74.Jembalang Tanah Dicampak Ke Gaung

1.7K 26 1
                                    

Tidak lama selepas usin pakau sembuh barulah keadaan ulung siah pulih semula.Terpaksa juga tok aji datang menjengah dua minggu sekali sampai tiga bulan bulan sebelum mereka dua beranak sembuh macam sediakala.Sebab itu usin pakau tetap kenang tok aji,apabila saya menjengah ke kampungnya.Sekali pun sudah bertahun-tahun tidak bersua muka,tetapi usin pakau tetap cam sana sebaik sahaja diberitahu mat kanun mengenai kunjungan saya.
Apa lagi ucu sidin juga balik jejak kaki kekampung setelah diberitahu pasal kejadian pendukuk-penduduk terserempak usungan mayat diusung lelaki-lelaki tidak berkepala di tengah malam.Memang siapa pun tidak dapat mengagak punca gangguan tersebut,hingga malim tekih juga terserempak usungan mayat bergerak diusung orang.
Memang malim tekih tahu kejadian tersebut tidak sama dengan gangguan siluman dilubuk sakaping.Tetapi dia tidak akan mengalah sekira usungan mayat itu menyerbu ke arah nya.Sewaktu dia melihat usungan mayat berkenaan bergerak,malim tekih nampak ianya membelok ke tanah perkuburan.
Sebab itu dia tidak peduli sangat dengan kejadian demikian kalau tidak mengaggu keluarganya.Disebabkan mat kanun yang berkeras mahu mengajak saya ke kampung itu,malim tekih tidak membantah apa-apa.Dia sendiri ikut sama semasa mat kanun kumpulkan orang-orang kampung berjemaah dirikan solat hajat selepas maghrib di surau.
Malim tekih sekadar mengeluh pendek apabila diberitahu mengenai mat kanun tiba-tiba menghilangkan diri dari atas surau,tatkala mereka tengah sama-sama berdoa.Memang dia tidak bimbang apa-apa disebabkan pengalaman masa lampaunya sudah beberapa kali menghadapi kejadian demikian.
"Alhamdulillah,ustaz masih sudi jengah kamu di sini"tutur malim tekih apabila mat kanun naik semula ke masjid.
"Memang pengalaman baru saya dengan ustaz"sahut mat kanun mengerling saya sebaik sahaja duduk dalam keadaan termengah-mengah.
"Kamu dari mana mat kanun?"hairan juga utih deraoh apabila melihat mat kanun lama sangat meninggalkan mereka di surau.
"Kita selesaikan dulu perkara gangguan ni"jelas mat kanun memberi isyarat pada utih deraoh supaya tidak ungkit sangat kemana dia tinggalkan jemaah sewaktu tengah berdoa di surau.
"Kemana pun mat kanun pergi tak pentig utih"sahut usin pakau tersengih-sengih menepuk bahu utin deraoh.
"Asal saja kampung kita tidak diganggu jembalang lagi,cukuplah"ujar nya penuh yakin jelmaan usungan mayat bergerak diusung lelaki tidak berkepala itu sudah berakhir.
  Sebab itu dia mendesak mat kanun supaya beritahu kejadian tersebut kepada ucu sidin di felda.Sama ada ucu sidin balik menjengah ke kampung atau tidak bukan penting sangat,setidak-tidak nya ucu sidin boleh memberi buah fikiran sekiranya gangguan tersebut menjelma semula.
Tahu sangat usin pakau kejadian demikian akan berulang setelah bertahun-tahun berlalu,kerana jembalang tidak akan jemu-jemu menganggu sesiapa sahaja.Bila-bila jembalang akan menjelma semula asal sahaja penduduk-penduduk kampung terlalai.Kalau tidak disebabkan mat kanun membantah,memang dia sudah berhasrat mahu berjamu ancak sekiranya tiada pilihan lain.
  Perkara arwah datuknya pawang lamid tidak berjamu ancak selepas kejadian menimpa dirinya dan emaknya,memang usin pakau sudah maklum.Dia melihat pelupuk mata arwah datuknya digenangi air tatkala melihat dia meniarap terjalar dengan kepala mencodak laksana ular.
Ketika ini usin pakau bukannya tidak sedar apa-apa sekalipun tengah menjalar di tikar.Kalau seluruh badannya meruap panas usin pakau merasa bagaikan seluruh badannya diganggang pada api marak menyala.Dia bagaikan tersalai hingga tidak boleh bergerak kemana.
Tetapi panas yang membahang itu akan beransur-ansur hilang setelah dialin oleh arwah datuknya dengan tepung beras.Apabila suhu badannya semakin menurun,usin pakau mulai kenal siapa berkeliling di sisinya.Dia akan sukar bernafas sekiranya biarkan dia terlentang berbaring dengan kepala diletakkan ke bantal.
"Kenapa aku ni,atuk?"gerutu usin pakau disebabkan tidak boleh terlentang badan apabila ayahnya maasar cuba baringkan dia baik-baik.
"Entahlah,atuk pun tak tahu nak cakap apa"keluh pawang lamid menatap muka cucunya yang berumur belasan tahun ketika itu.
"Agaknya ayah dah lama tidak berjamu ancak"segera maasar mencelah apabila keadaan anaknya bertambah buruk.
  "Hah,baru sangat berjamu ancak,tak boleh dibuat selalu"sahut pawang lamid mencebek bibir mengerling menantunya.
  "Kalau ayah berjamu ancak,tentu ulung siah yang teruk"ucu sidin juga tidak bersetuju ayah nya berjamu ancak.
  Tetapi orang-orang kampung mendesak juga pawang lamid berjamu ancak setelah masing-masing beberapa kali terserempak puntung kayu bertukar menjadi ular hitam berkepala merah.Apabila dia mengambil keputusan berjamu ancak,tiba-tiba sahaja ulung siah beratip berterusan tidak henti-henti.
Melihat keadaan kakak iparnya tidak boleh dipulihkan lagi,lantas malim tekih menawarkan diri membantu bapa mertuanya.Pawang lamid tidak membantah apa-apa setelah malim tekih sanggup sama-sama berikhtiar.Biarpun gangguan yang dihadapi kakak iparnya ulung siah tidak sama dengan gangguan siluman semasa dilubuk sakaping,tetapi setidak-tidaknya dia tidak biarkan gangguan syaitan merasuk sesiapa.
  Tiga hari berturut-turut malim tekih berdoa asal saja selesai solat maghrib,dia berasa seluruh badannya membahang panas seolah-olah duduk di depan unggun api menyala.Keadaan ulung siah tidak juga berubah,manakala usin pakau semakin garang mencodak kepala tatkala merasa tubuhnya membahang panas.
  Kalau tidak disebabkan wak sarmin jauh di endau,memang dia gagahi juga menjemput bapa angkatnya ke kampung berkenaan.Tetapi kasihan juga dia bila kenangkan wak sarmin juga bukan lah sihat sangat sekiranya diajak berjalan jauh.Ketika inilah dia teringatkan tok aji yang lebih mudah dihubungi asal sahaja datang menjengah ke madrasah.
Berat juga tok aji mahu ikut jejak kaki ke kampung pawang lamid.Tetapi apabila kenangkan malim tekih anak angkat kawan baiknya wak sarmin,terpaksa juga dia gagahi datang menjengah.Dalam keadaan uzur tok aji meminta saya temankan dia disebabkan berbatu-batu tinggalkan rumah.
Setelah tok aji doakan ulung siah yang beratip tidak berhenti-henti,barulah dia mendekati usin pakau yang dipindahkan oleh pawang lamid kerumahnya.Sengaja pawang lamid mengasing kan ulung siah dari anaknya usin pakau biar mudah diubati.Kalau mereka tinggal sebumbung di rumah ulung siah,nescaya gangguan yang merasuk akan berlegar tidak mahu membolos keluar.
Memang tok aji tidak membantah setelah pawang lamid membuat keputusan demikian.Lagipun rumah pawang lamid bukanlah jauh sangat dari rumah anaknya ulung siah,hanya sekadar dipisahkan pagar halaman.Bila-bila pawang lamid boleh menjengah di tingkap apabila dilaung dari pintu pagar dapur rumah usung siah.
"Usin ni puncanya menyebabkan saya berjamu ancak juga,abang aji"beritahu pawang lamid sebaik sahaja tok aji bersama saya naik ke rumahnya.Ketika keadaan usin pakau masih juga tertiarap di lantai terkial-kial macam ular menjalar tengah belukar.Sekali-sekala dia mencodak kepala tinggi disebabkan nafas tersekat akibat lama sangat tertiarap.
  "Tak penatkah kamu meniarap?"sengaja tok aji mengusik apabila usin pakau mengangguk kepala mengakui memahami apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Susah nak bernafas kalu terlentang tok"sahut usin pakau terkebil-kebil mata disebabkan dia memang sedar dengan kejadian yang menimpanya.
"Kalau badan panas,baru dia tak sedar apa-apa"jelas maasar mengusap-ngusap belakang anaknya.
"Kamu nak duduk tak?"ujar tok aji memberi isyarat supaya usin pakau didudukkan biar bersandar belakang pada bantal.
Sebaik sahaja maasar cuba dudukkan,tiba-tiba sahaja usin pakau jatuh terhempas ke lantai.Marah benar apabila ditegak duduk hingga tersandar pada bantal yang disendal.Sekali gus pula dia menjelikan lidah panjang dengan kepala mencodak.
Tersenyum tok aji apabila kepala usin pakau melenggok-lenggok laksana ular tedung mahu menerkam mangsa.Tiga kali tok aji membaca al-fatihah terus dihembus perlahan ke muka usin pakau menyebabkan anak muda itu menggelepar.Dia menyiarap ke lantai dengan kepalanya ditanggung pada bahu.
  Kemudian tok aji bacakan tiga kali : Alallahi tawakalna rabbana la-taj'alna fitnakan lilqaumil zolimin,wanajjina birahmatika minal qaumil kofirin.
Apabila dia mengisar tapak tangannya sekali gus muka uisn pakau bertukar menjadi merah,lantas menginsut ke hadapan seolah-olah ular menjalar.
"Hah,tok aji ni bukan datang nak mengubat"gerutu usin pakau melenggok-lenggok kepala."Kalau macam ni membunuh aku"dia mencemik muka sengaja mengejek disebabkan geram sangat mukanya dihembus oleh tok aji.
  Tersengih-sengih tok aji merenung tajam kemuka usin pakau.Kemudian mencuit bahu saya menyuruh azan tujuh kali diikuti surah at-tariq.Tatkala saya azan memang usin pakau mengertap bibir menahan rasa marah yang mendongkol.Disebabkan badanya tertiarap tidak boleh bergerak,terpaksa dia melenggok-lenggok kepala sahaja melepaskan dendam dihatinya.
Apabila tok aji menepuk belakang saya tiga kali,tiba-tiba saya terasa tubuh saya melayang jatuh ke dalam gaung yang curam.Ketika badan saya jatuh tergoleh di bawah gaung,kawasan berkenaan terang benderang dengan padang lalang terbentang.Sekali sekala kedengaran tok aji berbisik menyuruh saya mara kehadapan mencari punca gangguan yang merasuk dalam diri usin pakau.
Lama saya terpinga-pinga di kawasan padang lalang itu,baru ternampak daun lalang bergerak-gerak dirempuh kuat.Tetapi tok aji ingatkan saya supaya terus berzikir jauh di sanubari.Di tengah daun lalang bergerak-gerak itu terjonggol kepala ular tedung selar hingga dua depa mencodak tinggi.
Tatkala ular berkenaan mahu menerkam segera tok aji menyuruh saya bacakan tujuk kali surah al-ikhlas dihembuskan ular mencodak kepala itu.Sekali gus ular itu terpelanting di tengah belukar lalang menghempas-hempas badan.Kemudian bingkas bangun sebagai seorang lelaki kurus memegang tongkat rotan songsang.
"Jangan salah orang je awak nampak"gerutu lelaki kurus itu mencebik bibir menghentak tumit ke tanah."Kami bukan nak bermusuh dengan awak,lebih baik awak pergi"bentaknya menyuruh saya berundur.
Sebaik sahaja tok aji menyuruh saya azan,tidak bertangguh saya azan berulang kali.Sekali gus pula batu-batu berbara merah berterbangan menerjah ke arah lelaki kurus yang menyebabkan dia terkial-kial mengelak.Asal sahaja batu-batu berbara berkenaan menyinggahi tubunya,api memancar membakar kulitnya sampai melecur seluruh badan.
Terketar dia memberitahu moyang labang yang mencampakkan dirinya ke tengah gaung dalam setelah amalkan jembalang tanah.Marah benar dia pada moyang labang tida pedulikan apa-apa sekali pun puas merayu setelah dia mengalah tidak melawan apa-apa.
Malahan moyang labang memukul kepalanya tiga kali hingga bertukar menjadi ular tedung selar.Lelaki kurus itu mengaku jarak umurnya sudah beribu-ribu tahun,tetapi masih menyimpan dendam akibat dicampakkan moyang labang ke tengah gaung dalam.Ketika ini tok aji bisikkan kepada saya supaya tidak melayani apa pun alasan lelaki kurus itu.Tok aji menyuruh bacakan : Qul marrabus wal-ardhi qolillahhu,qol afattahaztum min-dunihi auliya-alayamlikuna li-an fusihim naf'an waladhoro.
Apabila saya hembuskan ke arahnya perlahan,lelaki kurus berpusar macam asap dikitar kuat.Ketika ini jeritannya melaung kuat hingga bergaung ke udara.Di tengah jeritnya yang kuat itu seolah-olah berbayang lelaki berjubah kuning tercegat berdiri di tebing gaung memerhatikan lelaki itu dipusar angin.
"Kamu syaitan yang dilaknat"seru bayangan lelaki berjubah kuning itu menuding jari ke arah lelaki kurus berpusar laksana asap dikitar angin kencang.
"Kenapa kamu biarkan aku diseksa macam ni,moyang labang"sahut lelaki kurus itu termengah-mengah setelah angin tidak memusar tubuhnya.
"Siapa nak percayakan dengan kamu syaitan"tutur moyang labang seolah-olah bayang nya menyerupai lelaki memakai jubah kuning.
Tatkala saya mendengar bisikan tok aji membaca al-fatihah,bayang lelaki berjubah kuning itu menadah tangan ikut sama berdoa.Perlahan dia beritahu tok aji mengenai lelaki kurus itu lah yang menjelma menjadi kerusang emas,menyebabkan anaknya mamat difitnah mencuri di rumah tok mankaya.
Apabila lelaki kurus itu bersatu dengan uda liyah,memang sesiapa sahaja menemui kerusang emas kesan terbakar itu akan menghidap pekung tokak seluruh badan.Uda liyah juga akan mengalami pekung tokak seluruh badan,sekira nya tidak lumakkan badan dengan darah suaminya.
Setelah memakai kerusang emas terbakar,uda liyah kelihatan semakin jelita.Sebaik sahaja badannya mulai merenyam gatal seolah-olah dirayapi hama,lelaki kurus itu akan menjelma didepannya.Lelaki kurus itu memaksa uda liyah kelar sahaja leher suaminya yang tengah nyeyak tidur biar darahnya membuak keluar.Tidak bertangguh lelaki kurus itu akan sapukan darah berkenaan diseluruh tubuh uda liyah,biar perempuan itu tidak dihinggapi pekung tokak.
Sebab itu ayahnya aki bagan usir uda liyah supaya tinggalkan kampung halaman,setelah menyedari amalan tersebut menganggu penduduk-penduduk kampung.Setelah dihalau ayahnya uda liyah mencari perkampungan lain.Tidak lama selepas dia pindah itulah uda liyah diberitahu mengenai ayahnya aki bagun ditemui mati dengan leher dikelar lasana lembu disembelih.
  Apabila berpindah di kampung moyang labang,bimbang juga dia pasal suaminya akan dikelar leher.Tentu seisi kampung akan memusuhi dirinya setelah diketahui membunuh suaminya sendiri.Ketika inilah perempuan rambut mengerbang itu menjelma didepannya mendesak berkahwin dengan tujuh suami,biar gangguan lelaki kurus itu tidak mampu bertahan.
Setelah uda liyah bersuami tujuh lelaki serentak dia tidak mengalami gatal merenyam seluruh badan.Lelaki kurus itu tidak berupaya mengelar leher suami uda liyah biar tenaganya tidak lemah.Masakan dia boleh menumpang minum darah lelaki bersuamikan uda liyah setelah perempuan mengerbang itu melindugikannya.
Lantas lelaki kurus itu menjelma menjadi ular tedung membolos masuk ke rumah moyang labang,tentu moyang labang akan memburunya keluar dari rumah hingga dia menyusup ke rumah uda liyah.Masakan perempuan mengerbang rambut itu dapat bertahan sekiranya moyang labang memburu ular tedung selar yang bersembunyi di rumah berkenaan.
Tetapi moyang labang tidak menghambat ular tedung selar yang menyusup masuk ke rumahnya.Belum sempat lelaki kurus itu melarikan diri,dia sudah mencekak kepalanya.Moyang labang tidak pulihkan lelaki kurus yang menjelma menjadi ular tedung selar itu,tetapi dia terus dicamppakkan ke dalam gaung biar terperosok menjadi jembalang tanah.
"Bayang yang dilihat bukan boleh dipercayai sangat"segera tok aji ingatkan dalam bisikan halus ke telinga saya.
Sebab itu saya tidak peduli sangat mengenai bayang moyang labang atau lelaki kurus berkenaan.Saya hanya mendengar bisikan dan tunjuk ajar yang disuruh tok aji lakukan.Biarlah lelaki kurus itu menuduh moyang labang kurung dia didalam gaung setelah menjelma menjadi kerusang emas menyebabkan sesiapa sahaja mengambilnya mengidap pekung tokak seluruh badan.
Setelah mengidap pekung tokak,lelaki kurus itu akan menjelma lantas memaksa mereka mematuhi kemahuannya.Dia yang memaksa uda liyah kelar leher suami tatkala tengah tidur nyenyak.Apabila seisi kampung memusuhi uda liyah,lelaki kurus itu akan berterusan mengganas hinggakan aki bagan juga ditemui terkejang mati dengan leher terkelar.
Tatkala uda liyah berpindah ke perkampungan moyang labang memang lelaki kurus itu tidak dapat mengelak apa-apa.Selagi kerusang emas terbakar itu masih dipakai uda liyah,kemana sahaja lelaki kurus itu terpaksa ikut sama.Tahu sangat lelaki kurus itu apabila moyang labang tidak mahu mengambil sewaktu ditemui melekap pada perdu rumpun senduduk.
Hanya selepas mamat menemui buntat di tempat mereka berhenti rehat sewaktu mengerjakan kebun,moyang labang didekati penghulu bunian.Moyang kaya menjadi kaya setelah mendapat kambing beribu-ribu ekor melalui bantuan penghulu bunian yang menumpang tinggal bersamanya.
Kalah tidak disebabkan penghulu bunian,bila-bila sahaja lelaki kurus itu sanggup berdepan dengan moyang labang.Tetapi kejujuran moyang labang tidak mahu mengambil barang-barang yang bukan haknya,menyebabkan dia mudah bersatu dengan penghulu bunian.Masakan lelaki kurus itu boleh memperdayakan selagi penghulu bunian mendampingi moyang labang.
"Aku berlawan dengan penghulu bunian bukannya dengan moyang labang"terketar-ketar lelaki kurus itu mencemik muka mendongak bayang moyang labang yang tercegat didepannya.
"Kamu jembalang tanah,kenapa nak buat orang kampung kacau bilau"bentak moyang labang memberi amaran mahu cekak lehernya.
"Lama sangat aku dikurung dalam gaung dalam"beritahu lelaki kurus itu masih menyimpan dendam.
  "Jangan ingat bila moyang labang tak ada,kau boleh bebas"ujar moyang labang yang berbayang-bayang memakai jubah serba kuning.
"Aku tahu kamu sekarang ni penghulu bunian"lantas lelaki kurus itu mengejek seolah-olah tidak mahu mengalah.
  "Kamu dikurung moyang labang dalam gaung dalam kerana kamu ganggu manusia"tutur bayangan moyang labang itu mengherdik keras.
Apabila dua lembaga itu terus bermusuhan,lantas saya memberi isyarat supaya jelmaan moyang labang itu bertindak ke atas lelaki kurus berkenaan.Tidak bertangguh moyang labang mencapai cemeti terus menyebat lelaki kurus itu.Setiap kali cemeti itu hinggap ke tengah belakangnya tiba-tiba sahaja kulitnya menjadi rebut laksana kudis tokak membusuk.
Mengerang-ngerang lelaki kurus itu menahan kesakitan akibat belakangnya disebat dengan cemeti.Ketika itu moyang labang sekadar mendengar perintah tok aji supaya menyerang lelaki kurus itu berterusan apabila dibacakan doa : Bal naqzifu bithoqqi 'alalbathili fayad mghuhu fa-iza huw zahiqun,walakumul wailu mimma tasifon.
  Sehingga lelaki kurus itu rebah ke tanah,kudis tokak diseluruh tubuh badannya bertukar menjadi sisik menyebabkan ianya bertukar menjadi ular.Tidak bertangguh ular berkenaan dicampakkan oleh moyang labang ke dalam gaung dalam yang curam.Moyang labang mengingatkan lelaki kurus itu mengenai usin pakau keturunannya apabila diganggu sampai tertiarap laksana ular.
  "Salah aku aje kamu nampak,salah anak cucu kamu kenapa tak ungkit?"marah benar lelaki kurus yang bertukar menjadi ular itu setelah dicampakkan ke dalam gaung dalam yang gelap.
Dalam kegelapan dibawah gaung curam itu,lelaki kurus berkenaan ungkit pasal maasar bunuh ular tedung selar di tubir gaung.Bunuh ular yang melintas di tubir gaung samalah macam mencabar dirinya keluar dari bawah gaung curam.Sebab itu lelaki kurus itu bingkas bangun setelah peluangnya terbuka mahu membalas dendam.
"Kamu dah berjanji moyang labang"ujar lelaki kurus berkenaan terus mengejek."Kalau aku dianiaya,kamu bebaskan aku keluar dari gaung dalam ni"terketar-ketar suara lelaki kurus itu menuntut janjinya.
Apabila tok aji menyuruh saya azan,sekalu gus tebing gaung runtuh menimpa gaung dalam.Batu-batu sebesar reban ayam menggolek jatuh menimbun gaung berkenaan.Ketika ini saya melihat tok aji membawa keluar usin pakau dari bawah gaung dalam yang bergegar kuat akibat tebingnya runtuh bertimpa-timpa.
"Memang saya masih cam pada ustaz"beritahu usin pakau apabila kenang kejadian dia tertiarap bagaikan ular menjalar.Dia akan mengalami sesak nafas sekiranya digagahi juga terlentangkan badannya biar berbaring bersandar belakang sendal ke bantal.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now