91.Ular Bisa MInta Nyawa

1.8K 21 0
                                    

Memang keluarganya lama berpindah ke kawasan felda,sampai tidak tahu sangat mengenai kampung halamannya.Apabila tinggal dibandar sekali sekala kiman akan balik ke felda tempat keluarganya menetap,bukan kampung halaman yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan.Manalah dia tahu sangat kalau ditanya mengenai pokok mempelam,pokok kelapa condong atau pokok manggis dibelakang masjid kampung peninggalannya.
Lainlah kalau ditanyakan pada emaknya andak soyah boleh jadi juga tahu mengenai kampung halaman yang ditinggalkan sebaik sahaja berkahwin dengan udin punggah.Beberapa bulan sahaja selepas berkahwin mereka tinggalkan kampung halaman memasuki kawasan felda.
Sebab itulah kiman tidak tahu sangat mengenai kampung halamannya yang lama ditinggalkan.Kalau tidak disebabkan anaknya mahani seringkali diganggu sakit gatal-gatal hingga bengkak seluruh badan,memang dia tidak jejak kaki ke pelangai menemui lebai ripin.Isterinya solebah yang mendesaknya menemui lebai ripin dipelangai setelah jirannya beritahu mengenai dirinya mengidap sesak nafas.
Beberapa kali ke klinik memang dia tidak mengidap penyakit lelah.Tiga kali dia berulang kerumah lebai ripin,terasa penyakit lelahnya beransur baik.Sebab itu jirannya mendesak solebah bawa anaknya mahani menemui lebai ripin sahaja.Setelah dibawa ke klinik mahani sekadar diberikan ubat sapu sekiranya gatal-gatal itu membengkak diseluruh badan.
Tetapi seluruh badan mahani bagaikan terkene rerata setiap kali gatal-gatal itu mengganggu.Apabila disapukan krim yang dibekalkan oleh klini,kulitnya menjadi merah melecet.Kadangkala kulit mukanya menjadi hodoh apabila rerata yang timbul dikulit muka bertukar menjadi hitam lebam.
"Kalau aku tahu orang yang gunakan sihir ni,aku tetak lehernya"gerutu kiman menuduh anaknya terkene gangguan sihir yang diamalkan mereka mahir dengan ilmu hitam.
  "Perkara tak nampak dengan mata kasar,memang susah kiman"bidin bacar jirannya ingatkan dia."Masa sekarang mana orang nak percaya benda macam ni"tersengih-sengih dia apabila kenang kiman terlalu marah dengan nasib yang menimpa anak gadisnya.
"Orang gunakan sihir ni pengecut"tutur kiman meluahkan rasa geram yang mendongkol."Kalau berani mari berdepan,biar aku tetak lehernya"dia menggertap bibir sambil mendengus marah.
"Kalau dia dah berani,buat apa gunakan sihir"usik jirannya bidin bacar lantas mendesak supaya balik ke kampung mencari penawarnya.
Tetapi kiman tidak peduli sangat dengan penawar dikampung.Manalah tahu dukun atau bomoh sengaja mahu permainkan keluarganya.Puas berulang alik ke kampung belum tentu lagi mahani akan pulih atau tidak.Sudah beberapa kali dia diberitahu mengenai kawan-kawannya di pejabat yang terpedaya dengan mereka yang mengaku menjadi dukun atau bomoh.
Apa lagi kalau kenang mat nasar hilang duit dalam simpananya semata-mata dijanjikan duit nya akan beranak kalau ditapakan tujuh malam.Bomoh itu sendiri membantu mat nasar bungkus duit seribu ringgit dengan kain putih ditabur kemenyan.Kemudian dibalut tiga lapis kain kuning,hitam dan merah sebelum ditapakn dibumbung atap.
Setiap hari mat nasar melihat bungkusan berkenaan tergantung disitu asal sahaja mendongak ke bumbung.Setelah tujuh hari ditapakan,dia sendiri memanjat bumbung.Apabila bungkusan dibuka mat nasar sekadar melihat kertas surat khabar direnyuk.Ke mana lagi dia mahu mencari bomoh berkenaan setelah perdayakan dirinya yang percaya sangat duit seribu ringgit itu akan beranak.
Sebab itu kiman payah sangat mahu menemui dukun atau bomoh kalau mahu mengubati anaknya mahani.Biarlah berulang kali ke klinik sejak tiga tahun,hingga doktor pun beberapa kali nasihatkan dia supaya menemui doktor pakar sahaja.Tetapi menemui doktor pakar juga belum tentu lagi penyakit mahani dapat diubati kecuali diuji darah ata apa sahaja yang diperlukan.
  "Cubalah dulu ke pelangai,jumpa lebai ripin"bidin bacar ingatkan solebah supaya tidak berharap sangat penyakit anaknya akan sembuh sekalipun terpaksa menunggu bertahun-tahun.
  Disebabkan solebah berkeras sangat mahu membawa mahani menemui lebai ripin di pelangai,terpaksa juga kiman mengalah.Kalau lebai ripin mahu memperdayakan dia sama seperti nasib yang menimpa mat nasar,tentu dia juga tidak dapat selamatkan diri.
"Apa-apa hal cuba dulu,jangan putus asa"desak solebah mencebek bibir kerana sikap suaminya yang membuat sangkaan buruk semata-mata.
Memang serba salah juga kiman mahu membantah.Emaknya juga mendesak dia balik ke felda kalau mahu mencari penawar dikampung.Disebabkan sikap kiman yang berdegil sangat tidak harapkan penawar dari dukun atau bomoh menyebabkan ayahnya udin punggah tidak peduli sangat dengan penyakit yang ditanggung oleh cucunya itu.Kalau disebabkan rerata bila-bila udin punggah boleh sapukan lengkuas sahaja ke seluruh badan nescaya gatal-gatal mahani hilang serta merta.
Tahu sangat udin punggah kalau gatal-gatal seluruh badan disebabkan rereta memang tatkala senja mula mengepak.Ketika ini pontianak akan berkeliaran mencari tempat beranguh dimana-mana pokon merimbun rendang.Tempias kencing pontianak itulah menyebabkan sesiapa sahaja disinggahkan akan gatal-gatal seluruh badan.Kulit juga membengkak bagaikan terkene ulat bulu gayut dimerata daun.
Beberapa kali juga andak soyah asak telinga suaminya udin punggah mengenai cucu mereka mahani mudah sangat gatal-gatal seluruh badan.Kulit juga membengkak laksan terkene ulat bulu melentik-lentik badan.Tetapi udin punggah sekadar mencemik muka sahaja seolah-olah tidak peduli sangat mengenai penyakit gatal-gatal mahani.
  Kalau didesak pun kiman mencari dukun atau bomoh di kampung memang dia tidak percaya langsung.Sebab itu udin punggah tidak mahu bersuara apa-apa.Selagi kiman sendiri tidak meminta pertologan dia,sampai bila pun udin punggah tidak akan peduli apa-apa.Sudah lebih tiga tahun mahani mengidap gatal-gatal badan,masakan kiman tidak boleh berfikir sampai bila dia mahu berdegil.
  Sudah berkali-kali dibawa ke klinik menemui doktor penyakit gatal-gatal mahani tidak juga sembuh.Kulit bengkak seperti terkene ulat bulu itu tidak sekadar menunggu waktu senja mengepak sahaja,kadang kala pagi tatkala matahari tengah naik setengah pun gatal-gatal itu akan pasang.
"Kalau kau fikir anak kamu terkene sihir,carilah penawar sihir itu"desak bidin bacar memujuk kiman supaya tidak terlalu pendek akal menghadapi keadaan demikian.Kenapa sia-siakan akal yang dikurniakan allah hingga mudah sangat mengalah.
"Akal ada dipendekkan,sebab itu menanggung bala macam ni"solebah sengaja menyindir suaminya pula.
Terpaksa juga kiman mengalah setelah didesak berterusan.Sebab itu dia bawa juga anaknya mahani menemui lebai ripin di pelangai.Sengaja dia mengajak emaknya andak soyah ikut sama.Memang terkejut andak soyah apabila lebai ripin tahu mengenai pokok kelapa condong dibelakang surau dikampungnya,pokok rambutan ada sarang tebuan didahan berhampiran surau dan perigi buta disitu pernah ditemui ular sawa berlingkar.
  Sudah lama dia tinggalkan kampung halaman,memang andak soyah tidak tahu lagi mengenai pokok kelapa condong itu atau pokok rambutan tempat tebuan bersarang dan dibawah nya perigi buta ditemui ular sawa berlingkar.Hairan juga dia bagaimana lebai ripin boleh ingat apa sahaja yang dilihatnya bertahun-tahun dulu.
  Lebai ripin memang tidak pernah jejak kaki ke kampung halaman andak soyah,disebabkan jauh sangat kalau mahu ke sana pun.Tetapi lebai ripin dapat melihat sendiri keadaan di kawasan surau berhampiran rumah andak soyah,sebaik sahaja dia letakkan tapak tangan ke ubun-ubun mahani.
Kemudian dia memegang ibu jari kaki andak soyah menyebabkan perempuan itu terjerit kesakitan laksana tersentuh besi panas tengah merah menyala.Tersenyum lebai ripin setelah dapat mengagak punca yang dihidapi oleh mahani hingga seluruh badannya gatal-gatal membengkak laksana disinggahi ulat bulu.
"Penyakit ini datangnya dari awak"tersengih-sengih lebai ripin menuduh lantas menyuruh isterinya bisah ambilkan tiga biji limau.
"Macam mana pula puncanya dari saya,tuan?"hairan juga andak soyah dituduh demikian kerana sepanjang ingatannya dia tidak menderita sakit apa-apa.
"Manalah saya tahu,tapi saya nampak macam itulah"jelas lebai ripin memberi isyarat dia akan memotong limau terlebih dahulu.
"Tuan nampak,emak saya yang sakit?"ujar kiman pula mengerling emaknya yang serba salah akibat dituduh menjadi punca penyakit mahani.
"Sabarlah dulu,emak awak pun perlu juga diubati kalau perlu"lantas lebai ripin mencapai limau yang dihulurkan oleh isterinya bisah.
Sebaik sahaja lebai ripin menghiris limau berkenaan terpancut sahaja air merah laksana darah,menyebabkan cepat-cepat lebai ripin campakkan ke dalam piring.Lama dia merenung limau yang tergolek berlumuran darah itu,baru dia mengeluh pendek.Ketika ini lebai ripin beritahu mengenai pokok kelapa condong,pokok rambutan tempat tebuan bersarang dan perigi buta ditemui ular sawa berlingkar.
Memang andak soyah tahu mengenai pokok kelapa condong itu sewaktu dia masih beluk berkahwin dengan udin punngah lagi.Kalau mahu ke surau memang mereka akan meniti batang kelapa condong itu menyeberang parit.Dibelakang surau itu tersergam poko rambutan tua dengan tebuan bersarang didahannya sampai sebesar tempayan.Siapa pun tidak berani mahu membakar tebuan berkenaan kerana bimbang akan menganggu mereka mahu berjemaah disurau.
Tebuan berkenaan tidak akan menyerang sesiapa sekiranya tidak diganggu.Budak-budak melintas dibawah pokok rambutan juga tidak diserbunya.Malah mereka boleh kait buah rambutan tengah masak ranum asal sahaja dahan tempat tebuan berkenaan bergayut tidak digoyang kuat.
Tok mukin sudah ingatkan seisi kampung tebuan berkenaan tidak menganggu sesiapa asal sahaja jangan dijolok sarangnya.Kalau tok mukin sudah ingatkan demikian mereka percaya tebuan tersebut memang menjadi penunggu kawasan surau berkenaan.
Apabila andak soyah diganggu sakit senak perut hingga termuntah-muntah tok mukim akan bakar kemenyan dibawah pokok rambutan berkenaan.Ketika ini tebuan yang bergayut disarang sebesar tempayan akan berterbangan menerpa ke arah bara membakar kemenyan.Dalam masa beberapa minit sahaja andak soyah akan pulih daripada gangguan sakit senak perut itu.
  "Tok mukim itu siapa?"semakin terkejut andak soyah apabila didesak oleh lebai ripin.
"Dia tu bapa saudara saya,dah lama meninggal dunia"beritahu andak soyah terkebil-kebil mata disebabkan lebai ripin juga dapat cam arwah bapanya saudaranya itu.
  "Tuan,kenalkah dengan tok mukim tu?"tersengih-sengih kiman mengerling lebai ripin.
"Saya tak kenal,tapi saya tahu"jelas lebai ripin mencebek bibir disebabkan kiman tidak memahami apa sebenar yang dapat dilihatnya tatkala merenung kedalam mata andak soyah.
"Masa saya anak dara dulu,memang selalu kene sakit senak perut"andak soyah menjelaskan sekalipun dia menyedari anaknya kiman semacam tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh lebai ripin.
"Bukan sakit perut aje agaknya ni"tersenyum lebai ripin tatkala memegang ibu jari kaki andak soyah."Kalau tak salah beberapa kali juga awak pitam ni"lantas dia menuduh.
  Andak soyah mengangguk perlahan.Memang dia beberapa kali pitam semasa belajar di surau bapa saudaranya mengaji al-quran.Tok mukim bukanlah guru agama terlatih sangat,tetapi anak-anak kampung dihantar ibu bapa mereka mengaji muqadam atau al-quran kesitu.Terpaksa juga tok mukin menerima sesiapa sahaja anak-anak kampung belajar mengaji disitu.
Asal sahaja betul bacaan atau boleh mengenal huruf sudah memadai ketika itu.Manalah mahu mencari guru agama terlatih sangat,kerana tidak ramai yang maju mengaji pondok sampai ke kepala batas atau patani dan kelantan.Apalagi mahu ke padang panjang di sumatera,tentu memakan belanja yang besar.
Siapa sahaja boleh berlagu ikut tajwid,memang orang-orang kampung harapkan mereka mengajar mengaji muqadam atau al-quran.Sebab itu tok mukin tidak membantah apa-apa kalau pasal mengajar mengaji disuraunya.Lagi pun surau berkenaan memang peninggalan datunya malim bawar yang lama mengaji pondok dipatani.
Seisi kampung tahu mengenai tok mukin belajar mengaji muqadam dan al-quran daripada datunya malim bawar.Masakan dia tidak boleh berlagu ikut tajwid,hingga bergetar suaranya apabila membawa al-quran tatkala tengah malam.Kadangkala berbangga juga andak soyah apabila kenang seisi kampung memuji-muji bapa saudaranya tok mukim membaca al-quran hingga pesonakan mereka.
Sebab itu mereka tidak membantah apa-apa mengenai tebuan bersarang didahan rambutan hingga sebesar tempayan,apabila tok mukim tidak benarkan dibakar.Ular sawa dalam perigi buta itu tidak diganggu,sekalipun ayam yang jatuh terhumban ke dalamnya menjadi mangsa.Bukan takat ayam sahaja kambing meragut rumput ditepi perigi juga akan direntap sekiranya tergelincir kaki.
Tetapi tok mukin tidak benarkan sesiapa pun membunuh.Jangan cuba halakan laras senapang kedalam perigi buta membedek kepala ular sawa tengah berlingkar,nescaya akan dijerkah oleh tok mukim.Kalau mahu menyalai sarang tebuan tergantung sebesar tempayan,tok mukim juga akan melaung kuat tidak benarkan.
  Tahu sangat andak soyah mengenai sikap bapa saudaranya seolah-olah sengaja memelihara musuh tarah.Bagaimana kalau ular sawa itu terjongol kepala merentap anak-anak yang menjengah kesitu.Tetapi anak-anak mereka tetap berdegil akan menjolok buah rambutan tengah masak ranum sekalipun sarang tebuan sebesar tempayan tergantung didahan.
Tidak pernah pula tebuan berkenaan melesang anak-anak mereka yang melintas disitu.Apa lagi kalau tok mukim tengah wirid diatas surau,mereka akan panjat juga pokok rambutan berkenaan.Asal sahaja tidak meniti diatas dahan tempat sarang tebuan itu tergantung,di mana-mana sahaja mereka boleh melentur sampai kehujung.
  Tetapi kebanyakan mereka tidak berani menjolok buah rambutan tengah masak ranum disebabkan takut tebuan melesang dari sarang yang tergantung.Mereka juga tidak berani menjengah kedalam perigi buta apabila melihat kelibat ular sawa berlingkar disitu.
"Selepas tok mukim meninggal,binatang tu semua hilang"ujar andak soyah kerana dia tahu sangat mengenai sarang tebuan dan ular sawa berlingar dibelakang surau.
"Dibunuh orang ke?"lebai ripin juga berasa hairan dengan penjelasan andak soyah itu.
"Tak ada pula,tapi hilang begitu saja"jelas andak soyah setelah diberitahu oleh emaknya mengenai sarang tebuan dipokok rambutan hilang.Manakala perigi buta itu dikambus semula setelah ular sawa melingkar tidak nampak kelibat lagi.
"Agaknya pengawal tok mukim tu"lantas kiman mengusik emaknya seolah-olah dia tidak mempercayai langsung mengenai kejadian tersebut.
"Kamu tu kiman,nak kata pandai sangat pun tak kemana"tersinggung juga andak soyah dengan sikap anaknya yang sengaja berolok-olok."Kalau dah pandai sangat kenapa mahani tu kamu tak ubat sampai sembuh"dia mencebek bibir melepaskan rasa geram yang mendongkol.
  "Dia memang macam tu mak,kononnya tu tak percaya ni tak percaya"gerutu solebah mencemik muka disebabkan suaminya mengejek-ngejek."Dah tiga tahun mahani sakit,tak nampak pula usaha dia macam mana"bertambah marah dia apabila kenang suaminya tidak bersungguh-sungguh sangat mahu menemui lebai ripin.
  "Saya tahu memang dia tak setuju nak ke sini"beritahu lebai ripin mengerling kiman."Tapi,saya pun tak boleh nak sembuhkan mahani ni sebab saya bukannya tabib"jelasnya tersengih-sengih lantas berundur sedikit bersandar belakang ke dinding.
"Lebai ni pun hanya boleh doakan aje,selebihnya urusan allah"bisah pula mencelah apabila menyedari sikap kiman seolah-olah tawar sahaja mahu kesitu.Apa lagi beberapa orang yang berhajat menemui lebai ripin menunggu ditengah rumah.
"Kalau tak yakin,tak payahlah datang kesini"salah seorang tetamu lebai ripin ingatkan kiman supaya tidak membuang masa sahaja terconggok disitu berbalah-balah.
  Terdiam kiman apabila diungkit demikian.Kalau tidak kenang emaknya mahu bertahan memang dia sanggup bingkas sahaja bangun meninggalkan lebai ripin.Malu benar dia disindir tidak bertabek-tabek tatkala mengusik emaknya dengan kejadian dikampung halaman mereka bertahun-tahun dulu.
Tetamu-tetamu lebai ripin tahu,guru agama itu dapat melihat kejadian yang berlaku bertahun-tahun dulu sekalipun andak soyah cuba berahsia.Tetapi kiman menuduh tentu lebai ripin pernah menetap di kampung halaman emaknya sampai dia dapat melihat apa sahaja yang dialami oleh emaknya.
Memang lebai ripin tidak pernah jejak kaki kekampung halaman andak soyah.Dia sekadar mengagak sahaja setelah melihat imbasan didepannya sebaik sahaja memegang ibu jari kaki andak soyah.Macam manalah dia mahu menerangkan kepada kiman tatkala berdepan imbasan laksana menonton putaran video dikaca tv tersergam.
  Dimata andak soyah seolah-olah terpancar tok mukim tidak benarkan sesiapa pun ganggu sarang tebuan sebesar tempayan tergayut di dahan pokok rambutan,ular sawa sebesar peha berlingkar dalam perigi buta dan batang kelapa condong biar mudah anak-anak meninti menyeberang parit.Memang dia tidak dapat tunjukkan kepada kiman bagaimana setiap malam binatang itu akan berkawal di kaki tangga surau sekiranya tok mukim tertidur selepas solat disitu.
Mereka yang menjengah kesurau terkejut benar tatkala melihat ular sawa sebesar peha berlingkar dipintu.Manakala tebuan pula berkeliaran didalam surau bagaikan sarangnya terpokah habis.Siapa yang berani menyerbu ke tengah halaman surau mengganggu tatkala tok mukim nyenyak tidur sama ada siang mahu pun di malam hari.
Masakan lebai ripin berbohong kerana andak soyah mengakui pernah terserempak ular sawa berkenaan berlingkar dikepala tangga surau.Tiga hari andak soyah terkejang tidak sedarkan diri akibat terkejut apabila hampir sangat mahu memijak anak tangga surau.Manakala tok mukim pula nyenyak tidur dengan bantalnya sarang tebuan tersendal ke bendul surau berkenaan.
  Kalau tidak kenang emaknya mendesak dia supaya menemui tok mukin disurau memang dia tidak sanggup jejak kaki ke situ berseorangan.Tetapi tok mukim abang kandung emaknya sendiri,tentulah binatang berkenaan tidak menganggu kalau benarlah ianya peliharaan tok mukin.Beberapa kali dipanggil oleh andak soyah dari atas batang pokok kelapa condong,tetapi tok mukin tidak menyahut.
  Sebab itu dia terus menerpa ke kaki tangga.Sebaik sahaja tercegat disitu dia menjadi tergamam apabila melihat ular sawa berlingkar.Ditepi dinding tok mukim nyenyak tidur dengan berbantalkan sarang tebuan.Tidak bertangguh andak soyah menjerit lantas berpatah balik.Belum sempat dia jejak kaki ke batang kelapa condong itu,andak soyah jatuh tergolek akibat pitam tidak ketahuan.
"Apa yang tuan cakap tu,semuanya betul"tutur andak soyah perlahan tidak dapat rahsiakan apa-apa lagi.
"Sakit mahani ni puncanya dari situ"sahut lebai ripin mencepak-cepak bibir dengan tidak hiraukan sangat kiman tercongok didepannya.
"Tuan doalah macam mana pun,asal sembuh sudahlah"andak soyah mengeluh panjang.Dia tidak peduli bagaimana dirinya menjadi punca penyakit gatal-gatal yang dihidapi oleh cucunya mahani,asal sahaja penyakit berkenaan sembuh biarlah lebai ripin buat macam mana pun.
Tetapi lebai ripin tidak perlu mandikan limau pada mahani,dia sekadar suruh isterinya bisah mandikan sahaja andak soyah dengan limau sintuk.Tergigil-gigil juga andak soyah dijirus air telaga tatkala tengah malam.Memang lebai ripin sudah sediakan air telaga di tempayan didepan rumahnya biar mudah mandikan siapa sahaja disitu.
Setelah andak soyah dimandikan,lantas disuruh duduk berlunjur kaki bersama dengan mahani.Kemudian dia memberi isyarat supaya andak soyah berjabat tangan dengan mahani biar penyakit yang berpunca daripadanya dikembalikan semula kepada dirinya.Sebaik sahaja andak soyah bersedia menerima penyakit yang dihidapi oleh mahani sekaligus pula tubuhnya meruam bengkak seperti disinggahi ulat bulu.
Tersenyum mahani disebabkan dia tidak merasa gatal-gatal badan lagi sebaik sahaja penyakit itu berpindah kepada neneknya.Tetapi badannya masih lesu lagi dengan bibirnya juga pucat disebabkan lama sangat menanggung penyakit berkenaan.Memang hairan kiman apabila melihat kulit emaknya meruam bengkak laksana disinggahi ulat bulu itu.
Setelah mengisar tapak tanganya lebai ripin berdoa : Fastajabna lahu fakasyaf-na mabihi min dhurri wa-atainahu ahlahu waminthlahum ma'ahum rahmatim min 'indina wazikri lil'abidin.Kemudian dia sapukan tapak tangannya ke lantai menyebabkan andak soyah menggaru-garu lengan dan betis yang dihinggapi ruam yang membengkak.
  "Gatal sangat kulit saya ni,tuan"rungut andak soyah tergaru-garu tidak bertahan.Ketika ini kiman mengerling kearah anaknya mahani yang tidak berasa gatal lagi seluruh badannya.
Lebai ripin tidak menyahut.Dia menuding jari ke siling dengan tapak tangan sebelah kiri melekap pada lantai.Dia merenung ke siling tidak lepas sekelip pun dengan mengisar tapak tangan yang melekap kuat dilantai bagaikan menampan disitu.Dia membaca tiga kali al-fatihah dan surah al-ikhlas,kemudian meneruskan berdoa : Wallahuwallahu la-ilaha illa huwa,lahulhamdu fil-ula wal-akhirati walahul hukmu wa ilaihi turja'un.
Dia tidak peduli andak soyah terkinjal-kinjal menahan gatal diseluruh badan.Memang sukar dia mahu menerangkan kepada kimin tatkala melihat imbasan mengenai tok mukin yang meruam kulit badan sampai membengkak seperti disinggahi ulat bulu.Memang lebai ripin dapat mengagak tok mukin tidak akan ditembusi bisa tebuan yang berterbangan di kepalanya.
Tetapi bisa tebuan berkenaan sekadar gatal meruam ke kulit sahaja sekiranya disengat bertalu-talu.Tahu sangat lebai ripin sudah tentu andak soyah diselang tebuan tatkala menjolok buah rambutan masak ranum.Bertubi-tubi pun tebuan menyengat keras,memang andak soyah tidak merasa apa-apa pun seolah-olah dihinggapi nyamuk berterbangan.
Sebab itu andak soyah tidak bimbang apa-apa pun menjolok buah rambutan dibelakang surau sekalipun tok mukin tidak tercegat disitu.Biarlah tebuan berkenaan menyerbunya,andak soyah akan tunggu dengan tidak berganjak.Kalau disengat pun sudah tentu tebuan berkenaan akan jatuh bergolek ke tanah seperti disambar api marah menyala.
"Memang selalu saya diselang tebuan tok mukin tu"terpaksa juga andak soyah mengakui setelah didesak oleh lebai ripin."Tapi,tak rasa sakit pun macam digigit nyamuk aje"ujarnya tersengih-sengih masih tergaru-garu menahan gatal.
"Hah,itulah puncanya,kiman"tersenyum lebai ripin setelah puas memahami maksud imbasan yang dilihatnya terpancar dari mata andak soyah.
"Emak menuntut ilmu dari arwah tok kiman ke?"ujar kiman masih terpinga-pinga dengan penjelasan lebai ripin.
  "Tidak ada pula selain daripada mengaji al-quran"andak soyah sendiri merasakan seingat-inganya bapa saudaranya itu tidak menurunkan sebarang ilmu kebatinan.
  "Dia lindungkan awak"lantas lebai ripin ingatkan andak soyah mengenai amalan tok mukin itu."Tapi yang boleh lindungkan semua hanya allah"dia menambah terus mencapai air yang dihulurkan isterinya bisah didalam botol.Dia doakan air berkenaan biar dicampurkan dalam kolah air mandi.Andak soyah perlu mandi air telaga itu sampai tujuh pagi berturut-turut.
Dalam masa tujuh hari pula dia tidak benarkan andak soyah jamah gulai ikan semilang atau jenis ikan yang berbisa.Kalau tidak diungkit oleh lebai ripin memang andak soyah tidak dapat mengagak langsung mengenai gatal-gatal badan mahani berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan mereka dengan arwah tok mukim.
  Tahu sangat andak soyah mengenai bapa saudaranya itu bukan takat mengajar muqadam dan al-quran pada budak-budak anak jiran dikampung,tetapi tidak mudah tewas oleh bisa binatang.Takat dipatuk ular tedung selar mudah sahaja dimatikan bisa sampai madal tidak berguna.
  Asal sahaja ular bisa mematuk tok mukim nescaya akan terkejang mati ditepi belukar disebabkan tidak dapat menangkap mangsa.Bisa ular berkenaan akan luruh tatkala taringnya melekat pada kulit tok mukim.Kalau dia masuk ke lubuk nescaya ikan semilang akan terkapung mati,sekiranya bisa ikan itu tidak dipulihkannya.
  Beberapa kali andak soyah melihat tok mukin luka tangan disinggahi mata parang sewaktu menetak pelepah rembia menyisip daun untuk dibuat atap,tetapi lukanya akan bertaup semula dalam masa beberapa minit sahaja.Memang andak soyah rapat dengan tok mukim semasa hayatnya hingga dianggap sama macam anak kandungnya.Tahu sangat andak soyah mengenai kelebihan bapa saudaranya itu yang tersembunyi menjadi rahsia.
Sekiranya tidak diungkit oleh lebai ripin,memang semuanya sudah tidak terpahat lagi dalam ingatan andak soyah.Selepas kematian bapa saudaranya itu dia tidak fikir apa-apa pun akan dialaminya,kerana ilmu kebatinan tok mukim tidak diturunkan kepada sesiapa pun.
  "Sebenarnya saya tak tahu apa-apa mengenai tok mukim"ujar lebai ripin setelah andak soyah termanggu apabila disebut bapa saudaranya itu."Kalau awak tahu cakaplah berterus terang"dia seolah-olah memujuk supaya andak soyah tidak sembunyikan apa-apa rahsia pun mengenai tok mukim.
Memang lebai ripin sekadar berpandukan pada imbasan yang dilihatnya sahaja.Sekiranya andak soyah tidak memberitahu apa-apa,dia tetap akan menyerang imbasan yang dilihatnya dengan membacakan doa-doa.Tatkala tebuan-tebuan berterbangan keluar dari sarang yang terpokah dia segera membacakan : Hasbiallahu wani'mal-wakil ni'mal maula wani'manni-sir,sampai 70 kali.
Sekaligus pula serangga bisa itu luruh jatuh ke tanah hingga berlonggok laksana beras tumpah dari kepuk.Tetapi lebai ripin tahu tebuan yang banyak itu kalau melesang andak soyah memang tidak berbekas apa-apa pun.Bukan takat tebuan bersarang dipokok rambutan dibelakang surau,sampai duduk difelda juga sudah beberapa kali andak soyah dilesang tebuan tengah belukar.
Bukan sahaja bisa tebuan itu tidak berbekas pada kulitnya,malah serangga itu sendiri luruh ke tanah bagaikan kuntum bunga tanjung jatuh berguguran.Kadangkala hairan juga andak soyah disebabkan dia tidak merasa sakit kalau dilesang tebuan bertubi-tubi.Selepas sengat serangga itu menusuk ke kulit dia sekadar merasa gatal sahaja sampai meruam bengkak apabila digaru kuat.
Tetapi kenapa cucunya pula terpaksa menanggung penyakit gatal-gatal meruam kulit itu.Kalau tebuan tidak dapat tusukkan bisa ke tubuhnya,apa salahnya dia sendiri menanggung penyakit berkenaan.Sebab itulah sukar dia mahu menerangkan kepada kiman apa sebenarnya yang dialami oleh mahani ketika itu.Selagi bisa serangga dalam tubuhnya madal,selama itulah pula mahani akan menanggung gatal-gatal berterusan.
Kalau andak soyah sudah meninggal dunia,sudah tentu penyakit berkenaan ditanggung oleh mahani.Lama kelamaan penyakit yang ditanggung oleh mahani itu akan menjalar mencari mangsanya lagi.Sebab itu andak soyah dapat mengagak disebabkan bisa serangga madal dalam tubuh tok mukim,maka dia mewarisi segala yang dialami oleh bapa saudaranya itu.
"Kalau begitu tentu ini jenis saka juga,tuan?"segera andak soyah menuduh gangguan saka merasuk cucunya mahani hingga gatal-gatal seluruh badan.
"Boleh jadi juga,tapi saya tak berani nak cakap"beritahu lebai ripin tetap merendah sekalipun andak soyah dapat memahami kebolehan lelaki itu.
"Harap tuan buang saja saka ni"lantas andak soyah mendesak supaya saka yang menganggu keluarganya itu dibuang sahaja hingga ke akar umbinya.
"Kalau awak tak mahu,hilanglah saka tu"sahut lebai ripin percaya saka turun temurun itu tidak akan hingga kemana-mana asal sahaja tiada siapa pun yang sudi menerimanya.
  "Tapi,kami tak mahu,kenapa dia ganggu mahani?"gerutu andak soyah kesal dengan penyakit yang menimpa cucunya itu.
"Pasal mahani tak mahu terima,sebab itu dia menerima bencana"kiman pula mencelah seolah-olah menyalahkan tok mukim kerana amalkan ilmu kebatinan yang tidak membawa manfaat apa-apa kepada keturunannya.
"Itu bukan urusan kita,kiman"segera lebai ripin ingatkan lelaki itu yang mudah sangat menyalahkan orang lain."Perkara yang diluar pengetahuan kita tak boleh kita cakap"tuturnya merendah tidak mahu ungkit-ungkit lagi mereka yang sudah meninggal dunia.
Dia sendiri tidak tahu mengenai amalam tok mukim,disebabkan tidak pernah bersua muka.Manalah mereka tahu mengenai amalan tok mukin yang mengajar mengaji muqadam dan al-quran dikampung berkenaan.Kalau amalan tok mukim pertahankan diri dari gangguan bisa binatang liar,tentu anak-anaknya akan mendesak diturunkan amalan berkenaan.
Tetapi anak-anak tok mukim tidak seorang pun tahu mengenai amalan ayahnya.Malah andak soyah sendiri tidak tahu menahu mengenai amalan tersebut,kecuali dia sering diganggu senak perut hingga muntah tidak bertahan.Semenjak terkejang pitam selepas terserempak tok mukim tidur berbantalkan sarang tebuan dengan ular sawa melingkar didepan pintu surau,andak soyah merasakan dirinya tidak dapat dialahkan oleh bisa serangga.
  Beberapa kali disengat tebuan kepalanya seolah-olah dihurung nyamuk berterbangan sahaja.Sewaktu membantu suaminya udin punggah mengutip sekerap diperdu pokok getah,terkejut benar andak soyah apabila betisnya dipagut ular tedung selar berwarna kemerah-merahan.Melekat taring ular itu kebetisnya sampai terjerit dia memanggil suaminya.
Sewaktu udin punggah menerpa dia melihat ular berkenaan berpiuh-piuh mahu melepaskan taringnya pada betis andak soyah.Sebaik sahaja taringnya tertanggal ular tedung selar itu menggelepar hingga seluruh tubuhnya menjadi biru hitam.Andak soyah tidak merasa sakit apa-apa,sebaliknya ular tedung selar itu terkejang mati setelah menggelepar menghempas-hempas badan.
Udin punggah yang keberah-berahan melihat isterinya dipatu ular menjadi tergamam setelah andak soyah tidak ditimpa geruh.Semenjak itu pula bisa binatang liar akan madal sekiranya ditusukkan ke tubuhnya.
Memang andak soyah tidak tahu bagaimana bisa ular akan madal kalau mematuk tubuhnya.Apalagi tebuan yang banyak berterbangan kalau menyerbu kearahnya nescaya tidak memberi kesan langsung.Kadang kala andak soyah tidak perasan sekiranya dipatuk ular semasa meranduk belukar.
"Kalau saya beritahu orang,tentu mereka akan cakap saya ni besar cakap"ujar andak soyah setelah menyimpan lama mengenai rahsia dirinya itu.Satu-satunya yang tahu pasal andak soyah tidak boleh ditewaskan binatang bisa ialah suaminya udin punggah.Dia juga tidak akan beritahu sesiapa pun mengenai ketahanan isterinya itu kerana bimbang dianiaya orang.
Manalah tahu sengaja orang aniaya dengan menaikkan bisa sampai menyentak ke jantung.Tahu sangat udin punggah apabila kawannya dipatuk ular tekung tebu pada tangan,tiba-tiba pengsan tersungkur tidak bermaya.Setelah ditangkal bisa oleh pawang simek pun keadaannya bertambah pasang.
Setelah dibawa ke hospital kawannya terpaksa ditampal daging paha pada bahagian dipatuk ular disebabkan sudah reput.Lama juga kawannya terkejang diwad hosputal akibat dipatuk ular tekung tebu.Tahu sangat udin punggah kawannya dianiaya orang apabila dijampi dengan menaikkan bisa.Tidak sempat lagi pawang simek mahu turunkan bisa yang sudah menyentak ke jantung.
Sebab itu pawang simek desak juga bawa ke hospital setelah bisa ular menyentak ke jantung itu dapat dimadalkan.Sekali pun bisa ular berkenaan sudah dimadalkan tetapi bahanya nya tetap meresap ke urat saraf.Pawang simek tidak dapat buang bisa yang sudah meresap itu.
"Awak bukan takat tahan bisa ular"segera lebai ripin mencebek bibir menguis-nguis hujung tikar."Saya agak ada lagi ni yang awak rahsiakan"tersengih-sengih dia mengerling andak soyah.
"Entahlah,tuah"sahut andak soyah perlahan."Seingat-ingat saya tak ada lagi,tuan"jelasnya mengerutkan dahi cuba ingatkan tuduhan lebai ripin itu.
"Mari saya potong jari awak"lantas lebai ripin mencapai pisau mahu menghiris jari andak soyah.
Terkejut andak soyah sebaik sahaja lebai ripin mahu menghiris jari tangannya.Bimbang juga andak soyah apabila didesak demikian oleh lebai ripin.Manalah tahu mata pisau itu akan ditusukkan juga oleh lebai ripin kejarinya sampai terpotong habis.
Kalau kenangkan arwah tok mukim memang tahu sangat andak soyah mukanya mudah bertaup dalam masa beberapa minit sahaja.Tetapi tok mukin sendiri tidak tahu kenapa kulitnya tidak terjejas setelah ditusuk mata parang.Sebaik sahaja darah akibat luka itu kering,tidak berbekas langsung.Kadang kala mengeluh panjang juga tok mukim disebabkan kejadian yang tidak disangka-sangkakannya langsung.
Setelah beberapa kali tok mukim terserempak ular tedung selar,semua ular yang tegak mengangkat kepala dengan leher terkembang akan bergulung badan menunduk macam meminta nyawa.Terketar-ketar ular berkenaan bagaikan mengaku tidak mahu mematuk apa-apa.Kejadian tersebut terasa juga geli dihati tok mukim disebabkan ular berkenaan macam memahami sangat nyawa mereka terancam kalau berkeras mahu mematuk.
Memang ular garang ditemgah belukar akan meminta nyawa supaya dibelas kasihani oleh tok mukim.Ular berkenaan tidak akan mematuk ubun-ubun setelah menegakkan badan sampai ekor cecah ke bumi.Belum sempat ular tersebut memagut nescaya akan tercampak ketanah hingga terkejang kaku.
Andak soyah juga terserempak ular tedung berwarna hitam dibawah pasung kayu yang meminta nyawa sampai bergulung laksana kain buruk tidak berguna.Kepala ular itu terkulai menyodok bumi tidak boleh diangkat langsung sebaik sahaja andak soyah tercangkung disitu.Setelah disuruh pergi oleh andak soyah barulah ular berkenaan dapat gerakkan badan menyusup lari.
"Awak juga sama macam tok mukim"ujar lebai ripin ingatkan andak soyah mengenai kulitnya akan bertaup sekiranya luka ditusuk.
Tersenyum andak soyah kerana tidak dapat menyembunyikan apa-apa daripada lebai ripin.Terpaksa dia mengakui kakinya pernah ditusuk kaca ketika membuang sampah.Memang dia terasa pedih pada tumitnya akibat ditusuk kaca botol itu.Sebaik sahaja kaca tercancang itu ditarik keluar,tiba-tiba sahaja darah memancut keluar.
Belum sempat pun dia memanggil suaminya meminta tolong darah ditumit kering hingga tidak lagi terasa sakit.Tatkala andak soyah memeriksa tumitnya kulit yang terbengkak diradak kaca itu bertaup sampai tidak berbekas langsung.Hairan benar dia dengan kejadian itu,tetapi tidak berani mahu memberitahu suaminya udin punggah.
"Kenapa mak tak beritahu kami"tercengang juga kiman apabila diberitahu demikian oleh emaknya.
"Nanti orang kata sengaja nak cakap besar pula"ujar andak soyah serba salah mahu memberitahu rahsia tersebut."Kalau boleh buang sajalah saka ni,tuan"terus sahaja dia mendesak lebai ripin kerana tidak mahu menanggung gangguan seperti dialami oleh cucunya mahani.

Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)Where stories live. Discover now