cuba melekangkan.
  Usin biduk sudah menjuruskan tangannya ke arah maharum.Setiap kali usin biduk mengenjur-gejur kan tangan semasa menjurus,maharum mengeliat-ngeliat bagaikan menahan kesakitan.
"Sekarang rasakan panas seluruh badan"bentak usin biduk semasa menjuruskan tangannya itu.
Sekaligus tubuh maharum mengerekot seperti sotong dibakar,hingga seluruh badannya berpeluh.
Apabila saya membacakan : 'Innahu min sulaiman wa innahu bismillahur rahmanir rahim',dia tiba-tiba bingkas bangun membuangkanbantal yang dipautnya.Dia berdiri bangun bercekak pinggang memandang saya.
Belum sempat dia mahu menerkam kearah saya,saya membacakan al-fatihah tiga kali dan menenyehkan ibu jari kanan ke tapak tangan kiri.Maharum menekup dadanya dan terus rebah semual ke atas katil.
"Huh,cuba nak melawan,ya"ujar usin biduk mengejek,lantas mengisar-ngisar tapak tangannya.
"Tolong,ampun"maharum mula merengek dalam suara yang gementar.
  "Lawanlah,apa takut?"sengaja usin biduk menyakiti hatinya.
  Maharum semakin lemah.Dia terjeluak bagaikan mahu muntah,tetapi sekdar angin sahaja keluar dengan sendawa tersekat-sekat.
"Ustaz,jangan seksa saya macam ni"rintihnya setelah beberapa kali menahan rasa mual mahu terjeluak muntah.
  Saya tidak menghiraukan dia.Di depan saya bukan lagi maharum yang terkial-kial menahan kesakitan.Sudah terbayang jelmaan perempuan berpakaian kain putih lembut dan nipis bertahan daripada terjahan batu-batu berbara merah.
"Tolong ustaz,aku bukan nak ganggu"gerutunya,terketar-ketar menahan kesakitan.
"Kenapa kau ganggu maharum?"saya terdengar usin biduk membentak keras.
"Dulu aku nak tolong awak,tapi awak tak mau"tersipu-sipu perempuan itu menyahut.Suaranya jelas dituturkan oleh maharum sendiri."Sekarang aku nak tolong anak awak pula"dia cuba mencari helah.
"Keluarga aku tak perlukan pertolongan syaitan"jerkah usin biduk,masih menjuruskan tangannya ke arah maharum.
  Tetapi saya tidak melayaninya.Sekali-sekala dia melenggok kepala sama seperti ular tedung selar mengembangkan leher.Semakin jelas saya dapat lihat perubahan pada diri maharum.
Memang dia cuba juga menerkam setiap kali dicubanya,kepalanya bagaikan terpampan pada tembok batu keras.Menggelupur dia menahan kesakitan di kepala apabila digagahinya juga mahu merempuh tembok batu itu.
Kemudian saya membacakan :'Lanar jumanakum wala yamasannakum minna azabun alim,diulangi sebelas kali.Hingga kelihatan tombak-tombak berbara menerjah tubuh perempuan itu.
"Ampun,ustaz..saya nak pergi sekarang"merintih-rintih suara perempuan muda itu meminta belas kasihan.
"Kau boleh pergi,tapi tinggalkan maharum"usin biduk tetap bersuara keras.
Perempuan itu mengerling usin biduk bagaikan menyimpan dendam.Jurus daripada tangan usin biduk terus juga mengeluarkan batu-batu berbara menerjah ke arah perempuan muda itu.
Hairan juga perempuan muda itu apabila saya tidak melayani apa sahaja yang dituturkannya.Tidak seperti usin biduk yang membentak marah.Kemudian,saya meneruskan pula dengan sebelas ayat terawal daripada surah as-saffa dan ayat dua puluh dua,dua puluh tiga dan dua puluh empat daripada surah al-hasyr.
Sekali gus tubuhnya terhumban dalam kawah yang menggelegak dengan air yang mendidih.Terjerit-jerit perempuan muda itu meminta belas kasihan.Dia melonjak-lonjak mahu melepaskan diri,tetapi air mendidih itu terus menenggelamkan seluruh badannya.
Ketika berhempas pulas didalam air menggelegak itu,tubuhnya bertukar menjadi ular tedung selar yang menggelepar tidak bermaya.Sekali gus,lelaki yang penuh dengan darah dikepala bertinggung diawang-awangan.Dia menghulurkan kayu hingga membolehkan ular berkenaan melilit dan memanjat naik.
"Huh,kau peralatkan makhluk-makhluk allah yang tidak berdosa untuk memenuhi nafsu kau"saya mula bersuara setelah memahami bahawa gangguan yang merasuk maharum bukanlah berpunca daripada jelmaan yang dilihat sebelumnya.
"Kenapa,ustaz?"bisik usin biduk apabila saya bersuara mengertap bibir.
  Memang usin biduk paham benar.Saya tidak akan bersuara selagi tidak dapat mengesan punca sebenarnya.
  "Dia cuba nak kelirukan kita"ujar saya lantas beristighfar tiga kali.
Selepas itu saya memulakan zikir jauh bergema di dalam hati.Saya membiarkan seluruh jasad seolah-olah hancur bagaikan debu halus berterbangan.Saya mahu melihat dengan jelas pondok buruk jauh ditepi hutan yang dihuni seorang lelaki berkepala botak dan memakai pakaian serba kuning mengayun limau diikat dengan benang tujuh warna.
Lelaki botak itu bersila rapat menghadap tempat pembakar kemenyan.Dia mengayun limau itu ditengah asap kemenyan berabun-rabun naik ke udara.
Sebelah lagi tangannya memegang gambar saiz pokad.Memang dapat saya lihat gambar maharum yang ditenungnya setiap kali limau diayun dengan benang tujuh warna.
"Cukuplah,jangan buat kerja sia-sia ni"ujar saya,menegurnya.
  Tiba-tiba lelaki berkepala botak itu menekup telinganya,seolah-olah suara saya membingitkan pendengaran dia.Tercengang-cengang lelaki itu ketakutan sambil mendongak ke udara.Dia tercari-cari suara yang bergaung kuat menegurnya itu.
Apabila saya azan tujuh kali,diikuti dengan membacakan surah al-tariq,bumi menjadi merekah.Pondok usang itu tenggelam dalam rekahan bumi menyebabkan lelaki botak itu melompat keluar,tetapi dia tidak dapat melepaskan diri.Dimana sahaja kakinya berjejak,akan tenggelam hingga paras paha.
  "Hoi,ilmu apa yang awak pakai ni?"dia melaung sekuat hati sambil mencari-cari.
  Saya membacakan al-fatihah tiga kali,lantas menghembuskan kedahinya.Tiba-tiba dia gementar sebaik sahaja melihat muka saya sama besar dengan bukit di hadapannya.
"His,muka ustaz sama besar dengan bukit"maharum yang berada diatas katil ketakutan.Beransur-ansur dia menjadi moyok.Lama kelamaan maharum tertidur akibat keletihan.
  "Macam mana,ustaz?"usin biduk bertanya setelah maharum kelihatan pulih."Besok pagi sahaja kita balik"katanya,terkuap-kuap menahan mengantuk dan keletihan.Saari juga mengajak saya bermalam di sitiawan.
  Sewaktu saya dan usin biduk mahu balik,saari bertanya juga punca penyakit isterinya.Saya sekadar memberitahu dia,insya allah maharum akan pulih.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now